Anda di halaman 1dari 26

SCES3163 Kimia Fizikal

Topik 2:
Elektrokimia
Sel Elektrolitik
• Menulis setengah persamaan di anod dan katod
• Meramal hasil yang terbentuk di elektrod semasa elektrolisis
• Aspek kuantitaif elektrolisis dengan menggunakan Hukum
Faraday Pertama dan Kedua
Elektrolisis
1. Elektrokimia adalah bidang kimia yang mengkaji proses yang
melibatkan saling penukaran antara tenaga kimia dengan
tenaga elektrik.
2. Elektrolisis ialah proses penguraian elektrolit dengan
menggunakan arus elektrik.
3. Sel-sel dalam mana tindak balas redoks tak spontan berlaku
dengan pembekalan tenaga elektrik luar kepada sistem
dipanggil sel elektrolitik.
Sel elektrokimia
Tenaga Tenaga
Kimia Elektrik

Sel elektrolitik
Sel Elektrolitik
Di litar luar: Pada katod:
elektron mengalir dari anod • kation (ion +tif ) bergerak ke
ke katod katod
• kation menerima elektron
Disambungkan • penurunan berlaku
kpd kutub +tif
sel bateri Disambungkan
kpd kutub −tif
sel bateri

Pada anod:
• anion (ion −tif) Dalam elektrolit:
bergerak ke anod • pengaliran ion-ion
• anion membebaskan ke arah elektrod
elektron menjadikan pengaliran
• pengoksidaan berlaku arus elektrik melalui
elektrolit
• ion-ion dinyahcaskan
Sel elektrokimia vs Sel elektrolitik

(a) Sel Elektrokimia

(b) Sel Elektrolitik


Sel elektrokimia vs Sel elektrolitik
Persamaan Perbezaan
• Pengoksidaan berlaku pada Sel elektrokimia Sel elektrolitik
anod dan penurunan pada • Anod adalah elektrod • Anod adalah elektrod
katod. bercas −, katod adalah bercas +, katod adalah
• Elektron mengalir dari anod elektrod bercas +. elektrod bercas −.
ke katod. • Tenaga kimia digunakan • Tenaga elektrik
• Kation (ion +) bergerak untuk menghasilkan ditukarkan kepada tenaga
menuju ke katod manakala tenaga elektrik. kimia.
anion (ion −) bergerak • Melibatkan tindak balas • Melibatkan tindak balas
menuju ke anod. redoks spontan . redoks yang tak spontan.

anode cathode
Proses elektrolisis dalam keadaan leburan
• Contoh : Elektrolisis leburan plumbum(II) bromida
• Leburan plumbum bromida hanya mempunyai ion Pb2+ dan Br- sahaja.
PbBr2 → Pb2+ + 2Br-
Kation Anion
Pemerhatian: Pemerhatian:
Terbentuk pepejal kelabu Terhasil wap perang

Persamaan setengah Persamaan setengah


Pb2+ + 2e → Pb 2Br- → Br2 + 2e
Penerangan: Penerangan:
Ion Pb(II) bercas positif akan Ion Br- bercas negatif akan
bergerak ke katod yang bercas bergerak ke anod (+ve). Ion
negatif. Ion Pb2+ akan menerima Br- akan kehilangan satu
dua elektron untuk membentuk elektron untuk membentuk
atom plumbum. atom bromin. Setiap dua atom
bromin akan berpadu
membentuk molekul bromin.
Tindak balas penurunan Tindak balas pengoksidaan
Ramalan hasil elektrolisis di elektrod

• Apabila lebih daripada satu jenis kation dan anion hadir


dalam elektrolit, hanya satu jenis kation dan anion
akan dipilih untuk dinyahcas.
• Faktor yg mempengaruhi jenis ion yg akan dinyahcas
secara pilihan ialah:
(a) Nilai keupayaan elektrod piawai, Eθ spesies-spesies
berkenaan
(b) Kepekatan ion dalam elektrolit
(c) Sifat elektrod
Kesan nilai keupayaan elektrod piawai, Eθ
• Tindak balas yang berlaku pada anod sel elektrolitik ialah pengoksidaan.
Jadi, spesies yang lebih mudah dioksidakan (iaitu lebih mudah
menghilangkan elektron, atau dengan kuasa penurunan yang lebih tinggi)
akan dioksidakan terlebih dahulu.
• Maka, semakin negatif nilai keupayaan elektrod piawai spesies berkenaan
semakin mudah dinyahcas di anod.

• Tindak balas yang berlaku pada katod sel elektrolitik ialah penurunan.
Jadi, spesies yang lebih mudah diturunkan (iaitu lebih mudah menerima
elektron, atau dengan kuasa pengoksidaan yang lebih tinggi) akan
diturunkan terlebih dahulu.
• Maka, semakin positif nilai keupayaan elektrod piawai spesies berkenaan
semakin mudah dinyahcas di katod.
Keupayaan elektrod piawai Eθ (V)
Kation
K+(aq) + e- ↔ K(s) −2.92
Ca2+(aq) + 2 e- ↔ Ca(s) −2.87
Na+(aq) + e- ↔ Na(s) − 2.71
Kation: Mg2+(aq) + 2 e- ↔ Mg(s) −2.38
Nilai Eθ Al3+(aq) + 3 e- ↔ Al(s) −1.66
semakin Zn2+(aq) + 2 e- ↔ Zn(s) −0.76
positif Fe2+(aq) + 2 e- ↔ Fe(s) −0.44
Pb2+(aq) + 2 e- ↔ Pb(s) −0.13
2 H+(aq) + 2 e- ↔ H2(g) 0.00
Cu2+(aq) + 2 e- ↔ Cu(s) +0.34
Ag+(aq) + e- ↔ Ag(s) +0.80

Anion
O2(g) + 2H2O(l) + 4e- ↔ 4OH-(aq) + 0.40
I2(g) + 2 e- ↔ 2 I-(aq) Anion: +0.54
Br2(g) + 2 e- ↔ 2 Br-(aq) Nilai Eθ +1.09
Cl2(g) + 2 e- ↔ 2 Cl-(aq) semakin +1.36
S2O82-(aq) + 2e- ↔ 2SO42-(aq) negatif + 2.01
F2(g) + 2 e- ↔ 2 F-(aq) +2.87
Kemudahan dinyahcas berdasarkan nilai Eθ
Kation (ion positif) Anion (ion negatif)
K+ OH−
Ca2+ I− Nilai Eθ
Nilai Eθ semakin
Na+ semakin Br−
Mg2+ Cl− negatif
positif
Al3+ SO42− Kemudahan nyahcas
Zn2+ NO3− bertambah
Fe2+ Kemudahan nyahcas F−
bertambah Xn− → X + ne-
Pb2+
H+ Mn+ + ne- → M
Cu2+
Ag+
Pada katod, kation (ion +tif ) dinyahcas. Pada anod, anion (ion -tif ) dinyahcas..
Spesies dengan nilai Eθ lebih positif lebih Spesies dengan nilai Eθ lebih negatif
mudah dinyahcas pada katod. lebih mudah dinyahcas pada anod.
Cth. Dlm larutan akueus yg mengandungi Cth. Dlm laturan akueus yang
ion Mg2+ dan ion Cu2+, ion Cu2+ akan mengandungi ion OH− dan ion Cl− , ion
dinyahcas secara pilihan. OH− akan dinyahcas secara pilihan.
Contoh: elektrolisis kuprum(II) sulfat berair dengan elektrod platinum
Di Katod :
• Nilai keupayaan elektrod piawai kedua-dua sel setengah yang terlibat ialah:
Cu2+(ak) + e Cu(p) ; Eθ = +0.34 V
2H+(ak) + 2e H2(g) ; Eθ = 0.00 V
• Cu2+ dengan nilai Eθ yang lebih positif lebih mudah menerima elektron
(kerana ia merupakan agen pengoksidaan yang lebih kuat) berbanding dengan
H+ . Oleh itu tindak balas yang berlaku pada katod ialah pengenapan kuprum.
Katod: Cu2+(ak) + e → Cu(p)
Di anod :
• Nilai keupayaan elektrod piawai kedua-dua sel setengah yang terlibat ialah:
2H2O(ce) + O2(g) + 4e 4OH-(ak) ; Eθ = +0.40 V
2- - 2- θ
• S2O8 (ak) + 2e 2SO4 (ak) ; E = +2.01 V
• Ion OH- dengan nilai Eθ yang lebih negatif lebih mudah membebaskan
elektron (kerana ia merupakan agen penurunan yang lebih kuat) berbanding
dengan ion SO42-. Oleh itu gas oksigen akan debebaskan pada anod.
Anod: 4OH-(ak) → 2H2O(ce) + O2(g) + 4e
Kesan Kepekatan Ion
• Penambahan kepekatan ion cenderung menggalakkan nyahcas.
• Akan tetapi, jika perbezaan nilai Eθ dua ion itu terlalu besar,
kepekatan menjadi faktor yang tidak penting (kedudukan dua ion
berjauhan dlm Jadual Keupayaan Elektrod Piawai)
Cth: Elektrolisis larutan pekat NaCl dengan menggunakan elektrod
platinum/karbon.
Kation Anion
Dari NaCl Na+(ak) Cl−(ak)
Dari H2O H+(ak) OH−(ak)
Pada katod: Pada anod:
Tindak balas 2H+(ak) + 2e- → H2(g) 2Cl−(ak) → Cl2(g) + 2e-
pada elektrod (ion H+ akan dinyahcas secara (ion Cl− akan dinyahcas secara
pilihan wlp kepekatan ion Na+ pilihan kerana kepekatan ion Cl−
adalah lebih tinggi, kerana lebih tinggi daripada ion OH-)
perbezaan nilai Eθ adalah terlalu
besar)
Hasil elektrolisis Gas hidrogen terhasil pada Gas klorin terhasil pada anod.
katod
Sifat elektrod dan Keupayaan lampau
• Sesetengah bahan adalah lebih susah untuk dinyahcas pada elektrod
tertentu berbanding dengan elektrod lain. Dalam kes ini, beza upaya yang
diperlukan untuk tindak balas ini adalah lebih tinggi daripada jangkaan.
Beza upaya tambahan yang diperlukan untuk tindak balas berlaku di
elektrod dipanggil keupayaan lampau.
• Kejadian ini adalah ternyata jika hasil dinyahcas adalah suatu gas. Dalam
hal ini, keupayaan lampau timbul akibat kelambatan gas-gas itu dibebaskan
dari permukaan elektrod berkenaan. Lapisan gelombong gas pada
permukaan elektrod akan menghalang ion-ion dinyahcas secara berterusan.
• Cth: keupayaan lampau beberapa gas pada elektrod berlainan:

Sistem Keupayaan lampau / V


O2 pada elektrod plumbum 0.32
H2 pada elektrod kuprum 0.81
H2 pada elektrod zink 1.10
Kesan Jenis elektrod
Larutan Jenis Tindak balas pada katod Hasil elektrolisis
elektrolit elektrod
Larutan Platinum 2H+(ak) + 2e- → H2(g) Gas hidrogen
natrium sbg katod terbebas
klorida cair Merkuri Na+(ak) + e- → Na(p) Natrium merkuri
sbg katod (ion Na+ akan dinyahcas, kerana H2 (Amalgam)
mpyi keupayaan lampau yg sgt
tinggi pada elektrod merkuri)
Logam natrium kemudian larut ke
dlm merkuri utk membtk amalgam
natrium merkuri
Na(p) + Hg(c) → Na-Hg(c)
Kesan Jenis elektrod
Larutan Jenis Tindak balas pada katod Hasil elektrolisis
elektrolit elektrod
Larutan cair Platinum 2H+(ak) + 2e- → H2(g) Gas hidrogen
zink sulfat sbg katod terbebas
berair, ZnSO4 Zink sbg Zn2+(ak) + 2e- → Zn(p) Zink terenap
katod

Larutan Jenis Tindak balas pada anod Hasil elektrolisis


elektrolit elektrod
Larutan Platinum 4OH−(ak) → O2(g) + 2H2O(c) + 4e- Gas oksigen
kuprum(II) sbg anod terbebas
sulfat, Kuprum sbg Cu(p) → Cu2+(ak) + 2e- Anod kuprum
CuSO4 anod terlarut
Meramalkan hasil elektrolisis bagi
larutan akueus sebatian ionik
Larutan akueus sebatian ionik, mengandungi ion-ion, Mn+ and Xm-
Kenalpasti ion-ion yg hadir
Mn+, Xm-, H+, OH-
Rule 1: kenalpasti pergerakan ion-ion

Pada katod Pada anod


Ion-ion Mn+ dan H+ hadir Ion-ion Xm- dan OH- hadir

Rule 2: Kenalpasti kation dinyahcas Rule 3: Sifat elektrod


secara pilihan berdasarkan nilai dan kesan kepekatan
keupayaan elektrod piawai
2H+(ak) + 2e- → H2(g)
Elektrod lengai Elektrod aktif
Hidrogen terhasil kecuali
4OH−(ak) → O2(g) + 2H2O(c) + 4e- Anod Cu melarut untuk
kation Cu2+ atau Ag+
Ion OH− dinyahcas kecuali ion Xm- membentuk ion logam
ialah Cl-, Br- atau I- yg pekat Cu(p) → Cu2+(ak) + 2e-
Kuantiti hasil elektrolisis dan Hukum Faraday
• Kuantiti bahan yang terhasil pada elektrod semasa elektrolisis
bergantung kepada kuantiti arus elektrik yang mengalir
melalui elektrolit.
• Aspek kuantitatif elektrolisis yang dikenali sebagai Hukum
Faraday telah dirumuskan oleh Michael Faraday pada 1834.
• Pemalar Faraday (F) ialah cas pada satu mol elektron, iaitu
F = NA x e-

di mana NA = pemalar Avogadro = 6.02 x 1023 mol-1


e- = cas pada satu elektron = 1.6 x 10-19 C
 F = 6.02 x 1023 x 1.6 x 10-19
= 9.65 x 104 C mol-1
1 Faraday ialah kunatiti cas elektrik (96500 C) yang perlu dibekalkan kepada sel
elektrolisis supaya menghasilkan 1 mol elektron untuk menjalani tindak balas.
Hukum-hukum Faraday
• Hukum Faraday Pertama menyatakan jisim bahan yang
dihasilkan pada suatu elektrod adalah berkadar terus kepada
kuantiti cas elektrik (dalam coulomb, C) yang mengalir
melalui elektrolit.

• 1 Coulomb (C) ialah cas elektrik yang mengalir apabila arus


elektrik 1 ampere (A) dibekalkan selama 1 saat (s). Jadi

• Kuantiti cas elektrik, Q (dalam coulomb, C) yang mengalir


melalui elektrolit diberi oleh:
Q = It
di mana I = arus elektrik (dalam ampere, A)
t = masa (dalam saat, s)
Hukum-hukum Faraday
• Hukum Faraday Kedua menyatakan bahawa jumlah (dalam
unit mol) bahan-bahan yang berlainan yang terhasil pada
elektrod oleh kuantiti cas elektrik yang sama adalah berkadar
songsang dengan cas pada ion-ionnya.

• Hukum Faraday Kedua juga boleh dinyatakan seperti berikut:

• Bilangan Faraday yang diperlukan untuk menyahcas satu mol


ion pada elektrod sama dengan cas pada ion tersebut.
Q = It

1 mol e- = 1 F = 96,500 C
bil mol e- = Q/ 96500
Contoh 1
1. Arus elektrik 5.0 A mengalir selama 4 jam melalui suatu larutan akueus
kuprum(II) sulfat. Hitungkan jisim kuprum yang terenap pada elektrod.
Kuantiti cas elektrik, Q = It
Q = 5 x (4 x 60 x 60)
= 7.2 x 104 C
Oleh kerana 1 mol e- = 1 F = 9.65 x 104 C
7.2  104
 Bil mol e =
-
= 0.746 mol
9.65  10 4

Cu2+ + 2e- → Cu
Oleh itu, 2 mol e- akan mengenapkan 1 mol kuprum (63.5 g)
1
 0.746 mol e - akan mengenapka n =  (0.746  63.5)
2
= 23.69 g kuprum
Contoh 2
2. Tentukan bilangan Faraday, dan seterusnya, kuantiti cas elektrik yang
diperlukan untuk
(a) mengenap 1 mol kuprum daripada larutan kuprum(II) sulfat
(b) membebaskan 1 mol gas oksigen daripada air

(a) Cu2+ + 2e- → Cu


Oleh itu, 2 F arus elektrik akan menyahcas 1 mol ion Cu2+
 Kuantiti cas elektrik yang diperlukan = 2 x (9.65 x 104)
= 1.93 x 105 C

(b) 4OH− → O2 + 2H2O + 4e-


Oleh itu, 4 F arus elektrik akan membebaskan 1 mol gas oksigen
 Kuantiti cas elektrik yang diperlukan = 4 x (9.65 x 104)
= 3.86 x 105 C
Contoh 3
3. Hitungkan isipadu gas (pada s.t.p.) yang dibebaskaan pada anod apabila
asid sulfurik dielektrolisiskan selama 20 jam dengan menggunakan
0.025A arus elektrik. [Isipadu molar gas pada s.t.p. = 22.4 dm3]

Kuantiti cas elektrik, Q = It


Q = 0.025 x (20 x 60 x 60)
= 1800 C
Oleh kerana 1 mol e- = 1 F = 96500 C
1800
 Bil mol e =
-
mol
96500
Pada anod: 4OH−(ak) → O2(g) + 2H2O(c) + 4e-
Oleh itu, 4 mol e- akan membebaskan 1 mol gas oksigen ( 22.4 dm3 )
1800 1 1800
 mol e - akan membebaskan =  (  22400)
96500 4 96500
= 104.5 cm3gas oksigen
Contoh 4
4. Sebanyak 0.001118 g Argentum dienapkan apabila 1 coulomb cas
elektrik dialirkan melalui suatu larutan akueus argentum nitrat.
Hitungkan pemalar Faraday. (Jisim atom relatif Ag = 107.9)

Ag+ + e- → Ag
1 mol e diperlukan untuk mengenapkan 1 mol Ag
Pemalar Faraday = cas pada 1 mol e
= cas elektrik untuk mengenapkan 1 mol Ag
0.001118 −5
Bil mol Ag yang dienapkan = 107.9 = 1.036  10 mol
Oleh kerana 1 C cas elektrik mengenapkan 1.036 x 10-5 mol Ag,
bilangan C cas elektrik yang diperlukan untuk mengenapkan 1 mol Ag
1
= 1 −5
= 9.65  10 4
C
1.036 10
Pemalar Faraday = 9.65 x 104 C mol-1
Contoh 5
5. Apabila cas elektrik 19300 C mengalir melalui suatu larutan asid sulfurik
cair, 1120 cm3 (diukur pada s.t.p.) gas oksigen terbebas pada anod.
Hitungkan pemalar Avogadro. (cas 1 e- = 1.6 x 10-19 C, isipadu molar gas
pada s.t.p. = 22400 cm3)
1120
Bil mol gas oksigen yg terbebas = = 0.050 mol
22400
Kuantiti cas elektrik yg diperlukan untuk menghasilkan 1 mol gas O2
1
= 19300 = 3.86 105 C
0.050
4OH− → O2 + 2H2O + 4e-
Oleh kerana 4 mol e- diperlukan untuk menghasilkan 1 mol gas O2
Maka, cas elektrik bagi 4 mol e- ialah 3.86 x 105 C
 Cas elektrik bagi 1 mol e =
- 3.86  10 5
= 96500 C
4
Bil e- dalam 1 mol e- = 96500
= 6.03  10 23

1.6 10−19
 Pemalar Avogadro = 6.03 x 1023

Anda mungkin juga menyukai