Anda di halaman 1dari 4

Cikgu Roslan Daud

CERAMAH ‘MANFAAT PERNIAGAAN DALAM TALIAN’

Standard Pembelajaran
3.6.1 Memurnikan kesalahan dan menganalisis kejituan serta kesinambungan idea dalam pelbagai teks.

Lengkapkan peta titi di bawah dengan jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan dalam talian yang berikut.

Contoh Perniagaan
dalam Talian

_________________ _________________ _________________


Jenis
_________________ _________________ _________________

JENIS-JENIS KESALAHAN BAHASA

Ejaan Imbuhan Tanda Baca Kata/Istilah Tatabahasa

Huruf besar Awalan Tanda koma Kata Kata tugas


Huruf kecil Akhiran Tanda noktah (perkataan umum) Frasa nama
Dijarakkan Sisipan Tanda seru Istilah Frasa kerja
Dirapatkan Apitan Tanda petik (perkataan dalam Frasa adjektif
Kata pinjaman Tanda sempang bidang tertentu) Frasa sendi nama

Baca petikan di bawah dengan teliti. Senaraikan dan betulkan setiap kesalahan bahasa yang bergaris dalam petikan.

Penularan wabak COVID-19 (1)sejak dari awal tahun lalu telah menyebabkan berlakunya segmen pasaran baharu
melalui penerapan (2)edagang dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Meskipun tempoh (3)perlaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan beberapa aktiviti ekonomi lumpuh, ramai usahawan baharu melihat
keadaan ini sebagai satu peluang untuk memulakan bisnes dan meneroka (4)strategik baharu. Sepanjang musim pandemik,
perniagaan paling terkesan (5)adalah sektor membabitkan kedai makanan dan minuman. Menyedari peluang ini, Irdina Anisa
Mohd Saab, 26 tahun yang (6)dipunyai pekerjaan tetap, mula berniaga untuk membuat duit sampingan. Katanya, dia ingin
lebih ramai orang merasai pencuci mulut kek batik (7)resipi daripada neneknya.
Berbeza dengan Akaun Eksekutif, Farah Ariana Muhammad Tahar, 26 tahun yang memulakan bisnes pencuci mulut
(8)kelapa jeli sebagai langkah berjaga-jaga dengan keadaan semasa yang tidak menentu dan sebagai pendapatan tambahan.
Ilmu pengetahuan dalam perniagaan ialah asas utama untuk (9)mempastikan sesuatu bisnes itu berjaya. Hal ini dikatakan
demikian kerana setiap peniaga perlu tahu cara untuk mencipta identiti jenama (10)prodak yang ingin dijual untuk
membolehkan kebolehpasaran dengan pesaing lain.
Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian

(1) _______________________________________ (6) ________________________________________


(2) _______________________________________ (7) ________________________________________
(3) _______________________________________ (8) ________________________________________
(4) _______________________________________ (9) ________________________________________
(5) _______________________________________ (10) ________________________________________

1
Cikgu Roslan Daud

LATIHAN
Baca teks ceramah di bawah dengan teliti. Betulkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam bahan. Tulis karangan ini semula
dengan menulis jawapan yang betul bagi setiap kesalahan bahasa itu.

Burung terkukur di pinggir dusun,


Riang meningkah elok bercanda;
Salam dihulur bicara disusun,
Kupasan ceramah wacana minda.

Terima kasih buat saudara pengendali majlis (1)di pagi yang indah ini. Yang berusaha, Encik Jagdave Singh A/L Avtar
Singh, Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat, barisan pentadbir, para guru yang dihormati dan
rakan-rakan sekalian. Terima kasih (2)diucapkan oleh saya buat pihak sekolah kerana memberikan peluang kepada saya selaku
Pengerusi Kelab Keusahawanan untuk (3)meluahkan ceramah bertajuk ‘Manfaat-manfaat Perniagaan dalam Talian’ sempena Hari
Koperasi. Dewasa ini, perniagaan dalam talian atau e-dagang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara
ini. Hal ini dikatakan demikian kerana perkembangan (4)internet telah merancakkan perniagaan maya ini sungguhpun berhadapan
dengan situasi pandemik COVID-19. Contohnya, (5)berbagai aplikasi dalam talian yang diwujudkan untuk menawarkan penjualan
barang dan perkhidmatan kepada masyarakat, termasuklah GrabFood, Lazada dan JNT Ekspress.

Hadirin yang dihormati,


(6)Antara kebaikan-kebaikan perniagaan dalam talian ini ialah masyarakat dapat menjanakan pendapatan sampingan.
Hal ini disebabkan oleh peningkatan inflasi dan kos hidup menjadikan masyarakat perlu mencari pendapatan tambahan untuk
meneruskan kelangsungan hidup. Ada antara mereka yang dipotong gaji akibat wabak COVID-19 hingga menjejaskan
(7)pembelian harian mereka. Sebagai contoh, masyarakat yang mempunyai pekerjaan tetap boleh menjual produk kecantikan,
termasuklah (8)losyen pencerah kulit mahupun makanan serta minuman seperti pencuci mulut, (9)lauk pauk dan jus buah-buahan
menggunakan wadah Shopee atau Instagram. Kesannya, masyarakat dapat (10)elakkan hutang keliling pinggang sekali gus
berupaya menambahkan simpanan berdikit-dikit seperti peribahasa, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Selain itu, perniagaan dalam talian juga dapat (11)mempermudahkan urusan pembeli. Hal ini dikatakan demikian kerana
perniagaan maya ini tidak memerlukan masyarakat memandu kenderaan untuk mendapatkan barangan yang diperlukan sehingga
terpaksa membayar duit petrol dan berebut-rebut mencari parkir. (12)Tambahan pula masyarakat moden lebih gemar
berkurung di dalam rumah (13)oleh kerana takut dihidapi virus COVID-19 yang tidak mengenal mangsa. Misalnya, wanita yang
bekerja boleh membuat pesanan makanan untuk keluarga menggunakan aplikasi GrabFood atau Food Panda sekiranya terpaksa
bekerja lebih masa mahupun terlambat pulang ke rumah. Impaknya, masyarakat dapat (14)menghematkan masa daripada
terbazir oleh kesesakan (15)lalu-lintas atau mengurangkan kos kerana pembeli hanya perlu membuat tempahan dari rumah,
membayarnya lalu menunggu pesanan tiba di muka pintu.

Para hadirat yang dikasihi,


Bukan itu sahaja, (16)berurusniaga secara dalam talian ini juga dapat membolehkan masyarakat membuat pilihan yang
luas. Umum mengetahui bahawa terdapat aplikasi jual beli secara maya yang menawarkan (17)perbezaan harga bagi barangan
yang sama melalui penjual yang berbeza mahupun kerencaman produk yang dijual. Walaupun begitu, pengguna perlu berhati-
hati sebelum membuat pembelian kerana terdapat penipuan yang dilakukan peniaga yang tidak (18)bertanggung jawab.
Umpamanya, laman GrabFood dan Food Panda menawarkan pelbagai jenis makanan seperti nasi, mi, laksa, kuih-muih tradisional,
dan makanan Barat daripada (19)beribu peniaga yang berdaftar. Implikasinya, masyarakat dapat meningkatkan (20)kesenangan
diri terhadap perkhidmatan yang disediakan melalui penelitian komen yang ditinggalkan oleh pembeli sebelumnya. Di samping
itu, masyarakat juga dapat menjimatkan duit kerana boleh membeli barangan yang dijual dengan harga paling murah.

Sesungguhnya, memang tidak dapat kita nafikan tentang kebaikan perniagaan dalam talian (21)pada masyarakat.
(22)Sehubungan itu, masyarakat hendaklah meraih peluang yang terhidang di hadapan mata dengan menjadi peniaga alam maya.
Dalam pada itu, kerajaan haruslah menyekat atau menyenaraihitamkan penjual yang suka (23)mengikis keuntungan, bak kata
peribahasa menanggung di air keruh atau menipu pembeli yang kurang berpengetahuan. Moga-moga perniagaan dalam talian
mampu menjadi penggerak ekonomi rakyat dan negara hingga Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
negara maju. Dari sudut yang lain, peniaga dalam talian harus lebih kreatif dalam memasarkan produk mereka supaya dapat
menarik hati pembeli bukan sahaja (24)domistik tetapi juga antarabangsa. Akhir kata, dayung sudah tinggal, perahu sudah di
air, hanya tinggal masyarakat untuk menggerakkan usaha (25)demi untuk mendapatkan manfaat daripada perniagaan dalam
talian.

Sekian, terima kasih.

2
Cikgu Roslan Daud

CERAMAH ‘MANFAAT PERNIAGAAN DALAM TALIAN’

Standard Pembelajaran
3.6.1 Memurnikan kesalahan dan menganalisis kejituan serta kesinambungan idea dalam pelbagai teks.

Lengkapkan peta titi di bawah dengan jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan dalam talian yang berikut.

Contoh Perniagaan
dalam Talian

Penghantaran
Jenis Makanan dan minuman Fesyen / Kecantikan
barangan

JENIS-JENIS KESALAHAN BAHASA

Ejaan Imbuhan Tanda Baca Kata/Istilah Tatabahasa

Huruf besar Awalan Tanda koma Kata Kata tugas


Huruf kecil Akhiran Tanda noktah (perkataan umum) Frasa nama
Dijarakkan Sisipan Tanda seru Istilah Frasa kerja
Dirapatkan Apitan Tanda petik (perkataan dalam Frasa adjektif
Tanda sempang bidang tertentu) Frasa sendi nama

Baca petikan di bawah dengan teliti. Senaraikan dan betulkan setiap kesalahan bahasa yang bergaris dalam petikan.

Penularan wabak COVID-19 (1)sejak dari awal tahun lalu telah menyebabkan berlakunya segmen pasaran baharu
melalui penerapan (2)edagang dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Meskipun tempoh (3)perlaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan beberapa aktiviti ekonomi lumpuh, ramai usahawan baharu melihat
keadaan ini sebagai satu peluang untuk memulakan bisnes dan meneroka (4)strategik baharu. Sepanjang musim pandemik,
perniagaan paling terkesan (5)adalah sektor membabitkan kedai makanan dan minuman. Menyedari peluang ini, Irdina Anisa
Mohd Saab, 26 tahun yang (6)dipunyai pekerjaan tetap, mula berniaga untuk membuat duit sampingan. Katanya, dia ingin
lebih ramai orang merasai pencuci mulut kek batik (7)resipi daripada neneknya.
Berbeza dengan Akaun Eksekutif, Farah Ariana Muhammad Tahar, 26 tahun yang memulakan bisnes pencuci mulut
(8)kelapa jeli sebagai langkah berjaga-jaga dengan keadaan semasa yang tidak menentu dan sebagai pendapatan tambahan.
Ilmu pengetahuan dalam perniagaan ialah asas utama untuk (9)mempastikan sesuatu bisnes itu berjaya. Hal ini dikatakan
demikian kerana setiap peniaga perlu tahu cara untuk mencipta identiti jenama (10)prodak yang ingin dijual untuk
membolehkan kebolehpasaran dengan pesaing lain.
Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian

(1) sejak dari  sejak / dari (6) dipunyai  mempunyai


(2) edagang  e-dagang (7) resipi  resepi
(3) perlaksanaan  pelaksanaan (8) kelapa jeli  jeli kelapa
(4) strategik  strategi (9) mempastikan  memastikan
(5) adalah  ialah (10) prodak  produk

3
Cikgu Roslan Daud

LATIHAN
Baca teks ceramah di bawah dengan teliti. Betulkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam bahan. Tulis karangan ini semula
dengan menulis jawapan yang betul bagi setiap kesalahan bahasa itu.
Burung terkukur di pinggir dusun,
Riang meningkah elok bercanda;
Salam dihulur bicara disusun,
Kupasan ceramah wacana minda.
Terima kasih buat saudara pengendali majlis (1)di pagi [pada pagi] yang indah ini. Yang berusaha, Encik Jagdave Singh
A/L Avtar Singh, Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat, barisan pentadbir, para guru yang
dihormati dan rakan-rakan sekalian. Terima kasih (2)diucapkan oleh saya [saya ucapkan] buat pihak sekolah kerana
memberikan peluang kepada saya selaku Pengerusi Kelab Keusahawanan untuk (3)meluahkan [menyampaikan] ceramah bertajuk
‘Manfaat-manfaat Perniagaan dalam Talian’ sempena Hari Koperasi. Dewasa ini, perniagaan dalam talian atau e-dagang semakin
mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di negara ini. Hal ini dikatakan demikian kerana perkembangan (4)internet
[Internet] telah merancakkan perniagaan maya ini sungguhpun berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19. Contohnya,
(5)berbagai [berbagai-bagai/pelbagai] aplikasi dalam talian yang diwujudkan untuk menawarkan penjualan barang dan
perkhidmatan kepada masyarakat, termasuklah GrabFood, Lazada dan JNT Ekspress.
Hadirin yang dihormati,
(6)Antara kebaikan-kebaikan [Antara kebaikan] perniagaan dalam talian ini ialah masyarakat dapat menjanakan
pendapatan sampingan. Hal ini disebabkan oleh peningkatan inflasi dan kos hidup menjadikan masyarakat perlu mencari
pendapatan tambahan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ada antara mereka yang dipotong gaji akibat wabak COVID-19
hingga menjejaskan (7)pembelian [perbelanjaan] harian mereka. Sebagai contoh, masyarakat yang mempunyai pekerjaan tetap
boleh menjual produk kecantikan, termasuklah (8)losyen [losen] pencerah kulit mahupun makanan serta minuman seperti
pencuci mulut, (9)lauk pauk [lauk-pauk] dan jus buah-buahan menggunakan wadah Shopee atau Instagram. Kesannya,
masyarakat dapat (10)elakkan [mengelakkan] hutang keliling pinggang sekali gus berupaya menambahkan simpanan berdikit-
dikit seperti peribahasa, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Selain itu, perniagaan dalam talian juga dapat (11)mempermudahkan [mempermudah / memudahkan] urusan pembeli.
Hal ini dikatakan demikian kerana perniagaan maya ini tidak memerlukan masyarakat memandu kenderaan untuk mendapatkan
barangan yang diperlukan sehingga terpaksa membayar duit petrol dan berebut-rebut mencari parkir. (12)Tambahan pula
[Tambahan pula,] masyarakat moden lebih gemar berkurung di dalam rumah (13)oleh kerana [oleh sebab / kerana] takut
dihidapi virus COVID-19 yang tidak mengenal mangsa. Misalnya, wanita yang bekerja boleh membuat pesanan makanan untuk
keluarga menggunakan aplikasi GrabFood atau Food Panda sekiranya terpaksa bekerja lebih masa mahupun terlambat pulang
ke rumah. Impaknya, masyarakat dapat (14)menghematkan [menjimatkan] masa daripada terbazir oleh kesesakan (15)lalu-
lintas [lalu lintas] atau mengurangkan kos kerana pembeli hanya perlu membuat tempahan dari rumah, membayarnya lalu
menunggu pesanan tiba di muka pintu.
Para hadirat yang dikasihi,
Bukan itu sahaja, (16)berurusniaga [berurus niaga] secara dalam talian ini juga dapat membolehkan masyarakat
membuat pilihan yang luas. Umum mengetahui bahawa terdapat aplikasi jual beli secara maya yang menawarkan (17)perbezaan
[perbandingan] harga bagi barangan yang sama melalui penjual yang berbeza mahupun kerencaman produk yang dijual. Walaupun
begitu, pengguna perlu berhati-hati sebelum membuat pembelian kerana terdapat penipuan yang dilakukan peniaga yang tidak
(18)bertanggung jawab [bertanggungjawab]. Umpamanya, laman GrabFood dan Food Panda menawarkan pelbagai jenis makanan
seperti nasi, mi, laksa, kuih-muih tradisional, dan makanan Barat daripada (19)beribu [beribu-ribu] peniaga yang berdaftar.
Implikasinya, masyarakat dapat meningkatkan (20)kesenangan [kepuasan] diri terhadap perkhidmatan yang disediakan melalui
penelitian komen yang ditinggalkan oleh pembeli sebelumnya. Di samping itu, masyarakat juga dapat menjimatkan duit kerana
boleh membeli barangan yang dijual dengan harga paling murah.
Sesungguhnya, memang tidak dapat kita nafikan tentang kebaikan perniagaan dalam talian (21)pada [kepada]
masyarakat. (22)Sehubungan itu, [Sehubungan dengan itu,] masyarakat hendaklah meraih peluang yang terhidang di hadapan
mata dengan menjadi peniaga alam maya. Dalam pada itu, kerajaan haruslah menyekat atau menyenaraihitamkan penjual yang
suka (23)mengikis [mengaut / mendapatkan] keuntungan, bak kata peribahasa menanggung di air keruh atau menipu pembeli
yang kurang berpengetahuan. Moga-moga perniagaan dalam talian mampu menjadi penggerak ekonomi rakyat dan negara hingga
Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju. Dari sudut yang lain, peniaga dalam talian harus
lebih kreatif dalam memasarkan produk mereka supaya dapat menarik hati pembeli bukan sahaja (24)domistik [domestik]tetapi
juga antarabangsa. Akhir kata, dayung sudah tinggal, perahu sudah di air, hanya tinggal masyarakat untuk menggerakkan usaha
(25)demi untuk [demi / untuk] mendapatkan manfaat daripada perniagaan dalam talian.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai