Anda di halaman 1dari 22

5.

4 Kadar Pertukaran Asing

(a) Takrif
Harga per unit mata wang asing dalam sebutan mata wang
tempatan.

Contoh : US$ 1.00 = RM4.00

Juga merujuk kepada harga per unit mata wang tempatan


dalam sebutan mata wang asing.

Contoh : RM1.00 = US$0.25


(c) Faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran
pertukaran asing

1. Perubahan cita rasa masyarakat

Apabila cita rasa rakyat tempatan lebih menggemari barang


import, menyebabkan permintaan terhadap barang import
bertambah.
Permintaan terhadap mata wang asing akan bertambah.
Sebaliknya jika rakyat lebih menggemari barang tempatan,
permintaan untuk mata wang asing akan merosot.
2. Perubahan kadar bunga dan kadar pulangan
pelaburan

Kadar bunga dan kadar pulangan dalam negara secara relatif


lebih rendah berbanding luar negara menyebabkan modal
dalam negeri mengalir keluar ke negara.

Permintaan terhadap mata wang asing akan bertambah.

Sebaliknya jika kadar bunga dan kadar pulangan dalam


negara secara relatif lebih tinggi berbanding luar negara
menyebabkan modal dalam negeri mengalir masuk ke dalam
negara.
3. Perubahan tingkat harga umum

Jika tingkat harga umum naik, iaitu wujud masalah inflasi


dalam sesbuah negara harga eksport akan naik.

Secara relatif, harga import menjadi lebih murah.

Permintaan terhadap import akan bertambah.

Permintaan terhadap mata wang asing akan bertambah.


4. Dasar kerajaan

Jika dasar kerajaan mengenakan tarif terhadap barang import,


harga import akan naik dan permintaan terhadap import akan
berkurangan.

Permintaan terhadap mata wang asing akan berkurangan.

Jika dasar kerajaan memberi subsidi terhadap barang eksport,


kos pengeluaran akan menurun dan harga eksport akan turun.

Permintaan terhadap eksport akan meningkat

Penawaran terhadap mata wang asing akan meningkat.


5. Pertumbuhan ekonomi

Jika pertumbuhan ekonomi sesebuah negara diikuti oleh


pertambahan eksport penawaran mata wang asing akan
bertambah.
6. Perubahan pendapatan negara

Pendapatan negara meningkat, firma akan meningkatkan


keluaran. Oleh itu permintaan input yang diimport akan
meningkat

Import meningkat dan permintaan terhadap mata wang


asing meningkat.

Sebaliknya, jika pendapatan negara menurun, firma akan


mengurangkan keluaran dan seterusnya mengurangkan
permintaan input diimport.

Import berkurang dan permintaan terhadap mata wang


asing berkurang.
7. Perubahan harga barang eksport dan import

Jika harga barang import secara relatif lebih murah berbanding


harga barang tempatan, permintaan terhadap barang import
meningkat

Permintaan terhadap mata wang asing akan bertambah.

Sebaliknya jika harga barang import relatif lebih mahal


berbanding harga barang tempatan, permintaan terhadap
barang import berkurang.

Permintaan mata wang asing akan berkurang.


(d) Penentuan Kadar Pertukaran Asing

1. Sistem Kadar Pertukaran Boleh Ubah

Kadar pertukaran asing ditentukan oleh permintaan dan


penawaran mata wang asing di pasaran.

Keluk DD dan keluk SS terhadap dollar US oleh rakvat


Malaysia
Kesimbangan pasaran mata wang asing dicapai apabila keluk
DD bersilang dengan keluk SS di titik e0 pada kadar pertukaran
US$1.00=RM3.00 dan kuantiti dollar US sebanyak OQ0.

Pada kadar pertukaran asing US$ 1.00=RM3.50 RM


mengalami susut nilai.

Wujud lebihan penawaran dollar US sebanyak Q1Q2

Kadar pertukaran asing cenderung menurun sehingga mencapai


keseimbangan semula pada kadar pertukaran US$1.00 =
RM3.00.
Pada kadar pertukaran asing US$1.00=RM2.50

RM mengalami naik nilai.

Wujud lebihan permintaan dollar US sebanyak QlQ2

Kadar pertukaran asing cenderung meningkat sehingga


mencapai keseimbangan semula pada kadar pertukaran
US$1.00 = RM3.00.
Perubahan kadar pertukaran asing disebabkan perubahan
dalam permintaan mata wang asing dan penawaran mata
wang asing.

Peningkatan nilai mata wang dinamakan naik nilai.

Penurunan nilai mata wang dinamakan susut nilai.


2. Sistem Kadar Pertukaran Tetap

Kadar pertukaran asing ditentukan oleh pihak kerajaan


sesebuah negara melalui bank pusat.

Keluk DD dan keluk SS terhadap dollar US oleh rakyat


Malaysia
Kesimbangan pasaran mata wang asing dicapai apabila
keluk DD bersilang dengan keluk SS di titik e0 pada
kadar pertukaran US$1.00 = RM3.00 dan kuantiti dollar
US sebanyak 0Qo.

Jika kerajaan menetapkan kadar pertukaran pada tingkat


yang lebih tinggi, iaitu US$1.00=RM3.50, nilai RM
menurun manakala nilai US$ meningkat.

Keadaan ini dinamakan terkurang nilai RM.

Tindakan ini mewujudkan lebihan penawaran


dollar US sebanyak Q1Q2
Bank pusat akan membeli semua lebihan dollar US.

Kadar pertukaran kekal pada US$1.00=RM3.50.

Jika kerajaan menetapkan kadar pertukaran asing pada


tingkat yang lebih rendah, iaitu US$1.00 = RM2.50,
nilai RM meningkat manakala nilai US$ menurun.

Keadaan ini dinamakan terlebih nilai RM.

Tindakan ini mewujudkan lebihan permintaan dollar US


sebanyak Q1Q2.

Bank pusat akan menjual semua lebihan dollar US.

Kadar pertukaran kekal pada US$1.00=RM3.50


Perubahan kadar pertukaran asing disebabkan tindakan
kerajaan melalui bank pusat.

Peningkatan nilai mata wang dinamakan revaluasi.

Penurunan nilai mata wang dinamakan devaluasi.


(e) Faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Kadar
Pertukaran Asing

(i) Perubahan pendapatan negara


(ii) Perubahan cita rasa masyarakat
(iii) Perubahan harga eksport dan import
(iv) Inflasi
(v) Peningkatan pelancongan
(vi) Peningkatan bilangan pelajar yang melanjutkan pelajaran
di luar
(vii) Perubahan kadar bunga dan kadar pulangan pelaburan
(viii) Pertumbuhan ekonomi
(g) Konsep Devaluasi

Devaluasi ialah tindakan kerajaan menurunkan nilai mata


wang negara berbanding mata wang asing.
Contoh:
Kadar pertukaran asing asal : USD1 = RM2.50
Kadar pertukaran asing baharu :USD1 = RM3.00
Kesan devaluasi, nilai RM turun berbanding dengan
USD.

Harga eksport menjadi relatif lebih murah.

Eksport bertambah.

Harga import menjadi lebih relatif mahal.

Import berkurang.

Pertambahan eksport dan pengurangan import


menyebabkan imbangan pembayaran semakin baik.

Anda mungkin juga menyukai