Anda di halaman 1dari 11

PEA6024: Makroekonomi

1.0

Ulasan Jurnal: Inflasi Pendidikan


Mengikut Ketentuan
dalam
Pasaran Buruh Malaysia

PENDAHULUAN

Jurnal yang bertajuk

Inflasi Pendidikan Mengikut Ketentuan dalam

Pasaran Buruh Malaysia telah dipilih untuk diulas dari segi kaedah
kajian yang digunakan, persampelan kajian, dapatan analisis kajian
dan juga akan sedikit memberi pandangan atau cadangan terhadap
kajian yang dilakukan. Jurnal ini merupakan hasil tulisan Zulkifly
Osman, Ishak Yusoff dan Abu Hassan Shaari Mohd Nor. Ketiga-tiga
penulis ini adalah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan
ianya telah diterbitkan 44 pada tahun 2010 oleh Jurnal Ekonomi
Malaysia.
Fenomena peningkatan mendadak bilangan universiti dan
kolej swasta di Malaysia bermula pada pertengahan tahun 1990-an
telah

menyebabkan

pertambahan

bilangan

graduan

yang

menganggur saban tahun. Rentetan daripada fenomena ini, maka


terjadilah ketakpadanan pekerjaan antara pencapaian pendidikan
dengan keperluan pekerjaan. Antara faktor berlakunya fenomena
ini adalah seperti yang dilaporkan dalam kajian Zulkifly Osman et
al. pada tahun 2009 mengenai kelayakan akademik yang lebih
tinggi diperlukan bagi mengisi kekosongan jawatan semasa.
Oleh

yang

demikian,

dapatlah

dikatakan

secara

umum

bahawa pencapaian pendidikan yang lebih tinggi tidak akan


mendatangkan banyak manfaat kepada individu dan juga negara.
Hal ini disebabkan, apabila secara teorinya tahun persekolahan
telah meningkat tetapi peluang pekerjaan masih pada tahap yang
sama, dengan andaian faktor lain adalah tetap, maka akan
pertambahan penawaran pendidikan yang menyebabkan kadar
pulangan pendidikan akan berkurangan. Pengkaji juga menyatakan
dua

implikasi

hasil

daripada

pengurangan

kadar

pulangan

pendidikan yang sedang dialami oleh negara kita,iaitu berlakunya


lambakan graduan yang menganggur kerana tidak mendapat

PEA6024: Makroekonomi

peluang

pekerjaan

Ulasan Jurnal: Inflasi Pendidikan


Mengikut Ketentuan
dalam
Pasaran Buruh Malaysia

dan

yang

kedua

adalah

berlakunya

ketakpadanan pekerjaan dengan pencapaian pendidikan dimiliki.


Bagi mencari alternatif kepada masalah ini, ramai graduan
yang

gagal

mendapatkan

pekerjaan

telah

memilih

untuk

melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi dengan harapan


peluang

untuk

menamatkan
diterima

diterima

pengajian.

hanya

bekerja

adalah

Walaupun

memerlukan

lebih

kadangkala

kelayakan

tinggi

setelah

jawatan

yang

lebih

yang

rendah

berbanding dengan kelayakan akademik yang dimiliki. Unsur


ketidaksepadanan ini menyebabkan wujudnya penalti dan ianya
terpaksa ditanggung oleh pihak-pihak yang terlibat.
Berikutan keadaan yang membimbangkan ini, ianya telah
mendorong para pengkaji untuk meneliti akan punca berlakunya
ketakpadanan pekerjaan dalam bentuk inflasi pendidikan dan
mengkaji mengenai jumlah penalti yang terpaksa dibayar oleh
pihak-pihak terlibat. Hasil kajian ini diharap dapat membuktikan
secara empirik mengenai andaian punca-punca pengurangan kadar
pulangan

pendidikan

samada

ianya

berpunca

dari

aspek

permintaan iaitu kerana perubahan standard dalam pengambilan


pekerja baru atau berpunca dari aspek penawaran iaitu wujudnya
lebihan pendidikan khususnya pada peringkat peringkat pengajian
tinggi.

2.0

KAEDAH KAJIAN

Para pengkaji telah mengklasifikasikan kaedah kajian kepada dua


sub-topik iaitu Spesifikasi Model dan Analisis Deskriptif Data bagi
proses menjawab persoalan-persoalan dalam kajian ini.
2.1

SPESIFIKASI MODEL

PEA6024: Makroekonomi

Ulasan Jurnal: Inflasi Pendidikan


Mengikut Ketentuan
dalam
Pasaran Buruh Malaysia

Terdapat dua model yang telah diaplikasikan ke atas kajian ini iaitu
Model 1 dan Model 2 yang berdasarkan Model asas Mincer (1974).
Model 1 digunakan oleh pengkaji untuk menjawab persoalan
pertama iaitu apakah punca terjadinya inflasi pendidikan?; Adakah
Malaysia

telah

mengalami

lebihan

pendidikan

atau

ianya

disebabkan oleh perubahan standard pengambilan pekerja baru


yang semakin ketat berbanding dahulu? Manakala Model 2 pula
akan menjawab persoalan mengenai berapakah nilai penalti yang
terpaksa ditanggung oleh pihak terlibat dalam fenomena ini? Bagi
menguatkan lagi hasil kajian, pengkaji juga telah menggunakan
Ujian Chow (1960) untuk persoalan kedua ini.
Spesifikasi Model 1 dan Model 2 dapat di gambarkan seperti di
bawah dengan menggunakan fungsi asas pendapatan semi log
linear Mincer (1974).

ln wi = i + 1 Si + 2 Expi + 3 (Expi) + i,
i = 1,..,n

(1)

dengan,
wi = Pendapatan daripada upah tahunan individu
Si = Bilangan tahun persekolahan
Expi = Pengalaman bekerja

Dalam persamaan (1) dan selepas ini dirujuk sebagai Model 1, upah
individu

(w)

berdasarkan

sebagai
purata

gaji

pembolehubah

bersandar

tahunan untuk

tempoh

diperoleh

lima

tahun.

Pendidikan merupakan pembolehubah bebas, seperti biasa diukur


dengan menggunakan bilangan tahun yang dihabiskan dalam
3

PEA6024: Makroekonomi

Ulasan Jurnal: Inflasi Pendidikan


Mengikut Ketentuan
dalam
Pasaran Buruh Malaysia

sistem pendidikan formal (tahun persekolahan, S). Di Malaysia,


tempoh persekolahan untuk sekolah rendah ialah 6 tahun. Ia
disusuli dengan 3 tahun lagi bagi sekolah menengah rendah.
Seterusnya untuk ke peringkat SPM atau STPM memerlukan pelajar
menghabiskan tempoh antara 11 atau 13 tahun. Peringkat diploma
dan ijazah pula masing-masing memerlukan tempoh pengajian
sekurang-kurangnya 2 hingga ke 4 tahun lagi.
Pengalaman bekerja (Exp) pula dianggar berasaskan kepada
hasil

tolak

umur

semasa

responden

dengan

jumlah

tahun

persekolahan. Kemudian jumlah ini dikurangkan lagi sebanyak enam


tahun

sebagai

tempoh

tahun

sebelum

bersekolah.

Bagi

membuktikan bahawa pengalaman bekerja tertakluk kepada hukum


pulangan bertambah kurang, maka pengalaman bekerja akan
dikuasa duakan (Exp). Jika berlaku hukum pulangan bertambah
kurang, maka nilai pekali pengalaman bekerja ganda dua akan jadi
negatif.
Semasa penganggaran dibuat terhadap fungsi pendapatan,
pendidikan diproksikan dengan menggunakan pembolehubah dumi
mengikut

tahap-tahap

pencapaian

pendidikan

tertinggi

setiap

individu. Dalam hal ini, diandaikan bahawa kelulusan (sijil atau


ijazah) yang diterima oleh individu lebih bermakna kepada majikan
berbanding

dengan

jumlah

tahun

persekolahan

seperti

yang

dihujahkan oleh Spence (1973) dan Arrow (1973). Apabila gantian


tadi

dibuat,

andaian

kelinearan

dalam

spesifikasi

tahun

persekolahan dengan sendirinya akan gugur.


Dalam kajian ini, model berkenaan dikenal sebagai Model 2.
Tahap pencapaian pendidikan dibahagikan kepada lima peringkat,
iaitu Sijil Rendah Pelajaran, SRP ke bawah, Menengah Rendah, iaitu
Sijil Pelajaran Malaysia, SPM (DMRi), Menengah atas iaitu Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia, STPM/ Sijil (DMTi), Diploma (DDIPi), dan Ijazah
(DDEGi). Spesifikasi baru ditunjukkan dalam persamaan (2).
4

PEA6024: Makroekonomi

Ulasan Jurnal: Inflasi Pendidikan


Mengikut Ketentuan
dalam
Pasaran Buruh Malaysia

ln wi = I + 1 Expi + 2 (Expi) + 3 DMRi


+ 4 DMTi + 5 DDIPi + 6 DDEGi + i

(2)

i = 1, .., n

Dalam persamaan (2) atau selepas ini disebut sebagai Model


2,

Sijil

Rendah

Pelajaran

(SRP)

dan

ke

bawah

dijadikan

pembolehubah terkawal dan duminya bernilai sifar. Lain-lain dumi


adalah (DMRi), (DMTi), (DDIPi), dan (DDEGi) iaitu masing-masingnya
untuk tingkat kelulusan SPM, STPM, Diploma dan Ijazah akan
mengambil nilai bersamaan dengan 1. Selain itu, pengkaji juga
menekankan

mengenai

dua

pembolehubah

kawalan

turut

dimasukkan ke dalam setiap model ketika poses penganggaran


dilakukan. Pembolehubah yang dimaksudkan adalah pembolehubah
dumi bagi jantina (lelaki = 1 dan wanita = 2). Pembolehubah dumi
juga diberikan kepada lokasi sekolah (sekolah bandar = 1 dan luar
bandar

2).

Tujuannya

adalah

untuk

mendapatkan

hasil

penganggraran yang lebih baik.


Seterusnya, pengkaji juga mengambil kira pembolehubah dumi
yang

melibatkan

jawapan

kepada

soalan

berhubung

dengan

ketakpadanan pekerjaan dalam bentuk inflasi pendidikan mengikut


label Km = K Kp = 1, jika K > Kp dan sebaliknya jika Km = 0. Antara
sebab lain pembolehubah dumi ini diambil kira adalah kerana
pengkaji

ingin

melihat

punca-punca

kemungkinan

berlakunya

lebihan (penawaran) pendidikan. Lebihan penawaran pendidikan


tidak boleh dianggap sebagai inflasi pendidikan, sekiranya hasil nilai
pekali pembolehubah Km adalah signifikan dan positif. Justeru,
ketakpadanan pekerjaan adalah berpunca daripada perubahan
standard pengambilan pekerja baru yang lebih ketat berbanding
5

PEA6024: Makroekonomi

Ulasan Jurnal: Inflasi Pendidikan


Mengikut Ketentuan
dalam
Pasaran Buruh Malaysia

dahulu. Walaubagaimanapun, sekiranya nilai pekali pembolehubah


Km adalah negatif, maka lebihan (penawaran) pendidikan

secara

automatik akan menjadi punca berlakunya inflasi pendidikan dalam


negara kita.
Berikutnya, pengkaji juga telah melaksanakan Ujian Chow (1960)
bagi melihat kesan penalti keatas pihak terlibat akibat inflasi
pendididkan. Jika hasil ujiannya dalah signifikan, maka Model 1 dan
Model 2 boleh diaplikasikan ke atas kumpulan responden K m = K
Kp = 1, jika K > Kp dan kumpulan responden Km = 0 secara
berasingan. Walaupunbegitu, pembolehubah interaksi antara dumi
Km dengan tahun persekolahan dan dumi Km dengan tingkat
pencapaian pendidikan yang berbeza telah dimasukkan kedalam
kedua-dua model tersebut bagi mendapatkan perbandingan purata
pulangan pendidikan yang lebih bermakna.

2.2

ANALISIS DESKRIPTIF DATA

Data hasil kajian yang dijalankan pada tahun 2007 2008 dengan
menggunakan bantuan grant FRGS telah digunakan dengan saiz
sampel kajian seramai 1879 orang pekerja yang terdiri daripada
pelbagai sektor perkhidmatan seperti sektor kewangan, pendidikan,
pelancongan, bidang informasi dan komunikasi dan teknologi (ICT)
telah dipilih bagi menyempurnakan kajian ini. Alatan kajian yang
digunakan

adalah

Borang

mengikut

negeri

dan

Soal

Selidik

tingkat

yang

pendidikan

telah
bagi

diagihkan
sub-sektor

perkhidmatan di atas. Responden yang terlibat terdiri daripada


negeri Pulau Pinang sebanyak 10.4%, Kedah sebanyak 7.3%,
Selangor

sebanyak

23.1%,

Johor

sebanyak

20.8%,

Terengganu

sebanyak

0.6%.

Kebanyakan

sebanyak

sebanyak
responden

18.4%,

19.4%

dan

memiliki

Kelantan
Pahang
kelulusan

PEA6024: Makroekonomi

Ulasan Jurnal: Inflasi Pendidikan


Mengikut Ketentuan
dalam
Pasaran Buruh Malaysia

peringkat SPM sebanyak 34.1%, diikuti dengan Diploma sebanyak


24.3%, Ijazah sebanyak 24.0% dan paling sedikit adalah peringkat
STPM iaitu sebanyak 13.5%.

3.0

DAPATAN KAJIAN

Hasil kajian yang ditulis oleh pengkaji akan memberi jawapan


kepada dua persoalan utama dalam kajian ini iaitu apakah punca
berlakunya inflasi pendidikan dan nilai penalti yang ditanggung oleh
pihak terlibat.
3.1

Persoalan Pertama: Apakah punca berlakunya inflasi


pendidikan di negara kita?

Dengan menggunakan Model 1, kajian ini telah dapat merungkaikan


bahawa punca inflasi pendidikan yang berlaku di negara kita adalah
disebabkan oleh perubahan standard pengambilan pekerja baru
yang lebih ketat berbanding dahulu dan bukannya disebabkan oleh
lebihan pendidikan.
Ianya telah dibuktikan melalui Model Penganggran OLS yang
digunakan

apabila

nilai

pembolehubah-pembolehubah

seperti

jantina, lokasi sekolah dan pengalaman adalah bernilai positif dan


signifikan. Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan sebanyak
9.2% dalam nilai pembolehubah jantina dan lokasi sekolah. Ini
bermakna wujudnya perbezaan pendapatan antara lelaki yang
bersekolah

di

bandar

bersekolah

di

luar

berbanding

bandar.

pendapatan

Seterusnya,

bagi

wanita

yang

pembolehubah

pengalaman bekerja pula, pendapatan hanya meningkat sebanyak


4.6% sahaja dan tingkat maksimum peningkatan pendapatan hanya
diperolehi setelah mencecah 37 tahun bekerja. Manakala nilai bagi
7

PEA6024: Makroekonomi

Ulasan Jurnal: Inflasi Pendidikan


Mengikut Ketentuan
dalam
Pasaran Buruh Malaysia

pengalaman kerja kuasa dua pula, nilai yang diperolehi adalah


negatif (-0.001) yang membawa maksud peningkatan pengalaman
kerja

tidak

menghasilkan

peningkatan

pendapatan

secara

berterusan tetapi ianya bergantung kepada hukum pulangan


bertambah kurang.
3.2

Persoalan

Kedua:

Berapakah

nilai

penalti

yang

ditanggung oleh pihak terlibat akibat inflasi pendidikan?


Bagi

menjawab

perbandingan

persoalan

berdasarkan

ini,
kadar

pengkaji

telah

pulangan

kasar

membuat
marginal

terhadap setiap tingkat pendidikan diterima yang terdiri daripada


tingkat menengah rendah menengah tinggi, menengah rendah
diploma, menengah rendah ijazah dan menengah tinggi ijazah.
Perbezaan kadar pulangan kasar marginal yang diperolehi adalah
masing-masing 6%, 4.6%, -1.1% dan -5%.

Hasil analisis yang

diperolehi menunjukkan kadar pulangan kasar marginal makin


berkurangan

dan

menjadi

negatif

pada

tingkat

pendidikan

menengah rendah- ijazah seterusnya terus meningkat kadar negatif


pada tingkat pendidikan menengah- tinggi.
Oleh yang demikian, dapatlah dikatakan bahawa isu inflasi
pendidikan ini hanyalah tertumpu kepada golongan yang mendapat
pendidikan tinggi hingga ke peringkat ijazah. Justeru, nilai penalti
yang ditanggung oleh graduan yang memiliki ijazah adalah yang
tertinggi dengan kadar pulangan kasar marginal menurun sebanyak
5%.

PEA6024: Makroekonomi

4.0

Ulasan Jurnal: Inflasi Pendidikan


Mengikut Ketentuan
dalam
Pasaran Buruh Malaysia

KEKURANGAN DALAM KAJIAN

Setelah jurnal ditelaah secara teliti, kajian ini dapat menjawab


persoalan yang dikemukan dengan baik. Walaubagaimanapun,
terdapat beberapa bahagian yang dirasakan boleh ditambah baik
pada masa hadapan. Antaranya adalah:
i)

unsur-unsur yang terdapat dalam persamaan Ujian Chow


(1960) yang digunakan bersama Model 1 dan Model 2 tidak
dijelaskan secara teperinci. Nilai K,

dan

tidak dijelaskan

dalam persamaan Km = K Kp = 1. Hal ini mungkin akan


menyebabkan kekeliruan kepada sesetengah pembaca yang
masih baharu dalam bidang ini.
ii)

Seterusnya adalah bahagian Analisis Deskriptif Data, pengkaji


tidak menyatakan jumlah populasi bagi kajiannya terlebih
dahulu sebelum menyatakan saiz sampel yang dipilih.

iii)

Dalam jurnal ini, pengkaji tidak menyatakan sumber rujukan


bagi penentuan jumlah sampel yang sepatutnya berdasarkan
jadual persampelan.

iv)

Berikutnya, masih lagi dalam bahagian Analisis Deskriptif


Data, pengkaji tidak menyatakan jenis kaedah persampelan
yang telah digunakan untuk menentukan bilangan respoden
mengikut negeri.

v)

Yang terakhir adalah mengenai kronologi hasil analisis bagi


menjawab persoalan pertama dan persoalan kedua pada
bahagian
bercampur

Hasil
aduk

Kajian.

Kronologi

dengan

hasil

yang

analisis

ditulis
bagi

adalah

kedua-dua

PEA6024: Makroekonomi

Ulasan Jurnal: Inflasi Pendidikan


Mengikut Ketentuan
dalam
Pasaran Buruh Malaysia

persoalan. Hasil analisis ditulis tidak secara sistematik dan


boleh mengelirukan pembaca.

5.0

KESIMPULAN

Peningkatan pelaburan bagi mendapatkan pendidikan tinggi akan


meningkatkan jumlah modal manusia yang berpengetahuan tinggi
yang sememangnya amat diperlukan oleh sesebuah negara untuk
berkembang maju. Walaubagaimanapun, pertambahan bilangan
modal manusia yang berpengetahuan tinggi di Malaysia telah
menjadi suatu fenomena yang membimbangkan kerana ramai
graduan yang gagal memperolehi pekerjaan yang sepadan dengan
kelayakan akademiknya.
Justeru,

hasil

kajian

telah

menunjukkan

bahawa,

kadar

pulangan kasar marginal terhadap pendidikan tinggi adalah sangat


tidak memberansangkan yang seterusnya membawa kepada inflasi
pendidikan.

Walaubagaimanapun,

faktor

inflasi

pendidikan

ini

bukanlah berpunca daripada lebihan pendidikan tetapi disebabkan


oleh perubahan standard pengambilan pekerja yang semakin ketat
oleh majikan berbanding dahulu. Manakala penalti akibat inflasi
pendidikan ini akan ditanggung oleh para graduan itu sendiri.

Sewajarnya, permasalahan ini dipandang sebagai sesuatu


yang serius kerana ia akan memberi kesan secara tidak langsung
kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam jangka masa
panjang. Oleh yang demikian, terdapat kajian lanjutan oleh Mohd
Affendi et. al (2012) bagi mengkaji kebarangkalian inflasi pendidikan adalah
disebabkan oleh lebihan didikan dan hasil kajian yang diperolehi nilai pekalinya
masih positif. Walaupun, secara dasarnya terdapat peningkatan ketakpadanan
pekerjaan dengan kelayakan akademik yang dimiliki terutamanya bagi golongan
10

PEA6024: Makroekonomi

Ulasan Jurnal: Inflasi Pendidikan


Mengikut Ketentuan
dalam
Pasaran Buruh Malaysia

wanita. Selain itu, kajian terbaru mengenai inflasi pendidikan yang telah dibuat oleh
Zainizam Zakariya (2014), mendapati bahawa nilai penalti yang terpaksa dibayar
akibat inflasi pendidikan telah bertambah sebanyak 3%.
Tuntasnya, permasalahan ketakpadanan kerja ini sepatutnya diberi penekanan
serius dalam usaha memperbaiki fenomena ini. Perancangan yang teliti dan rapi harus
dilaksanakan oleh pihak kerajaan agar golongan yang berpendidikan tinggi beterusan
menanggung penalti inflasi pendidikan yang sekaligus akan merugikan negara.

11

Anda mungkin juga menyukai