Anda di halaman 1dari 1

KEMALANGAN JALAN RAYA

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan jalan raya saban tahun semakin
meningkat dari hari ke hari. Setiap hari sama ada di kaca-kaca televisyen, di dada-
dada akhbar mahupun di corong-corong radio pasti ada sahaja dipaparkan
kemalangan jalan raya yang meragut nyawa manusia. Murah sangatkah nyawa
manusia sehingga banyak jiwa yang terkorban di jalan raya? Jika hal ini dibiarkan
berterusan, sudah tentu merugikan sesebuah negara. Oleh itu,punca-punca
kemalangan jalan raya perlu dikenal pasti segera sebelum isu ini menjadi lebih parah
lagi.
Punca yang paling signifikan penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah
sikap pemandu itu sendiri. Hal ini disebabkan pemandu bersikap mementingkan diri,
tidak sabar ketika berada di jalan raya dan tidak mematuhi peraturan jalan raya. [AC]
Sebagai contoh, pemandu kenderaan memandu kereta dengan laju tanpa mematuhi
had laju yang dibenarkan. Secara tidak langsung, pemandu bukan sahaja
mempertaruhkan nyawa sendiri malah nyawa pengguna jalan raya yang lain. Oleh itu,
sikap berhati-hati di jalan raya dan Biar Lambat Asal Selamat akan dapat
menghindarkan kemalangan maut daripada berlaku. [78 pp]
Punca seterusnya penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah Keadaan
struktur jalan raya. [AH-Mengapa?] Keadaan jalan raya yang berlubang-lubang, sempit
dan rata sudah pasti mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya. [AC] Sebagai
contoh, jalan raya yang bengkang-bengkok, selekoh tajam akan memudahkan
pemandu yang tidak biasa jalan tersebut terbabas dan terlibat dalam kemalangan jalan
raya. [AH-Bagaimana?] Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil inisiatif segera
memperbaiki struktur jalan raya yang membahayakan nyawa pengguna jalan raya..
[AP] Tegasnya sebelum Nasi Menjadi Bubur, struktur jalan raya perlu diberi keutamaan
terlebih dahulu agar keselamatan pengguna-pengguna jalan raya terjamin. [86 pp]
Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik juga menjadi punca
berlakunya kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Keadaan kenderaan yang tidak
diselenggara mengikut jadual yang telah ditetapkan boleh mengundang malapetaka
kepada pemandunya. Sebagai contoh, brek kenderaan yang tidak berfungsi dengan
baik akan menyebabkan pemandu sukar mengawal kenderaan ketika saat-saat
kecemasan. Impaknya, pemandu akan mudah tersasar dan berlakunya kemalangan
jalan raya ketika ingin menghentikan kenderaan secara kecemasan. Jelaslah,
kenderaan hendaklah diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalanan yang
jauh kerana Malang Tidak Berbau. [76 pp]
Kesimpulan.
Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menangani isu
kemalangan jalan raya ini. Segala usaha yang dilaksanakan hendaklah berterusan dan
istiqomah bukannya sekadar hangat-hangat tahi ayam ataupun sekadar melepaskan
batuk di tangga sahaja. Isu kemalangan ini tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja
kerana impaknya sangat besar kepada negara terutamanya kerugian sumber tenaga
yang produktif. Slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat hendaklah dijadikan pedoman
bagi semua pengguna jalan raya agar nyawa mereka terselamat.

Anda mungkin juga menyukai