Anda di halaman 1dari 8

PRINSIP PERAKAUNAN TAMAN PEKAKA

PUSAT TUISYEN ILMU LESTARI

Perakaunan Untuk Aset Tetap


Pengenalan

Aset bukan semasa perniagaan selalunya terdiri daripada aset tetap, aset tidak ketara, dan lain-lain aset
bukan semasa. Aset bukan semasa mempunyai usia guna (jangka hayat) melebihi satu tahun.
Aset tetap
i.

ii.

iii.
iv.

Aset tetap adalah aset ketara yang mempunyai kewujudan fizikal. Berdasarkan MFRS 116
(Malaysian Financial Reporting Standard), aset tetap lebih dikenali sebagai hartanah, loji dan
peralatan.
Aset tetap merupakan aset yang dibeli untuk tujuan digunakan dalam perniagaan dan bukannya
untuk dijual kepada pelanggan. Contoh aset tetap ialah seperti tanah, bangunan, mesin, peralatan,
kelengkapan dan kenderaan.
Aset tetap yang mempunyai usia guna yang terhad seperti bangunan, mesin peralatan, dan kenderaan
akan mengalami susut nilai.
Aset tetap yang mempunyai usia guna yang tidak terhad seperti tanah, tidak akan mengalami susut
nilai.

Aset tidak ketara


Tidak seperti aset tetap, aset tidak ketara tidak mempunyai kewujudan secara fizikal. Contoh aset tak ketara
adalah seperti paten, muhibah, hak cipta, atau cap dagangan. Ia adalah satu hak esklusif yang diberi hanya
kepada pemilik aset tidak ketara ini.
Lain-lain aset bukan semasa
Merupakan aset selain daripada aset tetap dan aset tidak ketara. Contoh aset ini adalah seperti tanah yang
dimiliki oleh perniagaan yang bukan digunakan untuk operasi perniagaan tetapi sebaliknya untuk dijual
kembali ataupun seperti pelaburan jangka panjang dengan melabur di dalam saham atau bon syarikat.
Menentukan Nilai Aset Tetap
i.

ii.

Nilai aset tetap direkodkan berdasarkan konsep kos sejarah sebagai mematuhi prinsip piawaian yang
diterima umum. Kos ini adalah amaun yang dibayar semasa pembelian aset tersebut serta
menyediakan aset tetap tersebut untuk tujuan kegunaan perniagaan.
Terdapat juga lain-lain perbelanjaan yang dibayar semasa pembelian aset tetap tetapi ianya tidak
boleh dimasukkan sebagai kos aset tetap seperti kos pembaikan dan penyelenggaraan. Perbelanjaan
berkaitan dengan aset tetap ini boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu perbelanjaan hasil dan
perbelanjaan modal.

Perbelanjaan Hasil
i.
ii.
iii.
iv.

Ialah segala perbelanjaan ke atas aset tetap yang tidak menambahkan kapasiti atau kecekapan
aset tetap tersebut serta usia gunanya.
Perbelanjaan hasil dianggap belanja normal operasi di mana manfaat daripadanya hanya untuk satu
tempoh perakaunan sahaja.
Perbelanjaan hasil akan dipadankan dengan hasil dalam penyata pendapatan untuk tempoh
perakaunan semasa..
Perbelanjaan ini kerap berlaku dan melibatkan amaun yang kecil sahaja. Contoh perbelanjaan hasil
ialah belanja penyelenggaraan dan belanja pembaikan.

PRINSIP PERAKAUNAN TAMAN PEKAKA

PUSAT TUISYEN ILMU LESTARI

Perbelanjaan modal
i.

Ialah segala perbelanjaan ke atas aset tetap yang menyebabkan pertambahan kepada kapasiti atau
kecekapan serta usia guna aset tetap. Manfaat yang boleh diperolehi daripada perbelanjaan modal ini
meliputi beberapa tempoh perakaunan iaitu melebihi satu tahun.

Perbelanjaaan modal ini termasuklah perbelanjaan yang perlu untuk membeli aset tetap dan
menyediakannya untuk tujuan aset tersebut digunakan oleh perniagaan
Takrif Harta Tanah, Loji dan Peralatan
Harta yang dipegang oleh sesebuah perniagaan untuk digunakan dalam pengeluaran barangan atau perkhidmatan.
Juga dikenali sebagai aset tetap.
Merupakan aset yang dibeli untuk tujuan digunakan dan bukannya untuk dijual kepada pelanggan.
Ciri Harta Tanah dan Loji dan Peralatan adalah seperti berikut:
- Tempoh penggunaan melebihi satu tempoh perakaunan dan boleh digunakan untuk jangka masa panjang.
- Dibeli bukan bertujuan untuk dijual semula.
- Tidak mudah ditukar kepada wang tunai atau dicairkan.
Jenis-jenis aset yang dikelaskan dalam komponen harta tanah dan loji dan peralatan iaitu tanah dan bangunan,
mesin, kapal, dan kenderaan.
Pengurusan aset tetap melibatkan penjagaan ke atas aset tetap.
Peranan pengurusan aset tetap merangkumi aktiviti termasuk merekodkan belian, pelupusan dan pengiraan susut
nilai aset tetap.
Nilai aset tetap semasa ianya direkodkan adalah berdasarkan kos sejarah.
Kos aset tetap adalah amaun yang dibayar semasa pembelian aset tetap serta kos yang terlibat bagi membolehkan
aset tersebut barada dalam keadaan boleh digunakan, dikenali sebagai perbelanjaan modal.
Kos pembaikan atau penyelenggaraan tidak dianggap sebagai kos tetap dan dikenali sebagai perbelanjaan hasil;
Penentuan kos tanah
Contoh 1:
Syarikat Antah Berantah Berhad mengeluarkan nota belum bayar RM250,000 dan membayar RM150,000 untuk
membeli sebidang tanah bagi mendirikan bangunan perniagaannya.
Selain itu, syarikat itu juga menbayar RM6,500 cukai hartanah tertunggak RM8,500 cukai jualan, RM4,500 kos
meruntuhkan bangunan lama yang sedia ada di atas tanah berkenaan, RM2,000 yuran soal selidik, RM5,000 kos
pindah milik, RM185,000 untuk membina tempat letak kereta dan RM70,000 untuk membina pagar sekeliling
kawasan premis.
Penentuan kos bangunan
Terdiri daripada bangunan yang dibina sendiri atau bangunan yang sedia ada semasa dibli sama ada bangunan lama
atau bangunan baru siap.
Kos untuk bangunan yang dibina sendiri adalah terdiri daripada yuran arkitek, yuran jurutera, permit bangunan, kos
pembinaan, komisen broker dan kos lain seperti kos insurans, kos faedah atas pinjaman dan sebagainya.
Kos bangunan yang telah siap terbina ialah harga belian, komisen broker, yuran guaman dan duti setem, yuran
jurunilai hartanah, kos pembaikan atas bangunan yang sedia ada dan kos pengubahsuaian bangunan yang sedia ada.
Kos pembangunan tanah adalah kos yang diperlukan untuk mengubah lot tanah kepada keadaan yang digunakan
untuk tujuan:
- Kos membina ruang letak kereta seperti kos untuk menurap tempat kereta.
- Kos memagar kawasan dan menyediakan lampu jalan.
- Kos menanam pokok hiasan di sekitar kawasan perniagaan.

PRINSIP PERAKAUNAN TAMAN PEKAKA

PUSAT TUISYEN ILMU LESTARI

Contoh pengiraan kos tanah, kos bangunan, dan kos pembangunan tanah
Pada 1 Januari 2016, AMY berhad membeli sebidang tanah bersama dengan sebuah bangunan daripada Syarikat
SEARCH Bhd. Bangunan lama ini akan diruntuhkan dan bangunan baru akan dibina di atas tanah yang sama.
Bangunan baru dijangka siap pada 31 Oktober 2016. Kos yang terlibat adalah seperti berikut:
RM
Kos tanah
75,000
Kos bangunan (lama)
25,000
Kos meruntuhkan bangunan
5,000
Yuran arkitek
12,500
Yuran guaman untuk tukar hak milik tanah
2,500
Kos pembinaan bangunan baru
275,00
Perolehan daripada jualan bahan terpakai bangunan lama
0
Kos membina pagar dan menyediakan lampu
7,500
10,000
Contoh penghitungan jumlah kos belian mesin:
Pada 1 Januari 2016, syarikat Antah Berhad membeli sebuah mesin untuk pengeluaran produk dengan harga
RM500,000. Wang tunai sebanyak RM100,000 telah dibayar bagi pembelian mesin ini, manakala bakinya dijelaskan
melalui nota belum bayar dengan kadar faedah 5% setahun yang matang pada 30 Jun 2016. Belanja lain yang terlibat
ialah kos pengangkutan RM30,000, insurans penghantaran RM20,000, cukai jualan RM15,000 dan kos pemasangan
dan ujian RM5,000 yang telah dibayar dengan cek.
Contoh penghitungan jumlah kos belian kenderaan:
Pada 1 Januari 2016, Syarikat Antah Berantah Berhad membeli sebuah kenderaan untuk mengangkut barang makanan
segera dengan harga RM50,000. Cek bernilai RM50,000 telah dikeluarkan bagi pembelian kenderaan ini. Belanja lain
yang terlibat dengan pembelian kenderaan ini telah dibayar dengan tunai ialah cukai jualan RM2,500, kos mengecat
logo syarikat ialah RM2,000, cukai jalan RM150 dan insuran kenderaan RM1,500.
Contoh pembelian berkumpulan:
Syarikat Alicafe Bhd. membeli sebidang tanah dan sebuah bangunan daripada Syarikat Gandingan Dinamil Bhd.
Harga yang dibayar untuk aset tersebut ialah RM1,250,000. Seorang jurunilai bertauliah telah memberi nilai aset
tersebut mengikut harga pasaran sebagai RM300,000 untuk bangunan dan RM1,450,000 untuk tanah.
Takrif Susut Nilai Aset Tetap
Susut nilai merupakan suatu proses atau cara mengagihkan kos sesuatu aset tetap sepanjang usia guna aset
tetap tersebut.
Sebab aset tetap mengalami susut nilai
i.
Penggunaan
Aset tetap yang digunakan dari semasa ke semasa pasti akan mengalami penurunan kecekapan
akibat penggunaannya.
ii.
Kemerosotan Fizikal
Aset tetap seperti kenderaan dan mesin mempunyai usia yang terhad dan sentiasa mengalami
kehausan, keusangan , kereputan fizikal seperti karat, reput dan hakisan akibat daripada terdedah
kepada angin, matahari dan hujan.
iii.
Faktor Ekonomi
Perubahan teknologi baru dan cita rasa menyebabkan aset tidak dapat digunakan walaupun ia masih
berada dalam keadaan fizikal yang baik.
iv.
Peredaran Masa
Adalah ditetapkan oleh undang-undang tentang usia guna atau tamat tempoh penggunaannya.
Sebab-sebab aset tetap perlu disusutnilakan:
a. Mematuhi prinsip pemadanan dimana aset tetap boleh digunakan untuk beberapa tempoh perakaunan.
Maka agihan kos aset tetap sepanjang tempoh usia guna untuk menentukan susut nilai supaya dapat
dipadankan dengan hasil untuk mendapatkan untung bersih yang sebenar.
b. Penurunan nilai ekonomi akibat penggunaan dan kelusuhan serta usang kerana perubahan teknologi.
3

PRINSIP PERAKAUNAN TAMAN PEKAKA

PUSAT TUISYEN ILMU LESTARI

Kaedah pengiraan belanja susut nilai terdiri daripada


Kaedah Garis Lurus
Amaun belanja susut nilai harus menjadi sama rata untuk setiap tempoh penggunaannya.

Belanja susut nilai tahunan =

Kos aset Anggaran nilai sisa


Anggaran usia guna

Contoh 1
Maklumat berikut diperolehi untuk sebuah perniagaan untuk sebuah mesin yang dibeli pada 13 April 20x1:
Kos mesin
Anggaran nilai sisa
Anggaran usia guna
Tahun

Kos aset (RM)

RM 75 000
RM 6 000
5 tahun

Susut nilai
tahunan (RM)

Susut nilai terkumpul


(RM)

Nilai buku(RM)

1
2
3
4
5
Jurnal Am
Butir

Tarikh

Debit(RM
)

Kredit(RM
)

Kaedah Baki Berkurangan (Reducing Balance Method)


Amaun susut nilai di bawah kaedah baki berkurangan memberikan corak yang sesuai dengan prinsip
pemadanan iaitu amaun susut nilai adalah tinggi pada awal tahun dan berkurangan di akhir tahun
penggunaan :
Susut nilai tahunan = Kadar (%) x Nilai buku
Bagi kaedah baki berkurangan berganda:
Susut nilai tahunan = 2 x Kadar (%) x Nilai buku
Andaikan maklumat adalah seperti dalam contoh 1, tetapi kadar susut nilai ialah 40%
Tahun

Belanja susut nilai tahunan

0
1
4

Susut nilai
terkumpul (RM)

Nilai buku
(RM)

PRINSIP PERAKAUNAN TAMAN PEKAKA

PUSAT TUISYEN ILMU LESTARI

2
3
4
5
Jurnal Am
Butir

Tarikh

Debit(RM
)

Kredit(RM
)

Kaedah Jumlah Angka Tahunan (Sum-Of-Years-Digits Method)


Amaun belanja susut nilai tahunan di bawah kaedah jumlah angka tahunan memberikan corak yang sama
seperti kaedah baki berkurangan iaitu amaunnya tinggi dalam tahun-tahun permulaan penggunaan aset dan
berkurangan dalam tahun-tahun akhir pengunaannya.
Belanja susut nilai dikira dengan formula berikut:
Susut nilai tahunan = (Kos aset anggaran nilai sisa) X pecahan jumlah angka tahunan
*nilai boleh susut ialah jumlah kos aset tetap selepas tolak anggaran nilai sisa.
Formula jumlah angka tahunan dikira seperti berikut
Jumlah angka tahunan =
n (n + 1)
2
Andaian maklumat yang sama dalam contoh 1, anggaran usia guna ialah 5 tahun.
Tahun

Susut nilai tahunan


(RM)

Susut nilai
terkumpul (RM)

Nilai dibawa
(RM)

0
1
2
3
4
5

Tarikh

Jurnal Am
Butir

Kaedah Unit Pengeluaran (Unit- Of- Producation Method)


5

Debit(RM
)

Kredit(RM
)

PRINSIP PERAKAUNAN TAMAN PEKAKA

PUSAT TUISYEN ILMU LESTARI

Kaedah unit pengeluaran juga dikenali sebagai kaedah unit aktiviti. Kaedah ini menyebabkan usia aset tetap
dalam bentuk ukuran aktiviti atau pengeluaran bukannya tahun atau masa yang dijangkakan daripada aset
tetap tersebut. Contoh unit aktiviti atau unit pengeluaran ialah seperti kilometer bagi kenderaan, unit
pengeluaran dan jam beroperasi bagi mesin dan peralatan kilang. Berbanding kaedah garis lurus, kaedah unit
pengeluaran sesuai digunakan jika amaun penggunaan aset seperti mesin yang diukur dengan pengeluaran
adalah berbeza-beza dari tahun ke tahun. Ini kerana ia memberi pemadanan belanja dan hasil yang paling
baik.
Di bawah kaedah ini belanja susut nilai tahunan dikira terlebih dahulu seperti berikut:
Kadar susut nilai seunit =

Kos aset nilai sisa


Jumlah anggaran unit aktiviti

Belanja susut nilai tahunan = Jumlah unit aktiviti sepanjang tahun X kadar susut nilai seunit
Andaikan mesin seperti contoh 1 mempunyai anggaran jam beroperasi sepanjang 5 tahun ialah 10 000 jam.
Untuk tahun pertama operasi, jumlah jam opearsi ialah 2 500 jam.
Jurnal Am
Butir

Tarikh

Tahun

Jumlah jam

Susut nilai
tahunan (RM)

0
1
2
3
4
5

Debit(RM
)

Susut nilai
terkumpul
(RM)

Kredit(RM
)

Nilai dibawa
(RM)

PRINSIP PERAKAUNAN TAMAN PEKAKA

PUSAT TUISYEN ILMU LESTARI

Latihan
1. Salam Trading membeli sebuah mesin pada 1 April 2015 pada harga belian RM700 000.
Perbelanjaan lain yang dibayar semasa pembelian tersebut adalah kos pengangkutan RM20 000; kos
insurans semasa penghantaran ke premis perniagaan RM10 000; cukai jualan RM14 000; serta kos
pemasangan dan pengujian RM5 000. Semua pembayaran telah dibuat menggunakan cek. Berapakah
nilai kos mesin ?
2. Pada 1 March 2015, Perniagaan Elektik Daud membeli sebuah van untuk kegunaan syarikat. Harga
belian van adalah RM80 000. Perbelanjaan lain semasa pembelian termasuklah cukai jalan dan
insurans kenderaan sejumlah RM 900 dan kos mengecat van dengan loga perniagaan sejumlah RM1
000. Beberapa nilai van yang perlu direkodkan?
3. Syarikat Mainja membeli sebuah peralatan untuk digunakan dalam perniagaan. Maklumat kos
berkaitan dengan pembelian peralatan tersebut adalah seperti berikut:
RM
Harga disenaraikan dalam invois
50 000
Cukai jualan
3 000
Kos angkutan
1 500
Kos pemasangan
1 000
Kos insurans semasa penghantaran
500
Jumlah
56 000
Semua pembayaran dilakukan melalui bank.
4. Pada awal tahun perakaunan, iaitu Ogos 2015, Syarikat Melati Sdn. Bhd telah membeli sebuah mesin
untuk kegunaan kilangnya. Harga asal mesin tersebut ialah RM8,999 tetapi syarikat Berjaya
mendapatkan potongan harga sebanyak RM499. Walau bagaimanapun, pembekal telah mengenakan
bayaran pemasangan sebanyak RM 400 dan tambahan RM100 untuk kos penghantaran. Untuk
pemasangan mesin tersebut, satu kabel khas bernilai RM220 diperlukan utnuk membolehkan mesin
berfungsi dengan sempurn. Pada bulan September, seorang pekerja telah dihantar untuk menghadiri
kursus bagi mengendalikan mesin itu dengan kos RM2 000. Belanja penyelenggaraan selama dua
tahun dibayar oleh syarikat kepada pembekal sebanyak RM1,100. Syarikat juga membayar RM1 800
untuk insurans mesin bagi tempoh tiga tahun. Jangka hayat mesin adalah dianggarkan selama 10
tahun dengan nilai sisa RM600.
Dikehendaki:
Hitung, bagi Syarikat melati sdn. Bhd.
i.
Kos belian mesin
ii.
Jumlah belanja yang perlu diiktiraf bagi tahun berakhir bagi tahun perakaunan semasa.
5. Syarikat membeli sebidang tanah dengan membayar RM80,000 tunai sebagai bayaran mukan dan
menandatangi satu nota belum bayar bernilai RM75,000 untuk baki harga tanah berkenaan. Di
7

PRINSIP PERAKAUNAN TAMAN PEKAKA

PUSAT TUISYEN ILMU LESTARI

samping itu, syarikat juga membayar cukai hartanah sebanyak RM600. Tanah diratakan dan sebuah
bangunan yang sedia ada di atasnya dirobohkan, belanja bagi aktiviti ini ialah sebanyak RM2,750.
Syarikat juga membangunkan sebuah bangunan di atas tanah itu dengna kos RM300,000. Kos untuk
memagar kawasan itu sebanyak RM10,000 dan papan tanda di pintu masuk kawasan sebanyak RM1
500. Syarikat juga membayar RM3 400 untuk lampu di sekitar kawasan.
Dikehendaki menghitungkan :
a. Kos tanah
b. Kos bangunan
c. Kos pembangunan tanah
6. Pada 1 Januari 2015, Syarikat Kamal telah membeli sebuah mesin berharga RM30,000. Mesin ini
dijangka boleh digunakan untuk tempoh 4 tahun dan nilai sisanya pada akhir tempoh ini dijangka
sebanyak RM6,000. Masa kerja mesin ini untuk tempoh 4 tahun akan datang adalah seperti berikut:
Tahun 1
2
3
4

15,000 jam
25,000 jam
15,000 jam
5, 000 jam

Dikehendaki:
Hitung caj susutnilai setiap tahun berasaskan kaedah jam kerja mesin.

7. Pada 1 Julai 2015, Syarikat Henry telah membeli sebuah mesin berharga RM25,000. Mesin ini
dijangka boleh digunakan untuk tempoh 4 tahun sehingga tidak mempunyai nilai skrap. Volum
pengeluaran untuk mesin ini untuk tempoh 4 tahun akan datang adalah seperti berikut:
Tahun 1
2
3
4

150,000 unit
170,000 unit
100,000 unit
80,000 unit

Dikehendaki:
Hitung caj susutnilai setiap tahun berasaskan kaedah unit pengeluaran.
8. Pada 1 Januari 2015, Syarikat Pat telah membeli sebuah kenderaan berharga RM80,000. Kenderaan
ini dijangka boleh digunakan untuk tempoh 5 tahun dan nilai skrap pada akhir tempoh ini ialah
RM5,000. Jarak perjalanan kenderaan ini untuk tempoh 5 tahun akan datang adalah seperti berikut:
Tahun 1
2
3
4
5

25,000 km
20,000 km
30,000 km
15,000 km
10,000 km

Dikehendaki:
Hitung caj susutnilai setiap tahun berasaskan kaedah jarak perjalanan kenderaan.

Anda mungkin juga menyukai