Anda di halaman 1dari 9

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara

menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam dan


kepentingannya kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
______________________________________________________________________

Kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk


memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Namun begitu, orang ramai
masih tidak menggunakan pengangkutan awam yang disediakan. Lantaran itu, langkah-
langkah yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat
menggunakan pengangkutan awam. Langkah yang dapat menarik perhatian rakyat untuk
menggunakan pengangkutan awam ialah meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan
awam. Bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan jumlahnya bagi
memenuhi kehendak rakyat serta mengatasi masalah kekurangan pengangkutan awam
di sesetengah tempat. Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk
menarik perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau
menunggang motosikal. Dengan kekerapan perjalanan pengangkutan awam yang tinggi,
penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu ketibaan pengangkutan
awam tersebut.

Pada masa yang sama, langkah kerajaan menggalakkan pemasangan televisyen


di dalam bas ekspres mendapat banyak komen yang baik daripada orang ramai. Para
penumpang berpeluang untuk menonton pelbagai siaran televisyen ketika berada dalam
perjalanan mereka dan menjadikan perjalanan lebih menarik. Perkara ini haruslah
diperluaskan dalam pengangkutan awam yang lain seperti Komuter dan LRT untuk
menarik lebih banyak penumpang menaiki pengangkutan awam. Kemudahan seperti alat
pendingin udara juga perlu dipertingkatkan bagi menjadikan penumpang berasa lebih
selesa apabila menaiki pengangkutan tersebut. Kemudahan-kemudahan sampingan
seperti ini pasti akan dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam
kerana orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti dengan bayaran
yang minimum.

Kerajaan juga perlu lebih kerap mengadakan pemeriksaan bagi memastikan


pemandu pengangkutan awam benar-benar berkelayakan atau bebas daripada sebarang
penyalahgunaan dadah. Tindakan kerajaan menyenaraihitamkan pemandu yang kurang
berdisiplin akan dapat mengatasi masalah pekerja pengangkutan awam yang tidak
bersopan. Pemeriksaan oleh pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Jalan atau
pihak polis juga perlu menyeluruh bukan sahaja kepada kakitangan pengangkutan awam
tetapi perlu juga melihat pada keadaan dan keselamatan pengangkutan awam yang
digunakan bagi memastikan keselamatan pengguna pengangkutan tersebut terjamin.
Dengan cara itu, keyakinan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam di
negara kita akan meningkat.

Di kawasan stesen komuter atau LRT umpamanya, tempat meletakkan kenderaan


perlu ditambah bagi mengelakkan orang ramai meletak kenderaan mereka di tepi-tepi
jalan atau di tempat lain yang tidak sesuai. Hal ini sentiasa menjadi rungutan orang ramai
kerana bukan sahaja boleh mengakibatkan kesesakan malah pada masa yang sama
turut menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya. Begitu juga halnya dengan
pengangkutan tambahan atau “bas fider” yang dikatakan menjadi masalah kepada
pengguna komuter dan LRT. Kekurangan pengangkutan bas tambahan ini telah
menyukarkan pengguna pengangkutan tersebut jika kawasan stesen tersebut jauh dari
pejabat. Justeru adalah penting sekiranya bas-bas tambahan ditambah bilangannya bagi
memudahkan dan mempercepat perjalanan seseorang dari rumah ke destinasi yang
dituju. Jarak atau lokasi pengangkutan awam seperti komuter dan LRT juga perlu
ditambah dari semasa ke semasa agar lingkungan pengguna yang dapat menaiki
kemudahan awam tersebut turut meningkat.

Kesimpulannya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan kepada


masyarakat di negara kita seperti dapat mengurangkan kesesakan dan kemalangan,
mengurangkan pencemaran udara, menjimatkan masa malah mengurangkan kos
kehidupan kita sehari-hari. Oleh itu, sebagai pengguna jalan raya yang bijak, kita perlulah
menyahut seruan kerajaan agar menggunakan pengangkutan awam sebagai kaedah
untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Utusan Malaysia, 18 Mac 2010)


STRATEGI MENJAWAB SOALAN RUMUSAN

A. Langkah 1 – Menulis Pendahuluan (2 markah)

 Baca soalan yang diberikan dengan teliti. Kenal pasti fokus soalan yang terdapat
dalam arahan soalan yang diberikan.
 Arahan soalan (rujuk soalan contoh di atas).
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-
cara menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam
(FOKUS 1) dan kepentingannya kepada negara(FOKUS 2) Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

 Beri perhatian kepada FOKUS 1 untuk membina pendahuluan rumusan anda.


Cuba dapatkan perkataan sinonim atau kata seerti dengan kata pertama dalam
FOKUS 1 ini.
FOKUS 1 Perkataan seerti (sinonim)
Bil
(Isi tersurat) Pendahuluan
1 tanggungjawab peranan, sumbangan, tugas, fungsi
2 langkah-langkah usaha-usaha, cara-cara, kaedah-kaedah, pendekatan, teknik-
teknik, strategi, tindakan, modus operandi
3 kepentingan faedah-faedah, manfaat, kelebihan, kebaikan, keistimewaan
4 masalah kekangan, kesulitan, kerumitan, hambatan, keburukan,
kekurangan, kelemahan, halangan, batasan
5 punca-punca faktor – faktor, sebab – sebab, elemen-elemen
6 kesan-kesan implikasi, impak, akibat, keburukan, natijah
7 ciri-ciri sifat-sifat, unsur-unsur, fitur fitur, tanda-tanda

 Tulislah pendahulaun anda pada perenggan pertama, satu ayat sahaja. Mulakan
dengan frasa berikutnya. (Petikan membincangkan + Fokus 1 +
siapa/masa/tempat)
Petikan ini (membincangkan, membicarakan, menyatakan) (usaha-
usaha) mengalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam (di negara
ini)
B. Langkah 2 – Menulis isi tersurat (4 - 12 markah)

 Baca petikan yang diberikan sepintas lalu.


 Baca petikan untuk kali yang kedua sambil mengenal pasti isi-isi tersurat
berdasarkan FOKUS 1 .
 Kenal pasti dan tandakan sebanyak mungkin isi tersurat yang terdapat dalam
petikan. Tinggalkan huraian dan contoh. Biasanya terdapat antara 8 hingga 10
isi tersurat dalam petikan yang diberikan.
 Pilih 6 isi tersurat yang anda begitu yakin.
 Pastikan ayat-ayat yang anda garisi itu mengandungi subjek dan predikat (ayat
yang lengkap).
 Tulis isi-isi tersurat tersebut dalam perenggan yang kedua.
 Jumlah maksimum isi tersurat ialah 6 isi. Oleh itu, anda tidak perlu
memasukkan kesemua isi kerana jumlah perkataan yang terhad.
 Beberapa ayat boleh digabungkan dalam ayat majmuk tetapi mesti lengkap.
 Untuk mengesan isi tersurat, pelajar DAPAT mengenal pasti perkatan-perkataan
yang berikut, jika digunakan dalam petikan: (Rujuk jadual yang berikut)
Punca Disebabkan / kerana / daripada / oleh sebab/ menyumbang /
Kesan Dapat / telah / mampu / berupaya /akan / boleh mendatangkan /
menjadikan / menyebabkan / membolehkan / meninggalkan /
mempengaruhi dan sebagainya.
Langkah Hendaklah / perlu / mesti / harus / wajar / boleh / sepatutnya /
wajib

 Pelajar juga boleh mengenal pasti Penanda Wacana dalam Petikan.


Penentangan maklumat Walaupun, namun begitu
Kesinambungan maklumat, Idea, Selain itu, lebih daripada itu, di samping, dan,
Tambahan serta
Kesan Natijahnya, akibatnya
Kesinambungan Juga, malahan
Sebab Hal ini demikian kerana, oleh sebab itu
 Anda perlu menulis kata tugas untuk FOKUS 1 dalam ayat pertama perenggan isi
tersurat.
 Contoh isi tersurat:
Cara-cara menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam
ialah meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Kekerapan
perjalanan pengangkutan awam yang tinggi diperlukan untuk menarik perhatian
penumpang. Kerajaan perlu menggalakkan pemasangan televisyen di dalam bas
ekspres. Kemudahan seperti alat pendingin udara perlu dipertingkatkan bagi
menjadikan penumpang berasa lebih selesa apabila menaiki pengangkutan
tersebut. Kerajaan pula perlu lebih kerap mengadakan pemeriksaan terhadap
pemandu pengangkutan awam. Pihak berwajib perlu memastikan keadaan dan
keselamatan pengangkutan awam yang digunakan pengguna terjamin.

C. Langkah 3 – Menulis isi tersirat (4 - 12 markah)

 Isi tersirat dibina berdasarkan FOKUS 2 soalan. Isi ini tidak terdapat
dalam petikan yang diberikan.
 Contoh: FOKUS 2 dalam soalan yang diberikan ialah: Kepentingan
pengangkutan awam kepada negara.
 Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2
isi tersirat.
 Kata tugas untuk FOKUS 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama
perenggan isi tersirat.
Antara kepentingan pengangkutan awam kepada negara ialah dapat
mengurangkan kesesakan di jalan raya. Sektor ini juga dapat mewujudkan
banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.
D. Langkah 4 – Menulis Kesimpulan (2 markah)

 Kesimpulan merupakan cadangan/harapan anda terhadap fokus tersebut


berserta kesan atau akibat cadangan/harapan yang anda berikan
 Anda juga perlu menghubungkan cadangan/harapan dengan kesan/akibat
daripada cadangan/harapan tersebut dengan menggunakan kata hubung
agar/supaya/demi.
 Gunakan penanda wacana atau rangkai kata yang menunjukkan bahawa ayat
tersebut merupakan ayat kesimpulan.
 Kesimpulannya, pihak sasaran + (mestilah, haruslah, perlulah) + (menyokong,
membanteras, menangani, meningkatkan, mengurangkan) + (FOKUS 1) +
(supaya, agar, demi) + (kesan, akibat)
Kesimpulannya, pihak kerajaan (perlu, mestilah, haruslah)
meningkatkan kemudahan pengangkutan awam agar dapat digunakan oleh
rakyat.

Contoh jawapan lengkap


Petikan ini membincangkan usaha-usaha menggalakkan orang ramai
menggunakan pengangkutan awam di negara ini.
Cara-cara menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam ialah
meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Kekerapan perjalanan
pengangkutan awam yang tinggi diperlukan untuk menarik perhatian penumpang.
Kerajaan perlu menggalakkan pemasangan televisyen di dalam bas ekspres.
Kemudahan seperti alat pendingin udara perlu dipertingkatkan bagi menjadikan
penumpang berasa lebih selesa apabila menaiki pengangkutan tersebut. Kerajaan pula
perlu lebih kerap mengadakan pemeriksaan terhadap pemandu pengangkutan awam.
Pihak berwajib perlu memastikan keadaan dan keselamatan pengangkutan awam yang
digunakan pengguna terjamin.
Antara kepentingan pengangkutan awam kepada negara ialah dapat
mengurangkan kesesakan di jalan raya. Sektor ini juga dapat mewujudkan banyak
peluang pekerjaan kepada rakyat.
Kesimpulannya, pihak kerajaan perlu meningkatkan kemudahan pengangkutan
awam agar dapat digunakan oleh rakyat.
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang
faktor-faktor yang menghalang pembangunan sukan negara dan kesan-
kesanya.Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kegagalan atlet negara di Sukan Olimpik Sdney 2000 menimbulkan pelbagai


persoalan tentang mutu pembangunan sukan negara di arena antarabangsa. Mutu
sukan negara sepatutnya terus berkembang dan mencapai banyak kejayaan seiring
dengan pertumbuhan ekonomi negara. Tetapi,mutu sukan negara terus merosot dari
semasa ke semasa sedangkan pada masa yang sama kerajaan telah menyediakan dan
membelanjakan peruntukan yang besar untuk memajukan sukan tanah air supaya
mencapai taraf dunia.

Sebenarnya kemelut dalam dunia sukan negara boleh berpunca daripada banyak
pihak. Paling ketara ialah sikap tidak profesional pegawai yang suka mencampuri urusan
jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain. Mereka lebih banyak menjadikan
persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi daripada memberi
perhatian khusus untuk memajukan sukan bertaraf dunia. Mereka sering menunding jari
kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan sendiri apabila punca kemerosotan
atlet dikenali pasti. Mereka seharusnya sedar bahawa kegagalan atlet sering dikaitkan
dengan kelemahan pentadbiran persatuan sukan. Hal ini disebabkan, mereka sebagai
perancang pembangunan sukan tidak mempunyai hasrat atau visi yang cukup tinggi
untuk membantu meningkatkan mutu sukan.

Pengkritik sukan berpendapat banyak faktor yang menyebabkan mutu sukan


negara tidak mencapai kemajuan atau bertaraf dunia. Mereka berpendapat sistem
pendidikan yang lebih mementingkan kecemerlangan akademik dan sikap masyarakat
atau ibu bapa yang mementingkan kecemerlangan akademik membataskan murid-murid
sekolah daripada mendekati sukan. Fenomena ini menjadikan sekolah kini bukan lagi
gelenggang untuk melahirkan dan mencungkil bakat pelajar-pelajar sekolah yang boleh
digilap sebagai atlet negara sehingga mencapai taraf dunia.

Bagaimanapun adalah tidak adil kita hanya menyalahkan pihak tertentu tanpa
meninjau dilema atlet. Secara umumnya moral atlet kita berada di tahap yang rendah
dan mudah mengaku kalah apabila menghadapi lawan yang bertaraf dunia. Hal ini
mungkin kerana mereka kurang keyakinan di samping kurang pendedahan dan
pengetahuan. Atlet kita juga dikatakan tidak bersikap matang dalam usaha untuk
menigkatkan prestasi diri. Mereka tidak menjiwai watak sebagai ahli sukan tulen yang
sanggup untuk meningkatkan prestasi dan kemahiran sendiri. Sesetengah atlet tidak
berdisiplin dan menjadi keras kepala kerana menyedari khidmat mereka amat diperlukan,
ekoran sudah tidak ada atlet lain yang akan mewakili negara. Sikap atlet yang manja
dan sukar ditegur ini masalah kepada jurulatih untuk menggilap atlet negara menjadi ahli
sukan bertaraf dunia. Permasalahan ini bukan sahaja memerlukan atlet mengubah sikap
tetapi juga semua pihak yang terlibat demi mewujudkan sukan sebagai suatu budaya
kehidupan.
Petikan membincangkan punca-punca yang membantutkan pembangunan sukan
negara.

Antara puncanya ialah sikap profesional pegawai yang suka mencampuri urusan
jurulatih dalam menentukan pemilihan pemain[S1] di samping sikap mereka yang
menjadikan persatuan sukan sebagai tempat mencari keuntungan peribadi.[S2] Selain
itu, mereka menuding jari kepada pihak lain daripada mengakui kelemahan diri.[S3]
Mereka harus menyedari bahawa kegagalan atlet dikaitkan dengan kelemahan
pentadbiran persatuan sukan[S4] di samping sikap mereka sebagai perencang sukan
tidak mempunyai visi.[S5] Seperkara lagi, sistem pendidikan mementingkan
kecemerlangan akademik membataskan murid-murid daripada menyertai sukan.[S6]
Antara kesannya ialah mutu sukan semakin merosot di peringkat negara dan
antarabangsa.[T1] Selain itu, atlet tidak dapat menjalani latihan intensif sama ada di
dalam ataupun di luar negara kerana persatuan tidak mempuyai kos untuk membiayai
mereka.[T2]
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama menanganinya supaya
mutu sukan akan terus meningkat maju.
[124 Patah Perkataan]

Anda mungkin juga menyukai