Anda di halaman 1dari 16

ESEI ASAS SENI DALAM PENDIDIKAN

TAJUK: BAGAIMANA UNSUR-UNSUR SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKAN BOLEH MEMBANTU GURU DALAM MENGHASILKAN P&P YANG LEBIH BERKESAN Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, seni didefinisikan sebagai karya yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Seni itu adalah indah dan halus. Seni bukan sahaja diajar di dalam subjek Pendidikan Seni di sekolah, malahan ia diintegrasikan di dalam subjek-subjek lain seperti Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di sekolah terutamanya di tahap sekolah rendah. Seni dalam pendidikan menggabungkan tiga elemen penting iaitu seni visual, muzik dan pergerakan. Seni visual melibatkan lukisan, seni muzik melibatkan interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Unsur-unsur seni visual, muzik dan pergerakan boleh membantu guru dalam menghasilkan P&P yang lebih berkesan. Antaranya dengan menarik perhatian murid untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya, melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam P&P. Kanak-kanak lebih cenderung kepada seni visual, muzik dan pergerakan. Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses imaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif sebenarnya berlaku melalui proses menaakul dan pertimbangan-pertimbangan rasional mengenai apa yang kita ingin lakukan. Hal ini menunjukkan bahawa, dengan penggunaan elemen seni visual, muzik dan pergerakan dapat membantu murid belajar dengan mudah. Selain itu, seni dapat membantu guru dalam memahami diri dan persekitaran. Melalui aktiviti seni visual seperti melukis dapat membuatkan murid fokus dan memberi perhatian terhadap skop pembelajaran dengan lebih luas dan mudah untuk memahami dan mempraktikkannya. Aktiviti muzik seperti menyanyi dapat

membuatkan murid berasa terhibur untuk belajar di samping bernyanyi bersama dengan aktiviti pergerakan dapat memberi kesan kepada memori jangka panjang iaitu mereka lebih mudah mengingat apa yang dipelajari. Secara tidak langsung,
Seni dalam Pendidikan | 1

aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkaitkan semua benda di dalam alam ini dan mengaktifkan proses P&P. Seterusnya, integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan subjek yang lain membantu mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. Quadrant Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan peranan otak kiri dan kanan adalah sama. Walaupun setiap kaedah muzik mempunyai latar belakang yang berbeza, masing-masing banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Oleh hal yang demikian, seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang. Dengan penggunaan seni, guru dapat mencapai objektif P&P dengan mudah.

Tambahan lagi, guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran. Di dalam Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner, beliau mengesyorkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya dipupuk dalam kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah. Melalui penggabungan Pendidikan Seni di dalam subjek lain dapat meningkatkan kecerdasan minda kanak-kanak. Selain daripada itu, ia dapat menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh, terutamanya apabila strategi pembelajaran dan pengajaran yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Contohnya, di dalam pengajaran subjek Sains, guru boleh menyelitkan elemen muzik dengan menggunakan nyanyian seperti lagu Bangau Oh Bangau dalam pengajaran rantai makanan.

Kesimpulannya, penggunaan seni di dalam P&P dapat membantu guru menghasilkan P&P dengan lebih berkesan. Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan di dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid untuk belajar seterusnya memudahkan pemahaman murid terhadap pengajaran dan P&P akan menjadi menyeronokkan. Guru juga perlu kreatif dan inovatif dalam merancang P&P supaya murid dapat terus bergerak aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya mencapai objektif yang ingin dicapai.

Seni dalam Pendidikan |

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 4


Tarikh Kelas Masa Bilangan Murid Mata pelajaran Tema Tajuk : 25 September 2012 : 4 Preve : 10.30 pagi 11.30 pagi : 30 orang : Sains : Menyiasat Alam Kehidupan : Benda Hidup Mempunyai Keperluan Asas

Objektif pembelajaran : Di akhir pembelajaran dan pengajaran ini, murid dapat menyatakan keperluan asas haiwan dengan menjawab sekurangsekurangnya 5 daripada 8 soalan di dalam lembaran kerja. Pengetahuan sedia ada Bahan bantu mengajar : Dalam pembelajaran terdahulu, pelajar sudah mengetahui keperluan asas manusia. : Kibod,drum/rakaman lagu tanya sama pokok dan lirik lagu Tanya Sama Pokok, Peta Minda, Kertas lukisan, warna crayon / warna pensil / air, Slaid powerpoint, LCD, Lembaran Kerja, Video dan rakaman lagu Kemahiran berfikir : Murid menghubungkait dan meramal, menjana idea, membuat inferens, membuat analisis dan kecerdasan pelbagai (muzik, bahasa) Nilai : Kasih sayang, kerjasama, hormat menghormati, kerajinan

Seni dalam Pendidikan |

Langkah Set induksi (5 minit)

Isi Pelajaran Menyanyikan lagu tanya

Aktiviti Pelajaran 1. Guru memainkankan muzik dan murid menyanyi lagu tanya sama pokok 2. Guru bertanya kepada murid sekiranya dunia kita tidak ada udara

Catatan Strategi: Kecerdasan pelbagai (muzik & linguistik) Abm: Kibod/rakaman lagu tanya sama pokok dan lirik lagu tanya sama pokok KBKK: Menghubungkait dan meramal

sama pokok

Langkah 1 (2 minit)

Objektif pembelajaran

1. Guru memberitahu murid topik pengajaran yang ingin diajar oleh guru pada pembelajaran ini ialah keperluan asas haiwan

Langkah 2 (10 minit)

Keperluan Asas Haiwan 1. Makanan 2. Air 3. Udara 4. Tempat tinggal

1. Guru memulakan pengajaran Strategi: Berpusatkan dengan menggunakan peta guru dan murid minda. Peta minda ini bertajuk KBKK: Keperluan Asas Haiwan. Menghubungkait,

Pada awalnya, peta minda ini menjana idea, mempunyai yang akan tempat diisi kosong membuat inferens semasa dan meramal ABM: Peta Minda

pengajaran berlangsung. 2. Selepas selesai pengajaran menggunakan peta minda,

guru bertanya kepada murid: Mengapakah haiwan memerlukan keempat-empat keperluan asas ini? Langkah 3 (15 minit) Melukis keadaan haiwan 1. Guru murid membahagikan Strategi: Berpusatkan kepada enam murid dan strategi

kumpulan iaitu lima orang kecerdasan pelbagai


Seni dalam Pendidikan | 4

berdasarkan situasi

murid

dalam

sebuah (Ruang) ABM: Kertas lukisan,

kumpulan. 2. Guru sekeping

memberikan warna crayon / warna kad kepada pensil / air

setiap kumpulan. Setiap KBKK: Menjana idea kad situasi berbeza. 3. Guru melukis daripada diberikan. 4. Guru memberikan peluang kepada murid untuk meminta menggambarkan dan menghubungkait haiwan yang NILAI: Kerjasama, hormat-menghormati murid dan kerajinan

gambaran situasi yang

melukis gambaran situasi mereka selama 10 minit. 5. Setelah melukis keadaan murid selesai gambaran haiwan

berdasarkan setiap situasi yang diberi, guru akan

memilih lukisan gambaran yang paling tepat untuk pameran di hadapan kelas supaya dapat tersebut. 6. Setelah selesai pameran lukisan, guru bertanya semua melihat murid lukisan

kepada murid, Apakah jenis perlidungan bagi haiwan, selain haiwan peliharaan kamu seperti kucing, tikus
Seni dalam Pendidikan | 5

belanda dan ikan? Langkah 4 (15 minit) Melukis tempat perlindungan haiwan 1. Guru memaparkan gambar Strategi: Berpusatkan tempat murid haiwan ABM: Slaid

jenis-jenis perlindungan menggunakan powerpoint supaya

slaid powerpoint, LCD. semua KBKK: analisis Membuat

murid dapat melihat.

2. Guru meminta murid mencuba ABM: Kertas lukisan, menjawab soalan di dalam warna crayon / warna slaid mengenai haiwan tempat pensil / air dan

perlindungan

contoh haiwan yang tinggal di tempat perlindungan tersebut. 3. Selepas menjawab soalan,

guru meminta murid melukis sendiri tempat perlindungan tersebut. 4. Aktiviti bersambung sehingga semua dipaparkan jawapannya melukis. Langkah 5 (7 minit) Menyanyi lagu The Needs of an Animal dan menjawab soalan di dalam lembaran kerja Langkah 6 (3 minit) Menyanyi lagu Bangau 1. Murid menyanyi lagu Bangau Oh Bangau sambil bergerak Strategi: Keserdasan pelbagai (linguistik &
6

gambar dan serta

selesai dibincang selesai

1. Guru

menayangkan audio lagu

video ABM:

Video

dan

bersama

The rakaman lagu Bahan penilaian:

Needs of an Animal. 2. Selepas mendengar

dan Lembaran Kerja

menyanyikan lagu The Needs of an Animal, guru

memberikan lembaran kerja.

Seni dalam Pendidikan |

Oh Bangau

mengikut gerakan haiwan.

muzik)

2. Murid bergerak seperti haiwan ABM: Drum / bangau, kerbau, ikan dan lain- rakaman lagu lain Bangau, Lirik kagu Bangau Oh Bangau KBKK: Menghubungkait Nilai: Kerjasama, hormat-menghormati Penutup (3 minit) Refleksi 1. Guru mengimbas kembali pelajaran yang telah dipelajari

Seni dalam Pendidikan |

Lirik Lagu Tanya Sama Pokok

Tanya pada pokok apa sebab goyang, Nanti jawab pokok angin yang goncang, Tanya sama angin apa sebab hujan, Nanti jawab angin tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air, Sampai tempat sejuk aku pun cair, Lihat dalam air nampak bayang-bayang, Campak satu batu bayang pun hilang.

Guru menggunakan kibod

Seni dalam Pendidikan |

PETA MINDA KEPERLUAN ASAS HAIWAN

Seni dalam Pendidikan |

KAD SITUASI Situasi 1 Kucing sedang memakan makanannya Situasi 2 Anjing tidak mendapat makanan selama 3 hari Situasi 3 Kucing tidak mempunyai tempat perlindungan dan terbiar di tepi jalan Situasi 4 Kucing tinggal di dalam sangkar Situasi 5 Tikus berada di dalam bekas kedap udara Situasi 6 Ikan berada di dalam bekas yang dilitupi dengan lapisan minyak di atas air

Seni dalam Pendidikan |

10

JENIS-JENIS TEMPAT PERLINDUNGAN

Seni dalam Pendidikan |

11

Bahan-bahan untuk melukis dan mewarna

Seni dalam Pendidikan |

12

Lirik Lagu The Needs of an Animal For animal to stay alive They need 4 thing I would not lie They need food so they can grow And they need water just like so They need a shelter a place to live And they need air they breathe it in Its our job to give animals care Sing their needs if you dare Need 1 food Need 2 water Need 3 shelter Need 4 air An animal

Seni dalam Pendidikan |

13

LEMBARAN KERJA KEPERLUAN ASAS HAIWAN Sila isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. kelawar udara tempat tinggal burung makanan dan air sarang lebah tupai sarang labah-labah

1. Haiwan memerlukan ____________________ untuk membesar dan kekal sihat.

2. Haiwan memerlukan _______________________ untuk bernafas.

3. Haiwan memerlukan _______________________ untuk melindungi diri daripada bahaya, hujan, panas matahari dan boleh menjaga keselamatan anak-anaknya. 4. Lebah tinggal di dalam_____________________. 5. Sarang burung adalah tempat tinggal _____________________. 6. Lalah-labah tinggal di ______________________. 7. ___________________ tinggal di dalam tanah. 8. ___________________ tinggal di dalam gua batu.

Seni dalam Pendidikan |

14

Lirik Lagu Bangau Oh Bangau Bangau oh bangau, mengapa engkau kurus Bagaimana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul

Ikan oh ikan, mengapa engkau tak mahu timbul Bagaimana akat tak timbul, rumput panjang sangat

Rumput oh rumput, mengapa engkau panjang Bagaimana aku tak panjang, kerbau tak makan aku

Kerbau oh kerbau, mengapa tak makan rumput Bagaimana aku tak makan, perut aku sakit

Perut oh perut mengapa engkau sakit Bagaimana aku tak sakit, makan nasi mentah

Nasi oh nasi mengapa engkau mentah Bagaimana aku tak mentah, api tak mahu nyala

Api oh api, mengapa engkau tak nyala Bagaimana aku tak nyala, kayu habis basah

Kayu oh kayu, mengapa engkau basah Bagaimana aku tak basah,hujan timpa aku

Hujan oh hujan, mengapa engkau timpa kayu Bagaimana aku tak timpa, katak panggil aku

Katak oh katak mengapa engkau panggil hujan


Seni dalam Pendidikan | 15

Bagaimana aku tak panggil, ular nak makan aku

Ular oh ular mengapa nak makan katak Bagaimana aku tak makan, memang makanan aku.

Drum

Seni dalam Pendidikan |

16

Anda mungkin juga menyukai