Anda di halaman 1dari 4

SENARAI PERIBAHASA UNTUK SOALAN SPM SEBENAR 2005 - 2011

SENARAI PERIBAHASA UNTUK SOALAN SPM SEBENAR 2005 - 2011


NO PERIBAHASA MAKSUD
1 bagai aur dengan tebing bekerjasama dan menjalin hubungan
yang erat
2 a) bagai dakwat dengan kertas
b) bagai isi dengan kuku
hubungan yang rapat dan tidak dalam
dipisahkan lagi
3 a) bagai ikan pulang ke lubuk
b) bagai belut pulang ke lumpur
c) bagai sirih pulang ke gagang
d) bagai gagak pulang ke benua
e) setinggi-tinggi terbangnya
bangau, akhirnya hinggap di
belakang kerbau juga
orang yang merantau (pergi ke
sesuatu tempat) akhirnya kembali ke
tempat asal
4 bagai menatang minyak yang penuh menjaga anak dengan kasih sayang
dan penuh perhatian
5 a) bagai pinang dibelah dua
b) bagai cincin dengan permata
pasangan yang sepadan dan secocok
6 a) bahasa jiwa bangsa
b) bahasa menunjukkan bangsa
c) hilang bahasa lenyaplah bangsa
bahasa merupakan identiti sesuatu
bangsa yang harus digunakan dengan
betul
7 benih yang baik, jatuh ke laut
menjadi pulau
seseorang yang berasal daripada
keturunan yang baik, ke mana-mana
pun akan menjadi baik
8 berat mata memandang, berat lagi
bahu yang memikulnya
hanya orang yang menanggung
penderitaan tahu akan keperitannya
9 a) bertepuk sebelah tangan tidak
akan berbunyi
b) pokok tidak akan bergoyang
kalau angin tidak bertiup
sesuatu yang tidak akan terjadi jika
satu pihak sahaja yang melakukannya
10 a) di mana bumi dipijak, di situlah
langit dijunjung
b) masuk ke kandang kambing
mengembek, masuk ke kandang
kerbau menguak
menghormati adat resam dan
kebudayaan di tempat yang kita tujui
11 a) hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama dicecah
b) berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing
c) ke bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni
d) terendam sama basah, terampai
sama kering
sama-sama menghadapi kesusahan
dan kesenangan
12 hendak seribu daya, tak hendak
seribu dalih
orang yang ingin membuat sesuatu
akan berusaha untuk melakukannya
manakala orang yang tidak mahu
membuat sesuatu akan memberikan
alasan atau berdolak-dalik apabila
disuruh membuat sesuatu.
13 jauh perjalanan luas pemandangan pengalaman dapat ditimba melalui
pelancongan atau penjelajahan ke
luar negara
14 mata pena lebih tajam daripada mata
pedang
kata-kata seseorang atau hasil tulisan
dalam media memberikan kesan yang
lebih baik.
15 a) muafakat membawa berkat
b) bersekutu bertambah mutu
c) bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat
Apabila bermuafakat, sesuatu
kejayaan mudah diperoleh.
16 pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara
golongan muda merupakan tenaga
muda yang penting untuk
membangunkan negara
17 seperti air dalam kolam perasaan tenang
18 seperti burung di dalam sangkar
emas
hidup mewah tetapi tidak mendapat
kebebasan
19 ukur baju di badan sendiri perbelanjaan haruslah bersesuaian
dengan pendapatan kita
20 a) usaha tangga kejayaan
b) asal ditugal adalah benih
c) rajin usaha tangga kejayaan
manusia yang gigih berusaha akan
mencapai kecemerlangan dan
kejayaan dalam bidang yang
diceburinya.
PE!"A#A$A %E&A'( 'A)* P+P(&A ,A&A% $+A&A) $P%
NO PERIBAHASA MAKSUD
1
bagai kaca terhempas ke
batu sangat sedih
2
bagai menatang minyak
yang penuh
menjaga dengan penuh
kasih sayang
3
berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing
sama-sama menghadapi
kesusahan dan kesenangan
4
ingat sebelum kena, jimat
sebelum habis
berjimat cermat sementara
ada wang
5
kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang hidup miskin dan melarat
6
kecil tapak tangan, nyiru
ditadahkan
berterima kasih atas
bantuan orang
7
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa
kerana salah cakap, imej
diri tercemar
8
kuman di seberang laut
nampak, gajah di depan
mata tak nampak
kesalahan orang lain yang
kecil nampak, kesalahan
sendiri yang ketara tak
nampak
9 menangguk di air keruh
mengambil peluang atau
kesempatan sewaktu orang
lain menghadapi masalah
10 mendapat durian runtuh mendapat bonus
11 menjaga tepi kain orang
suka mencampuri urusan
orang lain
12
pisang tidak akan berbuah
dua kali
tidak mahu mengulangi
kesalahan yang sama
13
sediakan payung sebelum
hujan
membuat persediaan rapi
untuk menghadapi sesuatu
14
sekali jalan sesat, dua kali
jalan tahu
tidak mahu mengulangi
kesilapan yang sama
15
seperti cacing menjadi
naga
tidak berkuasa dan berpura-
pura berkuasa
16
seperti pahat dengan
penukul
hanya membuat kerja
apabila dipaksa atau
disuruh
17
sudah gaharu cendana
pula, sudah tahu bertanya
pula
seseorang yang berpura-
pura ingin tahu sesuatu
perkara walaupun dia sudah
mengetahuinya
18
yang baik dijadikan
teladan, yang buruk
dijadikan sempadan
perkara yang baik dijadikan
contoh dan perkara yang
tidak baik dijauhi
Pada Pukul -./01 Dimuatnaikkan l!" 2!3*( 4A) 2& - comments/

Anda mungkin juga menyukai