Anda di halaman 1dari 60

MODUL SUKATAN MINIMA LULUS

SEJARAH SPM
• Mengandungi minima sukatan tingkatan 4 dan 5
lulus Sejarah.
• Mengandungi soalan KBAT berdasarkan sukatan
Tingkatan 4 dan 5.
• Sesuai untuk semua pelajar terutama pelajar yan
lemah Sejarah.
Penulis : Puan Noraini Bt Bajoori, Guru Inovasi
Sejarah SMK Dulang, 06900 yan, Kedah.
PENGHARGAAN
Alhamdullilah jutaan kesyukuran saya panjatkan kepada Ilahi kerana dengan
limpah kurnianya saya dapat menyiapkan modul minima sukatan lulus Sejarah SPM
didalam bulan Ramadan yang mulia ini. Penulisan ini saya didikasikan untuk
allahyarhamah mak saya Marwiyah Binti Haji Shukur, allahyarham abah saya
Bajoori Bin Haji Karim. Semoga segala perkongsian ilmu ini akan mengalirlah
pahalanya untuk kedua ibubapa yang saya cintai. Terima kasih tidak terhingga
kepada suami saya Harun Bin Hashim kerana amat memahami.

Terima kasih sokongan anak-anak Norfarahtul ain Harun, Norfateh Harun


dan Mohd Kautsar Harun atas sokongan. Terima kasih juga kepada Pengetua SMK
Dulang Tuan Muhammad Ramzi Bin Nayan. Terima kasih kepada kumpulan inovasi
saya Puan Nurul Hanna Bt Ismail. En. Mohd Nashir B Ibrahim, Muhd Mustaqim B
Nor Afandi dan Cik Norjah Bt Ismail (Pegawai sisc+ PPD). Terima kasih juga rakan-
rakan Nucleus Group Sejarah PPD Kuala Muda Yan. Tanpa sokongan dan dorongan
kalian sudah pasti saya akan kecundang. Semoga penulisan ini dapat memberi
manafaat kepada semua anak didik kita di Malaysia.
MODUL TINGKATAN 4
1. Jelaskan maksud Jahilliah. (2m)
2. Nyatakan ciri-ciri masyarakat Arab Jahilliah . (4m)
3. Huraikan ciri-ciri masyarakat Arab Jahilliah ? (4m) Konsep Kunci Kata.ms 100-101

1. Maksud Jahilliah adalah jahil dan tidak mempunyai


ilmu pengetahuan.
2. Ciri-ciri masyarakat jahilliah adalah tidak bermoral,
taraf wanita rendah, menindas golongan lemah dan
tidak menyembah Allah.
3. Ciri-ciri masyarakat jahilliah adalah tidak bermoral
seperti berjudi. Taraf wanita rendah sehingga tidak
boleh mewarisi harta pusaka. Mereka menindas
golongan lemah dengan mengenakan riba kepada
orang miskin. Mereka tidak menyembah Allah
NORAINI BINTI BAJOORI
4. Jelaskan konsep sistem Kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah ? ( 4m )
5. Apakan kesan negetif sistem Kabilah yang diamalkan oleh masyarakat Arab
Jahilliah? (6m) Konsep Kata Kunci ms 101-102

4. Konsep sistem Kabilah adalah hidup berpuak-


puak. Mempunyai peraturan sendiri. Sangat
fanatik terhadap kabilah sendiri. Diketuai oleh
syeikh.
5. Kesan negetifnya adalah timbul semangat
assabiah. Tercetusnya peperangan antara puak.
Masyarakat menjadi kucar kacir. Mereka
menuntut bela tampa usul periksa. Perpaduan
tidak wujud. Saling berprasangka buruk
terhadap puak lain.
6. NORAINI BINTI BAJOORI
6. Jelaskan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW sehingga dilantik menjadi rasul. (6m)
7. Nyatakan keperibadian Nabi Muhammad SAW. (6m) Konsep Kata Kunci. Ms 102-103

6. Baginda dilahirkan pada tahun Gajah. Bapa baginda


bernama Abdullah bin Abdul Muttalib. Ibu baginda
Aminah binti Wahab. Baginda yatim sejak lahir.
Baginda dipelihara oleh datuk. Baginda
mengembala kambing dan berniaga sebelum
menjadi rasul.
7. Baginda digelar al-Amin kerana sifat siddiq. Baginda
amanah iaitu boleh dipercayai. Baginda tabliq iaitu
menyampaikan dakwah. Baginda fatonah iaitu
bijaksana sebagai pemimpin. Baginda penyayang
terhadap umatnya. Baginda sabar dan tidak
berputus asa.
NORAINI BINTI BAJOORI.
8. Jelaskan cara penyebaran Islam di Makkah. (6m)
9. Buktikan kepentingan pendidikan dalam Islam berdasarkan surah al-Alaq.(6m) Konsep
Kunci Kata. Ms 107-108

8. Cara penyebaran Islam di Makkah adalah


berperingkat. Mulanya secara rahsia selama 3
tahun. Kemudian secara terbuka selama 10 tahun.
Dakwah baginda kepada ahli keluarga dan sahabat
rapat baginda. Ketinggian akhlak baginga menarik
ramai orang memeluk Islam.
9. Surah al-Alaq memerintahkan umat Islam membaca.
Membaca penting untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan. Membaca dapat memperkasakan
tamadun bangsa. Membaca dapat menjadikan insan
berjaya. Membaca menjadikan bangsa cemerlang.
Dengan ilmu negara akan maju.
NORAINI BINTI BAJJORI
10. Nyatakan reaksi masyarakat Arab terhadap Islam. (6m)
11. Jelaskan dengan contoh penentangan masyarakat arab terhadap penyebaran Islam di
Makkah. (6m). Ms 110-111 Konsep Kata Kunci

10.Dakwah nabi mendapat reaksi positif dari masyrakat


Arab. Mereka terdiri dari sahabat dan golongan
hamba. Mereka tertarik dengan persamaan taraf
dalam Islam. Islam melayan baik sesama manusia.
Mereka tertarik kemurnian ajaran Islam.
11. Penentangan dapat dilihat ketika nabi beribadat
diletakkan benda kotor ditengkoknya. Mereka ingin
membunuh nabi dengan mengepong rumah nabi.
Mereka mengejek nabi melalui puisi. Mereka
memulaukan nabi degan tidak membenarkan
berjual beli dengan nabi.
NORAINI BINTI BAJOORI
12. Huraikan kepentingan perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua. (6m)
13. Jelaskan konsep hijrah dalam Islam? (4m) ms118- 119 Konsep Kata Kunci

12.Kepentingan perjanjian Aqabah 1 dan 2 adalah


Islam tersebar luas. Orang Madinah sanggup
pertahankan Islam. Mereka menjamin keselamatan
nabi. Mereka menjemput nabi hijrah ke Madinah.
Mereka membantu orang Islam Makkah yang
berhijrah. Faktor kejayaan hijrah ke Madinah.
13. Hijrah perpindahan umat Islam dari Makkah ke
Madinah. Untuk menggukuhkan Islam. Strategi
sebarkan Islam. Meninggalkan kejahatan
menegakkan kebaikan.
NORAINI BINTI BAJOORI
14. Jelaskan sebab-sebab nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah. (6m)
15. Huraikan kepentingan hijra h dalam Sejarah Islam. (6m) ms 121-122 Konsep Kata Kunci

14. Antara sebab baginda berhijrah ke Madinah adalah


disebabkan perintah Allah. Untuk meneruskan dakwah
Islam. Jemputan masyarakat Madinah. Untuk
mendamaikan Aus dan Khazraj. Untuk menjadi pemimpin.
Untuk memantapkan ekonomi masyarakat Madinah.
15. Kepentingan hijrah adalah dakwah Islam dilaksanakan
dengan aman. Nabi dapat mendamaikan masyarakat
Madinah. Dapat menjalinkan persaudaraan Islam. Dapat
menyatupadukan masyarakat Madinah. Dapat
memantapkan ekonomi. Dapat melahirkan masyakat
harmoni di Madinah.
NORAINI BINTI BAJOORI
16. Menolak pendapat orentalis Barat yang mentakrifkan hijrah sebagai melarikan diri. (6m)
ms120.
17. Huraikan prinsip-prinsip umum kandungan piagam Madinah. (6m) ms 125. Konsep Kata
Kunci

16.Hijrah nabi adalah atas jemputan masyarakat


Madinah. Kedatangan nabi disambut meriah.
Mereka diberi tempat tinggal. Mereka diberi kerja.
Mereka dijamin keselamatan. Nabi dilantik menjadi
pemimpin.
17. Piagam Madinah mengandungi 47 pasal. 23 pasal
tanggungjawab orang Islam. 24 pasal
tanggungjawab orang bukan Islam di Madinah. Ia
merangkumi 7 aspek penting seperti ekonomi,
politik dan sosial. Mengakui nabi sebagai
pemimpin. Semua bertanggungjawab terhadap
negara Islam Madinah.
18. Jelaskan kepentingan Piagam Madinah. (6m) ms 128
19. Huraikan penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad SAW. (6m) ms 129. Konsep Kata Kunci

18. Kepentingan Piagam Madinah adalah membentuk negara


Islam Madinah. Dapat membentuk masyarakat yang
bersatu padu. Dapat meberi keadilan ekonomi kepada
semua pihak. Taraf kehidupan sama dalam masyarakat.
Undang-undang yang sama untuk semua. Berjaya
menyusun kehidupan masyarakat secara sistematik.
19. Baginda tidak memaksa dalam berdakwah. Baginda
menghantar perutusan kepada ketua negara seperti
Rom. Baginda berdakwah secara bijaksana. Baginda
berdakwah dengan nasihat dan membacakan ayat-ayat
quran. Baginga menunjukkan akhlak yang sempurna.
20. Jelaskan penyebaran Islam bukan melalui mata pedang. (6m) ms 129
21. Huraikan kepentingan perjanjian Hudaibiyah. (6m) ms 133 Konsep Kata Kunci

20. Baginda tidak memaksa dalam berdakwah. Baginda


menghantar perutusan kepada ketua negara seperti
Rom. Baginda berdakwah secara bijaksana. Baginda
berdakwah dengan nasihat dan membacakan ayat-
ayat quran. Baginga menunjukkan akhlak yang
sempurna.
21. Kepentingan perjanjian Hudaibiyah adalah baginda
dapat merangka dakwah Islam. Membuktikan Islam
tersebar secara aman. Umat Islam boleh menunaikan
umrah dengan aman. Melambangkan ketokohan
baginda sebagai pemimpin. Pengislaman tokoh
hebat seperti Khalid al-Walid. Kerajaan Islam
Madinah diiktiraf.
22. Jelaskan proses pembukaan kota Mekah. (6m) ms 134-135
23. Mengapakan Perjanjian Hudaibiyah menjadi punca pembukaan Kota Makkah. (6m) ms
135 Konsep Kata Kunci

22.Baginda merancang memasuki Kota Makkah dengan


bijak. Baginda berpegang prinsip aman. Baginda
menyediakan 4 pasukan tentera. Masuk ke Kota
Makkah melalui 4 penjuru. Mengepong Kota
Makkah dengan rapi. Memaafkan sesiapa yang
menyerah.
23. Orang Quraisy mencabuli Perjanjian Hudaibiyah.
Mereka memberi sokongan kepada Bani Bakar.
Mereka berperang dengan bani Khuza’ah. Melangar
gencatan senjata 10 tahun. Baginda bertegas
menghantar tentera untuk membuka Kota Makkah.
Baginda berjaya membuka Kota Makkah.
24. Jelaskan kepentingan pembukaan Kota Makkah. (6m) ms 135
25. Jelaskan maksud Khalifah. (4m) ms 143 Konsep Kata Kunci

24.Kepentingan pembukaan Kota Makkah adalah


kesuciaan Kaabah terpelihara. Kota Makkah menjadi
kota suci seluruh umat Islam. Dakwah Islam
tersebar keseluruh Tanah Arab. Bukti dakwah Islam
tersebar secara aman. Wujud pusat pemerintahan
Islam yang kuat. Tempat khuttbah terakhir nabi
berpesan berpegang kepada al-qurqn dan al-
sunnah.
25. Maksud khalifah adalah penganti. Melaksanakan
pemerintahan yang dilakukan nabi sebelum ini.
Bertanggungjawab memelihara Islam. Mengekalkan
keharmonian umat Islam.
26. Jelaskan syarat kelayakan menjadi khalifah . (6m) ms 143
27. Jelaskan cara pemilihan dan perlantikan khalifah al-rasyidin. (6m) ms 144 Konsep Kata
Kunci

26.Syarat kelayakkan menjadi khalifah mestilah lelaki


merdeka. Calon mesti beragama Islam. Calon arif
tentang Islam. Calon mestilah sanggup
melaksanakan hukum Allah. Calon mestilah
mematuhi perintah Allah. Calon mestilah bijak
mentadbir negara.
27. Cara pemilihan khalifah melalui syura pemilihan
khalifah Abu Bakar. Melalui cadangan satu nama
pemilihan khalifah Umar. Melalui pemilihan
beberapa calon pemilihan khalifah Uthman bin
Affan. Pencalonan sekelompok masyarakat
pemilihan khalifah Ali bin Abu Talib.
28. Jelaskan tugas khalifah. (6m) ms 144
29. Huraikan sumbangan khalifah Abu Bakar al Siddiq. (6m) ms144-145 Konsep Kata kunci

28.Tugas khalifah sebagai ketua negara. Beliau


bertanggungjawab memelihara Islam. Beliau
mentadbir negara. Mengikut hukum syariah. Beliau
bertanggungjawab mempertahankan negara.
Melantik dan melucutkan pegawai kerajaan.
29.Sumbangan beliau menghapuskan golongan murtad
dan al riddah. Beliau berjaya pertahankan Madinah.
Beliau membahagikan Tanah Arab kepada 10
wilayah untuk melicinkan pentadbiran. Beliau
membayar gaji tentera. Beliau memerintahkan Zaid
mengumpulkan ayat-ayat al-quran.
30. Jelaskan sumbangan khalifah Uthman bin Affan. (6m) ms 147
31. Huraikan sumbangan khalifah Ali bin Abu Talib. (6m) ms 148 Konsep Kata Kunci

30. Sumbangan beliau adalah meluaskan wilayah Islam


sehingga ke Tripoli. Beliau membina angkatan Laut
Islam yang pertama. Beliau mengistiharkan al-quran
Mushaf Uthmani. Beliau membina jalanraya dan
rumah rehat untuk musafir. Beliau mengukuhkan
peranan baitulmal. Mengenakan Jizyah untuk
pembanunan negara.
31. Sumbangan beliau mengutamakan keharmonian.
Sanggup memberhentikan peperangan siffin demi
keamanan. Beliau mengutamakan kestabilan politik.
Beliau membina markas tentera di Parsi.
Mengenakan jizyah demi pembagunan negara.
Beliau mengutamakan kedamaian.
32. Jelaskan latar belakang pembentukan kerajaan Bani Umaiyah. (6m) ms 150
33. Jelaskan latar belakang pembentukan kerajaan Bani Abbasiyah. (6m) ms156 Konsep Kata
Kunci.

32.Kerajaan Bani Umaiyah diasaskan oleh Muawiyah


bin abu Syam. Setelah penyerahan kuasa oleh
Hassan bin Ali. Pemerintahan tahap pertama
berpusat di Damsyik. Pemimpin digelar khalifah.
Tahap kedua berpusat di Cardova. Andalusia ibu
kotanya. Tahap ini diasaskan oleh Abdul Rahman al-
Dakhil.
33. Kerajaan Abbasiyah diasaskan 750M. Selepas
berjaya Revolusi Abbasiyah berjaya. Gerakan ditaja
oleh Ali bin Abdullah. Mereka bergerak secara
rahsia. Mereka berkempen atas nama ahli Bait.
Mengamalkan sistem monarki. Pusat pemerintahan
di Bagdad dipimpin oleh Abu Jaafar al-Mansur.
34. Jelaskan latar belakang pembentukan kerajaan Turki Uthmaniah? (6m) ms158
35. Huraikan sumbangan kerajaan Bani Umaiayah. (6m) ms 151 Konsep Kata Kunci

34. Kerajaan ini diasaskan oleh Uthaman bin Ertughrul.


Beliau adalah gabenor Saljuk. Beliau berjaya
tewaskan Byzantine pada 1301. Beliau dibantu oleh
ghazi. Beliau berjaya menakluki Anatolia. Beliau
menjadikan Bursa sebagai ibu negerinya.
35. Sumbangan kerajaan Umaiyah adalah mewujudkan
kembali sistem Khalifah. Melantik wazir mengetuai
kerajaan pusat. Memperkenalkan sistem urus setia.
Menubuhkan 4 jabatan seperti cukai. Menjadikan
Basrah pusat ilmu pengetahuan. Menjadikan Cardova
pusat perdagangan antarabangsa.
36. Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Abassiyah. (6m) ms 156-157
37. Jelaskan sumbangan kerajaan Turki Uthmaniah. (6m) ms 160-161 Konsep Kata Kunci

36. Sumbangan Kerajaan Abbassiyah adalah menjadikan


Baghdad pusat intelektual. Menjadikan Baghdad
pusat penyebaran ilmu. Membina baitulhikmah.
Memperkenalkan teknik penulisan. Baghdad menjadi
pusat penterjemah karya asing ke bahasa Arab.
Golongan ulamak menghasilkan tulisan bidang Fikah.
37. Sumbangan kerajaan Turki Uthmaniah adalah
memperkenalkan Kanun Suleiman. Memperkenalkan
sistem pentadbiran perundangan Islam. Menjadi
pusat perdagangan jalinan timur dan Barat.
Mengalakkan kecemerlangan individu.
Memperkenalkan sistem madrasah. Menyumbang
dalam penulisan ensiklopedia.
38. Jelaskan faktor yang membolehkan kerajaan Turki Uthmaniah menyebarkan Islam ke
Eropah. (6m) ms 162
39. Huraikan cara-cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia. (6m)
ms164-165. KONSEP Kata Kunci

38.Antara faktornya adalah penaklukkan


Constantinople oleh Mehmed Fatih. Mempunyai
tentera yang bersemangat ghazi. Keadaan politik di
Eropah yang tidak stabil. Kejatuhan kerajaan
Byzantine. Mempunyai senjata moden. Dasar sosial
Islam menarik minat untuk memeluk Islam.
39. Cara pertembungan tamadun Islam dengan
tamadun lain adalah melalui perdagangan dan
peniagaan. Melalui hubungan diplomatik antara
negara. Melalui penaklukan oleh tentera Islam.
Melalui pertembungan budaya dengan budaya lain.
Melalui pertembungan intektual iaitu kalangan ahli
fikir negara.
40. Jelaskan kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain. (6m) ms165-166
41. Huraikan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara. (6m) ms175-178. Konsep Kata Kunci

40. Antara kesannya adalah dakwah Islam tersebar luas.


Amalan politik berasaskan akidah dan syariah. Orang
Islam menguasai ekonomi terutama perdagangan.
Orang Islam mempengaruhi perkembangan
pendidikan. Para cendiakawan saling bertukar
fikiran. Keindahan seni bina Islam tersebar luas.
41. Teori kedatangan Islam ke Asia Tengara adalah dari
Tanah Arab. Pendakwah dibawa oleh pedagang Arab.
Teori kedua dari China. Ia disebarkan oleh pedagang
Islam China. Teori ketiga dibawa dari India.
Disebarkan oleh pedagang Islam India kepada
masyarakat setempat.
42.Huraikan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui perdagangan. (6m) ms 179-180
43. . Huraikan cara penyebaran Islam di Asia Tenggara. (6m) ms 179-180

42. Dakwah Islam disebarkan oleh pedagang Arab, China dan


India. Pelabuhan menjadi pusat Penyebaran Islam.
Semangat dakwah yang tebal dihati pedagang. Islam cepat
tersebar bila pedagang berdakwah. Pedagang menjadi
contoh akhlak mulia. Hubungan baik pedagang dengan
pemerintah.
43. Cara penyebaran Islam di Asia Tenggara melalui
perdagangan. Melalui perkahwinan siasah dan pedagang
Islam dengan penduduk tempatan. Pengislaman raja dan
golongan bangsawan. Kelahiran kerajaan Islam seperti
Melaka. Peranan pusat kebudayaan sebagai pusat
penyebaran Islam. Peranan pendakwah seperti Fakir
Muhammad yang menyebarkan Islam.
44. Senaraikan kerajaan Islam di Asia Tenggara. (4m) ms 181
45. Jelaskan pengaruh Islam dalam masyarakat Di Asia Tenggara. (6m) ms 189.
46. Huraikan pengaruh Islam dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan kerajaan Asia
Tenggara. (6m) ms 185-186 Konsep Kata kunci

44. Perlak. Melaka. Pasai. Acheh


45.Pengaruh Islam dalam masyarakat seperti pegangan
agama Islam sebagai ad’din. Cara berpakaian seperti
bertudung. Konsep persaudaraan Islam diamalkan.
Akhlak Islam diamalkan seperti saling menghormati.
Amalan bergotong royong dan semangat kerjasama.
46. Pengaruh Islam dalam pentadbiran adalah gelaran
sultan. Mufti sebagai penasihat. Terdapat baitulmal
menyimpan khazanah negara. Agama Islam sebagai
agama rasmi. Mengunakan hukum syariah.
Mengerakkan semangat hijad.
47. Jelaskan sumbangan kerajaan-kerajaan Islam dalam perkembangan Islam di Asia
Tenggara. (6m)
48. Huraikan pengaruh Islam dalam aspek perundangan. (8m) ms 186 Konsep Kata Kunci.

47. Istana sebagai tempat menuntut ilmu.


Melahirkan ramai ulamak dan pendakwah.
Menjadi kerajaan penaung. Menjadi kerajaan
penakluk. Perkahwinan siasah untuk
mengembangkan Islam. Pusat penterjemahan
karya Islam.
48. Menggunakan hukum syariah. Termaktub dalam
hukum kanun Melaka. Mempunyai ciri-ciri
perlembagaan Islam seperti Kanun Mahkota
Alam. Undang-undang Islam dipraktikan dengan
tegas di Melaka.
49. Jelaskan pengaruh Islam dalam aspek ekonomi. (6m) ms 191
50. Jelaskan dengan contoh penerusan sistem pendidikan agama Islam hingga kini. (6m)
ms187. Konsep Kata Kunci.

49. Pengaruh Islam dalam aspek ekonomi adalah


mewujudkan baitulmal. Hasil diperoleh dari zakat
dan sedekah. Islam mengalakkan umatnya rajin
bekerja. Melarang mengemis. Berurusniaga dengan
unsur halal. Melarang riba dan penindasan.
50. Sistem pendidikan Islam yang masih diamalkan
hingga kini adalah sistem pondok yang masih banyak
di negara kita sekarang. Masih belajar menghafal dan
memahami al-quran. Di Indonesia dikenali sebagai
Pasentren. Di Acheh dikenali sebagai Dayah.
Keperluan asas disediakan pelajar sendiri.
KBAT : Guna Konsep IPTAS kaitkankan
dengan soalan.
I = ILMU, INOVATIF, IKHLAS
P = PADU, P.JAUH. PRIHATIN, PATUH,
PENYAYANG, PRO AKTIF,
T = TANGGUNGJAWAB, TAAT, TEKUN,
TOLENRASI,
A = AMANAH, AMAN, AKUR, ADIL
S = SAYANG, SABAR, SOPAN, SANTUN
51. Bagaimanakah wujud zaman jahilliah moden? (6m) KBAT
52. Bagaimanakah mengelak perasaan asabiah. (6m) Konsep IPTAS kaitan dengan soalan

51. Wujud zaman jahiliah moden apabila kita tidak


cintakan ilmu. Kita tiada perasaan ingin bersatupadu
untuk menjaga negara. Kita tidak prihatin terhadap
nyawa orang lain. Kita tidak bertanggungjawab
terhadap diri sendiri dengan minum arak. Kita tidak
taat pada agama menyembah Allah. Kita tidak
sayang akan orang miskin.
52. Untuk mengelak perasaan asabiah kita mesti
menguasai ilmu pengetahuan. Kita mesti
bersatupadu antara kaum. Kita mesti prihatin
masalah kaum lain. Kita mesti taat kepada agama.
Kita mesti sayang akan negara. Kita mesti akur
kepada pemimpin.
53. Bagaimana pengamalan sifat nabi meningkatkan martabat. (6m) KBAT
54.Bagaimana menangi cabaran idea kita tidak diterima rakan. (6m) guna Konsep IPTAS
kaitkan dengan soalan

53.Jika kita berilmu kita akan dihormati. Jika kita


menyayangi kita akan disayangi. Jika kita taat pada
Allah kita akan ditaati. Jika kita bertanggungjawab
kita akan disanjungi. Jika kita prihatin kita akan
dikasihi. Jika kita tekun bekerja kita akan dikagumi.
54. Kita mestilah berilmu agar tenang. Kita mestilah
prihatin terhadap perasaan orang lain. Kita mestilah
bertanggungjawab terhadap keharmonian suasana.
Kita mestilah akur kepada keputusan majoriti. Kita
mestilah menyantuni orang lain. Kita mestilah sabar
menghadapi cabaran
55. Apa yang akan berlaku jika hijrah tidak berlaku? (6m) KBAT
56. Bagaimana menjayakan perpaduan dalam berbilang kaum? (6m) Konsep IPTAS

55.Kita akan ketinggalan dari aspek ilmu


pengetahuan. Kita tidak akan hidup bersatu
padu. Kita tidak akan hidup aman. Kita tidak
akan saling menyanyangi. Kita tidak prihatin
terhadap orang lain. Kita tidak taat pada Allah.
56. Kita mestilah berilmu. Kita mestilah
mengukuhkan perpaduan. Kita hendak;ah saling
menyantuni. Kita hendaklah saling menyayangi
antara warganegara. Kita mestilah akur kepada
pemimpin. Kita mestilah prihatin terhadap
masalah kaum lain.
57. Apakah iktibar daripada kesabaran Nabi Muhammad SAW dalam perjanjian Hudaibiyah?
(6m)
58. Apakah cabaran pemimpin hari ini? (6m) Konsep IPTAS kaitkan dengan soalan.

57. Iktibar yang boleh kita perolehi adalah kita dapat


menyampaikan ilmu kepada seluruh umat manusia. Kita
dapat menyatupadukan semua umat Islam. Kita dapat
menjadi insan bertanggungjawab kepada agama. Kita
dapat menjadi umat yang taat kepada Allah. Kita dapat
menjadi umat yang sayang akan agama.
50. Cabaran pemimpin hari ini adalah ledakan ilmu tampa
batas. Perpecahan perpaduan dikalangan rakyat.
Pemimpin yang sukar melaksanakan tanggungjawab.
Pemimpin yang tidak ditaati oleh rakyat. Pepimpin yang
tidak disayangi rakyat. Pemimpin yang tidak amanah
dalam menjalankan tugas.
NORAINI BT BAJOORI smk Dulang.
59. Apakah ilmu yang perlu dikuasai untuk menjadikan pendidikan Malaysia bertaraf dunia.
(6m)
60. Bagaimana memastikan rakyat sentiasa menyokong kerajaan. (6m) Konsep IPTAS kaitkan
dengan soalan.

59. Ilmu yang perlu dikuasai adalah ilmu bijak


berinovatif. Kita mestilah menguasai ilmu teknologi
tanpa batasan. Kita mestilah menguasai ilmu
perpaduan. Kita mestilah menguasi ilmu
bertolenrasi. Kita mestilah menguasai ilmu
beramanah. Kita mestilah menguasai ilmu berkasih
sayang antara masyarakat antarabangsa.
60. Kerajaan mestilah bijak menerapkan ilmu kepada
rakyat. Kerajaan mestilah memelihara perpaduan.
Kerajaan mestilah amanah menjaga kebajikan rakyat.
Kerajaan mestilah bertanggungjawab menagihkan
kekayaan negara. Kerajaan mestilah adil kepasa
rakyat. Kerajaan mestilah sayang akan rakyatnya.
NORAINI BINTI Bajoori, smk dulang.
MODUL TINGKATAN 5
1. Jelaskan maksud imperialisme ? (5m) ms 3
2. Senaraikan imperislisma Barat di Asia Tenggara? (6m) ms 3
3. Nyatakan lokasi kuasa-kuasa imperialisma Barat di Asia Tenggara. (6m) Konsep Kata kunci

1. Imperialisme dasar sebuah negara meluaskan


pengaruh dah wilayahnya. Mereka menjajah
negara lain untuk kepentingan tertentu seperti
politik, kekayaan dan kebanggaan.
2. Portugal. Sepanyol. Belanda. Britain. Perancis.
Amerika Syarikat.
3. Sepanyol = Filipina. Belanda = Indonesia. Britain
= Tanah Melayu ,Burma. Perancis = Indocina
NORAINI BINTI BAJOORI, SMK DULANG.
4. Huraikan faktor-faktor imperialisma Barat di Asia Tenggara. (6m) ms 5
5. Jelaskan sistem politik yang diperkenalkan oleh kuasa Barat di Asia Tenggara. (6m). ms8
Konsep Kata Kunci.

4. Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah.


Perkembangan sistem pengankutan dan
perhubungan. Persaingan kuasa-kuasa Barat
mencari tanah jajahan. Beban orang puteh
menyebarkan tamadun. Berlakunya revolusi
perindustrian di Eropah. Untuk Gold, Glory,
Gospel.
5. Sistem Birokrasi Barat. Penubuhan kerajaan
pusat. Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir.
Pentadbiran melalui Biro. Pegawai Barat sebagai
ketua Biro. Pengenalan undang-undang Barat.
6. Huraikan perubahan pentadbiran di Asia Tenggara. (6m) ms 8
7. Bandingkan sistem pentadbiran sebelum dan semasa penjajahan Barat di Asia Tenggara.
(6m) ms8-9. Konsep Kata Kunci.

6. Dari sistem tradisional kepada Sistem Birokrasi Barat.


Penubuhan kerajaan pusat. Gabenor Jeneral sebagai
ketua pentadbir. Pentadbiran melalui Biro. Pegawai
Barat sebagai ketua Biro. Pengenalan undang-undang
Barat.
7. Sistem tradisional diketuai Sultan. Birokrasi Barat di
ketuai Gabenor Jeneral. Sultan dibantu pembesar
tempatan. Gabenor dibantu ketua biro. Sistem
undang-undang syariah diamalkan. Undang-undang
barat diperkenalkan.
NORAINI BINTI BINTI BAJOORI
8.Jelaskan takrif nasionalisma. ( 5m) ms 14
9. Huraikan faktor yang mencetuskan nasionalisme di Asia Tenggara. (6m) ms 14-17 Konsep
Kata kunci

8. Nasionalisma bermaksud cinta akan bangsa. Cinta


akan negara. Berusaha membebaskan negara dari
penjajah. Berusaha bebaskan negara dari
cengkaman ekonomi dan budaya asing.
9. Faktor pencetus nasionalisme adalah dasar
penjajahan Barat yang kejam. Pengaruh agama
menyatupadukan rakyat menentang penjajah.
Pengaruh luar seperti perjuangan Mahatma Gandhi
pemankin menentang penjajah. Perkembangan
sistem pengangkutan dan perhubungan.
Kemunculan golongan intelektual yang menjadi
pemimpin menentang penjajah.
NORAINI BINTI BAJOORI, SMK DULANG YAN KEDAH
10. Senaraikan tokoh-tokoh nasionalis di Asia Tenggara. (6m) ms 18-22
11. Huraikan ciri-ciri nasionalisma tahap pertama di Asia Tenggara. (6m) ms 18 Konsep
Kata Kunci

10. Tokoh-tokoh nasionalisme Asia Tengara adalah


Jose Rizal. Andres Bonifacio. Raden Adjeng
Kartini. Soekarno. Aung San. Nai Pridi
Panomyong.
11. Ciri-ciri nasionalisma tahap pertama adalah
penentangan secara terbuka. Bersifat setempat.
Tidak berorganisasi. Isu-isu kebudayaan, agama
dan hak pribumi. Dipimpin golongan pertengahan
berpendidikan Barat. Tidak menuntut
kemerdekaan.
NORAINI BINTI BAJOORI. SMK DULANG YAN KEDAH.
12. Jelaskan ciri-ciri nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara. (6m) ms 18.
13. Senaraikan tokoh-tokoh tempatan yang menentang British. (6m) ms29-43 Konsep Kata
Kunci

12. Ciri-ciri nasionalisme tahap kedua adalah lebih


radikal. Berorganisasi. Dipimpin oleh pemimpin
yang berpengetahuan luas. Mereka faham kesan
penjajahan Barat. Mereka menuntut
kemerdekaan. Mereka ingin membentuk
kerajaan yang berdaulat.
13. Tokoh-tokoh tempatan menentang British
adalah Dol Said. Dato’ Maharajalela. Rentap.
Mat Salleh. Dato’ Bahaman. Tok Janggut.
NORAINI BINTI BAJOORI SMK DULANG YAN KEDAH.
14. Jelaskan sebab-sebab pemimpin tempatan menentang British. (6m) ms 30
15. Ceritakan peristiwa penentangan Dol Said. (6m) ms 31 Konsep Kata Kunci

14. Sebab-sebab pemimpin tempatan menentang


British adalah British mengekploitasi ekonomi
tempatan. Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap
masyarakat tempatan. Campur tangan British
terhadap adat resam tempatan. Pembesar
kehilangan kuasa dan pengaruh. Kesulitan hidup
penduduk tempatan. Dasar penaklukan Beritish.
15. Penghulu Dol Said pemimpin Naning. British
mendakwa Naning sebahagian Melaka. British minta
Naning bayar 1/10 hasil Naning. Dol Said menentang.
Awal penentangan beliau menang. Akhirnya beliau
terpaksa menyerah diri dibawa ke Melaka.
16. Ceritakan peristiwa penentangan Rentap. (6m) ms 33
17. Ceritakan peristiwa penentangan Syarif Masahor. (6m) ms35 Konsep Kata Kunci.

16. Rentap pemimpin Iban. Beliau menentang Brooke


kerana Brooke tuduh orang Iban lanun. Brooke
hapuskan orang Iban. Rentap serang Brooke di Kubu
Nanga Skrang menang. Brooke serang balik Rentap.
Rentap semankin lemah dan berundur ke Ulu Sungai
Entabai.
17. Syarif Masahor pemimpin Sungai Rajang. Beliau
menolak penguasan Brooke keatas wilayahnya.
Beliau hilang kuasa pungut cukai dan pengaruh.
Syarif Masahor serang kubu Brooke di Kanowit.
Brooke serang balik, Syarif Masahor melarikan diri ke
Betawi dan Belanda serahkan beliau kepada Brooke.
NORAINI BINTI BAJOORI SMK DULANG YAN KEDAH.
18. Ceritakan peristiwa penentangan Mat Salleh. (6m) ms 36
19. Ceritakan peristiwa penentangan Dato’ Maharajalela (6m) ms37 Konsep Kata kunci.

18. Mat Salleh pemimpin Tambunan dan Sungai Sugut,


Sabah. Beliau marah kepada SBUB kerana mengusai
kawasannya. SBUB melaksanakan sistem cukai kepala
dan surat perahu. Beliau ingan berbincang tapi tidak
diendahkan SBUB. Kampungnya dibakar. Beliau
serang pulau Gaya menang. SBUB serang balik. Mat
Salleh tewas dan mati pada 1900.
19. Dato Maharajalela pemimpin Perak. Beliau
menentang Britisah kerana JWW Birch melangkaui
fungsinya. Sistem cukai yang diperkenalkan British.
Menentang penguasaan British keatas wilayah
mereka. Rancang bunuh Birch. Selepas Birch dibunuh
belaiau ditangkap dan dihukum gantung.
20. Ceritakan peristiwa penentangan YamTuan Antah.( 6m) ms 39
21. Ceritakan peristiwa penentangan Dato Bahaman. (6m) ms 40 Konsep Kata Kunci

20.Yam Tuan Antah pemimpin Sungai Ujung. Beliau


menentang British kerana kemasukan British ke
Sungai Ujung. Mereka berebut kawasan sempadan
untuk memungut cukai bijih timah. Akhirnya beliau
berdamai dengan British.
21. Dato Bahaman pemimpin Pahang. Beliau
menentang sistem undang-undang Barat yang
bertentangan dengan adat resam. Beliau
menentang British selama 5 tahun. Menentang
pembinaan balai polis. Menyerang dan tawan
Lubuk Terua. Menyerang dan tawan Ulu Tembeling.
Akibat tekanan British beliau pindah ke Bangkok.
NORAINI BINTI BAJOORI SMK DULANG YAN KEDAH
22. Ceritakan peristiwa penentangan Tok Janggut. (6m) ms 41
23. Ceritakan peristiwa penentangan Haji Abdul Rahman Limbong. (6m) ms42 Konsep Kata
Kunci

22. Tok Janggut pemimpin Kelantan. Beliau menentang


British sistem cukai. Beliau enggan membayar cukai.
Beliau ditangkap namun gagal . British serang Tok
Janggut. Beliau terkorban mayatnya diarak kepala ke
bawah. Ia sebagai amaran kepada rakyat yang berani
menentang British.
23. Haji Abdul Rahman Limbong pemimpin Terengganu.
Beliau menentang British kerana sistem cukai dan
undang-undang tanah British. Beliau membuka tanah
Nik Maimunah. British bimbang. Guna nama Sultan
untuk menangkap beliau. Beliau dibuang ke Makkah.
NORAINI BINTI BAJOORI SMK DULANG YAN KEDAH.
24. Jelaskan yang menyumbang kepada perkembangan gerakan nasionalisme. Ms 45
26. Senaraikan tokoh yang terlibat dalam gerakkan Islah. (3m) Ms 49. Konsep Kata Kunci

24. Faktor-faktor pemankin nasionalisma adalah


dasar British yang menindas penduduk tempatan.
Pendudukan Jepun yang kejam memberi
keperitan kepada penduduk tempatan.
Perkembangan sistem pendidikan melahirkan
pemimpin nasionalis. Kesedaran pilitik serantau.
Munculnya gerakan Pan-Islamisme sedunia.
25. Sheikh Tahir Jalaluddin. Syed Syeikh al Hadi. Dr
Burhanuddin al-Helmy.
NORAINI BINTI BAJOORI SMK DULANG YAN KEDAH
26. Senaraikan akhbar akhbar yang berperanan dalam gerakan nasionalisme. (6m) ms51
27. Senaraikan majalah yang berperanan dalam gerakan nasionalisme. (3m) ms 53
28. Huraikan perkembangan peranan akhbar , majalah novel dalam pergerakan nasionalisme.
Ms 50-51 (6m) Konsep Kata Kunci

26. Warta Malaya. Lembaga Malaya. Majlis. Utusan


Melayu. Warta Negara. Fajar Sarawak.
27. Majalah guru. Pengasuh. Bulan Melayu
28. Akbar, majalah dan novel berperanan penting
melahirkan semangat kebangsaan. Isu
pendidikan, ekonomi dan politik tema penulisan.
Menyeru untuk memajukan diri. Menyeru untuk
menentang penjajah. 120 buah majalah
diterbitkanpada 1940an seperti majalah guru.
Akbar seperti warta Malaya. Novel seperti Putera
Gunung Tahan.
29. Jelaskan maksud gerakkan Islah. (2m) ms 49
30. Huraikan matlamat gerakan Islah. (6m) ms 49 Konsep Kata Kunci

29.Gerakan Islah merupakan gerakan yang berusaha


mendorong masyarakat Melayu supaya
membetulkan pandangan mereka terhadap
Islam.
30. Matlamat gerakan Islah adalah menjana ajaran
Islam dari sudut pandangan dunia. Mengesa
memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan
sosial orang Melayu. Mengkritik sikap penjajah.
Mengkritik raja untuk berperanan memajukan
orang Melayu. Mengkitik pembesar untuk lebih
membela nasib rakyat.
NORANINI BINTI BAJOORI SMK DULANG YAN KEDAH
31. Huraikan isu yang diperjuangakan oleh Kesatuan Melayu Singapura (KMS) dalam
gerakan nasionalisme. (6m) ms 54.
32. Jelaskan isu yang diperjuangkan oleh Persatuan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM. (6m)
Konsep Kata Kunci

31. KMS ditubuhkan pada 1926. Pengasasnya


Mohammad Eunos Abdullah. Bertujuan menjaga
kepentingan sosioekonomi orang Melayu Singapura.
Mendesak agar kebajikan orang Melayu dijaga.
Berjaya memperoleh kawasan penempatan Khas
untuk orang Melayu. Menjadi pendorong penubuhan
kesatuan yang lain.
32.PASPAM ditubuhkan 1934. Pengasasnya
termasuklah S.M Zainal Abidin. Bertujuan ahlinya
berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat.
Organisasinya kemas. Mempunyai perlembagaan
sediri. Tidak bersifat politik. Asas kepada kesedaran
SS Melayu.
NORAINI BINTI BAJOORI SMK DULANG 06900 YAN KEDAH.
33. Huraikan isu yang diperjuangkan oleh persatuan negeri-negeri. (6m) ms 55
34. Huraikan isu yang diperjuangkan oleh Persatuan Melayu Miri. (6m) ms 55 Konsep Kata
Kunci

33. Persatuan negeri terdiri Persatuan negeri Perak.


Negeri Sembilan. Selangor dan Pahang. Bertujuan
mengabungkan tenaga intelektual. Bincangkan nasib
orang Melayu. Terutama dalam pendidikan, ekonomi
dan perhidmatan kerajaan. Mengalakan perpaduan
dikalangan orang Melayu.
34. PMM ditubuhkan 1936. Dinaungi oleh Datu Patinggi
Abang Abdillah. Bertujuan mengeratkan perpaduan
dikalangan orang Melayu. Mengalakkan pendidikan.
Menjaga budaya dan bangsa. Menegakkan ajaran
agama Islam.
NORAINI BINTI BAJOORI SMK DULANG 06900 YAN KEDAH
35. Huraikan isu yang diperjuangkan oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) dalam gerakan
nasionalisme. (3m) ms 56
36. Jelaskan takrif konsep negara dan bangsa. (6m) ms 67 Konsep Kata Kunci

35. KMM ditubuhkan pada 1939. Diasaskan oleh


Ibrahim Haji Yaakob. Bertujuan mengalakan
perpaduan kalangan pemuda Melayu Semenajung.
Meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.
Berkerjasama dengan Jepun menghalau British.
Menubuhkan tentera semut untuk menghalau
British.
37.Konsep negara bangsa merujuk kepada sekumpulan
manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan atau
warganegara sesebuah negara.
NORANIN BINTI BAJOORI SMK DULANG 06900 YAN KEDAH
38. Huraikan ciri-ciri negara dan bangsa. (6m) ms 73
39. Jelaskan latar belakang pembinaan negara Jerman dan Itali . (6m) ms 68-69. Konsep Kata
Kunci

38. Ciri-ciri negara dan bangsa adalah negara yang


mempunyai penduduk, pemimpin dan undang-undang.
Bangsa yang mempunyai bahasa, adat resam,kesenian dan
pengalaman sejarah yang sama. Kerajaan iaitu pemerintah
yang melaksanakan dasar. Perlembagaan iaitu undang-
undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintah
memerintah negara.
39. Jerman dan Itali dibina melalui darah dan besi. Mereka
menggunakan teknik realpolitik. Matlamat menghalalkan
cara. Di Itali Count Camilio berjaya tewaskan Austria utk
menbina negara Itali. Jerman Otto Eduard gunakan isu
bencikan kuasa asing untuk satukan Jerman. Mereka
mengunakan tipu helah, provokasi dan peperangan utk
menubuhkan negara.
NORAINI BINTI BAJOORI SMK DULANG 06900 YAN KEDAH
40. Huraikan ciri-ciri asas negara dan bangsa pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. (6m)
ms 75
41. Jelaskan ciri-ciri warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam undang-undang Kerajaan
Johor. (6m) ms 80 Konsep Kata Kunci

40.Ciri-ciri asas negara dan bangsa pada Zaman


Kesultanan Melayu Melaka adalah mempunyai
wilayah pengaruh yang mengakui kekuasaan raja.
Raja yang berdaulat. Lambang simbol indentiti
kerajaan. Keungulan undang-undang. Rakyat yang
taat setia kepada raja. Kerajaan yang memerintah
yang diketuai oleh raja.
41. Warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam Kerajaan
Johor adalah raja mesti lelaki. Gelaran raja adalah
Sultan. Raja mesti beagama Islam. Raja merupakan
waris Sultan. Mempunyai perlembagan bertulis
yang teratur dan lengkap seperti Hukum Kanun
Melaka.
NORAINI BINTI BAJOORI SMK DULANG 06900 YAN KEDAH
42. Jelaskan ciri-ciri warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam undang-undang Kerajaan
Terengganu. (6m) ms 84-85
43. Jelaskan Sistem Jemaah Menteri di Kelantan. (6m) ms 82-83 konsep Kata Kunci

42. . Warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam Kerajaan


Terengganu adalah raja mesti lelaki. Gelaran raja adalah
Sultan. Raja mesti beagama Islam. Raja merupakan waris
Sultan. Mempunyai perlembagan bertulis yang teratur dan
lengkap seperti Hukum Kanun Melaka.
43. Sistem Jemaah Menteri diamalkan sejak pemerintahan
Sultan Muhammad 1 1801.Tujuannya untuk melicinkan
pentadbiran. Menteri Penasihat raja menguruskan urusan
bukan rahsia. Menteri Istana mengurusan adat istiadat
rasmi diraja. Menteri Keadilan dan Kehakiman mengurus
urusan keadilan dan kehakiman. Menteri dalam negeri
menjaga keamanan negeri.
NORAINI BINTI BAJOORI SMK DULANG 06900 YAN KEDAH.
44. Jelaskan prinsip demokrasi dan konsep persekutuan di negeri Sembilan. (6m) ms87-88
45. Huraikan ciri-ciri negara dan bangsa di negara kita yang diamalkan masa kini. (6m) ms 66-
67 Konsep Kata Kunci

44.Negeri Sembilan terbentuk hasil penyatuan 9 buah


daerah. Sistem pemerintahan berdasarkan adat
pepatih. Kedaulatan berada ditangan rakyat.
Perlantikan pemimpin dibuat dari peringkat bawah.
Anak buah melantik Buapak. Buapak melantik
Lembaga. Lembaga melantik Undang. Undang
melantik Yang Dipertuan Besar.
45. Ciri-ciri negara bangsa di negara kita adalah kita
bangsa Malaysia. Terdiri masyarakat berbilang
kaum. Bangsa Malaysia dibentuk dengan
penggunaan satu bahasa kebangsaan. Pengamalan
kebudayaan kebangsaan. Pengamalan Rukun negara
dalam kehidupan.
NORAINI BINTI BAJOORI SMK DULANG -6900 YAN KEDAH
KBAT : Guna Konsep IPTAS kaitkankan
dengan soalan.
I = ILMU, INOVATIF, IKHLAS
P = PADU, P.JAUH. PRIHATIN, PATUH,
PENYAYANG, PRO AKTIF,
T = TANGGUNGJAWAB, TAAT, TEKUN,
TOLENRASI,
A = AMANAH, AMAN, AKUR, ADIL
S = SAYANG, SABAR, SOPAN, SANTUN
46. Mengapakah Asia Tenggara mudah dikuasai oleh penjajah. (6m) KBAT
47. Bagaimana mengelakan penjajahan moden. (6m) KBAT Konsep IPTAS kaitan dengan
soalan

46.Asia Tenggara mudah dikuasai penjajah kerana pemimpin


yang kurang ilmu pengetahuan moden. Pemimpin dan
rakyat tidak bersatu padu menentang penjajah. Kita tidak
prihatin akan agenda penjajah. Kita tidak akur kepada
pemimpin. Kita tidak tidak berpandangan jauh kesan
dijajah. Kita tidak bertanggungjawab menjaga kedaulatan
negara.
47. Kita mestilah menguasai pelbagai ilmu agar tidak mudah
terpedaya. Kita mestilah bersatu padu menentang anasir
jahat. Kita mestilah bertanggungjawab menjaga negara.
Kita mestilah amanah menjalankan tugas. Kita mestilah
sabar menghadapi cabaran. Kita mestilah sayang akan
negara agar negara terus bebas.
NORAINI BINTI BAJOORI SMK DULANG 06900 YAN KEDAH.
48. Bagaimanakan memantapkan sistem pemerintahan negara supaya tidak dijajah. (6m)
KBAT
49. Bagaimanakah suasana politik Asia Tenggara jika tiada penjajahan. (6m) KBAT KONSEP
IPTAS kaitkan dengan soalan.

48. Kita mestilah memantapkan diri dengan pelbagai ilmu


pengetahuan agar bijaksana. Kita hendaklah bersatu padu
menentang penjajah. Kita hendaklah prihatin terhadap
niat jahat penjajah. Kita hendaklah amanah menjalankan
tugas. Kita hendaklah sabar menghadapi cabaran. Kita
mestilah sayang akan negara agar negara terus berdaulat.
49. Suasana politik di Asia Tenggara akan terus aman.
Pemimpin politik akan bersatu padu untuk menjaga
kebajikan rakyat. Negara akan terus bebas
membangunkan ilmu. Rakyat akan tekun bekerja majukan
negara. Pemimpin akan bertanggungjawab
memakmurkan negara. Rakyat akan sayang kepada
negara kerana kekayaan hasil buminya.
NORAINI BINTI BAJOORI SMK DULANG 06900 YAN KEDAH.
50. Bagaimana mempertahankan kedaulatan negara. (6m) KBAT
51.Jelaskan ciri pemimpin yang boleh diteladani. (6m) KBAT Konsep IPTAS kaitkan
dengan soalan.

50. Kita mestilah memantapkan diri dengan pelbagai ilmu


pengetahuan agar bijaksana. Kita hendaklah bersatu padu
menentang penjajah. Kita hendaklah prihatin terhadap niat
jahat penjajah. Kita hendaklah amanah menjalankan tugas.
Kita hendaklah sabar menghadapi cabaran. Kita mestilah
sayang akan negara agar negara terus berdaulat
51. Seorang pemimpin mestilah mempunyai ilmu yang luas.
Mereka mesti bijak menyatupadukan rakyat. Mereka
mestilah adil dan bijaksana. Mereka mestilah prihatin
terhadap kebajikan rakyat. Mereka mestilah amanah
menjalankan tugas. Mereka mestilah sayang akan negara
yang dipimpinnya.
NORAINI BINTI BAJOORI SMK DULANG 06900 YAN KEDAH
52. Bagaimana menjadi patriotik yang dicontohi. (6m) KBAT
53. Apakan tema atau isu penulisan yang boleh memajukan minda. (6m) KBAT Konsep IPTAS
kaitan dengan soalan.

52. Kita mestilah cintakan ilmu agar bijaksana. Kita


mestilah mengutamakan perpaduan agar negara
terus aman. Kita mestilah amanah agar negara terus
maju. Kita mestilah taat kepada pemimpin agar
negara terus maju. Kita mestilah sayang akan negara
agar terus berdaulat. Kita mestilah sabar menghadapi
cabaran agar negara terus harmoni.
53. Tema penulisan untuk memajukan minda adalah
kepentingan ilmu pengetahuan. Tema perpaduan
agar negara aman. Tema teknologi agar rakyat cerdik.
Tema kasih sayang agar negara harmoni. Tema
ketaatan agar negara makmur. Tema kesabaran agar
negara berjaya.
noraini binti bajoori smk dulang 06900 yan kedah
54. Bagaimana menunjukkan ciri bangsa Malaysia yang tulen. (6m) KBAT
55. Bagaimana bentuk bangsa Malaysia jika menggunakan konsep “Negara Bangsa” (6m)
KBAT Konsep IPTAS kaitkan dengan soalan.

54. Kita mestilah cintakan ilmu agar bijaksana. Kita mestilah


mengutamakan perpaduan agar negara terus aman. Kita
mestilah amanah agar negara terus maju. Kita mestilah taat
kepada pemimpin agar negara terus maju. Kita mestilah
sayang akan negara agar terus berdaulat. Kita mestilah
sabar menghadapi cabaran agar negara terus harmoni.
55. Bangsa yang cintakan ilmu agar bijaksana. Bangsa yang
mengutamakan perpaduan agar negara terus aman. Bangsa
yan amanah agar negara terus maju. Bangsa yang taat
kepada pemimpin agar negara terus maju. Bangsa yang
sayang akan negara agar terus berdaulat. Bangsa yang
sabar menghadapi cabaran agar negara terus harmoni.
NORAINI BINTI BAJOORI SMK DULANG 06900 YAN KEDAH
56. Huraikan kebaikan amalan demokrasi dalam negara. (6m) KBAT
57. Bagaimana memantapkan demokrasi di Malaysia. (6m) KBAT. Konsep IPTAS kaitkan
dengan soalan

56. Kita boleh memilih pemimpin yang mempunyai ilmu yang


luas. Mereka yang bijak menyatupadukan rakyat. Mereka
yang adil dan bijaksana. Mereka yang prihatin terhadap
kebajikan rakyat. Mereka yang amanah menjalankan tugas.
Mereka yang sayang akan negara yang dipimpinnya.
57. Kita mestilah cintakan ilmu agar bijaksana memilih. Kita
mestilah mengutamakan perpaduan agar negara terus
aman. Kita mestilah amanah agar negara terus amalkan
sistem demokrasi. Kita mestilah taat kepada pemimpin agar
negara terus maju. Kita mestilah sayang akan negara agar
terus berdaulat. Kita mestilah sabar menghadapi cabaran
agar negara terus harmoni dalam sistem demokrasi.
NORAINI BINTI BAJOORI SMK DULANG 06900 YAN KEDAH.

Anda mungkin juga menyukai