Anda di halaman 1dari 12

KOLEKSI SOALAN

MAKROEKONOMI

BAB 3

KESEIMBANGAN
PENDAPATAN
NEGARA &
DASAR FISKAL

1
KOLEKSI SOALAN ESEI
BAB 3 – PENDEKATAN PERBELANJAAN AGREGAT – PENDAPATAN
(ANALISIS AE - Y): HARGA TETAP
2005 Dengan menggunakan gambar rajah suntikan-bocoran, terangkan
kesan terhadap keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi
dua sektor jika setiap isirumah meningkatkan tabungan. (6m)
2005 Dengan menggunakan gambar rajah AS-AE, terangkan bagaimana
pengurangan perbelanjaan kerajaan dan cukai yang sama jumlahnya
secara serentak, mempengaruhi tingkat keseimbangan pendapatan
negara. (10m)
2006 a) Huraikan bagaimana kecenderungan mengguna sut (MPS)
mempengaruhi tingkat keseimbangan pendapatan negara.
(3m)
b) Huraikan bagaimana pengurangan jurang perbezaan
pendapatan antara penduduk miskin dengan penduduk kaya
akan meningkatkan pendapatan negara.
2006 Dengan memberikan contoh berangka, terangkan bagaimana proses
pengganda pelaburan berlaku. (6m)
2007 Dengan menggunakan gambarajah AE-AS, jelaskan bagaimana
pertambahan perbelanjaan kerajaan dapat mengubah tingkat
pendapatan negara. (6m)
2007 a) Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi import sebuah
negara. (4m)
b) Dengan menggunakan gambar rajah suntikan – bocoran,
jelaskan kesan peningkatan kecenderungan mengimport sut
terhadap keseimbangan pendapatan negara. (6m)
2008 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengganda? Dengan
menggunakan contoh berangka, jelaskan faktor yang
menentukan saiz pengganda dalam ekonomi dua sektor. (4m)
b) Dengan menggunakan jadual, huraikan proses penggandaan
yang berlaku apabila pelaburan meningkat. (6m)
2008 Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan kesan perubahan yang
berikut terhadap keseimbangan pendapatan negara.
a) Penurunan kadar cukai pendapatan. (3m)
b) Penurunan perbelanjaan kerajaan. (3m)
2009 Dengan menggunakan gambar rajah AE-AS, terangkan bagaimana
tingkat keseimbangan pendapatan negara ekonomi dua sektor
dicapai. (6m)
2009 Dengan menggunakan gambarajah AE-AS, jelaskan bagaimana
perkara berikut mempengaruhi tingkat kegiatan ekonomi sesebuah
negara.
a) Kerajaan meningkatkan kadar cukai keuntungan syarikat
(5m)
b) Syarat kemudahan sewa beli dan kredit dilonggarkan. (5m)
2010 Apakah maksud bocoran dan suntikan dalam teori penentuan
pendapatan negara?
Dengan menggunakan gambar rajah suntikan bocoran, huraikan
kesan pertambahan bocoran terhadap keseimbangan pendapatan
negara dalam ekonomi tiga sektor. (6m)
2010 Dengan menggunakan gambarajah suntikan-bocoran, huraikan
kesan perkara yang berikut terhadap pendapatan negara
a) Imbangan perdagangan lebihan. (5m)
b) Imbangan perdagangan kurangan (5m)

2
2011 Jelaskan dengan ringkas bagaimana peningkatan kadar bunga dan
kadar cukai dapat mempengaruhi
a) Perbelanjaan isi rumah. (3m)
b) Pelaburan firma. (3m)
2012 Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat –
penawaran agregat (AE-AS), terangkan kesan pengurangan
perbelanjaan kerajaan terhadap keseimbangan pendapatan negara.
(6m)
2012 a) Dengan menggunakan gambar rajah, bagaimanakah
keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi dua sektor dapat
dicapai mengikut pendekatan perbelanjaan agregat-penawaran
agregat (AE-AS). (6m)
b) dengan menggunakan gambar rajah , jelaskan kesan pertambahan
penggunaan autonomi terhadap keseimbangan pendapatan negara
dalam ekonomi dua sektor mengikut pendekatan AE-AS. (4m)
2013 Tiada
2013 a) Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat-
(U) pendapatan (AE-Y), huraikan proses penentuan keseimbangan
pendapatan negara dalam ekonomi tiga sektor. (7m)
b) terangkan kesan pengurangan pelaburan terhadap keseimbangan
pendapatan negara. (3m)
2014 Berbantukan gambar rajah suntikan-bocoran, huraikan bagaimana
devaluasi dapat mengurangkan pengangguran. (10m)
2014 a) Apakah maksud lompang deflasi dan jurang KNK? (2m)
(U) b) Berbantukan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat –
pendapatan (AE-Y), huraikan bagaimana penurunan cukai
pendapatan dapat mengatasi masalah lompang deflasi dan jurang
KNK. (8m)
2015 Tiada
2015 Dengan menggunakan gambar rajah kaedah suntikan-bocoran,
(U) terangkan bagaimana perubahan keseimbangan pendapatan negara
berlaku jika perbelanjaan kerajaan menurun. (10m)
2016 Berbantukan gambar rajah suntikan-bocoran, jelaskan kesan
peningkatan eksport yang melebihi peningkatan import terhadap
keseimbangan pendapatan negara. (10m)
2016 Dengan mgunakan g/rajah pendekatan perbelanjaan agregat-
(U) pendapatan (AE-Y), bagaimanakah peningkatan penawaran wang
dapat meningkatan pendapatan negara menurut Teori Keutamaan
Kecairan Keynes? (10m)
2017 a) Takrifkan penggunaan autonomi. (1)
b) Berbantukan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat-
pendapatan (AE-Y), terangkan kesan peningkatan penggunaan
autonomi ke atas keseimbangan pendapatan negara dalam
ekonomi dua sektor. (9)

2017 Berbantukan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat-


(U) pendapatan (AE-Y), jelaskan kesan peningkatan cukai pendapatan
persendirian terhadap keseimbangan pendapatan negara. (10)

2018 Berbantukan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat-


pendapatan (AE-Y), terangkan bagaimana keluk permintaan agregat
(AD) diterbitkan. (10)

3
2018 a) Takrifkan lompang deflasi. (1)
(U) b) Berbantukan gambar rajah suntikan – bocoran, jelaskan kesan
perubahan eksport yang menyebabkan wujudnya lompang deflasi
dalam ekonomi. (9)
2019 Tiada
2019 Berbantukan gambar rajah (AE-Y), terangkan proses keseimbangan
(U) pendapatan negara dalam ekonomi tiga sekor. (10)
2020 Dengan menggunakan gambar rajah pendekatan (AE-Y), huraikan
bagaimana peningkatan perbelanjaan kerajaan dapat mengatasi
masalah lompang deflasi. (10)
2020 Berbantukan gambar rajah (AE-Y), terangkan bagaimana penurunan
(U) nisbah rizab berkanun mempengaruhi kegiatan ekonomi negara
dalam ekonomi tiga sektor. (10)

4
KOLEKSI SOALAN ESEI
BAB 3 ANALISIS PERMINTAAN AGREGAT – PENAWARAN AGREGAT
(ANALISIS AD – AS): HARGA BERUBAH
2005 a) Jelaskan perbezaan antara keluk permintaan agregat (AD)
dengan keluk perbelanjaan agregat (AE). (4m)
b) Terangkan secara ringkas kesan kenaikan perbelanjaan
kerajaan terhadap keluk permintaan agregat (AD). (2m)
2005 Dengan menggunakan pendekatan AD-AS, terangkan kesan perkara
berikut terhadap pendapatan negara dan tingkat harga.
a) Pengurangan cukai pendapatan (5m)
b) Kenaikan upah sebagai hasil tuntutan kesatuan sekerja. (5m)
2007 Jelaskan tiga sebab mengapa keluk permintaan agregat (AD)
bercerun negatif. (6m)
2007 a) Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan bagaimana
keseimbangan pendapatan negara dicapai mengikut analisis
AD-AS. (5m)
b) Dengan menggunakan gambarajah, terangkan kesan
pertambahan kadar bunga terhadap pendapatan negara
mengikut analisis AD-AS. (5m)
2009 a) Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan peningkatan
penawaran agregat (AS). (6m)
b) Dengan menggunakan gambarajah AD-AS, huraikan kesan
peningkatan penawaran agregat terhadap ekonomi. (4m)
2010 Dengan menggunakan gambarajah AD-AS, huraikan kesan
perubahan yang berikut terhadap tingkat keseimbangan pendapatan
negara.
a) Kenaikan kadar bunga. (5m)
b) Peningkatan teknologi (5m)
2011 Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat –
penawaran agregat (AD-AS), jelaskan perubahan yang berlaku pada
tingkat keseimbangan apabila kesan peningkatan bekalan wang
dalam ekonomi melebihi kesan peningkatan harga input. (10m)
2012 Dengan menggunakan analisis permintaan agregat – penawaran
agregat (AD-AS), bagaimanakah dasar kewangan melalui operasi
pasaran terbuka dapat mengatasi kemelesetan ekonomi. (6m)
2012 a) Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat –
penawaran agregat (AD-AS), jelaskan inflasi tarikan permintaan. (6m)
b) Terangkan dua alat dasar fiskal yang boleh mengurangkan inflasi
tarikan permintaan. (4m)
2013 a) Nyatakan dua faktor yang boleh meningkatkan kemahiran buruh.
(2m)
b) Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat –
penawaran agregat (AD-AS), terangkan bagaimana peningkatan
kemahiran buruh mempengaruhi keseimbangan pendapatan negara.
(8m)
2015 Berbantukan gambar rajah analisis permintaan agregat – penawaran
agregat (AD-AS), jelaskan kesan peningkatan harga minyak mentah
dunia terhadap tingkat harga umum dan pendapatan negara. (10m)

2015 Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat-penawaran


(U) agregat (AD-AS), huraikan bagaimana nisbah rizab berkanun dapat
mengatasi masalah kemelesetan ekonomi. (10m)

5
2019 Dengan menggunakan gambar rajah (AD-AS), terangkan bagaimana
lebihan permintaan agregat dan lebihan penawaran agregat boleh
membawa ekonomi kepada keseimbangan harga dan pendapatan
negara. (10)
2020 Tiada
2020
(U) Bagi menampung kenaikan kos sara hidup, pihak kerajaan telah
bersetuju untuk mengurangkan cukai pendapatan persendirian.

Dengan berbantukan gambar rajah (AD-AS), terangkan kesan


langkah kerajaan di atas terhadap keseimbangan pendapatan
negara. (10)

6
KOLEKSI SOALAN KUANTITATIF
BAB 3 - KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA DAN DASAR FISKAL
2006 Dalam sebuah ekonomi, fungsi penggunaan (C), cukai (T),
pelaburan(I) dan perbelanjaan kerajaan (G) adalah seperti berikut

C = 500 + 0.9Y
T = 200
I = 600
G = 400.

a) apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan pendapatan


negara? (1)
b) Hitung keluaran negara ekonomi tersebut pada tingkat
keseimbangan. (2)
c) Apakah yang dimaksudkan dengan guna tenaga penuh? (1)
d) Sekiranya tingkat keseimbangan pendapatan negara guna tenaga
penuh ialah 14 000,
i) hitung lompang inflasi / deflasi yang dialami oleh ekonomi
negara tersebut. (2)
ii) hitung perubahan perbelanjaan kerajaan yang diperlukan
untuk mencapai guna tenaga penuh. (2)
e) Sekiranya kerajaan secara serentak menambah perbelanjaan
kerajaan sebanyak 50 dan menurunkan cukai sebanyak 50,
berapakah tingkat keseimbangan pendapatan negara yang baru? (2)

2007 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengganda? (1)


b) Nyatakan factor yang mempengaruhi pengganda dalam model
ekonomi dua sector (1)
c) Andaikan fungsi penggunaan , C = 250 + 0.8Y
i) hitung nilai pengganda dan tafsirkan nilainya. (2)
ii) dengan menggunakan jaadual, jelaskan proses pengganda
apabila pelaburan meningkat sebanyak RM1 000 juta. (3)
iii) jika KNK ialah RM500 juta, berapakah lompang deflasi, dan
berapakah pelaburan yang perlu ditambah untuk mencapai guna
tenaga penuh? (3)

2009 Yang berikut ialah data komponen perbelanjaan dalam sebuah


ekonomi terbuka (RM juta). Fungsi penggunaan , C = 260 + 0.8Yd,
pelaburan, I = 400, perbelanjaan kerajaan, G = 300, eksport X = 500,
import , M = 100 + 0.2Y dan cukai sekaligus, T = 200.

Berdasarkan maklumat di atas,


a) hitung keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi
tertutup dan ekonomi terbuka. (3)
b) dgn menggunakan pendekatan suntikan-bocoran, lakar gambar
rajah yang menunjukkan keseimbangan dalam ekonomi tertutup
dan ekonomi terbuka. (4)
c) hitung eksport bersih pada tingkat keseimbangan dalam ekonomi

7
terbuka. (1)
d) hitung peratusan sumbangan penggunaan isi rumah dan eksport
terhadap pendapatan Negara dalam ekonomi terbuka. Tentukan
sektor yang memberikan sumbangan tertinggi. (2)

2010 Yang berikut ialah fungsi perbelanjaan sebuah ekonomi.


(semua nilai dalam RM juta)

C = 250 + 0.75Yd dengan Yd = Y – T.


G = 200, I = 400, T = 100 – 0.2Y

a) hitung pendapatan negara keseimbangan. (2)


b) apakah maksud cukai. Hitung nilai cukai pada tingkat
keseimbangan. (2)
c) apakah maksud belanjawan negara? Hitung belanjawan negara
pada tingkat keseimbangan. Nyatakan jenis belanjawan tersebut. (3)
d) andaikan kerajaan menambah cukai sekali gus sebanyak RM100
juta dan menambah perbelanjaan kerajaan sebanyak RM100 juta,
hitung tingkat keseimbangan yang baharu dengan menggunakan
konsep pengganda. (3)

2013 Maklumat di bawah menunjukkan data perbelanjaan agregat sebuah


negara (RM juta)
Perbelanjaan penggunaan, C = 325 + 0.8 Yd
Perbelanjaan pelaburan, I = 275
Perbelanjaan kerajaan, G = 260
Cukai, T = 200
a) i) hitung pendapatan negara pada tingkat keseimbangan. (2)
ii) apakah maksud pengganda dan berapakah nilai pengganda.
(2)
b) sekiranya pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh
ialah RM2500 juta,
i) hitung lompang deflasi atau lompang inflasi. (2)
ii) hitung perubahan cukai yang diperlukan untuk mencapai
guna tenaga penuh (2)
iii) huraikan bagaimana perubahan cukai dapat mencapai guna
tenaga penuh. (2)

2014 Jadual di bawah menunjukkan tingkat pendapatan negara dan


(U) perbelanjaan penggunaan selepas kerajaan mengenakan cukai bagi
sebuah negara.

Pendapatan negara Perbelanjaan penggunaan


(RM juta) (RM juta)
3000 2300
4500 3200
6000 4100
7500 5000

Berdasarkan jadual di atas,

a) hitung kecenderungan mengguna sut. (1)


b) hitung nilai pengganda perbelanjaan kerajaan dan pengganda

8
cukai. (2)
c) tentukan fungsi penggunaan. (2)
d) andaikan pelaburan ialah RM3 500 juta dan perbelanjaan
kerajaan ialah RM3 000 juta. Hitung tingkat kekseimbangan
pendapatan negara. (2)
e) jika pendapatan negara pada guna tenaga penuh ialah RM20 000
juta, berapakah lompang deflasi? Berapakah pertambahan
perbelanjaan kerajaan yang diperlukan untuk menutup lompang
deflasi? (3)

2015 Maklumat di bawah menunjukkan komponen perbelanjaan agregat


sebuah negara (RM juta)

Fungsi penggunaan, C = 1000 + 0.68Yd


dengan Yd ialah pendapatan boleh guna
Fungsi pelaburan, I = 427
Fungsi perbelanjaan kerajaan, G = 545
Fungsi cukai, T = 500

a) Nyatakan pemboleh ubah bocoran dalam ekonomi tiga sektor.


(1m)
b) Terbitkan fungsi bocoran dalam sebutan pendapatan negara (Y)
(2m)
c) Hitung pendapatan negara pada tingkat keseimbangan menurut
pendekatan suntikan-bocoran. (2m)
d) i) Apakah maksud jurang Keluaran Negara Kasar (KNK)? (1m)
ii) Hitung pengganda perbelanjaan kerajaan. (1m)
iii) Sekiranya pendapatan negara pada tingkat guna tenaga
penuh ialah RM6350 juta, dengan menggunakan nilai pengganda,
hitung jumlah perbelanjaan kerajaan yang perlu ditambah atau
dikurangkan untuk mencapai tingkat guna tenaga penuh. (3m)

2016 Maklumat di bawah menunjukkan data perbelanjaan agregat sebuah


negara (RM juta)

Penggunaan, C = 200+0.8Yd dengan Yd ialah pendapatan boleh guna


Pelaburan, I = 250
Perbelanjaan kerajaan, G = 200
Cukai, T = 100
Eksport, X = 80
Import, M = 10+0.2Y

a) Hitung pendapatan negara pada tingkat keseimbangan. (3m)


b) i) hitung eksport bersih pd tingkat keseimbangan. (2m)
ii) nyatakan dua kesan nilai eksport bersih tersebut kepada
sesebuah ekonomi. (2m)
c) jika tingkat pendapatan negara pd tingkat guna tenaga penuh
ialah RM1400 juta,
i) hitung jurang KNK (1m)
ii)berdasarkan jawapan di (c) i), adakah ekonomi tersebut
mengalami lompang inflasi atau lompang deflasi? (1m)
iii)berikan sebab bagi jawapan di (c) ii)? (1m)

9
2016 Maklumat di bawah menunjukkan data perbelanjaan agregat bagi
(U) sebuah ekonomi tiga sektor
Penggunaan, C = 200+0.8Yd dengan Yd ialah pendapatan boleh guna
Pelaburan, I = 250, Perbelanjaan kerajaan, G = 200
Cukai, T = 100, Eksport, X = 80, Import, M = 10+0.2Y
a) i) Hitung pendapatan negara pada tingkat keseimbangan.(3m)
ii) hitung nilai penggunaan pada tingkat keseimbangan. (2m)
b) Sekiranya pendapatan negara pd tingkat guna tenaga penuh
ialah RM2240 juta,
i) hitung jurang KNK. (2m)
ii) berapakah perubahan cukai yang diperlukan untuk
mencapai pendapatan negara pd tingkat guna tenaga penuh?
(3m).
2018 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk perbelanjaan agregat –
pendapatan (AE-Y) bagi sebuah ekonomi tiga sektor.

Perbelanjaan agregat (RM juta)

AE1
E1

Eo AE0 = 800 + 0.8Y

0 Y0 6000 pendapatan negara (RM juta)

a) Hitung keseimbangan pendapatan negara pada Yo. (2)


b) Sekiranya AE0 ialah perbelanjaan agregat potensi, berapakah
pendapatan negara pada tingkat gunatenaga penuh? (1)
c) i) hitung lompang inflasi atau lompang deflasi. (1)
ii) terangkan perubahan perbelanjaan kerajaan yang
diperlukan untuk menutup lompang tersebut. (2)
iii) hitung perubahan cukai yang diperlukan untuk menutup
lompang tersebut. (2)
2018 Jadual di bawah menunjukkan maklumat pendapatan negara dan
(U) perbelanjaan penggunaan bagi sebuah ekonomi.
Pendapatan negara Perbelanjaan penggunaan
(RM juta) (RM juta)
4 000 4 400
5 000 5 200
6 000 6 000
7 000 6 800
a) i) hitung nilai kecenderungan mengguna sut (MPC). (2m)
ii) Berdasarkan jawapan anda di a) i), tafsirkan nilai MPC
tersebut. (1)
b) Terbitkan fungsi penggunaan dalam sebutan pendapatan
boleh guna (Yd) (2)
c) Jika pelaburan ialah RM750 juta, perbelanjaan kerajaan ialah

10
RM1 000 juta dan tiada cukai dikenakan
i) Hitung pendapatan negara pada tingkat keseimbangan (3)
ii)hitung jumlah tabungan pada tingkat keseimbangan
pendapatan negara. (2)

2019 Maklumat di bawah menunjukkan komponen perbelanjaan agregat


bagi sebuah negara. (RM juta)

Penggunaan, C = 250 + 0.8Yd dgn Yd = Y – T


Pelaburan, I = 200
Perbelanjaan kerajaan, G = 150
Cukai, T = 100
a) hitung jumlah suntikan dalam ekonomi. (2)
b) hitung pendapatan negara pd tingkat keseimbangan. (3)
c) hitung,
i) jumlah pendapatan boleh guna. (2)
ii) jumlah penggunaan. (2)
d)cadangkan satu langkah dasar fiskal untuk meningkatkan
pendapatan negara. (1)

2019 Data perbelanjaan agregat dalam sebuah ekonomi tiga sektor adalah
(U) spt yg berikut:-

Perbelanjaan penggunaan, C = 400 + 0.8Yd dgn Yd = Y-T


Pelaburan, I = 200
Perbelanjaan kerajaan, G = 300
Cukai, T = 150
(dalam RM juta)

a)terbitkan fungsi bocoran dalam sebutan pendapatan negara,


(3)
b)hitung pendapatan negara pd tingkat keseimbangan
menurut pendekatan suntikan-bocoran. (2)
c)hitung pengganda perbelanjaan kerajaan, (1)
d)sekiranya pendapatan negara pada tingkat guna tenaga
penuh ialah RM4 500 juta,
i) hitung lompang inflasi atau lompang deflasi. (2)
ii) terangkan perubahan perbelanjaan kerajaan yang
diperlukan untuk mencapai guna tenaga penuh. (2)

2020 Maklumat di bawah menunjukkan fungsi perbelanjaan agregat bagi


model ekonomi tiga sektor (RM juta)

Penggunaan, C = 400 +0.75Yd, dengan Yd = Y-T


Pelaburan, I = 600
Perbelanjaan kerajaan, G = 500
Cukai, T = 100

a)Terbitkan fungsi bocoran dalam sebutan pendapatan negara, Y (3)


b)hitung pendapatan negara pada tingkat keseimbangan, (2)
c)berdasarkan jawapan anda di (b), lakar gambar rajah
keseimbangan pendapatan negara mengikut pendekatan
suntikan-bocoran. (3)

11
d)sekiranya pelaburan bertambah sebanyak RM200 juta, hitung
perubahan dalam pendapatan negara. (2)

2020 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara,


(U) perbelanjaan penggunaan dan pelaburan bagi sebuah
ekonomi.
Pendapatan Penggunaan Pelaburan
negara (RM juta) (RM juta)
(RM juta)
300 300 90
600 525 90
900 750 90
a) i)hitung nilai kecendeungan mengguna sut bagi ekonomi ini.
(2)
ii)terbitkan fungsi penggunaan . (2)
Iii)terbitkan fungsi tabungan. (1)
b) Jika perbelanjaan kerajaan ialah RM135 juta dan tiada
cukai yang dikenakan, hitung pendapatan negara pada tingkat
keseimbangan. (2)
c) Jika pendapatan negara pada tingkat guna tenaga penuh
ialah RM1250 juta, hitung perbelanjaan kerajaan yang
diperlukan untuk menutup jurang keluaran negara kasar. (3)

12

Anda mungkin juga menyukai