Anda di halaman 1dari 3

Cikgu Roslan Daud

KERACUNAN MAKANAN

Standard Pembelajaran
3.1.1 Menulis untuk menjelaskan sesuatu maksud ayat dalam sesuatu petikan dengan betul mengikut konteks.

Maklumat di bawah berkaitan dengan keracunan makanan.


Huraikan pendapat anda tentang keracunan makanan.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

KERACUNAN MAKANAN

Statistik kes keracunan makanan di negara ini menunjukkan peningkatan PANTUN KERACUNAN MAKANAN
dari semasa ke semasa berikutan beberapa faktor. Keracunan makanan
boleh berlaku apabila seseorang terambil makanan tercemar. Antara Petik pegaga teruna perkasa,
kuman yang menyebabkan keracunan makanan ialah salmonella, Tumbuh merimbun di banir berangan;
staphylococcus aureus dan vibro parahaemolyticus yang disebar melalui Kebersihan dijaga setiap masa.
bahan pencemar, vektor atau pembawa kuman. Kebiasaannya, makanan Gunakan sabun mencuci tangan.
tercemar ketika proses pemilihan bahan mentah, penyediaan,
Di pohon rendang rehat si rusa,
pemprosesan, penyimpanan, penghidangan dan penghantaran.
Malang ditangkap anak Pak Mamat;
Dipetik dan diubah suai daripada
Juadah terhidang tutup sentiasa,
‘Keracunan Makanan’
Lalat tak hinggap makanan selamat.
oleh Muhamaad Razis Ismail,
Harian Metro, 3 Februari 2020 Sumber : Internet

LIHAT HIDU RASA


Rupa makanan berlendir dan warna Makanan berbau kurang enak dan Makanan mempunyai rasa yang pelik,
berlainan daripada biasa. Lihat tarikh tidak menyenangkan seperti bau basi atau masam hingga tidak lagi
luput dan bentuk tin seperti kemek. masam, basi atau busuk. boleh dimakan.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Analisis Soalan (IsTuDiF)


1. Isu : ______________________________________________________________________________
2. Tugasan : ______________________________________________________________________________
3. Dimensi : ______________________________________________________________________________
4. Format : ______________________________________________________________________________

Fokus Bahan 1 : punca keracunan makanan (seseorang terambil makanan tercemar)

1
Cikgu Roslan Daud

Fokus Bahan 2 : cara mengelakkan keracunan makanan (menjaga kebersihan dan menutup juadah)
Fokus Bahan 3 : cara mengelakkan keracunan makanan (mengamalkan langkah ‘lihat, hidu dan rasa’ / mempercayai deria)

Anda boleh menggunakan kerangka karangan di bawah untuk menulis karangan.

Ayat Rangsangan kes keracunan makanan semakin meningkat


Ayat Huraian seseorang terambil makanan tercemar yang mengandungi kuman seperti salmonella
tiga orang maut manakala lebih 170 orang keracunan selepas makan di kenduri kahwin di Sungai Petani
Ayat Contoh
pada 2013
Ayat Arah cara-cara mengelakkan keracunan makanan

Ayat Topik masyarakat perlulah menjaga kebersihan


Ayat Huraian kuman berada di merata-rata tempat
Ayat Contoh masyarakat perlulah mencuci tangan dengan menggunakan sabun sebelum makan
Ayat Kesan risiko keracunan dikurangkan – malang tidak berbau

Ayat Topik masyarakat hendaklah sentiasa menutup juadah yang dihidangkan


Ayat Huraian lalat yang membawa penyakit akan hinggap pada makanan terdedah
Ayat Contoh masyarakat menutup makanan dengan tudung saji
Ayat Kesan masyarakat dalam mengelakkan lalat hinggap sekali gus menyelamatkan diri

Ayat Topik masyarakat haruslah mengamalkan konsep ‘lihat, hidu dan rasa’ / mempercayai deria
Ayat Huraian makanan tercemar mudah dikenal pasti
Ayat Contoh masyarakat meneliti makanan dari segi rupa, bau dan rasa
Ayat Kesan masyarakat lebih berwaspada – mencegah lebih baik daripada mengubati

Ayat Kesimpulan cara mengelakkan keracunan makanan


Ayat Cadangan semua pihak perlulah mengatasi keracunan makanan – berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Ayat Harapan kes keracunan makanan dapat dikurangkan sekali gus menyelamatkan nyawa
Ayat Peribahasa jangan sudah terhantuk baru hendak terngadah

***Perkataan / frasa yang berhuruf merah itu merupakan idea yang diambil daripada bahan. Murid perlulah menggunakan
idea daripada bahan semaksimum mungkin ketika menulis karangan.

Tahukah anda bahawa pelbagai pihak juga harus berperanan untuk


mengurangkan keracunan makanan?

Pengendali makanan perlulah mengamalkan budaya kebersihan

Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak untuk mengenali makanan tercemar

Pihak sekolah haruslah mengadakan ceramah keracunan makanan

Pihak berkuasa wajarlah menguatkuasakan undang-undang pemakanan

Kerajaan telah mewajibkan pekerja makanan mengambil suntikan

Media massa seharusnya menghebahkan bahaya keracunan makanan

2
Cikgu Roslan Daud

JAWAPAN

Analisis Soalan (IsTuDiF)


1. Isu : keracunan makanan
2. Tugasan : cara-cara mengelakkan keracunan makanan
3. Dimensi : masyarakat / seseorang / pengendali makanan
4. Format : tiada [huraian/pendapat]

Contoh Karangan Lengkap


Karangan Patah perkataan

Dewasa ini, kes keracunan makanan semakin meningkat. Hal ini disebabkan seseorang terambil
makanan tercemar yang mengandungi kuman seperti salmonella. Contohnya, tiga orang maut manakala 42
lebih 170 orang keracunan selepas makan di kenduri kahwin di Sungai Petani pada 2013. Persoalannya,
apakah cara-cara mengelakkan keracunan makanan?

Satu daripada cara mengelakkan keracunan makanan ialah masyarakat perlulah menjaga
kebersihan. Hal ini dikatakan demikian kerana kuman berada di merata-rata tempat. Sebagai contoh, 40
masyarakat perlulah mencuci tangan dengan menggunakan sabun sebelum makan. Kesannya, risiko
keracunan dikurangkan kerana malang tidak berbau.

Selain itu, masyarakat hendaklah sentiasa menutup juadah yang dihidangkan. Umum mengetahui
bahawa lalat yang membawa penyakit akan hinggap pada makanan terdedah. Misalnya, masyarakat 38
menutup makanan dengan tudung saji. Impaknya, masyarakat dalam mengelakkan lalat hinggap sekali
gus menyelamatkan diri.

Seterusnya, masyarakat haruslah mengamalkan konsep ‘lihat, hidu dan rasa’. Seperti yang kita
ketahui, makanan tercemar mudah dikenal pasti. Umpamanya, masyarakat meneliti makanan dari segi 40
rupa, bau dan rasa sebelum makan. Implikasinya, masyarakat lebih berwaspada kerana mencegah lebih
baik daripada mengubati.

Kesimpulannya, terdapat 1001 cara mengelakkan keracunan makanan. Oleh itu, semua pihak
perlulah mengatasi keracunan makanan kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Moga-moga, 40
kes keracunan makanan dapat dikurangkan sekali gus menyelamatkan nyawa. Akhir kata, jangan sudah
terhantuk baru hendak terngadah.
Jumlah patah perkataan 200

Anda mungkin juga menyukai