Anda di halaman 1dari 5

Pembubaran Perkongsian

Soalan Objektif

1. Akaun sementara yang dibuka untuk merekodkan urusniaga yang berlaku semasa
proses pembubaran perkongsian ialah…

A. Akaun Modal
B. Akaun Semasa
C. Akaun Realisasi
D. Akaun Pengasingan Untung Rugi

2. Antara akaun-akaun yang berikut, manakah yang perlu dibuka semasa merekodkan
pembubaran perkongsian?

I. Akaun Bank
II. Akaun Realisasi
III. Akaun Modal Pekongsi
IV. Akaun Pengasingan Untung Rugi

A. I , II , dan III
B. I , II , dan IV
C. I , III , dan IV
D. II , III , dan IV

3. Apakah tujuan pengimbangan Akaun Realisasi?

A. Untuk melindungi nilai aset yang diambil alih oleh pekongsi.


B. Untuk mengira jumlah diskaun diterima daripada pembekal.
C. Untuk menghitung pembayaran balik modal pekongsi.
D. Untuk menghitung untung atau rugi atas pembubaran.

4. Semasa proses pembubaran, pekongsi Mala telah mengambil alih alatan pejabat
pada harga RM3,500. Manakah catatan bergu yang betul untuk merekodkan urus
niaga tersebut?

Debit Kredit
A Akaun Alatan Pejabat Akaun Realisasi
B Akaun Realisasi Akaun Alatan Pejabat
C Akaun Modal Mala Akaun Realisasi
D Akaun Realisasi Akaun Modal Mala
5. Semua akaun berikut akan dipindahkan ke Akaun Realisasi, kecuali…

A. Akaun Inventori
B. Akaun Bank
C. Akaun Premis
D. Akaun Belum Terima

Soalan Esei

Kong, Sung dan Lim merupakan rakan kongsi dalam Syarikat Maju Jaya Sdn Bhs. Mereka
mengagihkan untung atau rugi mengikut nisbah modal. (3:2:1)

Baki aset dan liability bagi Syarikat Maju Jaya Sdn Bhd pada 1 Januari 2013 adalah seperti
berikut:

RM
Modal
Kong 300,000
Sung 200,000
Lim 100,000
Akaun Semasa
Kong 6,000
Sung 2,000
Lim 600 (dt)
Premis 500,000
Kenderaan 70,000
Penghutang 7,400
Tunai di bank 92,600
Pemiutang 60,000
Gaji Terakru 2,600

Pada 28 januari 2013, Syarikat Maju Jaya Sdn Bhd telah membubarkan perniagaan mereka
kerana Sung akan berhijrah ke New Zealand.
Maklumat tambahan:

a) Premis telah direalisasi pada harga RM 475,000


b) Penghutang menjelaskan hutang sebanyak RM5,000. Baki hutang dihapuskan
sebagai hutang lapuk.
c) Kenderaan diambil alih oleh Kong pada nilai buku
d) Pemiutang diambil alih oleh Kong pada harga RM58,000
e) Kos pembubaran sebanyak RM6,000 dijelaskan.
f) Gaji terakru akan dibayar penuh setelah semua aset direalisasi kan.
g) Semua urusan pembayaran menggunakan tunai di bank.

Anda dikehendaki menyediakan:

a. Akaun Realisasi
b. Akaun Modal Pekongsi
c. Akaun Bank

Jawapan Objektif

1. C
2. A
3. D
4. C
5. B
Jawapan Esei
Disediakan oleh,

Nor Zalina Roslan,

Sekolah Sri Murni.

Anda mungkin juga menyukai