Anda di halaman 1dari 8

SOALAN 1 (CLO3)

a)

Harga lantai dan harga bumbung adalah bentuk kawalan harga pihak
kerajaan yang berasaskan sekatan undang-undang terhadap perubahan harga
tertentu di pasaran. Dengan cara ini, harga bumbung adalah harga maksimum
yang dibenarkan untuk dikenakan ke atas barang atau perkhidmatan tertentu
dan sebaliknya bagi harga lantai pula adalah harga minumum yang dibenarkan
untuk dikenakan ke atas barang atau perkhidmatan tertentu.

Harga bumbung atau harga maksimum adalah satu usaha pihak kerajaan
untuk menetapkan tahap harga pasaran lebih rendah daripada tahap harga
keseimbangan pasaran. Sekiranya tahap harga pasaran terlalu tinggi, pihak
kerajaan akan menetapkan harga tertinggi untuk melindungi kebajikan pengguna.
Tahap harga pasaran baru adalah dari Pe hingga Pc, jadi akan wujud lebihan
permintaan dalam pasaran.

1
Harga lantai atau harga minimum adalah satu usaha pihak kerajaan untuk
menetapkan tahap harga pasaran lebih tinggi daripada tahap harga
keseimbangan pasaran. Sekiranya tahap harga pasaran terlalu rendah, pihak
kerajaan akan menetapkan harga terendah iaitu untuk melindungi kebajikan pihak
pengeluar. Tahap harga pasaran baru adalah dari Pe hingga Pf, jadi akan ada
situasi lebihan penawaran dalam pasaran.

2
b)

Lebihan pengguna adalah perbezaan antara kesanggupan pengguna untuk


membayar dan harga maksimum yang dapat dibayar oleh pengguna untuk barang
atau perkhidmatan tertentu. Lebihan pengeluar adalah perbezaan antara harga di
mana pengeluar bersedia untuk terima dan menjual barang atau perkhidmatan
dengan harga minimum. Oleh itu, harga lantai atau harga minimum adalah satu
usaha pihak kerajaan untuk menetapkan tahap harga pasaran lebih tinggi
daripada tahap harga keseimbangan pasaran.

Apabila keluk permintaan DD sama dengan keluk penawaran SS, tahap


harga keseimbangan adalah P2 dan kuantiti adalah Q2 pada titik E di mana
mencapai keseimbangan pasaran. Pada harga P1 yang lebih rendah daripada
harga keseimbangan, P2, kuantiti yang diminta adalah sebanyak Q3 dan kuantiti
yang dibekalkan adalah sebanyak Q1. Hal ini menunjukkan wujudnya lebihan
permintaan yang menyebabkan harga cenderung meningkat. Kenaikan harga
telah menyebabkan pengguna mengurangkan permintaan mereka. Manakala
pengeluar akan meningkatkan kuantiti yang ditawarkan di mana harga akan naik
sehingga keseimbangan pasaran dapat dicapai.

3
SOALAN 2 (CLO1)

a)
Output Jumlah Jumlah Kos Kos Kos

kos kos marginal purata purata

(TC) berubah (MC) (AC) berubah

(TVC) (AVC)

0 40 0 - - -

1 80 40 40 80 40

2 108 68 28 54 34

3 128 88 20 42.67 29.33

b) Dengan jawapan di atas, firma beroperasi dalam jangka pendek. Hal ini
kerana firma tersebut dapat menanggung jumlah kos berubah.

4
SOALAN 3 (CLO1)

a)

Kemarau yang teruk akan menyebabkan penawaran berkurangan. Maka


keluk penawaran akan beralih ke kiri dari S0S0 ke S1S1. Dengan itu, harga aiskrim
coklat akan naik dari P0 ke P1 dan kuantiti aiskrim pula turun dari Q0 ke Q1.

b)

Laporan baru telah menyebabkan permintaan aiskrim coklat meningkat.


Maka keluk permintaan akan beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1. Dengan itu,
kuantiti diminta aiskrim meningkat kepada Q2 pada tingkat harga P0.

5
c)

Teknologi baru telah menyebabkan pengeluaran bagi penghasilan aiskrim


coklat meningkat. Dengan itu, keluk penawaran akan beralih ke kanan dari S0S0
ke S1S1. Hal ini menyebabkan kuantiti ditawarkan aiskrim naik dari Q0 pada
tingkat harga P0.

6
SOALAN 4 (CLO3)

a)
Jumlah hasil = P x Q
= 10 x 20
= RM200

Jumlah kos = 8 X 20
= RM160

Jumlah Keuntungan = TR – TC
= 200 – 160
= RM40

b)

10

20

7
Pasaran persaingan sempurna adalah satu bentuk pasaran di mana
banyak penjual dan pembeli pada satu masa dengan menjual barang yang bersifat
homogen. Dengan itu, harga barang adalah ditentukan oleh pasaran dan tidak
menjalankan persaingan bukan harga. Mengikut graf keluk di atas, keseimbangan
firma persaingan sempurna tercapai pada titik E apabila MR sama dengan MC
pada tingkat harga P = RM10 dan kuantiti Q = 20. Oleh itu, jumlah hasil TR adalah
kawasan PEQ0 manakala jumlah kos (TC) adalah kawasan CaEP.

c)
Jangka pendek adalah satu keadaan di mana firma membuat keputusan
dalam tempoh masa yang tertentu secara fleksibel. Jika berlaku peningkatan
permintaan terhadap produk tersebut, kuantiti diminta akan bertambah pada
tingkat harga asal di mana menyebabkan harga meningkat di pasaran dalam
jangka pendek.

Anda mungkin juga menyukai