Anda di halaman 1dari 5

STESEN 1

Eksperimen 3.4 : Mengkaji kesan larutan


hipotonik, hipertonik dan isotonik
terhadap haiwan
Eksperimen 3.4
• Pernyataan Masalah : Apakah kesan larutan
hipotonik, hipertonik dan isotonik terhadap sel
haiwan?

• Hipotesis : Jika sel darah merah dimasukkan


dalam larutan hipotonik, maka sel darah merah
menjadi hemolisis. Jika sel darah merah
dimasukkan dalam larutan hipertonik, maka sel
darah merah menjadi krenasi. Jika sel darah
merah dimasukkan dalam larutan isotonik, maka
sel darah merah mengekalkan bentuk asalnya.
Eksperimen 3.4
• Pembolehubah:
• Dimanipulasikan : Jenis larutan / kepekatan larutan
• Bergerak balas : Kesan sel darah haiwan
• Dimalarkan : Darah haiwan

• Senarai Radas dan Bahan:


• Darah ayam segar, larutan natrium klorida 0.15M dan
0.50M, kertas turas, slaid, kaca penutup dan
mikroskop cahaya.
Eksperimen 3.4
Prosedur
1. Sediakan 4 slaid dan labelkan sebagai A, B, C dan D. (K1)
2. Titiskan setitis darah ayam di atas slaid A dan tutup slaid
dengan kaca penutup. Perhatikan bentuk sel darah merah
menerusi mikroskop cahaya. (K1K2K4)
3. Titiskan setitis air suling di atas slaid B dan tutup slaid
dengan kaca penutup. Letak setitis darah di sisi kaca
penutup dan kertas turas pada sisi bertentangan kaca
penutup supaya darah tertarik ke bawah kaca penutup. (K1)
4. Perhatikan slaid menerusi mikroskop cahaya dan lukis
bentuk sel darah merah. (K4)
5. Ulang langkah 3 hingga 5 dengan menggantikan air suling
dengan larutan natrium klorida 0.15M ( Slaid C ) dan larutan
natrium klorida 0.5M ( Slaid D ) (K3)
BIKAR PEMERHATIAN ( RUPA LUKIS SEL YANG
BENTUK SEL DARAH DIPERHATIKAN
MERAH )
A
B ( Sel darah
merah air suling
)
C ( Sel darah
merah dalam
larutan natrium
klorida 0.15M )
D ( Sel darah
merah dalam
larutan natrium
klorida 0.50M )

Anda mungkin juga menyukai