Anda di halaman 1dari 6

LATIHAN REKOD TIDAK LENGKAP DAN CATATAN TUNGGAL

1. Jelaskan kelemahan dan masalah yang akan timbul akibat mengamalkan rekod tak
lengkap dan catatan tunggal.
2. Jelaskan kepentingan analisis terhadap buku tunai kepada peniaga.
3. Adakah sistem catatan tunggal terasing daripada sistem perakaunan? Jelaskan jawapan
anda.
4. Nyatakan dua kebaikan sistem rekod tak lengkap.
5. Encik Johan, pemilik Kedai Runcit Johan tidak menyimpan rekod perakaunan yang
lengkap. Walau bagaimanapun beliau dapat membekalkan nilai aset dan liabiliti seperti
yang berikut:

1 Januari 31 Disember
RM RM

Kenderaan (A) 38,000 38,000-3,800


Alatan pejabat (A) 5,000 5,000 +1,500
Inventori akhir (A) 3,450 4,670
Tunai di tangan (A) 400 530
Akaun belum terima (A) 1,680 2,060-103
Akaun belum bayar (L) 1,480 1,760
Overdraf bank (L) 1,200 250
Utiliti terakru (L) 180 170
Insurans prabayar (A) 80 40
Maklumat tambahan:
i) Kenderaan dibeli pada 1 Januari 2019 dan disusutnilaikan dengan kadar 10%
atas kos setahun.(38,000X10% = 3,800)
ii) Encik Johan membawa masuk sebuah komputer berkos RM1,500 untuk
kegunaan perniagaan, tetapi tiada catatan dibuat terhadap perkara ini. (MT)
iii) Encik Johan telah mengeluarkan barang niaga berkos RM170 dan tunai RM500
untuk kegunaan peribadi. (Ambilan RM670)
iv) Peruntukan hutang ragu dianggarkan 5% atas baki akaun belum terima.
(5%x2,060=103)

Dikehendaki:
a) Hitung modal pada 1 Januari dan 31 Disember 2019.
b) Sediakan Penyata Untung atau Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2019.
c) Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2019.

6. Puan Sabrina, seorang peniaga pakaian tidak menyimpan rekod perniagaannya dengan
lengkap. Aset dan liabiliti perniagaannya adalah seperti berikut:

1 Jan (RM) 31 Dis (RM)

Kelengkapan (kos) 9,500 9,500


Kenderaan (kos) 38,000 38,000
Penghutang 3,400 6,800-340
Pemiutang 3,500 4,100-2500
Inventori 5,490 3,720+620
Tunai 1,270 2,600
Bank 720 (kt) 4,900
Insurans prabayar - 300
Komisen diterima terdahulu 370 450
Sewa belum bayar 600 -
Utiliti belum bayar - 150
Gaji terakru 800 1,200
Belanja am prabayar - 350
Pinjaman 10,000 10,000
Maklumat tambahan:
i) Sekeping nota kredit berjumlah RM2,500 yang diterima daripada pembekal
barang niaga tertinggal catat.
ii) Pemilik telah mengeluarkan tunai RM400 untuk membayar ansuran kereta
peribadinya. Ambilan
iii) Kelengkapan dan kenderaan yang wujud pada awal tempoh 2015 telah dibeli
pada awal tahun 2013. Sebuah kenderaan lagi berharga RM12,000 telah dibeli
pada 1 Mei 2015 dengan wangnya sendiri untuk kegunaan perniagaan. Semua
aset bukan semasa dikenakan susut nilai pada kadar 10% atas kos bagi yang
wujud pada akhir tempoh saja. 1 jan (9500x10%x2thn=1900), (38000x10%x2
thn=7600).31 dis (9500x10%x3thn=2850),
(38000x10%x3=11400+(12000x10%)=12600
iv) Peruntukan hutang ragu diwujudkan pada kadar 5% atas
penghutang.6800x5%=340
v) Stok akhir telah terkurang catat sebanyak RM620.

Dikehendaki:
a) Hitung modal pada 1 Januari dan 31 Disember 2015.
b) Sediakan Penyata Menentukan Untung atau Rugi bagi tahun berakhir 31
Disember 2015.
c) Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2015.

7. Berikut ialah maklumat tentang Perniagaan Sofiya bagi tahun berakhir 31 Disember
2011.
RM

Jualan 301,100
Diskaun diberi abt kt 15,400
Diskaun diterima abb dt 16,300
Tunai dibayar kepada pemiutang abb dt 133,500
Akaun pulangan jualan abt kt 3,700
Akaun pulangan belian abb dt 2,650
Akaun belum terima pada 1 Jan 2011dt 49,000
Akaun belum terima pada 31 Dis 2011kt 63,000
Akaun belum bayar pada 1 Jan 2011kt 23,800
Akaun belum bayar pada 31 Dis 2011dt 31,600

Dikehendaki hitung amaun belian dan amaun tunai yang diterima daripada penghutang
Perniagaan Sofiya.

8. Abadi memulakan perniagaan Perusahaan Abadi pada 1 Julai 2011 dengan modal tunai
berjumlah RM20,000 dan nilai premis perniagaan berjumlah RM58,000 pada kos. Pada
30 Jun 2012 akaun aset dan liabiliti perniagaannya adalah seperti berikut:

RM

Premis perniagaan 60,000


Inventori akhir pada kos 19,170
Insurans prabayar 3,000
Gaji terakru 2,820
Tunai di tangan 7,000
Peralatan dan kelengkapan pada kos 24,000
Akaun belum terima 13,500
Pemiutang 7,860
Pinjaman bank (faedah 9%) 18,000
Faedah pinjaman terakru 900
Overdraf bank 8,520
Maklumat tambahan:
i) Peralatan dan kelengkapan pejabat disusut nilaikan pada kadar 10% setahun
dengan menggunakan kaedah garis lurus.
ii) Peruntukan hutang ragu sebanyak 3% atas akaun belum terima.
iii) Pengambilan barang niaga pada nilai kos RM8,200.
iv) Pengambilan tunai berjumlah RM5,000 untuk kegunaan peribadi.

Dikehendaki:
a) Hitung modal awal dan untung bersih Perusahaan Abadi bagi tahun berakhir 30
Jun 2012.
b) Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 Jun 2012 dengan
menggunakan modal akhir perniagaan sebagai nilai pengimbangan.

9. Top Wear Enterprise telah ditubuhkan pada 1 Januari 2013. Ia adalah sebuah kedai
yang menjual pelbagai kemeja T. Pemiliknya Puan Rosmary tidak menyimpan rekod
urusniaga dengan lengkap. Data berikut adalah berkaitan dengan perniagaannya:
i) Baki aset dan liabiliti pada 1 Januari 2015:

RM

Bank 3 278
Kenderaan 35 000
Kelengkapan 8 000
Inventori 9 860
Penghutang 6 800
Sewa prabayar PP+B 800
Utiliti terakru PP-B 600
Belanja am terakru PP-B 500
Pemiutang 5 700
Pinjaman 8% (FAP 800) FPBB200 10 000

ii) Ringkasan akaun bank bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 adalah seperti
berikut:
RM RM

Penerimaan: Pembayaran:
Jualan 14 750 Kelengkapan 1 500
Penghutang 44 890 Pemiutang 15 800
Komisen (H) 300 Belian 3 000
Gaji B 9 000
Belanja am B 1 400
Faedah pinjaman B 600 +200
Utiliti B 5 600
Sewa B 10 400
Ambilan 1 200
Belanja kenderaan B 2 000

iii) Baki kenderaan dan kelengkapan adalah dibeli semasa perniagaannya


ditubuhkan. Semua aset tetap hendaklah disusut nilaikan pada kadar 10% atas
kos. Belanja susut nilai kenderaan 3,500, Kelengkapan 950 (B-PP), SNT
kenderaan 10500, Kelengkapan 2550 (ABS-PKK)
iv) Peruntukan hutang ragu diwujudkan pada kadar 5% atas baki penghutang.
Belanja hutang ragu (B), (AS-PKK)
v) Sewa bulanan ialah RM800. (800x12=9600) B-PP, Sewa Prabayar
(800+10400-9600=1600) (AS-PKK)
vi) Sepanjang tahun 2015, buku perniagaannya menunjukkan jumlah pulangan
jualan RM230, pulangan belian RM350, diskaun diterima RM750 (H) dan ambilan
barang niaga untuk kegunaan pemilik berkos RM150.
vii) Pada 31 Disember 2015, baki-baki berikut juga didapati daripada buku-buku
perniagaannya.

Pemiutang 3 500
Penghutang 7 000
Inventori 6 500
Utiliti terakru 240 L, PP+B

Dikehendaki:
a) Hitungkan jumlah jualan dan jumlah belian.
b) Sediakan Penyata Pendapatan Komprehensif bagi tahun berakhir 31 Disember
2015.
c) Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2015. ABS 31450,
AS 27468, LS 3940, MA 44978, LBS 10000

10. Cik Adiba tidak mempunyai rekod yang lengkap untuk urus niaga perniagaannya. Walau
bagaimanapun maklumat berkaitan perniagaannya seperti berikut:
1) Data sebahagian daripada baki akaun yang diperoleh adalah seperti berikut:

1 Oktober 2014 (RM) 30 September 2014 (RM)

Tunai 270 1 680


Inventori 2 500 1 750
Penghutang 5 800 6 800
Pemiutang 4 300 5 150

2) Ringkasan maklumat Akaun Bank bagi tahun berakhir 30 September 2015 seperti di
bawah:
RM RM

Penerimaan: Pembayaran:
Baki pada 1 Okt 2014 6 602 Pemiutang 59 100
Perabot 1 650 Belian 7 200
Penghutang 103 698 Sewa 5 400
Modal 5 000 Perabot 1 800
Caj bank 25
Belanja pelbagai 300
Insurans kedai 600

3) Perniagaan Adiba mempunyai sebuah kenderaan dan perabot yang dibeli pada 1
Oktober 2012 pada harga RM35 000 dan RM5 800 masing-masing. Kenderaan
disusutnilaikan pada kadar 10% dengan kaedah baki berkurangan sementara
perabot disusutnilaikan pada kadar 15% untuk perabot yang wujud pada akhir
tempoh perakaunan sahaja.
4) Sebahagian daripada perabot terpakai yang dibeli pada kos RM2 300 telah dijual
pada 31 Ogos 2015.
5) Perbelanjaan berikut: gaji pekerja RM2 400, utiliti RM160 dan alat tulis RM50 telah
dibayar menggunakan wang kutipan jualan tunai sebelum ia dibankkan.
6) Pemeriksaan dokumen pada 30 September 2015 telah menjumpai sekeping nota
debit daripada pembekal bernilai RM200 terlupa rekod.
7) Bagi tempoh berakhir 30 September 2015 rekod perniagaan menunjukkan perkara
berikut telah berlaku: pulangan jualan RM1 300, pulangan belian RM1 400, diskaun
diterima RM350, hutang lapuk RM400 dan ambilan barang niaga RM1 000.
8) Sewa bulanan kedai adalah RM500 dan insurans telah dibayar untuk tempoh
setahun mulai 1 Januari 2015.

Dikehendaki:
Sediakan bagi Perniagaan Adiba,
a) Penyata Pendapatan Komprehensif bagi tahun berakhir 30 September 2015.
b) Penyata Kedudukan Kewangan pada 20 September 2015

Anda mungkin juga menyukai