Anda di halaman 1dari 63

INFLASI

DAN
PENGANGGURAN

UNIT EKONOMI AE025 1


INFLASI DAN PENGANGGURAN

5.1 Inflasi
5.2 Pengangguran

UNIT EKONOMI AE025 2


5.1 INFLASI
a) Mentakrif inflasi (K1)
b) Menerangkan Indeks Harga Pengguna (K1)
c) Menerangkan kadar inflasi dan indeks nilai
wang menggunakan IHP (T1)
d) Menerangkan kesan inflasi (K1)
e) Menerangkan jenis inflasi menggunakan
pendekatan AD – AS (T2)
f) Menerangkan langkah mengurangkan
kadar inflasi tolakan kos (T3)
UNIT EKONOMI AE025 3
a. Takrifan Inflasi (K1)
Satu fenomena di mana berlakunya kenaikan tingkat
harga umum secara berterusan dan tidak terbatas

Boleh diterangkan sebagai satu keadaan di mana


terlalu banyak wang mengejar barang dan
perkhidmatan yang sedikit

UNIT EKONOMI AE025 4


b. INDEKS HARGA PENGGUNA (K1)

i. Definisi IHP

Satu indeks untuk mengukur kadar perubahan harga


purata bagi sekumpulan barang dan perkhidmatan yang mewakili
corak perbelanjaan isi rumah berdasarkan suatu tahun asas.

UNIT EKONOMI AE025 5


ii. IHP ASAS DAN IHP SEMASA

Definisi IHP Asas

- diukur berdasarkan tahun asas (IHP = 100)

-Tahun yang digunakan sebagai asas perbandingan kenaikan harga


yang berlaku dari semasa ke semasa.

- Malaysia menggunakan tahun 1980, 1990, 1994, 2000, 2005 dan


2010 sebagai tahun asas.

UNIT EKONOMI AE025 6


ii IHP ASAS DAN IHP SEMASA

Definisi IHP Semasa

IHP diukur pada tahun semasa @ pada tahun tersebut.

Ia dipengaruhi oleh perubahan harga.

UNIT EKONOMI AE025 7


Indeks Harga Pengguna Malaysia
Berdasarkan IHP tahun 2010 =100

Tahun IHP
2010 100.0
2011 103.2
2012 104.9
2013 107.1
2014 110.5
2015 112.8
2016 115.2
Sumber : Laporan Ekonomi

UNIT EKONOMI AE025 8


c) Menerangkan Kadar Inflasi & Indeks Nilai Wang
menggunakan IHP (T1)

i. Menghitung kadar inflasi

Kadar inflasi – Satu ukuran perubahan tingkat harga umum tahun


semasa berbanding tingkat harga umum tahun sebelumnya.
Formula :
lHP1 - lHP0 X 100
Kadar Inflasi =
lHP0

Dimana,
IHP1 : IHP tahun semasa
IHP0 : IHP tahun sebelum

UNIT EKONOMI AE025 9


Contoh Pengiraan

Tahun
Tahun
2009 2010

IHP 101.4 103.2

Hitungkan kadar inflasi tahun 2010

UNIT EKONOMI AE025 10


Pengiraan Kadar Inflasi
lHP1 - lHP0
X 100
Kadar Inflasi =
lHP0

103.2 – 101.4
X 100
Kadar Inflasi =
101.4

Kadar Inflasi = 1.78 %

Tingkat harga umum meningkat sebanyak 1.78%


berbanding tingkat harga umum tahun sebelumnya.

UNIT EKONOMI AE025 11


ii. Menghitung indeks nilai wang

Definisi – Jumlah kuantiti barang yang dapat


dibeli oleh satu unit matawang tertentu.

Nilai wang menunjukkan kuasa beli wang. Nilai


wang meningkat apabila kuasa beli wang
meningkat dan sebaliknya.

UNIT EKONOMI AE025 12


PENGIRAAN INDEKS NILAI WANG

Indeks nilai wang tahun semasa =


Indeks Harga Tahun Asas X 100
Indeks Harga Tahun Semasa

UNIT EKONOMI AE025 13


CONTOH PENGIRAAN INDEKS NILAI WANG

Tahun Indeks Harga

2005 (Tahun asas) 100

2010 120

Indeks nilai wang =


Indeks harga tahun asas
X 100
Indeks harga tahun semasa
= 100 / 120 X 100
= 83.33

UNIT EKONOMI AE025 14


PENGIRAAN PERUBAHAN INDEKS NILAI WANG

Perubahan nilai wang =


INW tahun semasa - INW tahun asas
X 100
INW tahun asas
= 83.33 - 100 / 100 X 100
= - 16.67%

Kesimpulan :
Nilai wang 2010 jatuh sebanyak 16.67% berbanding
dengan tahun asas.

UNIT EKONOMI AE025 15


iii. Menjelaskan hubungan antara kadar inflasi dengan nilai wang

semakin tinggi tingkat harga - semakin kurang kuantiti barang


tertentu dapat dibeli - semakin rendah nilai matawang

Jika IHP tahun 2010 ialah 200, maka nilai matawang pada
tahun 2010 secara bandingan dengan tahun asas jatuh
sebanyak sebanyak 50% kerana harga umum meningkat 100%.

Jika IHP tahun 2010 ialah 50, maka nilai matawang tahun 2010
secara bandingan tahun asas meningkat 100% kerana harga
umum jatuh sebanyak 50%.

UNIT EKONOMI AE025 16


Jadual 1: Indeks Harga Pengguna Malaysia Berdasarkan IHP tahun
2010 =100
(Sumber : Laporan Ekonomi)

Tahun IHP Kadar Inflasi Indeks nilai wang


2010 100.0
2011 103.2
2012 104.9
2013 107.1
2014 110.5
2015 112.8
2016 115.2

UNIT EKONOMI AE025 17


Berdasarkan Jadual 1:

a) Kira inflasi dan indeks nilai wang.


b) Jelaskan arah aliran kadar inflasi.
c) Jelaskan hubungan antara kadar inflasi dengan
indeks nilai wang.

UNIT EKONOMI AE025 18


d. Kesan-Kesan Inflasi (K1)

Terbahagi kepada

A. Kesan positif B. Kesan negatif

UNIT EKONOMI AE025 19


Kesan Positif
Menggalakkan pelaburan dan pertumbuhan ekonomi

-Kadar kenaikan tingkat harga yang lebih cepat daripada


kenaikan kos pengeluaran meningkatkan keuntungan
pengeluar.

-Pengeluar terdorong untukmenambahkan pengeluaran dan


seterusnya merangsng kegiatan pelaburan

-Kenaikan pelaburan menaikkan perbelanjaan agregat,


seterusnya menaikkan pendapatan negara dan menggalakkan
pertumbuhan ekonomi.

UNIT EKONOMI AE025 20


Kesan Positif
Kekayaan pemilik harta tetap bertambah

-Inflasi menguntungkan pihak tertentu seperti para pemilik


harga tetap.

-Semasa inflasi, nilai aset-aset tetap seperti tanah dan


rumah meningkat lebih cepat berbanding dengan kenaikan
tingkat harga umum.

-Kekayaan pemilik harta tetap semakin bertambah apabila


nilai asset harta tetap mereka semakin meningkat

UNIT EKONOMI AE025 21


Kesan Positif
Meningkatkan nilai eksport

-Inflasi menyebabkan harga barang eksport secara relatif lebih mahal


berbanding dengan harga barang import.

-Kenaikan harga ekport membaiki kadar syarat perdagangan kerana


dengan sejumlah eksport, negara itu dapat mengimport lebih banyak
barang dan perkhidmatan.

-Imbangan dagangan bertambah kukuh apabila penerimaan daripada


eksport melebihi pembayaran kepada import.

UNIT EKONOMI AE025 22


Kesan Negatif
Kos hidup masyarakat meningkat

-Kenaikan tingkat harga umum menaikkan kos hidup masyarakat dan


mengurangkan pendapatan benar masyarakat.

-Kemerosotan pendapatan benar menyebabkan jumlah barangan yang


dapat dibeli dengan pendapatan wang yang sama semakin
berkurang.(kuasa beli berkurangan)

-Bagi mereka yang berpendapatan tetap dan penerima pencen, mereka


memerlukan wang yang lebih banyak untuk mengekalkan taraf hidup
yang sama.

UNIT EKONOMI AE025 23


Kesan Negatif

Tidak menggalakkan tabungan

-Semasa inflasi, nilai wang semakin merosot dan kadar faedah benar
menjadi rendah.

-Keadaan ini tidak mendorong masyarakat untuk menabung,


masyarakat lebih cenderung berbelanja untuk mengelakkan kerugian
kemerosotan nilai wang.

-Masyarakat lebih cenderung membeli aset tetap.

UNIT EKONOMI AE025 24


Kesan Negatif

Menyebabkan kejatuhan nilai wang


- Inflasi menyebabkan kuasa beli wang berkurangan.
- Fungsi wang terjejas sebagai alat pengukur kekayaan, alat bayaran
tertunda dan penyimpan nilai.

UNIT EKONOMI AE025 25


e. Menjelaskan jenis inflasi
menggunakan pendekatan AD – AS
(T2) :
i. Inflasi Tarikan Permintaan
ii. Inflasi Tolakan Kos
iii. Inflasi Diimport

UNIT EKONOMI AE025 26


i. Inflasi Tarikan Permintaan
Definisi: Berlaku apabila tingkat harga umum meningkat
disebabkan oleh kenaikan AD
FAKTOR:

Pertambahan bekalan wang

Pertambahan C, G, I, (X-M), dan

Penurunan cukai

Peningkatan permintaan agregat (AD) secara berterusan dan


tidak diikuti oleh pertambahan penawaran agregat (AS) akan
menyebabkan berlakunya inflasi tarikan permintaan

UNIT EKONOMI AE025 27


Rajah Inflasi Tarikan Permintaan

AE AS

P2 E2

P1 E1
AD2
P0 E0

AD1
AD0
Y0 Y1=Yf Y
UNIT EKONOMI AE025 28
Huraian rajah :
- Keseimbangan pendapatan negara asal tercapai pada titik E0 apabila
AD0 bersilang dengan AS pada tingkat pendapatan negara Y0 dan tingkat
harga umum P0.
- Kenaikan permintaan agregat dari AD0 ke AD1 akan menyebabkan
inflasi tarikan permintaan apabila tingkat harga naik daripada P0 kepada
P1. Ekonomi mencapai YF.
- Kenaikan permintaan agregat yang seterusnya ke AD2 hanya
menyebabkan kenaikan tingkat harga umum yang lebih tinggi daripada
P1 kepada P2 tanpa sebarang kenaikan keluaran kerana ekonomi telah
mencapai guna tenaga penuh.
- Bahagian keluk AS yang menegak menunjukkan YF tercapai dan
ekonomi telah mencapai kapasiti pengeluaran yang maksimum.
Sebarang kenaikan AD yang berterusan hanya akan menaikkan P tanpa
sebarang kenaikan keluaran negara benar.

UNIT EKONOMI AE025 29


ii. Inflasi Tolakan Kos

Definisi: Berlaku apabila tingkat harga umum meningkat


disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran

FAKTOR:

Bila kadar upah / harga input naik, kos pengeluaran meningkat. Pengeluar
bertindak mengurangkan pengeluaran dan menyebabkan AS berkurangan.

Pengurangan AS menyebabkan tingkat harga umum meningkat.

UNIT EKONOMI AE025 30


Rajah Inflasi Tolakan Kos

AS
P AD

P2

P1 AS2
P0
AS1

AS0

Y2 Y1 Yf Y
UNIT EKONOMI AE025 31
Huraian rajah :
- Keseimbangan pendapatan negara asal tercapai pada titik E0 apabila
AD0 bersilang dengan AS0 pada tingkat pendapatan negara YF dan
tingkat harga umum P0.
- Tuntutan upah yang lebih tinggi oleh kesatuan sekerja semasa
ekonomi telah mencapai tingkat guna tenaga penuh dan kenaikan harga
bahan mentah menaikkan kos pengeluaran firma .
- Keluk penawaran agregat beralih dari AS0 ke AS1, keseimbangan baru
tercapai pada titik E1. Inflasi tolakan kos berlaku apabila tingkat harga
naik daripada P0 kepada P1.
- Upah benar pekerja merosot yang mendorong kesatuan sekerja
mendesak upah yang lebih tinggi. Kenaikan upah seterusnya menaikkan
kos pengeluaran. Keluk penawaran agregat beralih ke kiri dari AS1 ke AS2.
Tingkat harga meningkat dari P1 ke P2.

UNIT EKONOMI AE025 32


iii. Inflasi Diimport
Definisi: Berlaku apabila tingkat harga umum meningkat
disebabkan oleh kenaikan harga input atau
barangan yang diimport

FAKTOR : kenaikan harga barangan yang diimport

: kenaikan nilai mata wang asing

Apabila sesebuah negara mengimport barangan dari negara asing yang


mengalami inflasi, barangan import tersebut akan dijual dengan harga yang tinggi
di pasaran tempatan menyebabkan berlaku inflasi diimport di negara itu

UNIT EKONOMI AE025 33


f. Menerangkan langkah mengurangkan kadar
inflasi tolakan kos (T3)
i) Kawalan upah
ii) Kawalan harga bahan mentah
iii) Pengurangan cukai import (barang perantaraan dan
barang akhir)
iv) Meningkatkan produktiviti

UNIT EKONOMI AE025 34


i. Kawalan Upah
a) Kenaikan upah buruh yang tidak diikuti dengan peningkatan
daya pengeluaran menaikkan kos pengeluaran.
b) Kerajaan boleh melaksanakan dasar upah maksimum untuk
menentukan kadar upah yang boleh dituntut kesatuan sekerja
untuk mengawal kenaikan upah.
c) Kerajaan juga boleh berunding dengan kesatuan sekerja untuk
mengawal kenaikan upah.

UNIT EKONOMI AE025 35


ii. Kawalan Harga Bahan Mentah
a) Kerajaan boleh mengawal harga bahan mentah dengan
menetapkan dan menyenaraikan barang itu sebagai barang
kawalan.
b) Penetapan harga maksimum bagi barang tersebut boleh
menyekat kenaikan harga bahan mentah dan seterusnya
mengurangkan tekanan inflasi tolakan kos.
c) Kerajaan dapat memberi subsidi kepada pengeluar supaya
bahan mentah itu dapat diperoleh pada harga yang lebih
rendah.

UNIT EKONOMI AE025 36


iii. Pengurangan Cukai Import
a) Pengurangan atau pengecualiabn cukai import ke atas barang
perantaraan akan mengurangkan kos pengeluaran firma dan
seterusnya mengurangkan tekanan inflasi tolakan kos.
b) Pengurangan cukai import terhadap barang akhir khasnya
barang yang bekalannya tidak mencukupi dalam negara
membantu mengurangkan tekanan kenaikan harga barang
dalam negara.

UNIT EKONOMI AE025 37


iv. Meningkatkan Produktiviti
a) Produktiviti tenaga buruh dapat ditingkatkan melalui program
pendidikan untuk melahirkan tenaga buruh yang lebih mahir.
b) Pemberian insentif cukai kepada pengeluar untuk menjalankan
penyelidikan dan pembangunan membantu firma menaikkan
produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran.
c) Peningkatan dalam produktiviti akan mengurangkan kos
pengeluaran dan seterusnya mengurangkan tekanan inflasi
tolakan kos.

UNIT EKONOMI AE025 38


5.2 PENGANGGURAN

a) menerangkan konsep pengangguran dan kaitannya dengan tenaga


buruh dan guna tenaga. (T4)
b) menghitung jumlah dan kadar pengangguran. (T4)
c) menerangkan jenis pengangguran. (K2)
d) menerangkan kesan negatif pengangguran. (K3)
e) menerangkan langkah mengurangkan pengangguran. (K3)

UNIT EKONOMI AE025 39


a) menerangkan konsep pengangguran dan kaitannya dengan
tenaga buruh dan guna tenaga. (T4)
PENDUDUK

Penduduk 15-64 tahun

tenaga buruh bukan tenaga buruh

15 – 64 tahun Suri rumah, pesara,


(linkungan umur bekerja) pelajar, oku
bekerja dan menganggur
UNIT EKONOMI AE025 40
Tenaga Buruh
Penduduk dalam lingkungan umur bekerja (15-64
tahun) yang sedang bekerja (guna tenaga) atau
sedang mencari pekerjaan (penganggur)

Tidak termasuk

Pelajar Orang Kurang Upaya


Suri rumahtangga sepenuh masa
Rumus:
Tenaga Buruh = Guna Tenaga + Penganggur
UNIT EKONOMI AE025 41
Penganggur
Tenaga buruh dalam lingkungan umur
bekerja (15-64 tahun) yang sanggup dan
mampu bekerja tetapi tidak mendapat
pekerjaan pada satu tingkat upah tertentu
Rumus:
Guna Tenaga = Tenaga Buruh - Penganggur

UNIT EKONOMI AE025 42


Pengangguran

masalah / fenomena tenaga buruh yang sanggup dan


mampu bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan
pada kadar upah yang dikehendaki

UNIT EKONOMI AE025 43


Guna tenaga
Tenaga buruh dalam lingkungan umur bekerja (
15 – 64 tahun ) yang sanggup dan mampu
bekerja dan mendapat pekerjaan serta digunakan
dalam pelbagai kegiatan ekonomi.

Rumus:

Guna Tenaga = Tenaga Buruh - Penganggur

UNIT EKONOMI AE025 44


Bukan Tenaga Buruh
Penduduk yang berumur 15-64 tahun tetapi dianggap
bukan tenaga buruh merujuk kepada:

- Suri rumahtangga
- Pelajar
- Golongan kurang upaya
- Pesara
Rumus :
Bukan Tenaga Buruh = Penduduk Umur
15-64 Tahun -
Tenaga Buruh
UNIT EKONOMI AE025 45
b) menghitung jumlah dan kadar
pengangguran. (T4)

1) Jumlah Tenaga Buruh = Jumlah Guna Tenaga +


Jumlah Penganggur

2) Jumlah Guna Tenaga = Jumlah Tenaga Buruh –


Jumlah Penganggur

3) Jumlah Penganggur = Jumlah Tenaga Buruh –


Jumlah Penganggur
UNIT EKONOMI AE025
4) Kadar Pertumbuhan = Tenaga Buruh Thn 1 – Tenaga Buruh Thn 0
Tenaga Buruh -----------------------------------------------------------X 100%
Tenaga Buruh Thn 0

5) Kadar Pertumbuhan = Guna Tenaga Thn 1 – Guna Tenaga Thn 0


Guna Tenaga ----------------------------------------------------------- X 100%
Guna Tenaga Thn 0

6) Kadar Pengangguran = Jumlah Penganggur X 100%


Jumlah Tenaga Buruh

7) Kadar Guna Tenaga = Jumlah Guna tenaga X 100%


Jumlah Tenaga Buruh

8) Kadar Penyertaan Tenaga Buruh = Jumlah Tenaga Buruh X 100%


Penduduk 15 – 64 tahun

UNIT EKONOMI AE025


c) menerangkan jenis pengangguran. (K2)

i) Pengangguran Geseran
ii) Pengangguran Kitaran
iii) Pengangguran Struktur
iv) Pengangguran Teknologi
v) Pengangguran Bermusim
vi) Pengangguran Tak Ketara

UNIT EKONOMI AE025 48


1). Pengangguran Geseran/Normal/Semulajadi
 Merujuk kepada:
- Individu sedang mencari pekerjaan baru
- bertukar kepada pekerjaan baru yang lebih sesuai
- pelajar yang belum bekerja kerana baru sahaja
menamatkan pengajian.
 Akibat penyebaran maklumat dan mobiliti buruh yang
tidak sempurna di pasaran buruh
- Kekurangan maklumat menyebabkan buruh
memerlukan masa yang lebih
- Mobiliti terhad – kesukaran pengangkutan
 bersifat sementara (jangka masa pendek)
UNIT EKONOMI AE025 49
2). Pengangguran Kitaran

 Pengangguran yang berlaku apabila permintaan terhadap


buruh berkurangan dan peluang pekerjaan terbatas semasa
ekonomi mengalami kemelesetan.
 Akibat kejatuhan permintaan agregat (AD) - Firma
mengurangkan pengeluaran - mengurangkan buruh - kadar
pengangguran meningkat.

 Jenis pengangguran jangka panjang

UNIT EKONOMI AE025 50


3). Pengangguran Struktur
 Pengangguran berlaku apabila berlaku perubahan struktur
dan corak kegiatan ekonomi menyebabkan permintaan
terhadap tenaga buruh sektor tertentu berkurangan.
 Akibat perubahan struktur ekonomi - Contohnya perubahan
struktur ekonomi daripada sektor pertanian kepada sektor
perindustrian menyebabkan sebilangan tenaga buruh
menganggur kerana mereka tiada kemahiran kerja untuk
dipindahkan ke sektor lain.

 Jenis pengangguran jangka panjang.

UNIT EKONOMI AE025 51


4). Pengangguran Teknologi

 Pengangguran yang berlaku akibat penggunaan tenaga


manusia dalam proses pengeluaran digantikan dengan
penggunaan teknologi moden
 Kesannya penggunaan buruh dikurangkan dalam
kebanyakan proses pengeluaran terutama buruh yang
kurang mahir.
 Perkembangan teknologi telah mencipta pelbagai jenis
peralatan seperti komputer dan robot yang memudahkan
proses pengeluaran dan mengurangkan penggunaa tenaga
manusia.

UNIT EKONOMI AE025 52


5) Pengangguran Bermusim

 pengangguran yang berlaku apabila tenaga buruh


terpaksa menganggur buat sementara kesan perubahan
musim dalam masa-masa tertentu yang menjejaskan
kegiatan ekonomi tertentu.
 Bersifat sementara (jangka masa pendek) kerana buruh
dapat meneruskn kegiatan ekonomi apabila musim
berkenaan berakhir.
 contohnya pada musim tengkujuh, nelayan tidak dapat
turun ke laut untuk menangkap ikan.

UNIT EKONOMI AE025 53


6) Pengangguran Tak Ketara/Tersembunyi

 Pengangguran tak ketara/ tersembunyi berlaku apabila


jumlah tenaga buruh yang digunakan dalam proses
pengeluaran melebihi jumlah yang sebenarnya diperlukan.

 Biasanya berlaku dalam sektor pertanian di negara-negara


yang menghadapi kadar pertumbuhan penduduk yang
tinggi.

UNIT EKONOMI AE025 54


d) menerangkan kesan negatif
pengangguran. (K3)

i) Pembaziran sumber pengeluaran


ii) Taraf hidup rakyat menurun
iii) Peningkatan kes jenayah
iv) Ketidakstabilan social dan politik

UNIT EKONOMI AE025 55


 berlaku pembaziran sumber ekonomi –
pengeluaran tidak dapat dihasilkan pada tahap
optimum
 Taraf hidup rakyat akan menurun – ekonomi tidak
mencapai kapasiti pengeluaran yang maksimum
dan pendapatan negara sebenar kurang daripada
PN potensi.
 Kadar kemiskinan meningkat – akibat pendapatan
yang diterima oleh masyarakat berkurang apabila
masalah pengangguran berlaku
UNIT EKONOMI AE025 56
 Pembangunan ekonomi terjejas – pengangguran
mengurangkan tingkat pendapatan isi rumah dan
keuntungan firma dan mengurangkan hasil kutipan
cukai – kerajaan kekurangan wang untuk
membiayai projek pembangunan.
 Menjejaskan pertumbuhan ekonomi –
pengangguran yang serius tidak menggalakkan
pelaburan baru – kekurangan pelaburan
menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

UNIT EKONOMI AE025


 meningkatkan kejadian kes jenayah – kesukaran
hidup memaksa sebilangan penganggur
melakukan kegiatan-kegiatan jenayah seperti
rompakan dan pencurian yang mengancam
ketenteraman sosial.
 Memburukkan hubungan kekeluargaan –
kesempitan hidup akibat hilang punca pendapatan
menimbulkan masalah kekeluargaan seperti
pertengkaran dan penceraian
 Menambahkan kemiskinan
UNIT EKONOMI AE025 58
 Menjejaskan kesihatan mental dan menambahkan
bilangan kes sakit mental – penganggur mungkin
mengalami tekanan jiwa kerana ilmu dan
kemahiran yang dimiliki tidak digunakan untuk
mencari nafkah bagi menyara diri dan keluarga.

UNIT EKONOMI AE025


E. Langkah-langkah mengurangkan
pengangguran
a. Meningkatkan mobiliti buruh – (Pengangguran geseran)

Memindahkan buruh menganggur dari sektor yang mundur ke sektor yang


berkembang.

Contoh menyediakan pengangkutan dan tempat tinggal baru.

b. Meningkatkan latihan kemahiran dan latihan semula


-(Pengangguran struktur, teknologi, bermusim)

Kerajaan menyediakan lebih banyak institusi teknik dan vokasional

memberi latihan dan kemahiran untuk memasuki pasaran buruh.

UNIT EKONOMI AE025 60


c. Menyebarkan maklumat pasaran buruh – ( Pengangguran Geseran )

Maklumat lengkap tentang:


- jenis pekerjaan
- kemahiran yang diperlukan,
- tempat /lokasi pekerjaan

Mesti disebarkan dengan tepat dan jelas - media massa dan internet.

d. Melengahkan kemasukan tenaga kerja ke dalam pasaran buruh


– ( Pengangguran Geseran )

Memanjangkan tempoh belajar di universiti

Menggalakkan rakyat menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih


tinggi

UNIT EKONOMI AE025 61


e. Membendung kegiatan kesatuan sekerja – (Pengangguran Geseran,
Kitaran)

Mengawal permohonan kenaikan upah.

Supaya firma mampu memajukan firma - menambah peluang pekerjaan.

f. Menggalakkan industri intensif buruh – (Pengangguran Teknologi,


struktur)

kos buruh lebih murah, lebih fleksibel dan tiada selenggaraan.

UNIT EKONOMI AE025 62


g. Mewujudkan peluang pekerjaan – (Semua jenis)

Mengembangkan sektor-sektor yang sedia ada

Memajukan sektor yang berpotensi untuk berkembang

Contoh lebih banyak tanah baru untuk pertanian dan


perindustrian di kawasan desa.

h. Menggalakkan pelaburan asing – (Semua jenis)

Pelaburan dari firma asing akan dapat membuka peluang-


peluang pekerjaan baru.

UNIT EKONOMI AE025 63

Anda mungkin juga menyukai