Anda di halaman 1dari 5

PDPR JUMAAT (15 OKTOBER 2021)

BAB 2: ASET (PENYATA PENYESUAIAN BANK)


FORMAT PENYATA PENYESUAIAN BANK
1. BERMULA DENGAN BAKI DI PENYATA BANK (tanpa kemaskini buku
tunai)

Nama Perniagaan
Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Disember 2019

Butiran RM RM
Baki debit di Penyata Bank (Xx)
Tambah : Deposit belum dikreditkan
Nama ABT xx
Nama ABT xx Xx
Xx
Tolak : Cek belum dikemukakan
Nama ABB atau No. Cek xx
Nama ABB atau No. Cek xx Xx
Baki kredit di Buku Tunai terlaras (Xx)

Baki debit di buku tunai Xx


Tambah : Dividen xx
Item di penyata bank (di lajur kredit) yang tiada di buku tunai xx Xx
Xx
Tolak : belanja insurans -perintah sedia ada
Buku cek xx
Caj bank xx
Cek tak layan xx
Item di penyata bank (di lajur debit) xx Xx
Baki kredit di Buku Tunai Xx

2. BERMULA DENGAN BAKI DI BUKU TUNAI (dengan kemaskini buku tunai)

i. Selaraskan baki buku tunai

Butiran RM RM
Baki debit di buku tunai Xx
Tambah : Dividen
Item di penyata bank (di lajur kredit) yang tiada di buku tunai xx
xx Xx
Tolak : belanja insurans -perintah sedia ada Xx
Buku cek
Caj bank xx
Cek tak layan xx Xx
Item di penyata bank (di lajur debit) (Xx)
Baki kredit di Buku Tunai terlaras
Nama Perniagaan
Penyata Penyesuaian Bank pada 31 Disember 2019

Butiran RM RM
Baki kredit di Buku Tunai terlaras (Xx)
Tambah: Cek belum dikemukakan
Nama ABB atau No. Cek xx
Nama ABB atau No. Cek xx Xx
Xx
Tambah : Deposit belum dikreditkan
Nama ABT xx
Nama ABT xx Xx
Baki debit di Penyata Bank (Xx)

LATIHAN
1. (a)Pada 1 Januari 2019, akaun tunai di bank dalam buku Perniagaan Segar menunjukkan
baki debit sebanyak RM736.

Jumlah jurnal tunai bagi bulan Januari adalah seperti berikut:


Jurnal penerimaan tunai RM2,616
Jurnal pembayaran tunai RM2,324

Baki tunai di bank pada 31 Januari 2019 menunjukkan baki yang berbeza dengan baki
penyata bank. Perbandingan yang dibuat antara kedua-dua rekod ini menunjukkan
perbezaan berikut:
(i) Caj perkhidmatan yang dicaj kepada akaun perniagaan sebanyak RM8.
(ii) Faedah atas deposit telah dikreditkan dalam penyata bank sebanyak RM60.
(iii) Deposit yang belum direkodkan dalam penyata bank berjumlah RM144.
(iv) Cek daripada pelanggan untuk menjelaskan hutangnya bernilai RM288 adalah
merupakan cek tendang.
(v) Cek yang telah dikeluarkan tetapi belum dijelaskan oleh bank:
No. 1232 RM32
No. 1445 RM144
(vi) Pembayaran kepada pembekal sebanyak RM82 salah didebitkan dalam buku tunai.

Dikehendaki:
(i) Hitung baki buku tunai diselaraskan pada 31 Januari 2019.
(ii) Sediakan catatan jurnal penyelarasan yang diperlukan untuk buku tunai pada 31
Januari 2019. .
(iii) Sediakan penyata penyesuaian bank dengan buku tunai diselaras pada 31 Januari
2019.
[10]
2. (a) Pada 30 Jun 2011, Perniagaan Kicap Kita mendapati baki kredit buku tunai yang
berjumlah RM9,470 tidak sama dengan baki kredit dalam penyata bank yang
berjumlah RM7,390. Pemilik perniagaan, Encik Hitam, telah meminta anda
membantu membuat penyesuaian antara baki dalam penyata bank dan buku tunai
yang sebenar. Berikut adalah maklumat pada 30 Jun 2011 yang anda perolehi dari
Perniagaan Kicap Kita tentang perniagaannya.

1. Sekeping cek yang telah diterima daripada Encik Adam berjumlah RM2,600 telah
ditandakan sebagai cek tak layan oleh pihak bank.
2. Cek-cek yang telah dikeluarkan oleh Perniagaan Kicap Kita sebelum 30 Jun 2011
berjumlah RM15,700 masih belum ditunaikan.
3. Penerimaan sebanyak RM6,500 telah dikreditkan dalam bank tetapi tiada catatan
dibuat dalam buku tunai.
4. Perniagaan telah memasukkan cek berjumlah RM7,240 ke dalam bank pada pagi 30
Jun 2011. Jumlah ini belum ditunjukkan dalam penyata bank.
5. Jumlah pengeluaran tunai pada akhir muka surat 20 dalam buku tunai berjumlah
RM121,750 telah dipindahkan ke bahagian atas muka surat 21 sebagai RM127,150.
6. Caj perkhidmatan bank dan faedah sebanyak RM760 telah dikenakan pihak bank
tetapi belum dimasukkan ke dalam buku tunai.
7. Perniagaan telah meminta pihak bank membuat potongan terus dari akaunnya
sebanyak RM140 untuk bayaran belanja utiliti.

DIKEHENDAKI :

(i) Sediakan Penyata Penyesuaian Bank bagi Perniagaan Kicap Kita pada 30 Jun
2011 kepada baki buku tunai terselaras
[4 markah]
(ii) Sediakan catatan jurnal untuk merekod pelarasan Buku Tunai.
[3 ½ markah]
3. Baki bank di buku tunai Raju Berhad pada 30 Jun 2017 ialah debit RM9647. Baki ini
berbeza daripada baki penyata bank yang berjumlah RM9327. Setelah meneliti perbezaan
antara Buku Tunai dan Penyata Bank , perkara yang berikut ditemui:

1) Cek bernilai RM3000 telah direkodkan dalam buku tunai tetapi masih belum lagi
ditunaikan di bank.
2) Cek daripada pelanggan bernilai RM4970 direkodkan dalam buku tunai pada 30 Jun
2017 tetapi pihak bank hanya mengkreditkan amaun tersebut pada 1 Julai 2017.
3) Caj bank sebanyak RM320 wujud dalam penyata bank pada 29 Jun 2017 tetapi tidak
direkodkan dalam buku tunai.
4) Cek yang dikeluarkan sebanyak RM2900 untuk membayar pembelian asset tetap telah
tersalah rekod dalam buku tunai sebagai RM12510.
5) Cek yang diterima daripada pelanggan bernilai RM590 tidak dilayan oleh bank.
6) Cek yang dikeluarkan untuk pembayaran belanja membaiki kenderaan sebanyak
RM3600 telah didebitkan dalam buku tunai.
7) Jumlah bahagian pembayaran dalam buku tunai adalah terkurang sebanyak RM1500.
Didapati jumlah debit pada akaun belian juga terkurang dengan jumlah yang sama.
8) Cek berjumlah RM1650 bertujuan membaikpulih rumah pemilik, perbelanjaan ini
telah direkodkan dalam buku tunai tetapi tidak terdapat dalam penyata bank.

Dikehendaki , sediakan:
(i) Penyata penyesuaian bank pada 30 Jun 2017.
(ii) Catatan jurnal pelarasan bagi perkara (1) hingga (8)

Anda mungkin juga menyukai