Anda di halaman 1dari 4

YEE SANG ATAU YUSHENG

Yee Sang atau juga dikenali dengan nama Yusheng adalah makanan yang terdiri dari  aneka
salad dan ikan. Campuran kesemua bahan ini menjadikan hidangan ini berwarna-warni dan
sangat menarik. Hidangan ini biasanya dihidangkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina. Ia
adalah lambing kemakmuran, kemewahan dan juga kekayaan.

Masyarakat Cina mempercayai bahawa ikan adalah pembawa rezeki dan hidangan yee sang
telah wujud sejak Dinasti Song lagi. Ia merupakan masakan yang akan dihidangkan sempena
upacara keagamaan. Yee Sang diperbuat daripada potongan ikan terutamanya ikan salmon
segar,kacang tanah,cili,lobak putih,lobak merah,halia, daun limau purut,daun parsli cina,biji
bijan bakar dan udang kering goreng. Kuahnya atau penambah rasanya pula diperbuat
daripada sos plum.

Menjelang sambutan Tahun baru Cina, masyarakat Cina akan memasak makanan tradisional
ini. Semasa hendak menikmatinya, yee sang  akan digaulkan dengan mengangkatnya tinggi
menggunakan kayu penyepit sambil melaungkan ‘Lo Hei’ beramai-ramai.  Semakin tinggi
melambungkannya, ia membawa maksud rezeki mereka akan semakin mewah.
CHANG SHOU MIAN

Chang Shou Mian merupakan mee telur Kantonis paling nipis serta diperbuat daripada tepung
gandum. Ia warna kuning keemasan serta sedikit kenyal antara ciri-ciri istimewanya.

Teksturnya yang sedikit kenyal dan sedikit lembut adalah disebabkan penggunaan air soda
yang digunakan dalam membuat doh. Ia kemudiannya digoreng serta dikeringkan.

Ia mengambil masa selama dua minit untuk direbus dalam air rebusan. Makanan ini
melambangkan umur panjang seseorang. Mee ini tidak digalakkan untuk dipatahkan semasa
makan kerana ia menandakan umur yang panjang.

Mee chang shou mian ini biasanya disajikan semasa sambutan hari lahir atau tahun baru. Ia
biasanya dihidangan bersama sayur – sayuran seperti sawi, cendawan dan juga cili.
DUMPLING ATAU JIAOZI

Dumpling atau juga dikenali sebagai Jiaozi, di mana kulitnya diperbuat daripada tepung
gandum. Biasanya ia berintikan isi yang pelbagai jenis seperti udang segar, daging dan juga
sayur-sayuran seperti cili, halia, cendawan serta herba.

Dumpling merupaka masakan tradisional cina yang berkhasiat. Ini kerana ia dimasak secara
rebus pada suhu yang perlahan berbanding memasak lauk-lauk yang lain.  Selain direbus, ia
jug boleh dimasak dengan cara lain seperti digoreng dan dikukus.

Makanan tradisional cina ini juga membawa maksud ‘duit datang’ kerana bentuknya seakan
sejenis wang buatan emas atau perak pada zaman dahulu atau lebih disebut Yuanbao.  Pada
zaman dahulu, dumpling menjadi seperti ubat di mana mereka yang dijangkiti pelbagai penyakit
akan diberi dumpling. Ia sangat berkesan menyembuhkan kerana intinya mengandungi herba-
herba yang berkhasiat.
KUIH BULAN

Kuih bulan biasanya boleh didapati menjelang musim perayaan pertengahan musim luruh atau
Tahun Baru Cina. Ia mempunyai rasa yang manis serta boleh dimakan begitu sahaja. Kuih ini
berbentuk bulat dan juga segi empat yang terdiri dari kuning telur itik (masin) serta bahan –
bahan lain. Selain itu, kuih bulan mempunyai inti yang pelbagai di sebelah dalamnya.

Intinya terdiri dari pes biji teratai, kacang merah, walnut, bijan, badam, benih labu dan biji
tembikai. Terdapat juga inti lain seperti keladi, pandan dan juga durian selari dengan perubahan
zaman. Dahulunya, banyak cerita mitos tentang kuih ini. Masyarakat Cina akan memakan kuih
ini bagi memperingati sejarah seorang isteri raja yang telah berkorban demi rakyatnya.

Anda mungkin juga menyukai