Anda di halaman 1dari 13

BAB 12

PENENTUAN KADAR PERTUKARAN


(CHAPTER 12 CARBAUGH)

PENDAHULUAN

Apakah faktor yang menentukan turun-naik kadar tukar dalam system kadar tukaran boleh
ubah (floating exchange rate system)
Dalam sistem ini, kadar tukaran ditentukan oleh faktor DD dan SS tanpa campurtangan bank
pusat.
Kadar tukaran keseimbangan tercapai apabila DD menyamai SS.
Perubahan faktor DD dan SS inilah yang menyebabkan sesuatu matawang naiknilai
(appreciate), sementara matawang lain turunnilai (depreciate).
Faktor-faktor yang mengubah DD dan SS tukaran asing boleh terdiri daripada faktor asas
pasaran (market fundamental) dan faktor jangkaan pasaran (market expectation).
Apakah penentu kadar tukaran jangka panjang dan jangka pendek?
Faktor jangka panjang Faktor asas pasaran (market fundamental) atau pembolehubah
ekonomi.
o Produktiviti, kadar inflasi, kadar bunga benar, keutamaan/citarasa pengguna, dan
dasar berkaitan perdagangan oleh kerajaan
Faktor jangka pendek Pendekatan Aset-Pasaran (the Asset Market approach)
o Berita tentang keadaan pasaran masa depan (News about future market
fundamentals)
o Pandangan pedagang berkenaan kadar pertukaran di masa hadapan (Traders opinions
about future exchange rates)

FAKTOR PENENTU KADAR TUKARAN DALAM JANGKA PANJANG

Perubahan kadar tukaran dalam jangka panjang adalah akibat tindakbalas pedagang dalam
pasaran tukaran asing terhadap perubahan 4 faktor utama
Tingkat harga relatif (Relative price levels)
Tingkat produktiviti relatif (Relative productivity levels)
Keutamaan pengguna terhadap barangan asing atau tempatan (Consumer preferences for
domestic or foreign goods)
Halangan/sekatan perdagangan (Trade barriers)
Faktor-faktor ini menentukan perdagangan barangan tempatan dan asing yang menyebabkan
perubahan dalam permintaan eksport dan import.

1
Penentuan Kadar Pertukaran dalam Jangka Panjang Rujuk Rajah 1

Rajah 1: Faktor Pasaran yang Menentukan Tukaran Asing dalam Jangka Panjang

1. Tingkat Harga Relatif


Jika tingkat harga relatif sesebuah negara meningkat, harga eksport menjadi relatif mahal
dan harga import menjadi relatif murah.
Maka eksport negara akan bekurangan dan import meningkat.
Kadar tukaran asal: USD1.50/pound
Andaikan: Tingkat harga U.S. meningkat dan tingkat harga U.K. tetap.
Harga barangan UK yang relatif murah (berbanding barangan US)
Pengguna US meningkatkan DD barangan UK yang relatif murah.
o Peningkatan DD matawang asing () keluk DD anjak ke kanan (D0 ke D1).
Pengguna UK mengurangkan pembelian barangan US yang relatif mahal.
o Penurunan SS matawang asing () keluk SS anjak ke kiri (S0 ke S1).

2
Kadar tukaran baru: USD1.55/pound
Kedua-dua anjakan DD dan SS tersebut menyebabkan pound naiknilai dan turun nilai USD
(Depreciation of the dollar).
Rumusan: Peningkatan dalam tingkat harga relatif U.S. (berbanding) harga di negara lain
menyebabkan turun nilai USD (Depreciation of the dollar) dalam jangka panjang.

2. Tingkat Produktiviti Relatif


Pertumbuhan produktiviti mengukur peningkatan output sesebuah negara pada tingkat
input sedia ada (pada tingkat input atau kos yang sama, negara menghasilkan output
yang lebih banyak).
Apabila sesebuah negara lebih produktif berbanding negara lain, bermakna negara
tersebut boleh mengelurkan barangan dengan kos yang lebih murah berbanding
pengeluar asing.
Maka eksport negara akan meningkat dan import berkurangan.
Kadar tukaran asal: USD1.50/pound
Andaikan: Pertumbuhan produktiviti U.S. lebih cepat berbanding U.K.
Kesannya, barangan US menjadi lebih murah berbanding barangan UK.
Pengguna US mengurangkan DD barangan UK yang relatif mahal.
o Penurunan DD matawang asing () keluk DD anjak ke kiri (D0 ke D2).
Pengguna UK menambahkan pembelian barangan US yang relatif murah.
o Peningkatan SS matawang asing () keluk SS anjak ke kanan (S0 ke S2).
Kadar tukaran baru: USD1.40/pound
Kedua-dua anjakan DD dan SS tersebut menyebabkan pound turunnilai dan naik nilai USD
(Appreciation of the dollar).
Rumusan: Dalam jangka panjang, apabila negara menjadi lebih produktif berbanding
negara lain, menyebabkan matawang negara tersebut naik nilai.

3. Keutamaan terhadap barangan asing dan tempatan


Jika pengguna tempatan mengutamakan barangan asing, import akan meningkat. Atau,
jika pengguna asing tertarik dengan barangan tempatan, eksport akan meningkat.
Kadar tukaran asal: USD1.50/pound
Andaikan: Pengguna US mengutamakan atau cenderung terhadap barang pembuatan UK
(e.g. automobile dan pemain CD).
o Peningkatan DD import US terhadap barang UK (An increased demand for U.S.
imports)
o Peningkatan DD matawang asing () keluk DD anjak ke kanan (D0 ke D1).
o Anjakan DD tersebut menyebabkan pound naiknilai dan turun nilai USD
(Depreciation of the dollar).
o Kadar tukaran baru: USD1.55/pound
Sebaliknya, andaikan pengguna UK meningkatkan penggunaan/permintaan terhadap
peralatan computer, mesin dan apple daripada US.
o Peningkatan DD terhadap eksport US (An increased demand for U.S. exports)
o Peningkatan SS matawang asing () keluk SS anjak ke kanan.

3
o Anjakan SS tersebut menyebabkan pound tutunnilai dan naiknilai USD
(Appreciation of the dollar).
Rumusan: Peningkatan DD terhadap eksport negara akan menyebabkan naik nilai
matawang negara tersebut, sebaliknya peningkatan DD import negara menyebabkan
susut nilai matawang negara tersebut.

4. Halangan Perdagangan
Andaikan: Kerajaan US mengenakan tarif terhadap besi dari UK. Ini menyebabkan besi UK
secara relatif lebih mahal berbanding besi keluaran tempatan.
Kadar tukaran asal: USD1.50/pound
Tarif menyebabkan penduduk US mengurangkan pembelian besi dari UK.
o Penurunan DD matawang asing () keluk DD anjak ke kiri (D0 ke D2).
o Anjakan DD tersebut menyebabkan pound turunnilai dan naik nilai USD
(Appreciation of the dollar).
o Kadar tukaran baru: USD1.45/pound
Rumusan: Sekatan perdagangan seperti tarif dan kuota menyebabkan naik nilai
matawang negara bagi negara yang melaksanakan sekatan perdagangan tersebut.
Ringkasan ditunjukkan oleh Jadual 1 di bawah:

Jadual 1: Penentu Kadar Tukaran dalam Jangka Panjang

4
KADAR INFLASI, PARITI KUASA BELI DAN KADAR TUKARAN JANGKA PANJANG

Bagaimana harga relatif dapat menentukan kadar pertukaran dalam jangka panjang?
Hukum satu harga (Law of one price) menyatakan barang yang serupa (identical)
sepatutnya dijual pada harga yang sama di mana-mana lokasi apabila ditukar kepada
matawang yang sama.
Dengan andaian:
tiada kos pengangkutan
tiada sekatan perdagangan
pasaran adalah PPS.
Jika wujud perbezaan harga antara lokasi, pembeli membeli di lokasi harga terendah dan
penjual akan menjual di lokasi harga tertinggi arbitraj.
Perbezaan harga dihapuskan melalui aktiviti arbitraj.
Arbitraj membeli pada harga yang rendah dan menjual pada harga yang tinggi secara
serentak (simultaneous).
Step 1: Menukarkan (convert) harga barang dalam matawang yang sama (common currency)
pada kadar tukaran pasaran. Contoh, peralatan mesin Switzerland dalam nilai franc
ditukarkan (convert) kepada USD.
Step 2: Setelah ditukar kepada matawang yang sama (contoh USD), harga barang (barang yang
identical) bagi dua negara yang berbeza sepatutnya SAMA. Iaitu harga mesin di Switzerland
perlu sama dengan harga mesin di US.
Jika ini dipenuhi bermakna kuasa beli (purchasing power) franc adalah setara (parity)
dengan kuasa beli USD wujud hokum satu harga (law of one price).
Hukum satu harga dapat menghasilkan kadar tukaran keseimbangan yang benar/tepat (true
equilibrium rate)
Walau bagaimanapun, kos pengangkutan yang tinggi dan sekatan perdagangan menyebabkan
hukum satu harga tidak berlaku dalam realiti.

Burgeromics: Indeks Big Mac dan Hukum Satu Harga

Big Mac contoh barang identical (serupa) dijual di lebih 40 buah negara.
Contoh lain: Coca Cola atau kopi Starbuck.
Bertujuan untuk mengukur nilai keseimbangan yang tepat (true) bagi sesuatu matawang
menggunakan satu produk, contoh Big Mac
Menurut hukum satu harga (Law of one price) Big Mac perlu mempuyai kos yang sama
dalam matawang tertentu tidak kira di negara mana ia dibeli menghasilkan kadar pertukaran
keseimbangan (true equilibrium rate).
Jadual 2 menunjukkan kos Big Mac di negara yang berbeza pada tahun 2015.
Berdasarkan indeks Big Mac, kadar tukaran antara USD dan yen Jepun dikatakan dalam
keseimbangan jika kadar tukaran tersebut dapat menyamakan harga Big Mac di US dan di
Jepun.
Iaitu kos Big Mac akan SAMA di US dan Jepun jika ditukarkan dalam matawang yang sama,
contoh USD

5
Jika kos adalah berbeza di kedua-dua negara, maka hukum satu harga tidak berlaku. Yen
dikatakan terlebih nilai (over valued) atau terkurang nilai (under valed) berbanding USD.
Ini bermakna, indeks Big Mac boleh digunakan untuk menentukan sejauh mana kadar
tukaran pasaran berbeza dengan true equilibrium exchange rate.

Jadual 2: Indeks Big Mac, 2015

Contoh 1:
Harga semasa Big Mac di US = USD4.79
Harga semasa Big Mac di Switzerland = 6.50 franc = USD7.54 (apabila ditukar kepada USD)
7.54
Ini bermakna franc terlebih nilai (overvalued) sebanyak 57.4% = (4.79 = 1.574)

Contoh 2:
Harga semasa Big Mac di US = USD4.79
Harga semasa Big Mac di Thailand = 99.0 bath = USD3.04
3.04
Ini bermakna bath terkurang nilai (undervalued) sebanyak 36.5% = (4.79 = 0.635)

Menurut teori, pengarbitraj boleh membeli Big Mac di Thailand dengan harga USD3.04
(dimana bath undervalued) dan menjualnya di Switzerland dengan harga USD7.54 (dimana
franc overvalued).
Aktiviti ini meningkatkan harga Big Mac di Thailand dan menurunkan harga Big Mac di
Switzerland.
Dalam realiti, dagangan arbitraj ini gagal membawa kepada penyamaan harga tidak wujud
hukum satu harga.

6
Sebab mengapa hukum satu harga tidak berlaku:
Ada barangan tidak boleh didagangkan (non-tradable).
Kos pengangkutan dan halangan perdagangan menyebabkan harga berbeza di pelbagai
negara.
Perbezaan pendapatan antara negara.
Perbezan komposisi dan kepentingan relatif pelbagai barangan.

Pariti Kuasa Beli (Purchasing Power Parity/PPP)

Teori yang terkenal tentang penyelarasan kadar tukaran adalah teori pariti/kesamaan kuasa
beli (purchasing power-parity theory).
Menurut teori parity/kesamaan kuasa beli (PPP theory), kadar tukaran akan menyelaras
supaya kos barang dan perkhidmatan akan sama di semua lokasi.
Contoh ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3: Hukum Satu Harga Besi

Contoh:
Besi Jepun = 50,000 yen per ton
Besi US = USD500 per ton
Hukum satu harga menyatakan kadar tukaran antara yen dan USD adalah:
= 50,000 yen USD500 = 100 yen/USD iaitu bagi memastikan harga besi adalah sama
dikedua-dua lokasi.

Katakan:
Harga besi Jepun meningkat sebanyak 10%, iaitu kepada 55,000 yen per ton.
Harga besi US kekal pada USD500

Berdasarkan hukum satu harga kadar pertukaran antara yen dan USD perlu meningkat
kepada:
= 55,000 yen USD500 = 110 yen/USD
Ini bermakna yen perlu susut nilai sebanyak 10%
110100
Susutnilai yen = 100 100 = 10%

7
Iaitu jika harga besi naik 10% relatif kepada harga besi US, yen perlu susutnilai 10%
berbanding USD.

PPP menekankan kepentingan perbezaan harga relatif (relative inflationary) antara dua
negara.
Jika kadar inflasi adalah tinggi di sebuah negara berbanding negara lain, wang negara
tersebut akan kehilangan kuasa beli terhadap barang tempatannya.
Ini bermakna, kita menjangkakan matawang negara tersebut akan menyusut nilai untuk
mengembalikan kesamaan (parity) dengan harga barangan di luar negara (susutnilai
matawang akan menyebabkan harga barang import relatif mahal dan harga barang eksport
relatif murah).
Ini bermakna menurut teori PPP, eksport dan import barangan dan perkhidmatan (aliran
dagangan) merupakan mekanisme yang menyebabkan mata wang menyusut dan naiknilai.
PPP juga mencadangkan perubahan dalam harga relatif negara menentukan perubahan
kadar tukaran dalam jangka panjang.
Teori ini meramalkan, nilai tukaran asing bagi sesuatu matawang cenderung untuk naiknilai
(appreciate) atau turunnilai (depreciate) pada kadar yang sama dengan perbezaan inflasi
antara negara tempatan dengan negara asing.
Contoh:
CPI US = 120
CPI Switzerland = 124
Maka Inflasi US melebihi 4% inflasi di Switzerland ini bermakna kuasa beli USD jatuh
berbanding franc.
Ini bermakna menurut teori PPP, nilai USD perlu jatuh sebanyak 4% berbanding franc.
Dan sebaliknya, nilai USD perlu naiknilai jika inflasi di US lebih rendah berbanding di
Switzerland.

Teori Pariti Kuasa Beli boleh digunakan untuk meramalkan (predict) kadar pertukaran jangka
panjang.

1 0
1 = 0
1 0

dimana
PUS = indeks harga di U.S.
PS = indeks harga di Switzerland
0 = tahun asas
1 = tahun 1
S0 = kadar tukaran keseimbangan pada tahun asas.
S1 = kadar tukaran sasaran yang dianggarkan pada masa hadapan.

8
Contoh:
0 = 100
1 = 200 (kadar inflasi US meningkat 100%)
0 = 100
1 = 100 (kadar inflasi Switzerland kekal tidak berubah)
0 = USD0.50

200100
1 = 0.50 = 0.50(2) = 1.00
100100

Berdasarkan contoh ini, kadar inflasi US meningkat 100% sementara kadar inflasi Switzerland
kekal tidak berubah.
Untuk mengekalkan PPP antara USD dan franc, USD perlu susutnilai (depreciate) sejumlah yang
sama seperti perbezaan dalam peratusan kadar inflasi di US dan Switzerland.
Iaitu USD perlu susutnilai 100%, daripada USD0.50 per franc kepada USD1.00 per franc.

Dan begitulah sebaliknya jika diandaikan kadar inflasi di Switzerland meningkat 100% sementara
kadar inflasi di US tidak berubah. Maka USD perlu naik nilai 100% iaitu kepada USD0.25 per franc.

PENENTUAN KADAR PERTUKARAN JANGKA PENDEK: PENDEKATAN ASET-PASARAN

Kadar pertukaran boleh berubah dalam masa satu hari (jangka pendek).
Wujud faktor lain selain faktor perubahan tingkat harga relatif, trend produktiviti, keutamaan
pengguna dan sekatan perdagangan dalam mempengaruhi kadar tukaran dalam jangka
pendek.
Gelagat kadar tukaran dalam jangka pendek dijelaskan oleh aktiviti pasaran tukaran asing
yang didominasikan oleh pelabur aset, seperti bil/sekuriti Perbendaharaan, bon korporat,
akaun bank, stok/saham dan hartanah.
98% urusniaga pasaran pertukaran asing disumbangkan oleh aset yang diurusniagakan di
pasaran global.
Menurut pendekatan Aset-Pasaran (Asset-market approach), pelabur mempertimbangkan
2 faktor utama apabila membuat pilihan antara pelaburan asing dengan pelaburan tempatan
Tingkat kadar bunga relatif (Relative levels of interest rates)
Jangkaan perubahan kadar pertukaran dalam tempoh pelaburan (Expected changes in the
exchange rate itself over the term of the investment)

1. Tingkat kadar bunga nominal

Kadar bunga nominal mengukur kadar pulangan (rate of return) aset di sesuatu negara.
Perbezaan tingkat kadar bunga nominal antara negara menentukan aliran pelaburan
antarabangsa.
Pelabur akan memilih kadar pulangan yang tertinggi.
Jika kadar bunga U.S. lebih tinggi daripada kadar bunga negara asing.

9
o DD negara asing terhadap sekuriti dan akaun bank US akan meningkat.
o Wujud aliran pelaburan masuk ke US dan meningkatkan DD USD.
o USD naik nilai (Dollar appreciation) berbanding matawang asing
Jika kadar bunga U.S. lebih rendah berbanding kadar bunga asing
o DD terhadap sekuriti dan akaun bank asing akan meningkat.
o Berlaku aliran keluar pelaburan dari US
o Mengurangkan DD USD
o Turun nilai USD (Dollar depreciation) berbanding matawang asing.

Contoh: Rajah 2 dalam panel (a).


Kadar tukaran asal: USD1.50/pound.
Andaikan Bank Pusat US mengumumkan dasar kewangan mengembang (menambahkan SS
wang) menyebabkan kadar bunga di US jatuh kepada 3%, sementara kadar bunga di UK kekal
6%.
Pelabur US tertarik untuk melabur di UK menyebabkan DD pound meningkat (DD anjak ke
kanan D0 ke D1).
Pelabur UK merasakan pelaburan di US kurang menarik dan menarik keluar pelaburan
menyebabkan SS pound berkurangan (SS anjak ke kiri S0 ke S1).
Kesannya: Kadar tukaran baru meningkat ke USD1.60/pound.
o Pound naiknilai
o USD turun nilai

Kadar bunga benar (Real interest rate) = Kadar bunga nominal kadar inflasi.
Andaikan kenaikan kadar bunga nominal US disertai dengan kenaikan kadar inflasi di US
dengan kadar yang sama maka kadar bunga benar adalah konstan.
Kenaikan kadar inflasi menyebabkan aset US dalam sebutan USD menjadi kurang menarik
bagi pelabur UK walaupun kadar bunga nominal US telah meningkat.
Kenaikan inflasi menyebabkan pembeli US memilih barangan UK yang relatif lebih murah,
menyebabkan DD pound UK meningkat. Dan, pengguna UK merasakan barang US relatif
mahal menyebabkan SS pound berkurangan. Kedua-dua kesan tersebut menyebabkan
USD turunnilai (Dollar depreciation) berbanding pound UK.
Ini bermakna, apabila berlaku inflasi pelabur UK menjangkakan nilai USD akan susutnilai,
iaitu kuasa beli USD akan jatuh.
Maka kenaikan kadar bunga nominal telah dipampaskan (offset) oleh jangkaan kadar
pertukaran yang lebih rendah di masa depan.
Maka tiada motivasi untuk melabur ke US

2. Jangkaan perubahan kadar pertukaran (Expected change in the exchange rate)

Pelabur perlu mempertimbangkan pulangan pelaburannya di masa hadapan yang mana


bukan ditentukan oleh kadar bunga semata-mata.
Dalam tempoh masa pelaburan nilai bayaran pelaburan di masa hadapan ditentukan juga oleh
kadar tukaran.

10
Ini bermakna pelabur perlu mempertimbangkan sebarang kemungkinan keuntungan (gains)
atau kerugian (losses) dalam urusniaga matawang asing di samping kadar bunga yang diterima
aset.
Jangkaan tentang kadar tukaran akan mempengaruhi pengiraan pulangan yang bakal
diperolehi daripada pelaburan di negara asing (dalam sebutan matawang asing).
Ini bermakna, peningkatan kadar bunga yang disertai dengan jangkan susut nilai matawang
asing akan menyebabkan pelabur tidak tertarik untuk melabur ke negara berkenaan.
Contoh:
Pelabur UK menjangkakan 3 bulan akan datang:
o USD naiknilai (appreciate) berbanding pound UK
Daripada USD1.50/ kepada USD1.45/
Kadar tukaran semerta sekarang: USD1.50/
o Pelabur UK perlu membelanjakan 100,000 untuk membeli Bil Perbendaharan US
yang bernilai USD150,000
o Selepas tempoh matang (3 bulan), pelabur UK akan menukarkan USD150,000
(termasuk kadar bunga) kepada pound UK pada kadar tukaran USD1.45/ dan
menerima 103,448 (150,000/1.45 = 103,448).
Keuntungan = 3,448 pound (foreign exchange gain) menggalakkan pelabur
melabur ke US
Jangkaan terhadap naiknilai USD menjadikan bil perbendaharaan US menjadi
pilihan (more attractive) pelabur UK.
SS pound UK meningkat
USD naiknilai (appreciate).
Future expectations of an appreciation of the dollar can be self-fulfilling for
todays value of the dollar keuntungan dijangkakan (anticipated gains) akibat
naiknilai USD menyebabkan pelaburan mengalir dari UK ke US menyebabkan
nilai USD meningkat pada hari ini.

Rumusan: perubahan faktor jangka panjang yang menyebabkan jangkaan nilai masa hadapan
USD akan naiknilai akan menyebabkan nilai USD naiknilai pada hari ini.

11
Rajah 2: Faktor yang Menentukan Kadar Tukaran dalam Jangka Pende

Faktor tersebut diringkaskan dalam Jadual 4.

Jadual 4: Penentu Kadar Tukaran dalam Jangka Pendek

12
KADAR PERTUKARAN OVERSHOOTING (EXCHANGE-RATE OVERSHOOTING)

Perubahan jangkaan dalam faktor pasaran (market fundamentals) mempengaruhi


kebolehubah (volatility) kadar pertukaran dalam jangka pendek.
Contoh: jangkaan tentang perubahan dasar kewangan atau fiscal negara menyebabkan
perubahan dalam jangkaan kadar pertukaran pada masa hadapan yang seterusnya
menyebabkan perubahan kadar pertukaran keseimbangan pada hari ini.
Kebolehubahan dalam kadar pertukaran ini seterusnya diperkukuhkan (intensified) lagi oleh
fenomena overshooting.
Kadar pertukaran dikatakan overshoot apabila tindakbalas jangka pendek kadar tukaran
(turun nilai atau naik nilai) terhadap faktor pasaran adalah lebih besar daripada tindakbalas
jangka panjangnya.
(An exchange is said to overshoot when its short-run response (depreciation or appreciation)
to a change in market fundamental is greater than its long-term response)
Kadar pertukaran overshoot kemungkinan disebabkan
Keanjalan lebih kecil dalam jangka pendek berbanding jangka panjang Rajah 3
o DD pound meningkat D0 ke D1 USD turun nilai (USD2.00/pound ke USD2.20/pound)
dalam jangka pendek.
o Turun nilai USD menyebabkan eksport US relatif murah DD terhadap eksport US
meningkat SS pound meningkat semakin lama tempoh masa, semakin semakin
besar kenaikan eksport, semakin kenaikan SS pound keluk SS pound lebih anjal dalam
jangka panjang (S1) perubahan D0 ke D1 menyebabkan kadar pertukaran
keseimbangan jangka panjang menjadi USD2.10/pound.
o Perbezaan keanjalan menyebabkan turun nilai USD dalam jangka pendek overshoot
turun nilai jangka panjangnya.

Kadar pertukaran juga lebih fleksibel (sensitive) berbanding harga lain seperti kadar upah,

Rajah 3: Overshooting Kadar Tukaran

13

Anda mungkin juga menyukai