Anda di halaman 1dari 5

1

Mata pelajaran Perniagaan Sasaran Tingkatan 4

Tajuk 1.0 Trend Semasa Dalam Perniagaan

Standard 1.2 Peranan Kerajaan Dalam Menangani Isu-Isu Tempatan, Negara dan
kandungan Serantau

Standard 1.2.1 Mengenal pasti peranan kerajaan dalam menangani isu-isu tempatan,
pembelajaran negara dan serantau mengenai pertumbuhan, guna tenaga penuh, inflasi
dan deflasi.
Objektif Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat :
pembelajaran 1. Menerangkan jenis-jenis pengangguran
2. Menyatakan punca inflasi dan deflasi
3. Menjelaskan cara menangani inflasi dan deflasi

Kriteria kejayaan Murid akan berjaya jika dapat :


1. Menerangkan empat jenis pengangguran
2. Menyatakan dua punca inflasi dan deflasi
3. Menjelaskan tiga cara menangani inflasi dan deflasi

Tempoh masa 1 jam

Nota Rujuk Lampiran 1

Aktiviti 1. Murid diminta membaca nota dan melekatkan nota di dalam buku nota
perniagaan.
2. Murid dikehendaki menjawab soalan Kertas 1 dan Kertas 2
(LAMPIRAN 2 DAN LAMPIRAN 3)

Pentaksiran Murid akan dinilai berdasarkan tugasan yang diberi.

LAMPIRAN 1 2.1.2 PERANAN KERAJAAN DARI ASPEK PERTUMBUHAN EKONOMI

Definisi pertumbuhan ekonomi: Peningkatan dalam sesuatu kegiatan yang berkaitan dengan ekonomi
terutama dalam pembangunan ekonomi berbentuk fizikal yang menyebabkan pertambahan dalam Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam ekonomi sesebuah negara.

Contoh inisiatif kerajaan: Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP)
Peringkat-peringkat Peranan Kerajaan

Tempatan Akan membantu meningkatkan pendapatan penduduk setempat.


2

Negara 1. Memperkukuh pertumbuhan ekonomi melalui pelaksanaan dasar tertentu


seperti dasar fiskal dan dasar kewangan.
2. Dasar Fiskal dilaksanakan melalui tindakan perbelanjaan pihak kerajaan
dan pelaksanaan cukai tertentu yang boleh mempengaruhi permintaan.
3. Dasar Kewangan dilaksanakan melalui peranan bank , pusat, iaitu Bank
Negara Malaysia (BNM) berupaya untuk mengurangkan kadar faedah bagi
menggalakkan penduduk berbelanja dan aktiviti pelaburan oleh
perniagaan.
Antarabangsa Menyediakan elaun eksport untuk menggalakkan perniagaan mengeksport
lebih banyak barang dan perkhidmatan yang lebih banyak ke luar negara.

RAJAH 1

2.1.3 PERANAN KERAJAAN DARI ASPEK GUNA TENAGA


Definisi guna tenaga: tenaga buruh yang terlibat dalam sesuatu kegiatan ekonomi untuk menghasilkan
barang dan perkhidmatan.

Definisi pengangguran geseran: berlaku apabila pekerja berhenti kerja dan mencari pekerjaan tetapi
tidak mendapat pekerjaan dengan serta-merta; dan ketika itu mereka dikira sebagai penganggur.

Jenis Pengangguran

Pengangguran bermusim Pengangguran kitaran Pengangguran teknologi Pengangguran struktur

- Pekerja bekerja dalam - Ekonomi meleset - Perubahan dalam


tempoh masa tertentu - Majikan tak mampu Penggunaaan mesin lebih industrI secara
sahaja (kerja kontrak ) bayar gaji daripada tenaga manusia . keseluruhan
- Tidak memerlukan
- Sentiasa mencari kerja Cara atasi : Cara atasi : kemahiran pekerja
baharu Menggunakan mesin
kerajaan jalankan dasar
kewangan dan dasar untuk proses tertentu Cara atasi :
Cara atasi : fiskal sahaja yang tidak dapat
dilakukan oleh tenaga Kerajaan buat
Kerajaan beri insentif manusia perancangan ekonomi
kepada pengurusan sesuai dengan trend
supaya pekerja boleh
terus bekerja

RAJAH 2

2.1.4 PERANAN KERAJAAN DARI ASPEK EKONOMI


Dimensi Inflasi Deflasi

Definisi Satu fenomena kenaikan harga barang Satu keadaan kejatuhan harga barang dan
dan perkhidmatan secara berterusan. perkhidmatan secara berterusan.
Kesan 1. Kenaikan kos sara hidup yang 1. Membantutkan aktiviti perniagaan
semakin meningkat 2. Penduduk kehilangan pekerjaan
2. Pendapatan boleh guna menurun 3. Kuasa beli penduduk menurun
3

Cara 1. Meningkatkan kadar faedah 1. Menarik pelabur asing


mengatasi 2. Dasar kerajaan 2. Meningkatkan peluang pekerjaan
3. Pelaksanaan dasar galakan 3. Menurunkan kadar cukai
pelaburan 4. Meningkatkan pebelanjaan kerajaan
4. Memberikan subsidi kepada 5. Menurunkan kadar faedah atas pinjaman
pengeluar jika inflasi berlaku 6. Menggalakkan kadar eksport/
disebabkan oleh tolakan kos. mengurangkan kadar import

RAJAH 3

LAMPIRAN 2

(KERTAS 1)
Jawab semua soalan

1. Maklumat berikut berkaitan dengan suatu keadaan ekonomi


Pertanian ➔ Perkilangan

Apakah jenis pengangguran yang berlaku akibat perubahan di atas?

A. Pengangguran berstruktur
B. Pengangguran bermusim
C. Pengangguran teknologi
D. Pengangguran kitaran

2. Maklumat berikut menunjukkan sejenis pengangguran.

En Ali, seorang nelayan terpaksa berhenti menangkap ikan semasa musim tengkujuh
kerana ombak bergelora

Pengangguran di atas dikenali sebagai

A. Pengangguran kitaran
B. Pengangguran struktur
C. Pengangguran teknologi
D. Pengangguran bermusim

3. Maklumat yang berikut berkaitan dengan langkah yang dilakukan oleh kerajaan.
• Meningkatkan atau mengurangkan kadar faedah
• Meningkatkan atau mengurangkan kadar cukai

Apakah matlamat utama kerajaan mengambil langkah-langkah sedemikian?

A. Untuk menjamin keadaan ekonomi yang stabil


B. Untuk menggalakkan aliran keluar mata wang asing
C. Untuk menggalakkan penggunaan barang tempatan
D. Untuk meningkatkan permintaan untuk barang keluaran tempatan

4. Yang manakah faktor deflasi?


4

A. Peningkatan permintaan barang dan perkhidmatan


B. Kenaikan kos pengeluaran barang dan perkhidmatan
C. Penduduk meramalkan harga barang dan perkhidmatan akan terus naik.
D. Permintaan jatuh disebabkan oleh penduduk tidak mampu membeli barang di pasaran

5. Pernyataan berikut menunjukkan tindakan kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi.


• Meningkatkan kadar faedah
• Meningkatkan kadar cukai
Tindakan kerajaan di atas adalah bertujuan untuk mengatasi masalah?

A. Deflasi
B. Inflasi
C. Subsidi
D. Peningkatan cukai

LAMPIRAN 3

(KERTAS 2)

Jawab semua soalan.

1. Berikut merupakan maklumat situasi pertumbuhan ekonomi sebuah negara


• Kuasa beli penduduk menurun
• Penurunan harga barang berterusan.

a. Apakah situasi tersebut? [1 markah]

……………………………………………………………….......................................................

b. Bagaimanakah pihak kerajaan mengatasi situasi tersebut? [4 markah]

………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………….......................................................
………………………………………………………………………………………………………

2. Maklumat berikut menunjukkan keadaan yang berlaku di sebuah restoran.

Restoran Nyonya Asia telah menggunakan robot sebagai pelayan untuk


menghidangkan makanan kepada pelanggan

a. Apakah jenis pengangguran yang mungkin akan wujud? [1 markah]

……………………………………………………………….......................................................

b. Huraikan dua jenis pengangguran selain daripada penggangguran


di atas (a). [4 markah]

………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………….......................................................
……………………………………………………………………………………………………
5

Anda mungkin juga menyukai