Anda di halaman 1dari 15

TEORI KUANTITI WANG

Dikenali sebagai teori kuantiti wang Fisher:

Persamaan pertukaran Fisher:


MV = PT

M - merupakan bekalan wang M1


V - Halaju pusingan wang
P - Tingkat harga umum
T - Jumlah urusniaga dalam ekonomi
• V merupakan berapa kali wang bertukar tangan.
• la bergantung kepada sistem pembayaran gaji.
• Dalam teori klasik diandaikan sistem pembayaran gaji
adalah tetap.

• Maka V diandaikan tetap.

• T adalah tetap.
• Dalam teori klasik diandaikan ekonomi sentiasa mencapai
guna tenaga penuh.

• Ini bermakna penawaran barang tidak boleh ditambah.

• Maka jumlah urus niaga (T) juga akan tetap.


Huraian

• Dengan andaian V dan T adalah tetap, bila M bertambah,


maka P akan bertambah dengan kadar yang sama.

• Contoh, apabila M meningkat 10% maka P akan meningkat


10%.

• Jika M turun 10% maka P juga akan turun 10%.


Kritikan Keynes terhadap Teori Kuantiti Wang Fisher
(Kelemahan Teori Kuantiti Wang Fisher)

Guna tenaga penuh tidak tercapai. Maka, keluaran negara


boleh ditambah, iaitu nilai T tidak tetap.

Halaju pusingan wang akan berubah mengikut keadaan


ekonomi. Dalam keadaan ekonomi melambung, nilai V adalah
tinggi manakala dalam keadaan ekonomi meleset, nilai V
adalah rendah. Maka, nilai V tidak tetap.
Oleh sebab nilai T dan V tidak tetap, penawaran wang (M)
tidak semestinya mempengaruhi tingkat harga umum (P)
sahaja. Sebaliknya, nilai M, V, P danT saling mempengaruhi
antara satu sama lain.

Teori tidak mengambil kira peranan kadar bunga. Sebenarnya,


sebarang perubahan penawaran wang akan mempengaruhi
kadar bunga dan tingkat pelaburan.

Teori menyatakan wang digunakan untuk tujuan urus niaga


sahaja, iaitu membeli barangan. Namun wang juga mempunyai
tujuan lain, iaitu tujuan awasan dan tujuan spekulasi.
4.3 Permintaan Wang

Teori Keutamaan Kecairan Keynes

(a) Tujuan permintaan wang:


1. Untuk urusniaga
2. Untuk awasan
3. Untuk spekulasi
1. Untuk Urusniaga

• Untuk membeli barang-barang dan perkhidmatan.


• Dipengaruhi pendapatan.
• Bila pendapatan meningkat, permintaan wang untuk
urusniaga meningkat.
• Bila pendapatan berkurang permintaan wang untuk
urusniaga akan berkurang.
• Bila pendapatan meningkat dari Y0 ke Y1 maka DD wang
untuk urusniaga akan naik dari W0 kepada W1.
2. Untuk Tujuan Awasan

• Untuk digunakan semasa kecemasan seperti bayaran


perubatan dan lain-lain.
• Dipengaruhi oleh pendapatan.
• Jika pendapatan meningkat maka DD wang untuk awasan
meningkat,
• Jika pendapatan berkurang maka DD wang untuk awasan
akan menurun.
• Jika pendapatan meningkat dari Y0 ke Y1, maka DD wang
untuk awasan meningkat dari W0 ke W1.
3. Untuk Tujuan Spekulasi

• Tujuan mendapatkan keuntungan dengan membeli bon pada


harga rendah dan menjual pada harga tinggi.
• Harga bon dipengaruhi oleh kadar bunga(r).
• Bila r meningkat, harga bon turun. Orang ramai akan membeli
bon.
• Bila r menurun, harga bon naik dan orang ramai menjual bon.
• Pada r paling rendah berlaku perangkap kecairan iaitu orang
ramai menjual semua bon dan memegang wang tunai.
• Apabila r turun dari r2 kepada r1 maka DD wang untuk
spekulasi meningkat dari WO ke W1.

• Jika r turun dari r1 kepada r0, maka DD wang untuk


spekulasi meningkat dari W1, ke W2.

• Pada r paling rendah r0, harga bon paling tinggi, orang


ramai akan menjual semua bon dan memegang tunai untuk
mendapatkan keuntungan.

• Apabila berlaku perangkap kecairan, keluk DD wang untuk


spekulasi anjal sempurna iaitu selari dengan paksi X.
• Keluk DD wang meliputi DD wang untuk urusniaga,
awasan dan spekulasi.
Keluk Penawaran Wang

• SS wang ditawarkan oleh bank pusat dan tidak


dipengaruhi kadar bunga.
• Keluk SS wang berbentuk tak anjal sempurna iaitu
tegak selari dengan paksi Y

Anda mungkin juga menyukai