Anda di halaman 1dari 2

EPPD1013: MIKROEKONOMI 1

TUTORIAL 3: PENGGUNAAN MODEL PERMINTAAN & PENAWARAN

1. Terangkan mengapa keluk permintaan yang linear (garis lurus) kebanyakannya tidak
mempunyai keanjalan permintaan yang sama/konstan. Apakah jenis keluk permintaan
linear yang mempunyai kenjalan yang konstan?

2. Tunjukkan sekiranya keluk penawaran mempunyai origin dari sifar (zero intercept),
keanjalan penawaran adalah satu (unitary).

3. Jika permintaan untuk dakwat pencetak HP (inkjet printers) dianggarkan sebagai


dibawah:

Q = 1000 – 5p + 10pX – 2pZ + 0.1Y.


di mana p = 80, pX = 50, pZ = 150, and Y = 20,000;

(a) Hitung keanjalan harga permintaannya.


(b) Hitung keanjalan silang terhadap barang X. Berikan contoh apakah barang X.
(c) Hitung keanjalan silang terhadap barang Z. Berikan contoh barang Z.
(d) Hitung keanjalan pendapatan.

4. Sekiranya cukai kacang merah sebanyak RM0.05 setiap tin dikenakan pada pengeluar.
Kesan cukai menyebabkan harga keseimbangan meningkat dari RM0.20 kepada RM0.22
setin. Berapakah bahagian cukai ditanggung pengguna dan firma. Jika keanjalan
penawaran adalah 0.6 berapakah keanjalan permintaan?

5. Jika permintaan kepada insulin (Q), Q = 100,000. Apakah keanjalan permintaan harga
barang ini? Jika cukai jualan spesifik RM1.00 seunit dikenakan siapakah yang
menanggung beban cukai yang dikenakan ini?

6. Tunjukkan apabila keanjalaan permintaan adalah anjal sempurna, pengguna tidak


menanggung apa-apa beban cukai jualan.

7. Manakah yang lebih anjal, keanjalan permintaan harga terhadap buah buahan atau
keanjalan harga permintaan terhadap oren. Mengapa?

1
8. Kajian menunjukkan keanjalan harga permintaan kepada barangan keperluan seperti
makanan lebih tinggi dinegara sedang membangun dan agak rendah di negara maju.
Berikan alasan kenapa berlakunya perbezaan ini?

9. Keanjalan harga permintaan untuk petrol dinggarkan -0.2. Dua juta gelen dijual setiap
hari pada hara RM3.00/gelen. Dengan menggunakan maklumat ini dapatkan keluk
permintaan petrol dengan mengandakan keluk permintaan adalah liner.

10. Andaikan keluk permintaan dan penawaran barang X diberi seperti berikut:

Permintaan: QD = 100 – 2p
Penawaran: QS = 3p

a) Kira harga dan kuantiti keseimbangan asal.


b) Jika kerajaan mengenakan cukai specifik sebanyak RM5 ke atas pengeluar barang
X, kira
i. harga yang perlu dibayar oleh pengguna.
ii. jumlah hasil cukai yang dikutip oleh kerajaan.
iii. beban cukai yang ditanggung oleh pembeli dan pengeluar barang X.

c) Lukis rajah untuk menunjukkan keseimbangan harga dan kuantiti sebelum dan
selepas cukai spesifik dikenakan.

Anda mungkin juga menyukai