Anda di halaman 1dari 8

Sekolah atau alma mater merupakan tempat kita belajar.

Oleh sebab itu, tempat kita menimba ilmu

ini mestilah berada dalam keadaan yang selamat dan selesa. Hal ini penting agar sekolah dapat
melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikukum. Sebenarnya, terdapat
pelbagai cara yang dapat kita lakukan untuk menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat. Cara-
cara berikut mestila kita ketahui demi menjadikan sekolah sebagai tempat anak-anak belajar yang
selamat dan selesa.

Pihak sekolah mestilah menyediakan alat kawalan kebakaran di tempat-tempat yang strategik di
kawasan sekolah. Langkah ini amat penting supaya kebakaran dapat dielakkan daripada merebak ke
bangunan yang lain. Walau bagaimanapun, kebanyakan sekolah di Malaysia mengalami nasib yang
sama, yakni alat kawalan kebakaran seperti pili bomba dan alat kawalan kebakaran berbentuk
semburan tidak dapat berfungsi dengan normal kerana rosak atau hilang. Sebenarnya, alat kawalan
kebakaran yang rosak dan yang telah dicuri mestilah digantikan yang baharu. Pihak sekolah juga
haruslah mendidik murid cara-cara menggunakan alat tersebut pada waktu kecemasan. Dengan ini,
sekolah akan menjadi tempat belajar yang selamat.

Selain itu, pihak pentadbir sekolah juga haruslah melukis pelan kecemasan yang dapat digunakan
pada saat-saat sekolah ditimpa kecemasan. Hal ini demikian kerana mencegah lebih baik daripada
mengubati. Oleh sebab itu, pelan tangga kecemasan dan pelan larian ke padang mestilah ditampal di
tempat-tempat yang mudah dilihat. Dari semasa ke semasa, latihan kebakaran haruslah dijalankan
juga. Hal ini dapat memastikan pelajar bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan
berlaku. Cara ini pasti dapat mengurangkan kemalangan dan kecederaan dalam kalangan wara
sekolah.

Di samping itu, keselamatan pelajar di pintu sekolah juga mestilah dijaga dengan rapi. Setiap pintu
sekolah mestilah dijaga oleh beberapa orang pengawal keselamatan. Pondok sekuriti mestilah dibina
untuk memastikan para pelajar dapat melaporkan sebarang kejadian yang tidak diingini kepada
pihak yang bertugas. Dengan ini, kejadian seperti kes culik dan kes ragut dapat diatasi sekali gus
menjamin keselamatan anak-anak yang mahu memasuki pintu sekolah mahupun semasa balik ke
rumah. Ibu bapa juga pasti berasa puas hati dengan tahap keselamatan sekolah. Tahap kebimbangan
ibu bapa dan keyakinan ibu bapa yang tinggi ini dapat meningkatkan imej sekolah secara tidak
langsung.

Sementara itu, keselamatan di jalan-jalan berdekatan dengan kawasan sekolah juga harus
ditingkatkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Perhatian harus diberikan oleh pihak kerajaan
tempatan dengan menyediakan lampu isyarat di jalan-jalan yang menjadi lintasan pelajar.
Penyediaan “lintasan zebra” juga merupakan langkah penting supaya murid-murid dapat melintas
jalan ke sekolah dengan selamat. Kawalan trafik oleh pihak pengawal keselamatan sekolah juga amat
penting selain memasang papan tanda isyarat “Kurangkan Kelajuan, Kawasan Sekolah”. Hal ini dapat
memberi kesedaran kepada para pemandu supaya mengurangkan kelajuan di kawasan sekolah.
Apabila langkah di atas dapat diambil, murid-murid akan berasa selamat dan kes kemalangan di
kawasan sekolah dapat dikurangkan.

Kesimpulannya, Keselamatan pelajar menjadi tanggungjawab semua pihak. Semua pihak yang
terlibat haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjamin keselamatan anak-anak ke
sekolah dan sepanjang berada di sekolah. Para pelajar mestilah dididik mematuhi segala arahan dan
peraturan di sekolah. Lebih-lebih lagi, ibu bapa haruslah memastilah anak-anak selamat masuk ke
sekolah sebelum beredar ke pejabat. Kempen “Sekolah Selamat” haruslah diuar-uarkan supaya
keselamatan anak-anak dapat dijamin. Saya berharap sekolah akan menjadi tempat belajar yang
selamat dan kondusif.
Sekolah atau alma mater merupakan tempat kita belajar. Oleh sebab itu, tempat kita menimba ilmu

CONTOH KARANGAN SPM TEMA ALAM SEKITAR

TEMA 5: PENCEMARAN ALAM SEKITAR ( Bagaimana boleh terjadi)

Dalam kerancakan manusia mengejar kemajuan alaf milenium kini, nilai-nilai material semakin
memberkas dalam masyarakat madani sehingga menyongsong kewarasan akal dan kemurnian nilai-
nilai integriti. Kemajuan yang berorientasikan keuntungan semata-mata seakan-akan mengikis
sehingga tandusnya pertimbangan manusia terhadap alam sekitar yang menjadi warisan yang tidak
ternilai harganya kepada anak watan penggerak masa hadapan. Sedar tidak sedar, alam sekitar yang
dahulunya merimbun memayungi lapisan bumi semakin lenyap dek kerakusan manusia yang
bersultan di mata beraja di hati. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan
sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Bilangan tersebut
tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan. Di
Malaysia, kerajaan telah mengimplementasikan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi
peruntukan yang bertujuan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki
kualiti alam sekeliling dan daripada pencemaran meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan
laut, namun pencemaran masih berlaku secara berleluasa. Atas faktor apakah yang menyebabkan
berlakunya masalah pencemaran ini? Siapakah dalang yang terlibat dalam kemelut yang semakin
pincang ini? Kupasan teliti akan dihuraikan bagi menjawab segala persoalan ini.

Masalah pencemaran alam sekitar ini dikenal pasti berpunca daripada tangan-tangan kotor individu
yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat. Hal ini terjadi kerana tiada kesedaran
sivik dalam diri mereka dan mereka sering memandang enteng tentang isu alam sekitar yang kini
menjadi hidangan wajib dalam berita-berita yang dipaparkan dalam media massa arus perdana. Bagi
sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa
menghiraukan keadaan persekitaran. Walhal, jika direnungkan andai ada seratus orang individu yang
bersikap sedemikian sudah semestinya alam sekitar akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan
sampah-sarap. Sikap nafsi individu-individu ini semakin memburukkan fenomena alam sekitar.
Perbuatan tidak bertanggungjawab seperti membuang sampah ke dalam sungai dan longkang telah
menyebabkan berlakunya pencemaran air sedangkan air merupakan medium utama dalam
melestarikan kelangsungan hidup. Ada juga antara individu yang membuang puntung-puntung rokok
dan melakukan pembakaran secara terbuka sehingga menyebabkan kebakaran yang serius lantas
menyebabkan pencemaran udara. Kempen berkongsi kereta yang menguar-uarkan pronya dalam
aspek kesesakan jalan raya dan kontranya dalam aspek pencemaran udara juga tidak mendapat
sambutan hangat daripada pengguna jalan raya, ibarat mencurah air ke daun keladi. Gas-gas karbon
dioksida yang dilepaskan ke udara oleh kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas, dan motosikal
secara berlebihan akibat kedegilan sikap individu yang menjadi pengguna jalan raya telah
menyebabkan indeks udara berada pada tahap yang membimbangkan bagi kesihatan marhaen
dewasa ini.

Selain individu, organisasi seperti pemilik kilang juga turut menjadi agen penyumbang kepada
masalah pencemaran alam sekitar. Terdapat kilang-kilang yang menjalankan operasi pengeluaran
yang melibatkan sisa toksik dalam pengeluaran mereka dan pada kebiasaannya kilang-kilang
tersebut akan mengambil jalan mudah dengan membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut
dan sungai yang berdekatan dengan kawasan tersebut. Kebiasaan yang melanggar lumrah alam ini
sudah pasti akan mengakibatkan pencemaran air. Ekosistem hidupan akuatik pasti terjejas akibat
daripada sikap tidak bertanggungjawab pihak-pihak ini. Dalam pada itu, terdapat juga kilang-kilang
yang melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara seterusnya menyebabkan terjadinya
pencemaran udara. Walaupun sudah acap kali didenda, namun masih ada pemilik kilang yang
dihentak tak masuk, diumpil tak bergerak. Ada juga segelintir pemilik premis-premis kilang tersebut
yang mengelakkan diri daripada memberi penjelasan dan menyelesaikan masalah yang dicipta oleh
mereka tidak ubah seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing sama sekali tidak
dapat menyelesaikan kemelut yang semakin meruncing ini. Kemelut ini jika dibiarkan sudah pasti
akan memberi dampak yang malang kepada kondisi udara dan air lantas menyebarkan pelbagai
wabak penyakit yang akan menyerang kesihatan marhaen. Bagaimana mungkin kemelut ini terus
meruncing tanpa adanya prakarsa yang pragmatik dan efisien daripada pihak-pihak yang terbabit 
atau penantian ini hanya sekadar menantikan putih gagak hitam? Tepuk dada tanya selera.

Pembangunan secara tidak sistematik yang dijalankan oleh pihak kerajaan atau pihak swasta tanpa
memikirkan secara terperinci kesan-kesan negatif yang akan timbul terutama yang melibatkan alam
sekitar juga merupakan faktor berlakunya pencemaran air, tanah, udara dan bunyi. Lebih teruk lagi,
jika hal ini dibiarkan berleluasa akan menyebabkan bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir.
Bermula dengan pembinasaan kawasan tadahan hujan akan menyebabkan hujan yang turun tidak
dapat diserap ke dalam tanah akibat tiadanya akar pokok yang berfungsi menyerap lebihan air yang
mengalir. Hal ini akan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar sehingga menyebabkan
berlakunya tanah runtuh. Tanah yang dihanyutkan bersama-sama air hujan ini seterusnya
menyebabkan pencemaran sungai dan mendapan lumpur yang di bawa menyebabkan air sungai
menjadi semakin cetek. Penggunaan jentera yang terlalu banyak dalam proses pembangunan
sesuatu kawasan juga akan menghasilkan pencemaran bunyi dan pencemaran udara jika jentera-
jentera berteknologi tinggi tersebut mengeluarkan asap yang berlebihan. Akibat daripada projek-
projek pembangunan yang menolak natijah alam maka terciptalah kemusnahan alam akibat corak
yang dilukiskan oleh manusia yang tiada pertimbangan dalam setiap keputusan yang diizharkan. Jika
keduniaan dan keuntungan bernoktah di hati, sudah pasti kewarasan dalam pertimbangan ditolak ke
tepi. Walau bagaimanapun, setiap sakit ada ubatnya. Dalam mencari penyelesaian kepada
permasalahan ini, setiap pihak perlu berhampar lapis, berlicin daun.

Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda. Kurangnya bukti-bukti yang boleh
mengheret individu yang terbabit dalam pencemaran dan pemantauan yang tidak konsisten oleh
pihak berkuasa juga dilihat sebagai faktor penyumbang kepada pencemaran yang kini berleluasa
tanpa mampu dikekang. Peranan pihak berkuasa dilihat semakin kurang menyebabkan ramai
individu yang tidak bertanggungjawab membuat onar seperti tiada takut akan antah. Undang-
undang yang diimplementasikan dilihat sekadar hiasan perlembagaan tanpa adanya
penguatkuasaan. Pihak-pihak berkuasa khususnya pihak kerajaan seharusnya membuka mata dan
lebih peka terhadap pembangunan yang dijalankan oleh semua pihak dengan mengambil kira
masalah pencemaran yang bakal terjadi dari setiap projek pembangunan yang menjadi ukur tara
kemajuan negara tersebut dan bukan hanya melihat kepada peningkatan taraf hidup masyarakat
sahaja. Perkara ini sangat penting untuk membantu mengurangkan pencemaran udara, air, tanah
dan bunyi, hasil daripada pembangunan pesat yang giat dijalankan dan tingkah laku sesetengah
organisasi dan individu yang semakin nafsi dan kurang kesedaran sivik. Pihak kerajaan juga
seharusnya mengambil tindakan drastik dengan membuat serbuan ke tempat-tempat yang disyaki
menjadi punca pencemaran dengan segera kerana jika kerajaan kurang memainkan peranan dalam
menilai aspek-aspek kemaslahatan rakyat maka masalah pencemaran pasti berada di tahap yang
semakin membimbangkan. Perlukah sudah patah baru hendak melantai?

Natijahnya, jika setiap pihak mengambil langkah sederap ibarat ke bukit sama di daki, ke lurah sama
dituruni, sudah pasti kemelut ini dapat diatasi. Kupasan demi kupasan berkaitan punca-punca
pencemaran yang telah dikenal pasti ini harus diambil serius oleh semua pihak dan organisasi agar
belenggu yang merantai permasalahan pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air, udara,
tanah dan bunyi ini dapat dirungkai dan diselesaikan hingga ke akar cerucuknya. Hal ini penting
untuk memastikan kelestarian dan kehijauan flora dan fauna yang bebas daripada pencemaran
dapat dikekalkan dan diwariskan sebagai tatapan generasi masa hadapan yang akan mendepani
realiti dunia yang pantas berubah dan berkembang.

Anda mungkin juga menyukai