Anda di halaman 1dari 13

BAB 2- PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA

KOLEKSI SOALAN
MAKROEKONOMI

BAB 2

PERAKAUNAN
PENDAPATAN
NEGARA

1
KOLEKSI SOALAN ESEI
BAB 2 – PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA
2004 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan per kapita? (2m)
b) Huraikan dua kelemahan penggunaan pendapatan per kapita
sebagai indeks pengukur tingkat kemakmuran antara pelbagai
negara. (4m)

2004 a) Berikan definisi nilai ditambah. (1m)


b) Dengan menggunakan jadual yang sesuai, terangkan konsep
tersebut. (4m)
c) Jelaskan bagaimana konsep nilai ditambah dapat mengatasi
masalah penghitungan dua kali. (2m)

2005 Jelaskan tiga kelemahan / masalah penghitungan pendapatan negara .


(6m)
2005 a) Bagaimanakah data KDNK benar dapat mengukur pertumbuhan
ekonomi dan tingkat kebajikan sesebuah negara? (4m)
b) Huraikan tiga alasan mengapa pertumbuhan dalam KDNK benar
tidak semestinya membawa kepada peningkatan dalam tingkat
kebajikan ekonomi sesebuah negara. (6m)

2006 Jelaskan tiga kegunaan data pendapatan negara. (6m)

2006 Terangkan hubungan antara dua konsep pendapatan negara berikut:-


a) KNK dengan KDNK (2m)
b) KNK harga faktor dengan KNK harga pasar (2m)
c) KNK benar dengan KNK nominal (2m)

2006 a) Apakah yang dimaksudkan dengan nilai ditambah? (2m)


b) Dengan menggunakan jadual yang sesuai, terangkan mengapa
kaedah nilai ditambah digunakan untuk menghitung pendapatan
negara? (8m)

2007 Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan data pendapatan negara kurang
sesuai digunakan untuk membandingkan taraf kemakmuran masyarakat
dan prestasi ekonomi antara negara. (6m)

2008 a) Apakah perbezaan antara KNK nominal dengan KNK benar? (2m)
b) Apakah yang dimaksudkan dengan pertumbuhan ekonomi?
Jelaskan mengapa KNK benar lebih sesuai digunakan untuk
mengukur pertumbuhan ekonomi. (4m)

2008 Huraikan lima masalah menggunakan data pendapatan per kapita untuk
membandingkan taraf hidup antara dua negara. (10m)

2009 Jelaskan tiga alasan mengapa sesebuah negara menghitung pendapatan


negara. (6m)

2009 Terangkan tiga alasan mengapa di negara mundur, Keluaran Dalam


Negeri Kasar biasanya terkurang anggar. (6m)
2
2010 Apakah maksud pendapatan faktor bersih luar negeri? Terangkan
bagaimana nilai pendapatan faktor bersih luar negeri mempengaruhi
hubungan antara KNK dengan KDNK? (6m)

2010 Huraikan bagaimana faktor yang berikut menerangkan kelemahan


menggunakan pendapatan per kapita sebagai petunjuk taraf hidup antara
masa.
a) Tempoh waktu bekerja (2m)
b) Kesan luaran negatif kerana projek pembangunan (2m)
c) Agihan pendapatan (2m)

2011 Jelaskan tiga kegunaan data pendapatan negara yang dihitung mengikut
kaedah keluaran. (6m)

2012 a) Apakah maksud Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Keluaran
Negara Bersih (KNB)? (2m)
b) Huraikan hubungan antara KDNK dengan KNB. (4m)

2012 Dengan memberikan contoh, terangkan tiga aktiviti ekonomi yang tidak
diambil kira dalam penghitungan pendapatan negara. (4m)

2012 Data Keluaran Negara Kasar (KNK) dapat mengukur taraf hidup rakyat
sesebuah negara dengan tepat. Bincangkan. (10m)

2013 Jelaskan lima sebab nilai pendapatan negara yang dihitung dalam
sesuatu tahun tidak tepat. (10m)

2013 Menurut Laporan Ekonomi Malaysia 2011/2012, Keluaran Dalam Negeri


(U) Kasar (KDNK) per kapita pada tahun 2011 di Malaysia ialah US$9892,
manakala di Singapura ialah US$50 714. Terangkan lima alasan
mengapa taraf hidup penduduk di Singapura tidak semestinya lima kali
ganda lebih tinggi berbanding dengan taraf hidup penduduk di Malaysia.
(10m)

2014 a) i) Apakah maksud nilai ditambah. (1m)


ii) Berbantukan contoh berangka, huraikan konsep nilai ditambah(7m)
c) Berdasarkan jawapan a) ii) , terangkan bagaimana konsep nilai
ditambah dapat menunjukkan sumbangan bagi setiap sektor
ekonomi.(2m)

Huraikan lima kegunaan data pendapatan negara. (10m)

2014 a) Bagaimanakah pendapatan negara mengikut kaedah keluaran


(U) diperoleh? (2m)
b) Berbantukan jadual, terangkan penghitungan KDNK di Malaysia
mengikut kaedah keluaran. (8m)

2015 a) Takrifkan konsep pendapatan negara yang berikut:-


i) Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) (2m)
ii) Keluaran Negara Kasar (KNK) (1m)
iii) Keluaran Dalam Negeri Kasar harga pasaran (KDNK hp) (1m)
iv) Keluaran Dalam Negeri Kasar kos faktor (KDNK kf) (1m)
3
b) Jelaskan hubungan antara :-
i) Keluaran Negeri Kasar (KDNK) dengan Keluaran Negara Kasar (KNK)
ii) Keluaran Dalam Negeri Kasar harga pasaran (KDNK hp) dengan
Keluaran Dalam Negeri Kasar kos faktor (KDNK kf) (2m)

2015 Terangkan bagaimana tiga faktor yang berikut menyebabkan pendapatan


(U) faktor bersih luar negeri bernilai negatif di sesebuah negara:-
a) pelaburan langsung asing. (4m)
b) buruh asing (3m)
c) pemilikan hartanah oleh warga asing. (3m)

Terangkan empat masalah yang menyebabkan ketidaktepatan dalam


penghitungan pendapatan negara (10m)

2016 Huraikan empat kelemahan data pendapatan per kapita sebagai pengukur
untuk membandingkan taraf hidup penduduk antara negara. (10m)

2016 Terangkan empat kelemahan menggunakan data pendapatan per kapita


(U) untuk membandingkan taraf hidup antara masa. (10m)

2017 Jelaskan empat alasan sesebuah negara menghitung pendapatan negara


setiap tahun. (10)

2017 Terangkan bagaimana kegiatan ekonomi yang berikut boleh menyebabkan


(U) penghitungan pendapatan negara terlebih anggar atau terkurang anggar:-
a) Kegiatan surirumah. (4)
b) Kegiatan sistem barter. (3)
c) Kegiatan penyeludupan barang. (3)

“Penghitungan pendapatan negara mengikut kaedah nilai ditmbah dapat


mengatasi masalah pengiraan dua kali, disamping dapat mengetahui
sumbangan setiap sektor ekonomi kepada keluaran negara.”
Dengan menggunakan contoh berangka, jelaskan pernyataan ini. (10)

2018 Dengan berbantukan rumus, jelaskan bagaimana perkara yang berikut


digunakan sebagai petunjuk prestasi ekonomi bagi sesebuah negara:-
a) Kadar pertumbuhan ekonomi (3)
b) Pendapatan per kapita (3)
c) Sumbangan sektor ekonomi (4)

2018 Terangkan empat aktiviti ekonomi yang tidak dipasarkan yang


(U) menyebabkan penghitungan pendapatan negara menjadi terkurang
anggar. (10)

2019 Jelaskan masalah penghitungan negara yang berikut:-


a) Kewujudan barang haram. (3)
b) Penentuan susut nilai. (3)
c) Pengiraan dua kali. (4)

2019 Terangkan empat sebab perkembangan ekonomi tidak semestinya diikuti


(U) oleh peningkatan taraf hidup rakyat. (10)

4
2020 a) Takrifkan pendapatan negara. (1)
b) Jelaskan tiga kegunaan data pendapatan negara yang menggambarkan
keadaan ekonomi yg semakin baik. (9)
2020 a) Terangkan maksud konsep pendapatan negara yang berikut:-
(U) i. Keluaran Negara Kasar (KNK) (2)
ii. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) (2)
b) Jelaskan hubungan antara KNK dengan KDNK. (6)

5
KOLEKSI SOALAN KUANTITATIF

BAB 2 - PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA


2007 Jadual di bawah menunjukkan pelbagai jenis aktiviti ekonomi dan nilai
jualan yang bermula daripada aktiviti pembalakan hingga aktiviti penjualan
perabot.

Jenis aktiviti Nilai jualan (RM)


Membalak di hutan 100
Menggergaji balak menjadi papan 250
Membuat pelbagai perabot 500
Jualan runcit perabot 800

a) Apakah yang dimaksudkan dengan nilai ditambah? (2)


b) Hitung nilai ditambah yang diwujudkan oleh pelbagai jenis aktiviti di
atas. (2)
c) “Jumlah nilai ditambah dalam pengeluaran barang perantaraan adalah
sama dengan nilai barang akhir”. Buktikan pernyataan ini dengan
menggunakan jadual di atas. (2)
d) i) Nyatakan dalam sektor ekonomi yang mana setiap jenis aktiviti
ekonomi di atas tergolong. (2)
ii) Berdasarkan nilai jualan dalam jadual di atas, hitung nilai
sumbangan setiap sektor ekonomi kepada pendapatan negara. (2)

2008 Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)


mengikut punca kegiatan ekonomi dari tahun 2004 hingga tahun 2006
pada harga benar tahun 1987.

Butiran 2004 2005 2006


(RM juta) (RM juta) (RM juta)
Pertanian, perhutanan dan perikanan 21 137 22 142 23 245
Perlombongan dan kuari 17 372 17 632 18 453
Pembuatan 78 558 82 302 86 295
Pembinaan 7 248 7 168 7 380
Perkhidmatan 142 849 151 144 160 297
(-) bayaran perkhidmatan bank 23 205 24 121 25 066
(+) cukai import 4 995 5 128 5 140
KDNK harga pasaran 248 954 261 395 275 744
Jumlah penduduk (juta orang) 25.58 26.13 26.64

a) Mengapakah nilai pendapatan negara dihitung mengikut harga tetap?


(2)
b) Hitung peratusan sumbangan sektor utama dan sektor kedua kepada
jumlah KDNK bagi tahun 2005 dan 2006. (2)
c) hitung kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2005 dan 2006. (2)
d) hitung KDNK benar per kapita dari tahun 2004 hingga tahun 2006, dan
jelaskan arah alirannya. (2)
e) Jelaskan dua kegunaan data pendapatan negara berdasarkan kaedah
keluaran. (2)

6
2009 Jadual di bawah menunjukkan data perakaunan pendapatan negara
Malaysia pada tahun 2005.

Butiran RM juta
Penggunaan awam 64 592
Penggunaan swasta 215 876
Pelaburan awam 55 161
Pelaburan swasta 43 769
Perubahan stok -1 059
Eksport barang dan perkhidmatan 609 133
Import barang dan perkhidmatan 492 928
Subsidi 12 000
Pendapatan faktor bersih luar negeri -21 470
Cukai tak langsung 10 000
Susut nilai -5 000

a) Apakah maksud perubahan stok? Mengapakah nilai perubahan stok


negatif pada tahun 2005? (2)
b) hitung Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) harga pasaran dan
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kos fakator . (2)
c) Hitung Keluaran Negara Kasar kos faktor. Mengapakah nilainya berbeza
daripada nilai KDNK harga pasaran? (3)
d) Hitung Keluaran Negara Bersih kos faktor. (1)
e) Apakah nilai pendapatan negara yang dihitung mengikut kaedah
pendapatan sama dengan jawapan anda dalam (d)? Jelaskan. (2)

2010 Jadual di bawah menunjukkan KDNK Malaysia mengikut agregat


permintaan dari tahun 2007 hingga tahun 2008.

Butiran RM juta harga benar tahun 2000.


Tahun 2007 Tahun 2008
Perbelanjaan penggunaan :
Awam 65 229 69 011
Swasta 225 028 272 254
Pembentukan modal tetap kasar :
Awam 57 378 59 447
Swasta 59 997 63 703
Perubahan dalam stok -5 918 -1 972
Jumlah KDNK 505 353 533 910

a) Apakah maksud perbelanjaan penggunaan swasta dan pembentukan


modal tetap kasar swasta? (2)
b) hitung peratusan sumbangan perbelanjaaan penggunaan swasta dan
perbelanjaan penggunaan awam kepada KDNK pada tahun 2007 dan 2008.
Terangkan arah alirannnya. (3)
c) hitung peratusan sumbangan pembentukan modal tetap swasta dan
pembentukan modal tetap awam. Terangkan arah alirannya. (3)
d) apakah maksud perubahan dalam stok dan mengapakah nilainya
negatif? (2)

7
2011 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara Malaysia pada
harga semasa dan harga tetap pada tahun 2000.

Tahun KDNK (RM juta) KNK (RM juta)


Harga tetap Harga semasa Harga tetap Harga semasa
2005 449 250 522 445 424 295 498 485
2006 475 192 573 736 454 625 556 380
2007 505 353 641 864 482 239 628 106

a) i) jelaskan maksud pendapatan faktor bersih luar negeri. (1)


ii) hitung pendapatan faktor bersih luar negeri pada harga tetap bagi
tahun 2005, 2006, 2007. Jelaskan mengapa nilainya sebegitu rupa. (3)
b) i) nyatakan data yang digunakan untuk menentukan kadar
pertumbuhan ekonomi dalam negara. Jelaskan jawapan anda. (2)
ii) hitung kadar pertumbuhan ekonomi dalam negeri pada tahun 2006
dan tahun 2007. (2)
c) berdasarkan nilai KDNK, hitung indeks harga pengguna Malaysia dari
tahun 2005 hingga tahun 2007. (2)

2012 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara Malaysia mengikut


permintaan agregat pada tahun 2008 dan 2009 (pada harga tetap tahun
2000.)

Butiran perbelanjaan 2008 2009


mengikut sektor (RM juta) (RM juta)
Penggunaan awam 72 406 73 983
Penggunaan swasta 275 589 280 931
Pelaburan awam 55 270 68 978
Pelaburan swasta 62 598 50 066
Perubahan stok -7 726 -13 084
Eksport bersih barangan dan
perkhidmatan 69 174 51 574

a) Apakah yang dimaksudkan dengan penggunaan awam dan penggunaan


swasta? Nyatakan dua contoh bagi setiap jenis penggunaan. (3)
b) Hitung KDNK harga pasaran pada tahun 2008 dan 2009. (2)
c) hitung kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 2009. (1)
d) hitung jumlah dan peratus sumbangan perbelanjaan kerajaan kepada
KDNK pada tahun 2008 dan 2009. (3)
e) Mengapakah perubahan stok bernilai negatif? (1)

2013 Jadual di bawah menunjukkan sumbangan subsektor ekonomi kepada


(U) KDNK Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2011.
Tahun / 2009 2010 2011
Subsektor (RM juta) (RM juta) (RM juta)
Pertanian 40 083 40 916 42 821
Perlombongan dan kuari 39 209 39 270 38 314
Pembuatan 138 784 154 640 161 663
Pembinaan 17 329 18 220 18 845
Perkhidmatan 302 045 322 611 343 376
KDNK 522 001 559 554 588 374

8
a) apakah maksud perubahan struktur ekonomi? (1)
b) hitung,
i) peratus sumbangan sektor peringkat pertama terhadap KDNK dari
tahun 2009 hingga tahun 2011. (2)
ii) peratus sumbangan sektor peringkat kedua terhadap KDNK dari
tahun 2009 hingga tahun 2011. (2)
iii) peratus sumbangan sektor peringkat ketiga terhadap KDNK dari
tahun 2009 hingga tahun 2011. (2)
c) berdasarkan jawapan (b),
i) adakah berlaku perubahan sektor ekonomi di Malaysia? Mengapa?
(1)
ii) sektor yang manakah yang memberikan sumbangan terbesar kepada
KDNK? Mengapa? (2)

2014 Jadual di bawah menunjukkan data KDNK mengikut agregat permintaan


Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2010 (RM juta)

Jenis perbelanjaan 2009 2010


A. Perbelanjaan penggunaan
Awam 74 669 74 854
Swasta 278 872 297 692
B. Pembentukan modal tetap kasar
Awam 58 506 63 391
Swasta 52 492 60 446
C. Perubahan stok -14 289 6 203
D. Eksport barang dan perkhidmatan 559 397 624 460
E. Import barang dan perkhidmatan 488 691 569 598

a) Hitung KDNK tahun 2009 dan 2010. (2m)


b) Apakah maksud,
i) perbelanjaan penggunaan swasta? (1m)
ii) pembentukan modal tetap kasar swasta. (1m)
c) i) Hitung peratus sumbangan perbelanjaan penggunaan swasta
terhadap KDNK pada tahun 2009 dan 2010. (2m)
ii) Adakah peranan perbelanjaan penggunaan swasta semakin penting
dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia? (1m)
d) i) Hitung peratus sumbangan sektor awam terhadap KDNK pada tahun
2009 dan 2010. (2m)
ii) Adakah peranan sektor awam semakin penting dalam pertumbuhan
ekonomi Malaysia. (1m)

2014 Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK),
(U) indeks harga pengguna dan jumlah penduduk Malaysia.

Tahun KDNK (RM juta) IHP Jumlah penduduk


Harga tetap 2005 = 100 (‘000)
2000
2008 530 683 110.9 27 541
2009 522 001 111.6 27 895
2010 559 554 113.5 28 251

9
a) Hitung kadar inflasi pada tahun 2009 dan tahun 2010. Apakah keadaan
kadar inflasi tersebut. (2m)
b) Hitung pendapatan per kapita dari tahun 2008 hingga 2010. Apakah
keadaan taraf hidup rakyat Malaysia pada tempoh tersebut. (3m)
c) Sekiranya gaji seorang eksekutif bank pada 2005 ialah RM18 000
sebulan dan meningkat kepada RM24 000 sebulan pada tahun 2010,
i) hitung upah benar tahun 2010 berbanding dengan tahun 2005. (1m)
ii) hitung peratus perubahan upah benar dan upah wang pada tahun
2010 berbanding dengan tahun 2005. Apakah keadaan peratus perubahan
upah tersebut. (4m)

2015 Jadual di bawah menunjukkan data jumlah penduduk, tenaga buruh, guna
(U) tenaga dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di Malaysia pada tahun
2009, 2010 dan 2011.

Butiran 2009 2010 2011


Penduduk (juta) 27.90 28.25 28.55
Tenaga buruh (‘000) 12,083.4 12,361.3 12,645.7
Guna tenaga (‘000) 11,632.1 11,937.1 12,226.7
KDNK (RM juta) 522,001 559,554 588,374

a) hitung
i) kadar pengangguran dari tahun 2009 hingga tahun 2011. (3m)
ii) kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2010 dan 2011. (2m)
iii) pendapatan per kapita Malaysia dari tahun 2009 hingga 2011. (3m)
b) berdasarkan jawapan (a)
i) adakah ekonomi sudah mencapai tingkat guna tenaga penuh?(1m)
ii) berikan alasan bagi jawapan (b)(i) di atas. (1m)

2016 Tiada
2016 Jadual di bawah menunjukkan data perbelanjaan penggunaan akhir,
(U) pembentukan modal tetap kasar, perubahan dalam stok dan KDNK harga
pasaran dari tahun 2014 hingga 2015 (dalam RM juta)

Butiran Tahun
2014 2014
Perbelanjaan penggunaan akhir
Awam 127 203 132 673
Swasta 459 862 504 438
Pembentukan modal tetap kasar
Awam 101 553 108 198
Swasta 140 180 165 289
Perubahan dalam stok 828 421
KDNK harga pasaran 941 237 987 675

a) Hitung peratus sumbangan perbelanjaan penggunaan akhir swasta


kepada KDNK dari tahun 2014 hingga tahun 2015. (3m)
b) Hitung peratus sumbagan perbelanjaan kerajaan kepada KDNK dari
tahun 2014 hingga 2015. (3m)
c) Berdasarkan jawapan pd (a) dan (b), jelaskan kepentingan setiap
komponen perbelanjaan agregat tersebut kpd KDNK. (1m)
d) Hitung eksport bersih pada tahun 2014 dan tahun 2015. (3m)
10
2017 Jadual berikut menunjukkan data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK),
Indeks Harga Pengguna (IHP) dan jumlah penduduk bagi Malaysia dan
Indonesia pada tahun 2013 dan 2014.

KDNK harga
Jumlah penduduk
semasa IHP
Negara (juta orang)
(US$bilion)
2013 2014 2013 2014 2013 2014
Malaysia 312.433 343.009 107.12 110.65 29.62 30.124
Indonesia 870.275 859.339 106.413 113.08 247.954 251.49

a)Hitung KDNK benar di Malaysia dan Indonesia pada tahun 2013 dan
2014. (5)
b)Hitung kadar inflasi di Malaysia dan Indonesia pada tahun 2014. (3)
c)Berdasarkan jawapan pada (b), apakah yang anda dapat nyatakan tentang
taraf hidup penduduk antara kedua-dua negara?. (2)

2017 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara mengikut kaedah


(U) perbelanjaan di Malaysia pada tahun 2013.

Butiran perbelanjaan RM juta


Penggunaan awam 133 704
Penggunaan swasta 504 045
Pelaburan awam 104 552
Pelaburan swasta 160 461
Perubahan stok -7 566
Eksport barang dan perkhidmatan 805 962
Import barang dan perkhidmatan 714 425
Keluaran Negara Kasar (KNK) 952 607

a) i)hitung sumbangan perbelanjaan kerajaan terhadap KNK. (2)


ii)hitung sumbangan sektor luar negeri terhadap KNK. (2)
b) hitung Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). (2)
c) i) hitung pendapatan faktor bersih luar negeri. (2)
ii) nyatakan dua faktor yang mempengaruhi nilai pendapatan faktor
bersih luar negeri. (2)

2018 Jadual di bawah menunjukkan pelbagai jenis kegiatan ekonomi, kos input
dan harga keluaran untuk mengeluarkan baju yang dijual di butik pakaian.

Kegiatan ekonomi Kos input (RM) Harga keluaran (RM)


Memetik kapas 0 100
Menenun kain 100 250
Membuat baju 250 400
Jualan baju di butik pakaian 400 600

a) hitung nilai tambah yang diwujudkan oleh setiap kegiatan ekonomi.(4)


b) i) berapakah jumlah nilai tambah? (1)
ii) berapakah nilai barang akhir? (1)
iii) apakah kesimpulan drpd jawapan anda di b) i) dan b) ii)? (1)
c) hitung peratus sumbangan sektor kedua dan peratus sumbangan
sektor ketiga kepada jumlah nilai keluaran akhir baju. (3)

11
2018 Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar
(U) dan penduduk di Malaysia dan di Indonesia dari tahun 2008 hingga tahun
2010.

Tahun KDNK benar (USD juta) Penduduk (ribu orang)


Malaysia Indonesia Malaysia Indonesia
2008 139 653.5 247 270.4 27 568 228 523
2009 137 368.7 258 716.3 28 081 231 370
2010 147 250.9 274 744.7 28 589 237 641

a) i) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi di Malaysia dan kadar


pertumbuhan ekonomi di Indonesia pada tahun 2009 dan tahun
2010. (4)
ii) Berdasarkan jawapan dan di a) i), terangkan keadaan ekonomi di
Malaysia dan di Indonesia pada tahun 2009 dan tahun 2010
(2)
b) i) Hitung pendapatan per kapita di Malaysia ddan pendapatan per
kapita di Indonesia pada tahun 2010. (2m)
ii) Berdasarkan jawapan dan di b) i), bandingkan taraf hidup di
Malaysia dengan taraf hidup di Indonesia. (2)

2019 Jadual berikut menunjukkan data KDNK benar dan jumlah penduduk dari
tahun 2013 hingga 2015 bagi sebuah negara.

KDNK benar Jumlah penduduk


Tahun
(RM juta) (‘000)
2013 655 880 28 500
2014 663 896 30 225
2015 677 175 30 890

a)hitung kadar pertumbuhan ekonomi pd tahun 2014 dan 2015. (3)


b)hitung kadar pertumbuhan penduduk pada tahun 2014 dan
2015. (3)
c)i) hitung pendapatan per kapita pada tahun 2014 dan
2015. (3)
ii) adakah taraf hidup penduduk negara ini meningkat? Jelaskan
jawapan anda. (1)

2019 Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
(U) mengikut agregat permintaan pd tahun 2014. (2005 = 100)

Butiran RM juta
Perbelanjaan penggunaan awam 109 875
Perbelanjaan penggunaan swasta 433 449
Pembentukan modal tetap kasar awam 87 086
Pembentukan modal tetap kasar swasta 153 010
Perubahan stok 758
Eksport barang dan perkhidmatan 734 680
Import barang dan perkidmatan 693

12
a)hitung KDNK pd tahun 2014. (2)
b)hitung peratus sumbangan perbelanjaan agregat yang berikut
terhadap KDNK:-
i)perbelanjaan penggunaan isi rumah. (1)
ii)pelaburan firma. (1)
iii)perbelanjaan kerajaan. (2)
iv)eksport bersih. (2)
c)berdasarkan jawapan anda di b), bandingkan kepentingan
perbelanjaan agregat terhadap KDNK. (2)

2020 Jadual di bawah menunjukkan jenis keluaran, harga keluaran dan kos
input dalam pelbagai peringkat pengeluaran sebiji kek.
Jenis keluaran Harga keluaran (RM) Kos input (RM)
Gandum 10 0
Tepung gandum 15 10
Kek di kilang 28 15
Kek di kedai runcit 45 28

a) i. Hitung jumlah nilai ditambah dalam pengeluaran kek. (3)


ii. Berapakah nilai barang akhir dalam pengeleluaran kek tersebut? (1)
iii.Apakah kesimpulan daripada jawapan anda di a) i) dan a) ii). (1)
b) Hitung jumlah terlebih anggar sekiranya pengiraan dua kali berlak dalam
penghitungan pendapatan negara menurut kaedah keluaran. (2)
c) Hitung peratusan sumbangan setiap sektor ekonomi kepada jumlah nilai
tambah pengeluaran kek (3)

2020 tiada
(U)

13

Anda mungkin juga menyukai