Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN AMALI 4 TINDAK BALAS REDOKS

Tujuan amali:
Untuk mengkaji tindak balas pengoksidaan dan penurunan dalam pemindahan
elektron pada satu jarak.

Bahan:
2.0 moldm
-3
asid sulfurik, 0.5 moldm
-3
larutan ferum (II) sulfat yang baru disediakan,
0.2 moldm
-3
larutan kalium manganat (VII) berasid, 0.5 moldm
-3
larutan kalium
iodide, 0.2 moldm
-3
kalium dikromat (VI) berasid, 0.2 moldm
-3
larutan kalium
tiosianat dan larutan kanji 1%

Radas:
Tiub - U, galvanometer, penyambung klip buaya, elektrod karbon, kaki retot dan
pemegang, tabung uji, penitis dan penutup satu lubang.










Gambarajah:






















Langkah berjaga-jaga:
1. Berhati-hati apabila menggunakan asid sulfurik yang merupakan asid kuat. Ini
kerana ia boleh menghakis dan bertindak balas dengan kulit.

Prosedur:
1. Tiub U diapitkan pada pemegang kaki retot.
2. Asid sulfurik cair dimasukkan ke dalam tiub-U sehingga paras 6 cm dari
mulut tiub-U.
3. Tambahkan dengan berhati-hati larutan 0.5 moldm
-3
ferum (II) sulfat dengan
menggunakan penitis ke satu lengan tiub-U sehingga paras larutan ferum (II)
sulfat mencapai 3 cm.
4. Seterusnya dengan berhati-hati, 0.2 moldm
-3
larutan kalium dikromat (VI)
berasid ditambahkan ke lengan tiub-U yang satu lagi.
5. Elektrod karbon diletakkan ke dalam setiap satu lengan tiub-U.
6. Elektrod diambungkan ke galvanometer seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
1. Berasaskan pesongan jarum galvanometer, elektrod yang bertindak
sebagai terminal positif dan elektrod yang bertindak sebagai terminal negatif
ditentukan.
7. Radas diniarkan tersebut selama 30 minit, sebarang perubahan yang berlaku
diperhatikan.
8. Dengan menggunakan penitis yang bersih, 1 cm
3
larutan ferum (II) sulfat
dikeluarkan dari tiub-U dan dimasukkan ke dalam tabung uji. Beberapa titis
larutan 0.2 mol dm
-3
kalium tiosianat ditambahkan ke dalam tabung uji
tersebut. Pemerhatian direkodkan.
9. Langkah 1 hingga 7 diulangi dengan menggunakan larutan 0.5 moldm
-3

kalium iodida dan 0.2 moldm
-3
larutan kalium manganat (VII) berasid bagi
menggantikan larutan ferum (II) sulfat dan larutan kalium dikromat (VI)
berasid
10. Langkah 8 diulangi untuk menguji larutan kalium iodida dengan larutan kanji
1 %.

Keputusan:
Larutan Pemerhatian Inferens
Larutan ferum II sulfat
dengan larutan kalium
dikromat VI
Galvanometer
pesong ke kanan
Larutan kalium
dikromat VI bertukar
warna daripada
jingga kepada hijau
Larutan ferum II
sulfat bertukar hijau
muda kepada
perang.
Ada arus yang
mengalir
Kehadiran ion
kromat II



Kehadiran ion ferum
III
Larutan ferum II sulfat
diuji dengan larutan
kalium heksasianoferat
Larutan merah
darah
Membuktikan
kehadiran ion ferum
III

Larutan Pemerhatian Inferens
Larutan kalium iodida
dengan larutan kalium
manganat VII berasid
Galvanometer
pesong ke kiri
Larutan kalium
iodida bertukar
warna daripada
tiada warna ke
kekuningan

Ada arus yang
mengalir
Kehadiran iodin

Larutan kalium iodida
diuji dengan larutan
kanji
Larutan biru gelap
terhasil
Membuktikan
kehadiran iodin



Perbincangan:
Berdasarkan eksperimen yang dijalankan, tindak balas yang berlaku adalah tindak
balas redoks. Bagi tindak balas pertama, antara larutan ferum (II) sulfat dengan
kalium dikromat (VI) berasid, apabila elektrod di dalam kedua-dua larutan ini
disambungkan kepada galvanometer, terdapat pesongan ke kanan pada jarum
galvanometer berlaku. Pesongan pada jarum galvanometer menunjukkan bahawa
terdapat arus yang mengalir. Elektrod di dalam larutan ferum (II) sulfat bertindak
sebagai terminal negatif (katod) manakala elektrod di dalam larutan kalium dikromat
(VI) berasid bertindak sebagai terminal positif (anod). Ini bermakna, elektron
bergerak daripada larutan ferum (II) sulfat kepada larutan kalium dikromat (VI)
berasid. Elektron bergerak daripada elektrod di terminal negatif kepada terminal
positif.

Larutan ferum (II) sulfat berubah warna daripada hijau muda kepada perang.
Selepas larutan ferum (II) sulfat diuji dengan larutan kalium heksasionoferat,
mendakan merah darah terbentuk. Ini disebabkan terdapat kehadiran ion ferum (III)
di dalam larutan. Ion ferum (II) dioksidakan kepada ion ferum (III). Agen penurunan
di dalam tindak balas ini adalah larutan ferum (II) sulfat. Nombor pengoksidaan
ferum bertambah menunjukkan ia mengalami pengoksidaan.

Larutan kalium dikromat (VI) berasid berubah warna daripada jingga kepada hijau.
Hal ini kerana ion dikromat (VI) diturunkan kepada ion kromium (III). Agen
pengoksidaannya adalah larutan kalium dikromat (VI) berasid. Nombor
pengoksidaan ion kromium berkurang menunjukkan ia mengalami penurunan.

Persamaan setengah pengoksidaan (di anod):
Fe
2+
(ak) Fe
3+
+ e
-
Persamaan setengah penurunan (di katod):
Cr
2
O
7
2-
(ak) + 14H
+
(ak) + 6e
-
2Cr
3+
(ak) + 7H
2
0 (ce)
Persamaan ion:
Cr
2
O
7
2-
(ak) + 14H
+
(ak) + 6 Fe
2+
(ak)

2Cr
3+
(ak) + 6Fe
3+
(ak) + 7H
2
0 (c)
Bagi tindak balas kedua pula, adalah antara larutan kalium iodida dan kalium
manganat (VII) berasid. apabila elektrod di dalam kedua-dua larutan ini
disambungkan kepada galvanometer, terdapat pesongan ke kanan pada jarum
galvanometer berlaku. Pesongan pada jarum galvanometer menunjukkan bahawa
terdapat arus yang mengalir. Elektrod di dalam larutan kalium iodida bertindak
sebagai terminal negatif (anod) manakala elektrod di dalam larutan kalium
manganat (VII) berasid bertindak sebagai terminal positif (katod). Ini bermakna,
elektron bergerak daripada larutan kalium iodida kepada larutan kalium manganat
(VII) berasid. Elektron bergerak daripada elektrod di terminal negatif kepada terminal
positif.

Larutan kalium iodida berubah warna daripada tidak berwarna kepada kuning.
Selepas larutan iodida diuji dengan larutan kanji, larutan biru gelap terbentuk. Ini
disebabkan terdapat kehadiran iodin di dalam larutan. Ion iodida dioksidakan kepada
iodin.

Larutan kalium manganat (VII) berasid berubah warna daripada ungu kepada warna
jernih. Hal ini kerana ion manganat (VI) diturunkan kepada ion manganese (II).
Nombor pengoksidaan berkurang daripada ion manganat (VI) kepada ion
manganese (III) menunjukkan ia mengalami penurunan.
Persamaan setengah Pengoksidaan (di anod):
I
2
(g) 2I
-
+ 2e
-

Persamaan setengah Penurunan (di katod):
MnO
4
-
(ak) + 8H
+
+ 5e
-
Mn
2+
+ 4H
2
0 (c)
Persamaan ion:
2MnO
4
-
(ak) + 16H
+
+ 5I
2
(g) 2Mn
2+
+ 10I
-
+ 8H
2
0 (c)
Larutan kalium iodida diuji dengan larutan kanji dan larutan berwarna biru gelap
terbentuk. Ujian ini dilakukan untuk menguji kehadiran iodin. Larutan berwarna biru
gelap yang terbentuk menunjukkan bahawa terdapat iodin di dalam larutan tersebut.
Fungsi larutan asid sulfurik di bahagian bawah tiub-U adalah sebagai jambatan
garam untuk memisahkan agen pengoksidaan dan agen penurunan dam tindak
balas setengah berlaku. Selain itu, bagi melengkapkan litar supaya arus boleh
melaluinya dan pemindahan ion berlaku.
Fungsi kalium heksasianoferat dan kanji pula adalah menjadi penunjuk (indicator).

Kesimpulan:
Pemindahan elektron berlaku dari anod ke katod melalui wayar penyambung.

Soalan:

1. (i) Tuliskan persamaan redoks untuk kedua-dua tindak balas redoks
yang dijalankan dalam amali ini.
Tindak balas 1:
FeSO
4
+ K
2
Cr
2
O
7
Fe Cr
2
O
7
+ K
2
SO
4
Tindak balas 2:
2MnO
4
-
(ak) + 16H
+
+ 5I
2
(g) 2Mn
2+
+ 10I
-
+ 8H
2
0 (c)

(ii) Dalam setiap tindak balas, nyatakan agen pengoksidaan dan agen
penurunan.

Tindak Balas Agen Pengoksidaan Agen Penurunan
(FeSO
4
dan K
2
Cr
2
O
7
)
Larutan kalium dikromat
(VI) berasid
Larutan ferum (II) sulfat
(KI dan KMnO
4
)
Larutan kalium manganat
(VII) berasid
Larutan kalium iodida


2. Tunjukkan arah pengaliran elektron dalam setiap tindak balas redoks
tersebut.

Tindak balas 1 (FeSO
4
and K
2
Cr
2
O
7
) Tindak balas 2 (KI and KMnO
4
)
Terminal negatif (FeSO
4
) ke terminal
positif (K
2
Cr
2
O
7
)
Terminal negatif (KI) ke terminal positif
(KMnO
4
)

3. Nyatakan fungsi asid sulfurik yang digunakan.
Fungsi asid sulfurik adalah sebagai jambatan garam yang memisahkan tindak
balas setengah dan juga melengkapkan litar dengan membenarkan
pergerakan ion dalam litar.

4. Tuliskan dua pasangan larutan lain yang boleh digunakan dalam amali
di atas.
Dua lagi pasangan larutan yang boleh digunakan untuk eksperimen di atas
adalah:
i. Magnesium sulfat (MgSO
4
) dan Kalium klorida (KCl)
ii. Plumbum (II) nitrat [Pb (NO
3
)
2
] dan kalium sulfat (K
2
SO
4
)

5. Mengapakah larutan kalium bromida tidak boleh digunakan untuk
menggantikan asid sulfurik?
Kerana larutan kalium bromida akan tidak bertindak balas dengan bahan
tindak balas. Ini akan menyebabkan tindak balas tidak berlaku. Selain itu,
kompaun itu tidak akan membenarkan pergerakan ion dalam tindak balas.

Anda mungkin juga menyukai