Anda di halaman 1dari 14

OBJEKTIF PENGAJARAN

DI AKHIR PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, PELAJAR AKAN DAPAT:

2.5.1 Mengenalpasti kedudukan unsur peralihan dalam Jadual Berkala


Unsur.
2.5.2 Memberi contoh unsur peralihan.
2.5.3 Menghuraikan sifat unsur peralihan.
2.5.4 Menyatakan kegunaan unsur peralihan dalam industri.
UNSUR
PERALIHAN
BY : BAITILIZZAH BINTI ZAKARIA
SENARAIKAN 10 UNSUR-
UNSUR PERALIHAN
1) 6)
2) 7)
3) 8)
4) 9)
5) 10)
SIFAT UNSUR PERALIHAN
Sifat fizik unsur peralihan tidak berubah banyak apabila merentasi kala
itu.

a) Jejari atom (saiz atom) hampir sama.


b) Semua unsur peralihan adalah logam dengan ciri-ciri berikut:
i) Pepejal dengan permukaan berkilau
ii) Mulur
iii) Mudah ditempa
iv) Kekuatan tegangan yang tinggi
v) Takat lebur dan takat didih yang tinggi
vi) Ketumpatan yang tinggi
vii) Konduktor elektrik dan haba yang baik
4 SIFAT ISTIMEWA UNSUR
PERALIHAN:
1)Menunjukkan nombor pengoksidaan yang berbeza dalam sebatian
2)Membentuk ion atau sebatian yang berwarna
3) Membentuk ion kompleks
4) Sebagai mangkin
1)MENUNJUKKAN NOMBOR
PENGOKSIDAAN YANG
BERBEZA DALAM SEBATIAN
Nombor pengoksidaan ialah cas pada suatu ion dalam suatu sebatian
Unsur peralihan Nombor pengoksidaan Sebatian unsur peralihan
+2 Ferum (II) sulfat
+3 Ferum (III) klorida


Besi
+2 Nikel (II) sulfat
+3 Nikel (III) klorida



Nikel
+1 Kuprum (I) oksida
+2 Kuprum (II) oksida


Kuprum
+2 Mangan (II) oksida
+3 Mangan (III) oksida
Mangan +4 Mangan (IV) oksida
.

2)MEMBENTUK ION ATAU SEBATIAN YANG


BERWARNA

Ion unsur peralihan Warna ion dalam larutan akueus


Ion kuprum (II), Biru
Ion Ferum (II) Hijau muda
Ion Ferum (III) Kuning / kuning-keperangan / perang
Ion Kobalt (II) Merah jambu
Ion nikel (II) Hijau
Ion kromium (III) Hijau
Ion mangan (II) Merah jambu muda
Ion manganat (VII) Ungu
Ion kromat (VI) Kuning
Ion dikromat (VI) Jingga
Batu batu permata seperti intan, delima, zamrud dan nilam mempunyai
warna-warna yang berbeza.
Sebab, batu batu permata mengandungi ion atau sebatian unsur peralihan.
Contoh: zamrud berwarna hijau kerana mengandungi ion ferum(ii) dan ion
nikel (ii)
3) MEMBENTUK ION
KOMPLEKS
Ion kompleks Penerangan Formula

Tetraaminkupr 4 molekul ammonia Cu(NH3)42+


um (II) (ligan) diikat kepada
ion kuprum di
tengahnya.
Heksaaminkro 6 molekul ammonia Cr(NH3)62+
mium (III) (ligan) diikat kepada
ion kromium
Heksasianofera 6 molekul sianida Fe(CN)64-
t (II) (ligan) diikat kepada
ion ferum
4) SEBAGAI MANGKIN
Mangkin digunakan dalam tindak balas kimia untuk meningkatkan kadar
tindak balas. Oleh itu banyak digunakan dalam industri.
Mangkin bermaksud bahan kimia yang dapat meningkatkan kadar suatu
tindak balas kimia

Unsur peralihan proses hasil

ferum Proses haber ammonia

Vanadium (V) oksida Proses sentuh Asid sulfurik

platinium Proses ostwald Asid nitrik


KEGUNAAN UNSUR
PERALIHAN DALAM
INDUSTRI
Unsur peralihan Industri
Besi (ferum) Proses Haber
- Menjadi mangkin untuk tindak balas antara gas nitrogen
dan gas hydrogen dalam pembuatan ammonia.

Platinum Proses Ostwald


- Menjadi mangkin tindak balas antara ammonia dengan
oksigen dalam pembuatan asid nitrik.
Vanadium (V) oksida Proses Sentuh
- Menjadi mangkin tindak balas antara sulfur dioksida
dengan oksigen dalam pembuatan asid sulfurik.

Nikel Penghidrogenan minyak sayuran


- Menjadi tindak balas antara minyak sayuran dengan gas
hidrogen dalam pembuatan marjerin.
LATIHAN
1. nyatakan tiga contoh unsur peralihan
2. Nyatakan empat ciri khas unsur peralihan
3. Mengapakah batu-batu permata mempunyai warna yang berbeza-beza?
4. Nyatakan warna bagi sebatian unsur peralihan yang berikut:
a) Kuprum (ii) sulfat
b) Nikel (ii) klorida
c) Kalium manganat (vii)
d) Kalium dikromat (vi)
e) Ferum (ii) klorida
f) Ferum (iii) sulfat

Anda mungkin juga menyukai