Anda di halaman 1dari 13

1.

2 Isu Makroekonomi:

1. Pengangguran
• Berlaku pembaziran sumber - pendapatan negara
berkurang / tidak mencapai guna tenaga penuh,
kemahiran buruh hilang.
• Mengurangkan taraf hidup kerana pendapatan per
kapita berkurang.
• Kadar kemiskinan meningkat.
• Menjejaskan pertumbuhan ekonomi kerana keluaran
negara berkurang.
2. Inflasi
• Kos hidup meningkat kerana jumlah perbelanjaan
meningkat.
• Taraf hidup jatuh.
• Kuasa beli jatuh kerana nilai wang jatuh.
• Pertumbuhan ekonomi terjejas.
3. Pertumbuhan ekonomi

Jika berlaku pertumbuhan ekonomi menurun dan


negatif maka :
• Berlaku kemerosotan ekonomi dan kemelesetan
ekonomi.
• Pelaburan langsung asing dan domestik berkurang.
• Mengurangkan peluang pekerjaan kerana aktiviti
ekonomi berkurang.
• Kuasa beli berkurang kerana pendapatan per kapita
menurun.
• Taraf hidup dan kebajikan masyarakat merosot.
4. Imbangan pembayaran

Jika berlaku imbangan pembayaran kurangan maka:


• Rizab mata wang asing merosot.
• Nilai mata wang negara (RM) merosot.
• Pelaburan langsung asing dan pelaburan portfolio
berkurang.
• Kegiatan ekonomi terjejas.
(a) Dasar makroekonomi yang boleh dilaksanakan
untuk menstabilkan ekonomi

Langkah Untuk Mengatasi Inflasi.


1. Dasar fiskal menguncup
• Kerajaan mengurangkan G, AE turun, Y turun atau
Y tetap jika berlaku guna tenaga penuh, AD turun dan
harga turun.

Atau

• Kerajaan meningkatkan T, Yd turun, C turun, AE


turun, Y turun, AD turun dan harga turun. Atau
• Kerajaan mengurangkan G dan meningkatkan T, AE
turun, Y turun, AD turun dan harga turun.
2. Dasar kewangan menguncup
• Bank pusat akan mengurangkan jumlah penawaran
wang, kadar bunga meningkat, pelaburan turun, AE
turun, AD turun, Y turun dan harga turun.

Atau

• Menaikkan kadar bunga, kos meminjam meningkat,


pinjaman berkurangan, AE turun, AD turun, Y turun dan
harga turun.
3. Dasar kawalan langsung
• Dasar harga maksimum iaitu menetapkan harga yang
lebih rendah daripada harga pasaran, harga terkawal, inflasi
dapat dikawal.

4. Dasar sebelah penawaran


• Menurunkan cukai pendapatan syarikat, keuntungan
selepas cukai bertambah, pengeluaran meningkat,
penawaran agregat bertambah dan harga turun.
Langkah Untuk Mengatasi Pengangguran

1. Melaksanakan dasar fiskal mengembang


• Kerajaan akan menurunkan T atau menambahkan G.
Maka AE dan AD meningkat dan Y meningkat. Guna
tenaga meningkat.

2. Melaksanakan dasar kewangan mengembang


• Bank pusat akan menambahkan bekalan wang dan
menurunkan kadar bunga. Maka AE dan AD meningkat
dan Y meningkat. Guna tenaga meningkat.
3. Kemahiran dan pendidikan yang bersesuaian
• Menambah bilangan institusi kemahiran dan menambah
bilangan pelajar untuk keperluan bidang tertentu seperti
sains dan teknologi.
• Kebolehpasaran buruh meningkat.
Langkah Untuk Meningkatkan Pertumbuhan
Ekonomi

1. Membangunkan kemudahan infrastruktur


• Kerajaan membangun dan memajukan pelbagai
kemudahan infrastruktur.
• Contoh, jaringan pengangkutan darat, udara dan laut
yang menyeluruh. Lapangan terbang, pelabuhan yang
memudahkan urusan keluar masuk negara dan
perdagangan antarabangsa.
• Kemudahan teknologi maklumat juga diperluaskan.
2. Meningkatkan taraf pendidikan
• Menyediakan peluang pendidikan dalam pelbagai bidang
terutama sains dan teknologi.
• Penubuhan pelbagai kolej, universiti dan pusat-pusat
kemahiran. Ini untuk melahirkan tenaga kerja profesional
dan buruh mahir yang sangat penting untuk meningkatkan
produktiviti.
3. Menggalakkan pelaburan langsung asing
• Pelaburan langsung asing sangat penting untuk
membangunkan sektor-sektor penting seperti
perkilangan, industri minyak dan gas. Ini menyumbang
kepada penubuhan industri dan produk baru dan
perkembangan teknologi baru. Contoh galakan seperti
taraf perintis dan elaun pelaburan.
Langkah Untuk Memperbaiki Imbangan
Pembayaran Defisit

1. Menggalakkan eksport
• contoh - kerajaan beri subsidi eksport dan taraf
perintis.

2. Mengawal import
• contoh - kerajaan mengenakan tarif dan kuota.

3. Kawalan pertukaran asing


• Kerajaan mengehadkan pembelian mata wang asing
untuk tujuan import.

Anda mungkin juga menyukai

  • Bab 1.3
    Bab 1.3
    Dokumen6 halaman
    Bab 1.3
    fatimah
    Belum ada peringkat
  • Bab 3.6
    Bab 3.6
    Dokumen22 halaman
    Bab 3.6
    fatimah
    Belum ada peringkat
  • Bab 3.4
    Bab 3.4
    Dokumen18 halaman
    Bab 3.4
    fatimah
    Belum ada peringkat
  • Bab 3.3
    Bab 3.3
    Dokumen18 halaman
    Bab 3.3
    fatimah
    Belum ada peringkat
  • Bab 4.4
    Bab 4.4
    Dokumen11 halaman
    Bab 4.4
    fatimah
    Belum ada peringkat
  • Bab 4.6
    Bab 4.6
    Dokumen9 halaman
    Bab 4.6
    fatimah
    Belum ada peringkat
  • Bab 5.4
    Bab 5.4
    Dokumen22 halaman
    Bab 5.4
    fatimah
    Belum ada peringkat
  • Bab 4.2
    Bab 4.2
    Dokumen15 halaman
    Bab 4.2
    fatimah
    Belum ada peringkat