Anda di halaman 1dari 31

TEMA: MASYARAKAT PENYAYANG

SOALAN 1 : Anda dan seorang rakan baru saja selesai membantu jiran yang
mengadakan suatu majlis. Dalam perjalanan pulang, anda dan rakan berbual-bual tentang
kebaikan memupuk kembali semangat kejiranan yang semakin terhakis dalam kalangan
masyarakat kini.
Tulis perbualan itu selengkapnya.

FORMAT KARANGAN : Dialog


TUGASAN SOALAN : Kepentingan semangat kejiranan kepada masyarakat
CADANGAN ISI :

1. Memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat


- Aktiviti masyarakat gotong royong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan
bulanan komuniti di tempat tinggal mereka.

PERIBAHASA : bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa
atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa semangat kejiranan yang dipupuk
dapat membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya
membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.

2. Membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu


padu.
- Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika
masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan
kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman.
PERIBAHASA : Bersatu teguh bercerai roboh. Masyarakat yang berbilang kaum
ini boleh memahami perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain.
Seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi sesama sendiri.

3. Memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan


membawa kemajuan kepada rakyat.
- Pelbagai kemudahan dan infrastruktur di kawasan taman-taman perumahan
seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak
mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan.
PERIBAHASA : Ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni.

4. Membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri


dan semangat cinta akan negara
- Datuk Azhar Bin Mansor merupakan contoh paling jelas, dan atas sokongan
rakyat Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi
dunia sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kejayaan. (boleh
ditukar dengan individu lain dan kejayaan masing-masing seperti Pandalela
Rinong, Lee Chong Wei dan Nicol Ann David)
PERIBAHASA : Bagai isi dengan kuku
5.
Penting sebagai produk pelancongan.
- Kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak disebabkan kehidupan
masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang
menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan
- Sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta
tertentu menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita
yang amat disukai oleh para pelancong asing
PERIBAHASA : Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

SOALAN 2 : Selaku kaunselor di sebuah sekolah, anda diminta menyampaikan ceramah


kepada ibu bapa pelajar dalam satu majlis perjumpaan ibu bapa dengan pihak sekolah.
Fokus ceramah anda ialah peranan ibu bapa dalam melahirkan masyarakat penyayang.

FORMAT KARANGAN : Ceramah


TUGASAN SOALAN : Peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang
CADANGAN ISI :

1. Ibu bapa berperanan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-
anak.
- Ibu bapa harus sentiasa berada di samping anak-anak semasa mereka dalam
kekecewaan seperti gagal dalam peperiksaan untuk menenangkan hati dan
sanubari mereka
PERIBAHASA : Melentur buluh biarlah dari rebungnya

2. Didikan agama perlu untuk melahirkan masyarakat yang penyayang.


- Amalan yang boleh diajar kepada anak-anak adalah menunaikan solat fardhu,
membaca Al-Quran dan berzikir. Bagi penganut-penganut agama lain, ibu
bapa perlu selalu mengajak anak-anak mereka ke rumah ibadat. Ibu bapa juga
boleh menceritakan pada anak-anak, kisah teladan akan kebaikan
mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan hatta bersikap kasih
sayang kepada binatang.
ANALOGI : Agama asas pembinaan insan

3. Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak.


- Ibu bapa mengamalkan semangat kejiranan yang tinggi. Antaranya, mereka perlu
melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, menziarahi jiran yang sakit
serta dilanda musibah
PERIBAHASA : Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul

4. Keluarga yang stabil dari segi emosi dan rohani.


- Keluarga yang stabil dari segi emosi dan rohani ialah keluarga yang saling
menyayangi, hormat-menghormati serta saling membantu. Sekiranya kedua-
duanya dapat dipenuhi oleh ibu bapa maka anak-anak akan hidup dalam
keadaan tenang dan harmonis tanpa mengalami sebarang tekanan. Mereka
akan lebih terpaut hati untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa berbanding
menceritakan masalah yang dihadapi dengan rakan yang kurang dikenali hati
budinya
PERIBAHASA : Melentur buluh biarlah dari rebungnya

5. Hubungan baik dengan masyarakat sekeliling.


- Ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk menyertai gotong-royong di kawasan
tempat tinggal atau solat berjemaah di surau atau masjid. Ibu bapa juga perlu
memberikan kesedaran kepada anak-anak mereka akan peri pentingnya nilai
kasih sayang dalam kehidupan – iktibar daripada perang saudara yang berlaku
di Somalia.
PERIBAHASA : Bagai isi dengan kuku, Bagai aur dengan tebing

SOALAN 3 : Anda ingin menulis sebuah rencana untuk dimuatkan dalam sebuah akhbar
tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah “Usaha-Usaha Memupuk Semangat
Permuafakatan dalam Kalangan Masyarakat”. Tulis rencana tersebut selengkapnya.

FORMAT SOALAN : Rencana


TUGASAN SOALAN : Usaha-usaha memupuk semangat permuafakatan dalam
kalangan masyarakat
CADANGAN ISI :

1. Peranan ibu bapa.


- Ibu bapa sewajarnya membawa anak-anak mereka menyertai aktiviti
kemasyarakatan seperti gotong-royong, kenduri-kendara, majlis sambutan
perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti.
PERIBAHASA : bagai aur dengan tebing

2. Kempen-kempen kesedaran oleh pihak kerajaan.


- Kempen 1Malaysia,
PERIBAHASA : Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

3. Peranan jawatankuasa penduduk setempat.


- Pihak jawatankuasa penduduk setempat boleh mengadakan aktiviti seperti gotong-
royong membersihkan atau menceriakan kawasan setempat, seperti dewan
orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat
komuniti.
PERIBAHASA : ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni

4. Peranan sekolah
- Pengajaran dan pembelajaran - membimbing murid-murid tentang kepentingan
semangat bekerjasama. Pelbagai aktiviti berbentuk kerjasama dalam kalangan
murid-murid seperti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah,
mengemas dan menceriakan bilik darjah, menghias sekolah dengan jalur
gemilang sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan sebagainya dapat
diimplimentasikan
PERIBAHASA : ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya

5. Peranan media massa


- Menyiarkan drama, filem yang bertemakan semangat kerjasama
PERIBAHASA : Bagai aur dengan tebing

SOALAN 4 : Warga tua sering diabaikan oleh anak-anak. Huraikan cara-cara yang
terbaik untuk mendidik masyarakat agar menyayangi warga tua.

FORMAT SOALAN : Tiada format khusus


TUGASAN SOALAN : Cara-cara menghargai warga tua
CADANGAN ISI :

1. Ahli keluarga perlu menyayangi warga tua.


- Kita perlu menjaga ibu bapa ketika mereka tua serta uzur. Anak-anak tidak
seharusnya menghantar mereka ke rumah orang tua-tua.
PERIBAHASA : Bagai kacang lupakan kulit.

2. Guru mendidik pelajar agar menghormati ibu bapa serta warga tua.
- Ketika bersalam, anak-anak hendaklah mencium tangan mereka
PERIBAHASA : kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa masa berada

3. Kerajaan dan pihak swasta turut berperanan menghargai warga tua.


- Menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua, rumah penjagaan warga tua
yang mempunyai pelbagai kemudahan penjagaan, diberikan rawatan percuma
di hospital kerajaan. Sekiranya memerlukan bayaran, mereka hendaklah
dikenakan kadar bayaran rendah di hospital kerajaan atau klinik swasta.
UNGKAPAN MENARIK: Yang tua dihormati, yang muda disayangi

4. Media massa seperti surat khabar dan televisyen serta Internet boleh
menyiarkan cerita-cerita yang berkaitan dengan pengorbanan dan
penderitaan hidup warga tua.
- “Bersamamu”, menunjukkan terdapat pelbagai pihak yang sanggup menghulurkan
bantuan khususnya kepada warga tua yang daif.

SOALAN 5: Sahabat pena anda di luar negara mendapat tahu bahawa perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia sangat kukuh. Sahabat anda ingin mengetahui implikasi
perpaduan kepada rakyat dan negara. Tuliskan sepucuk surat kepada rakan anda untuk
menjelaskan perkara tersebut.
Tulis surat tersebut selengkapnya.
FORMAT : Surat Kiriman Tak Rasmi
TUGASAN SOALAN : Kesan perpaduan kepada rakyat dan negara
CADANGAN ISI :

1. Rakyat sentiasa berasa selamat dan bebas bergerak


- Segala urusan kehidupan harian dilaksanakan dengan licin dan lancar
- Rakyat bebas menjalankan perniagaan, perusahaan, dan bersama-sama memacu
ekonomi negara.
PERIBAHASA : Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

2. Hubungan mesra antara ahli keluarga dan masyarakat


- Mewujudkan keharmonian – mengukuhkan institusi kekeluargaan – menghormati
adat dan kepercayaan kaum lain
- Amalan berkunjung rumah terbuka.
PERIBAHASA : Bagai aur dengan tebing

3. Negara dapat ditadbir dengan baik


- Pemimpin pelbagai kaum mewujudkan perasaan perkongsian – menghasilkan
budaya dan etika kerja yang baik – politik stabil – menjadi contoh kepada
rakyat.

4. Menggalakkan industri pelancongan


- Ramai pelancong berkunjung

5. Meningkatkan pelaburan asing


- Sektor industri berkembang pesat

TEMA: ALAM PEKERJAAN

SOALAN 1 : Anda meminati sesuatu bidang kerjaya yang mencabar dan berisiko. Oleh
itu, persediaan awal amat penting sebelum anda menceburi bidang pekerjaan tersebut.
Bincangkan persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan.

FORMAT SOALAN : Tiada format khusus


TUGASAN SOALAN : Persediaan untuk mencapai cita-cita
CADANGAN ISI :

1. Melengkapkan diri saya dengan kemahiran insaniah


- Meliputi beberapa aspek, iaitu kemahiran berkomunikasi, mempunyai pemikiran
kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan,
pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat, kemahiran
keusahawanan, etika dan moral profesional serta kemahiran kepimpinan
- Semasa berada di alam persekolahan dan pengajian tinggi, saya perlulah
menggunakan peluang yang ada untuk bergerak aktif sama ada dalam aktiviti
kemasyarakatan, sukan atau kebudayaan
PERIBAHASA: Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

2. Saya perlu mempunyai daya saing yang tinggi


- Saya merupakan golongan pemuda-pemudi yang bakal berhadapan dengan dunia
yang kian mencabar ini.
CONTOH: Jika dilihat dari dimensi yang lain pula, sesungguhnya remaja di negara lain
amat berbeza dengan remaja di Malaysia. Mereka sememangnya sudah diajar berdikari
sejak kecil lagi manakala remaja di negara kita masih ditatang bagai minyak yang penuh.
Jadi, tidak hairanlah mereka lebih matang dan daya saing mereka lebih tinggi daripada
remaja di negara kita.
3. Saya perlu kental dan tidak mudah berputus asa apabila berhadapan dengan
pelbagai rintangan.
- Abraham Lincoln pernah mengalami 13 kegagalan besar dalam bidang politik
sebelum beliau dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 pada
usia 51 tahun.
PERIBAHASA : Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

4. Saya juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam terhadap bidang
pekerjaan yang bakal saya ceburi
- Ketinggian ilmu yang saya miliki dapat memastikan jati diri saya tidak mudah
rapuh
- Berupaya memajukan negara
UNGKAPAN MENARIK: Membaca itu jambatan ilmu / Sememangnya pelangi hari
ini tidak mampu berjanji untuk muncul pada hari esok.

5. Saya perlu sentiasa sensitif dan prihatin terhadap isu semasa.


- Kes pembunuhan Datuk Sosilawati, seorang jutawan dan rakan-rakannya yang
telah dibunuh tanpa perikemanusiaan. Sebagai iktibar, saya perlu lebih
berhati-hati dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba ini
terutamanya ketika menceburi bidang kerjaya yang lebih mencabar dan
berisiko.
PERIBAHASA : Saya tidak mahu menjadi seperti katak di bawah tempurung. Hal
ini adalah supaya saya lebih peka terhadap masalah yang kian menular seperti
cendawan yang tumbuh selepas hujan sama ada di negara kita atau di luar negara

6. Mempunyai minda yang kreatif dan inovatif


- Pemikiran saya yang kreatif dan inovatif dapat menangani cabaran-cabaran yang
bakal saya tempuhi kelak terutamanya pada era globalisasi ini. Saya juga
dapat mengemukakan idea-idea yang bernas yang dapat meningkatkan kualiti
kerja saya kelak
UNGKAPAN MENARIK: Seseorang yang dapat berfikir di luar kotak dan berani
melakukan anjakan paradigma mampu untuk menongkah arus dan mendepani
cabaran semasa. Dengan cara ini, saya pasti dapat menangkis segala dugaan yang
mendatang kerana saya percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih. Semoga impian saya akan menjadi realiti dengan keizinan Tuhan yang Maha
Esa.
TEMA : PELABURAN – KUALITI HIDUP

SOALAN 1: Pelaburan asing memainkan peranan yang penting dalam proses


pembangunan sesebuah negara. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu
dijalankan bagi menggalakkan pelaburan asing di negara ini?
Bincangkan.

FORMAT SOALAN : Tiada format khusus


TUGASAN SOALAN : Langkah-langkah yang perlu dijalankan bagi menggalakkan
pelaburan asing di
negara ini
CADANGAN ISI :

1. Memastikan kestabilan politik negara yang merupakan kunci utama dalam


usaha menggalakkan pelaburan asing.
- Sistem pemerintahan demokrasi Malaysia mengamalkan dasar terbuka
bagi para pengilang. Semasa kegawatan ekonomi melanda dunia pada tahun
1997, Malaysia masih berjaya menganjurkan Sukan Komanwel dengan
jayanya pada tahun 1998. Kemampuan bekas Perdana Menteri Malaysia yakni
Tun Dr. Mahathir Mohammad mengawal ekonomi negara amat dikagumi
masyarakat Malaysia dan seantero dunia. Beliau telah menetapkan RM3.50
kepada satu dolar Amerika Syarikat dan langkah tersebut telah berjaya
menyelamatkan Malaysia daripada turut berhutang dengan International
Monetary Fund (IMF). Kebolehan Malaysia melalui tempoh kegawatan
ekonomi malah menjadi negara sedang membangun yang paling maju di
seluruh dunia meyakinkan para pelabur asing tentang potensi Malaysia
sebagai pusat pelaburan mereka.

2. Hubungan bilateral dan multilateral harus dieratkan bagi mewujudkan


hubungan perdagangan antara Malaysia dengan negara lain.
- Contohnya baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan
lawatan ke Arab Saudi untuk membaharui hubungan diplomatik. Dalam suatu
lawatan Perdana Menteri ke Dubai, rakyat Dubai akan membuka kilang di
Malaysia manakala rakyat Malaysia akan membuka kilang di Dubai juga.

3. Menghantar rombongan penggalak pelaburan ke luar negara dengan


matlamat mempertingkatkan pelaburan asing.
- Berpandukan misi pelaburan ini, rombongan terbabit biasanya diketuai
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang akan berperanan
berucap dan menyatakan kelebihan Malaysia kepada para pelabur asing di luar
negara.
- Ekspo perdagangan dan pameran akan diadakan di luar negara bagi
menonjolkan faktor-faktor tarikan Malaysia yang sesuai dijadikan tempat
pelaburan. Seminar pelaburan turut diadakan oleh rombongan tersebut.

4. Zon perdagangan yang sesuai dan lengkap dengan segala kemudahan


infrastruktur perlu diperbanyakkan oleh kerajaan Malaysia.
- Prasarana seperti sistem pengangkutan yang sistematik, bekalan elektrik
dan air yang berterusan, serta sistem telekomunikasi yang cekap harus
disediakan untuk kemudahan kilang-kilang beroperasi. zon perdagangan ialah
di Shah Alam, di Batu Berendam, di Alor Gajah, di Gurun dan di Senawang.
Lebih banyak kawasan harus dijadikan zon perdagangan bebas (FTZ) seperti
di Bayan Lepas Pulau Pinang untuk menarik minat pelabur asing

5. Faktor tenaga buruh turut memainkan peranan penting menarik pelabur


asing ke negara kita. Daya produktiviti sesebuah kilang akan meningkat
dengan adanya banyak tenaga kerja yang mahir dan pakar.
- Rancangan latihan kepakaran harus ditingkatkan oleh kerajaan Malaysia
dengan bantuan agensi-agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat
(MARA) serta Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). Kerajaan
juga perlu memastikan latihan vokasional adalah cukup untuk memenuhi
keperluan guna tenaga dan tuntutan seazaman.

SOALAN 2: Pelbagai skim cepat kaya sedang menular dalam kalangan masyarakat.
Walaupun banyak pihak mengalami kerugian atau tertipu, skim seumpama ini terus
mendapat sambutan. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu diambil oleh
pihak kerajaan untuk menangani skim ini.
FORMAT SOALAN : Tiada format khusus
TUGASAN SOALAN : Usaha-usaha yang perlu diambil oleh pihak kerajaan untuk
menangani skim ini.
CADANGAN ISI :

1. Mengawasi laman web yang menjalankan kegiatan ini.


- SKMM memantau laman-laman sosial atau individu yang cuba
menonjolkan perbuatan memungut wang tanpa lesen.
PERIBAHASA : Durian runtuh

2. Menasihati rakyat bahawa skim tersebut merupakan satu bentuk pelaburan


yang tidak selamat.
- Kempen disiarkan dalam media massa khususnya televisyen
PERIBAHASA: Nasi menjadi bubur.
3. Mengingatkan rakyat bahawa skim pelaburan berantai ini merupakan satu
skim penipuan
- Menggubal undang-undang berkaitan pengubahan wang haram dan
seumpamanya
PERIBAHASA : Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga

4. Mengambil tindakan undang-undang


- Membawa pesalah ke muka pengadilan dan tegas bertindak
PERIBAHASA: Hangat-hangat tahi ayam atau melepaskan batok di tangga

SOALAN 3: Sediakan payung sebelum hujan sering kali menjadi prinsip mereka yang
gemar akan pelaburan. Sebagai pegawai bank, anda diminta menyampaikan ceramah
tentang kepentingan pelaburan masa depan.
Tulis teks ceramah itu selengkapnya.

FORMAT SOALAN : Ceramah


Markah ditolak jika tiada : menghadap majlis -1 markah
Kata sapaan -1 markah
TUGASAN SOALAN : Kepentingan pelaburan
CADANGAN ISI :

1. Mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda.


- Dapat membantu kita pada masa depan terutama untuk menyambung pelajaran ke
IPT
PERIBAHASA: Ingat sebelum kena jimat sebelum habis

2. Persediaan ketika mengalami situasi kecemasan.


- Jika berlaku sesuatu musibah kebakaran atau penyakit yang kronik atau ditimpa
bencana
alam
PERIBAHASA : Malang tidak berbau

3. Masa depan seseorang lebih terjamin.


- Kita tidak perlu membuat pinjaman kewangan dan tidak menyusahkan orang
sekeliling. Boleh dapatkan sesuatu tanpa bantuan orang lain
PERIBAHASA : Bersusah- susah dahulu bersenang- senang kemudian

4. Dapat menstabilkan ekonomi rumah tangga/ negara.


- Tidak berlaku masalah pengganggur dan konflik rumah tangga kerana
kegawatan ekonomi
pada masa depan.

5. Dapat menampung peningkatan kos dalam kehidupan.


- Kita boleh menggunakan keuntungan daripada pelaburan untuk menampung kos-
kos tambahan
sewaktu membesarkan anak-anak
PERIBAHASA: Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Anda sebagai pengawas pusat sumber sekolah, jelaskan usaha-usaha yang dapat anda
lakukan untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah anda.

DI PERPUSTAKAAN

Melangkah ke ruangmu
Satu pertukaran yang kontras
Dari kehangatan merata
Ke kedinginan yang menerpa
Terlalu hening di sini
Gua pendeta bersemadi
Di puncak sepi
Di sana sini
Kepala-kepala runduk meneliti
Mata dan fikir bersebati

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan gedung ilmu iaitu tempat untuk
mendapatkan pelbagai informasi yang diperlukan oleh setiap warga sekolah. Maslahatnya
jelas terungkap dalam bait-bait sajak Perpustakaan di atas. Namun, sejak akhir-akhir ini
isu para pelajar kurang mengunjungi pusat sumber sekolah sering diperkatakan dalam
media massa sama ada media cetak atau media elektronik. Hal ini membimbangkan
semua pihak kerana para pelajar merupakan pelapis yang bakal menerajui negara pada
masa hadapan, bak kata peribahasa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Justeru, pusat sumber sekolah perlu diurus secara sistematik dan efisien untuk memupuk
budaya membaca dalam kalangan pelajar agar menjadi pelajar yang berilmu dan
bermaklumat selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Persoalannya, apakah usaha-
usaha untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah?
Selaku pengawas pusat sumber sekolah, terdapat banyak usaha yang dapat saya
lakukan untuk membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber di sekolah saya. Salah
satunya ialah saya akan memastikan pusat sumber sentiasa berada dalam keadaan kemas
dan menarik. Saya akan bekerjasama dengan pengawas pusat sumber yang lain untuk
mengemas kini pusat sumber. Aktiviti gotong-royong membersihkan pusat sumber akan
diadakan secara berkala agar pusat sumber sentiasa berada dalam keadaan bersih. Saya
juga akan memastikan buku-buku disusun atur dengan kemas di atas rak-rak buku
mengikut kategori dan jenis buku. Dengan ini keadaan harmoni dan selesa dapat
diwujudkan. Situasi ini dapat memberi keselesaan kepada seseorang pelajar semasa
mengulang kaji pelajaran di pusat sumber. Jelaslah, situasi yang kemas, bersih dan
menarik mampu menarik para pelajar berkunjung ke pusat sumber.
Selain itu, saya akan membantu guru pusat sumber melaksanakan program NILAM
untuk meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah. Sebagai contoh, saya boleh
membantu mencari dan menyediakan buku-buku yang sesuai serta menarik untuk
kegunaan para pelajar semasa program NILAM. Oleh itu, program NILAM dapat
dijalankan dengan lancar dan berkesan. Hal ini dapat membantu meningkatkan
penggunaan pusat sumber sekolah dan juga menyemai budaya membaca dalam kalangan
pelajar. Program NILAM merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk memupuk dan meningkatkan amalan membaca dalam kalangan pelajar. Budaya
membaca amat penting dan melambangkan ketinggian tamadun sesuatu bangsa. Dengan
membaca, seseorang itu akan mendapat pelbagai ilmu pengetahuan sebagai pedoman
hidup, bak kata peribahasa membaca jambatan ilmu. Jelaslah bahawa, pelaksanaan
program NILAM yang berkesan menjadi daya penarik kepada para pelajar untuk
mengunjungi pusat sumber.
Seterusnya, saya akan mengesyorkan kepada pihak sekolah agar menyediakan
kemudahan yang lengkap di pusat sumber. Saya akan menulis surat kepada pihak
pengurusan agar dapat menyediakan kemudahan yang lengkap di pusat sumber untuk
kebaikan pelajar. Saya akan meminta pihak pengurusan menyediakan komputer yang
boleh diguna pakai oleh pelajar untuk melayari Internet bagi mendapatkan pelbagai
informasi terkini. Saya akan membantu dari segi penyediaan buku-buku yang baharu dan
menarik. Dengan adanya pelbagai buku yang baharu dan terkini, pengunjung dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Pihak sekolah juga perlu menyediakan
pendingin hawa untuk memberi keselesaan kepada para pelajar. Secara tidak langsung
keadaan ini lebih mewujudkan suasana yang kondusif dan menggalakkan para pelajar
berkunjung ke pusat sumber sekolah.
Di samping itu, sebagai pengawas pusat sumber juga, saya akan mengamalkan
budaya mesra pelanggan semasa menjalankan tugas. Saya akan bersikap sopan, berbudi
pekerti mulia dan berhemah tinggi serta sentiasa bersedia memberikan pertolongan
sekiranya pengunjung menghadapi masalah tanpa mengira bangsa dan agama, bak kata
peribahasa budi bahasa budaya kita. Layanan mesra daripada pengawas
menggembirakan para pengunjung dan merupakan salah satu kunci untuk menarik para
pelajar mengunjungi pusat sumber. Saya juga akan membantu pihak sekolah
mempromosikan buku-buku di pusat sumber agar dapat dipinjam oleh pelajar. Saya juga
perlu bersikap adil dan tegas kepada semua pelanggan terutama sekiranya mereka lewat
atau sengaja tidak memulangkan buku yang dipinjam mengikut tarikh yang ditetapkan.
Selaku pengawas pusat sumber juga, saya akan mencadangkan kepada pihak
sekolah agar menyediakan sistem pinjaman buku yang sistematik dan berkesan untuk
membantu meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah saya. Contohnya
penggunaan ICT khususnya komputer dalam urusan pinjaman dan pemulangan buku
dapat menjimatkan masa dan tenaga. Penggunaan sistem berkod merupakan langkah
bijak kerana semua bahan bacaan berbentuk buku akan direkodkan secara berkod yang
memudahkan urusan pinjaman dan pemulangan buku yang dilakukan secara ‘scaning’.
Kaedah ini akan mewujudkan sistem pengurusan pusat sumber yang sistematik kerana
para pelajar tidak perlu menunggu terlalu lama untuk urusan pinjaman dan pemulangan
buku. Jelaslah, sistem pinjaman yang sistematik dan efektif adalah penting untuk
meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah.

Kesimpulannya, pusat sumber sekolah menyediakan perkhidmatan dan sumber


pembelajaran dalam pelbagai bentuk bagi membolehkan warga sekolah menjadi
pengguna yang bermaklumat dan pemikir yang kreatif serta kritis. Justeru, terpulang pada
pelajar sendiri sama ada mahu menggunakan atau sebaliknya, tepuk dada tanyalah minda.
Semua pihak perlulah berganding bahu dalam usaha meningkatkan penggunaan pusat
sumber sekolah bak kata peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat.

OALAN 2
Sejak akhir-akhir ini, kawasan tempat anda tinggal terganggu oleh pencemaran alam yang
serius berpunca daripada aktiviti pembangunan dari kawasan berdekatan.
Tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa tempatan bagi menyatakan langkah-langkah
menyelesaikan masalah pencemaran alam tersebut.

Format – Surat Kiriman Rasmi


Cadangan Isi:

Pendahuluan

· Menyatakan contoh pencemaran alam yang serius berpunca daripada aktiviti


pembangunan dari kawasan berdekatan;

· Tanah runtuh dan hakisan tanah akibat pembangunan lereng bukit/


pembalakan haram; air sungai tercemar; banjir kilat atau;

· Debu dan asap berpunca daripada industri; pencemaran air; kualiti air bersih
tergugat; hidupan akuatik terancam atau;

· Bunyi bising dan gegaran berpunca daripada aktiviti pembangunan;


pembinaan kawasan perumahan dsb.

Langkah-langkah menyelesaikan masalah pencemaran alam:

1. Pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar


- Pemantauan secara berkala untuk memastikan kualiti air, udara dan bunyi
sentiasa berada pada tahap memuaskan
- Melayan setiap aduan yang diterima daripada penduduk setempat
Turun padang bagi memastikan kesahihan setiap aduan

2. Tindakan undang-undang
- Mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemaju yang tidak mematuhi
prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan
- Kompaun, denda atau tindakan mahkamah bergantung kepada seriusnya kesalahan
yang dilakukan

3. Peranan Wakil Rakyat


- Campur tangan wakil rakyat dalam menyelesaikan masalah setempat
- Mesyuarat bersama komuniti melibatkan agensi kerajaan, persatuan penduduk,
wakil rakyat dan pihak pemaju bagi mencapai kesepakatan
4. Peranan Media Massa
- Media massa berperanan sebagai medium maklumat kepada masyarakat luar
- Menyalurkan maklumat terkini mengenai perkembangan pembangunan setempat
dan kesannya terhadap alam sekitar

5. Perpaduan Komuniti
- Penduduk setempat berganding bahu menyelesaikan masalah pencemaran tersebut

Ungkapan menarik:
- Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
- Lintah darat
- Bagai aur dengan tebing
- Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

SOALAN 3

Sebagai pegawai khas di Jabatan Pertanian, anda dijemput untuk memberikan ceramah
kepada penduduk di taman tempat tinggal anda. Tajuk ceramah tersebut ialah “Bertani
Secara Kecil-Kecilan Membawa Banyak Manfaat Kepada Rakyat”.

FORMAT : Ceramah
TUGASAN SOALAN : “Bertani Secara Kecil-Kecilan Membawa Banyak Manfaat
Kepada Rakyat”.
Cadangan Isi:

1. Sumber pendapatan
§ Lebihan tanaman boleh dijual sebagai sumber pendapatan utama/ sampingan

2. Sumber makanan yang segar


§ Racun serangga dan baja bebas bahan kimia
§ Penggunaan bahan organik seperti baja urea
§ Penggunaan bahan terbuang seperti lebihan makanan dikitar semula menjadi
baja organik

3. Menampung perbelanjaan harian


§ Menjimatkan kos kerana tidak perlu membeli sayur-sayuran seperti cili dan
kangkung

4. Kesihatan diri
§ Memenuhi saranan Kementerian Kesihatan agar makan mengikut panduan
piramid makanan yang ditetapkan
§ Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
§ Makanan bebas bahan kimia
5. Meningkatkan tabungan
§ Hasil jualan bahan yang ditanam boleh disimpan sebagai tabungan

Ungkapan Menarik:
- Berbudi kepada tanah
- Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
- Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain

TEMA: KESIHATAN

SOALAN 1
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk amalan gaya hidup sihat.
TUGASAN SOALAN : USAHA-USAHA MEMUPUK AMALAN GAYA HIDUP
SIHAT
CADANGAN IDEA :

1. Mengamalkan pemakanan seimbang


- Pemakanan seimbang berdasarkan piramid makanan yang telah dicadangkan
oleh Kementerian Kesihatan
- Mengurangkan pengambilan makanan tinggi kandungan kolesterol
- Menghindari makanan segera kerana kandungan garam dan pengawet tinggi
- Banyak makan makanan tinggi serat

2. Mengamalkan aktiviti senaman


- Bersenam di mana-mana sahaja sama di rumah mahupun pejabat
- Berjalan kaki 10 ribu langkah sehari
- Senaman asas seperti regangan otot dan berjalan kaki

3. Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala


- Berjumpa doktor untuk mengikuti pemeriksaan kesihatan berjadual
- Pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, degupan jantung dan berat badan
- Dapat mengesan sebarang tanda-tanda awal penyakit kronik

PIHAK TERLIBAT:
· Kementerian Kesihatan Malaysia
· Kementerian Belia dan Sukan
· Swasta-misalnya Jacob’s Malaysia yang menganjurkan ‘Walk of Life’

PERIBAHASA/ UNGKAPAN MENARIK


· Melentur buluh biarlah dari rebungnya
· Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
· Sudah terhantuk baru terngadah

TEMA: JENAYAH
Kemalangan jalan raya yang berpunca daripada kegiatan berlumba secara haram sering
dilaporkan di media massa. Golongan remaja yang terlibat dalam kegiatan ini dikatakan
penyumbang kepada kemalangan tersebut. Jelaskan langkah-langkah bagi menangani
masalah tersebut.

FORMAT : Tiada format khusus


TUGASAN SOALAN : Langkah-langkah bagi menangani kemalangan jalan raya
yang berpunca daripada kegiatan berlumba secara haram

Cadangan Isi:

1. Penguatkuasaan undang-undang
- Pihak berkuasa: Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ)

2. Kempen keselamatan
- Sebaran di media massa-iklan di televisyen, akhbar
- Menggunakan medium Internet
- Ceramah

3. Kesedaran diri kepada remaja


- Kem motivasi, pegangan agama yang kukuh, didikan ibu bapa

4. Peranan pendidikan
- Peranan institusi pendidikan melalui pengajaran dalam mata pelajaran seperti
Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
- Menubuhkan Kelab Keselamatan Jalan Raya (KKJR)

5. Peranan komuniti
- Penglibatan masyarakat setempat, badan-badan bukan kerajaan (NGO)

Ungkapan menarik:
- Melentur buluh biarlah dari rebungnya
- Sudah terhantuk baru terngadah
- Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya
- Berganding bahu
- Bagai aur dengan tebing

Huraikan pendapat anda tentang manfaat Internet kepada masyarakat.

Tugasan soalan: manfaat Internet kepada masyarakat.


Cadangan isi: i. Bertukar pendapat melalui sembang siber
ii. Berkomunikasi melalui emel
iii. Mengiklankan produk dan perkhidmatan
iv. Mendapatkan maklumat dengan mudah
Ungkapan menarik:
i. Dunia tanpa sempadan
ii. Maklumat di hujung jari
iii. Yang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan
Frasa menarik:
i. Dalam konteks era pascamoden, dunia dicanangkan oleh teknologi
maklumat dan komunikasi
ii. Internet dan teknologi 3G menjadi pemangkin komunikasi manusia
iii. Sekadar klik di laman sesawang, kita mampu menjelajah ke seantero dunia

SOALAN 2
Soalan : Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada hari ini dikatakan
mampu melahirkan pelajar yang kreatif dan berdaya saing dalam dunia global.
Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada melayari Internet.

Tugasan soalan : Faedah-faedah daripada melayari Internet


Cadangan isi :

1. Dapat mengikuti arus perkembangan dunia


• Mengetahui perkembangan terkini tentang negara luar - memperoleh maklumat
tentang penciptaan moden yang terkini seperti robot Asimo yang menyerupai
ciri-ciri seperti manusia
• Berhubung dengan negara luar melalui Internet - melalui laman sosial seperti
Facebook, Twitter, Instagram, Google dan Yahoo
• Mengetahui trend terkini menerusi blog dan laman web - boleh melihat dengan
lebih cepat melalui Internet berbanding dengan penggunaan majalah

2. ICT sebagai jaringan maklumat


• Memperoleh maklumat dengan lebih cepat - mencari maklumat untuk
menyiapkan tugasansekolah
• Berkongsi maklumat dengan sekolah lain - mendapatkan nota yang lebih efektif
dari sekolah-sekolah bestari dan blog guru-guru pakar setiap mata pelajaran.
• Boleh merakam video tentang akademik dan proses eksperimen - Kementerian
Pelajaran dan Pengajian Tinggi boleh memuai naik lebih banyak proses
eksperimen sebagai panduan melalui EduWeb TV dan Portal Bahagian
Teknologi Pendidikan (BTP)
• Mengasah minda para pelajar melalui kuiz pendidikan seperti PERMATA
PINTAR dan eduweb games dalam Internet

3. Membina jaringan perniagaan yang lebih luas


· Perniagaan secara atas talian (online) mendatangkan keuntungan yang
lumayan, misalnya menjadi ejen dropship (orang tengah)
· Jualan barang-barang terkini seperti tudung dan pakaian
· Promosi dengan ilustrasi yang menarik
4. Pembelajaran lebih seronok dan ceria
• Gambar yang menarik - para remaja tertarik dengan pengguna gambar-gambar dan
ilustrasi serta grafik yang digunakan dalam pembelajaran
• Dapat melihat gambar dan ilustrasi yang tidak terdapat di di buku teks - para
remaja dapat meluaskan pengetahuan mel paparan gambar secara tiga dimensi
• Penggunaan mikrofon di dalam kelas - pelajar dapat mendengar suara guru
dengan lebih jelas, tidak hilang tumpuan dan minat untuk membaca
• Menarik minat pelajar terutamanya remaja - para remaja kurang berminat untuk
membaca buku tetapi melalui penggunaan ICT yang lebih interaktif, dapat
menarik perhatian mereka untuk menggunakannya
· Para pelajar berasa lebih seronok dan tidak bosan – pelajar tidak perlu
membaca buku teks yang bersifat statik malah skop faktanya juga tidak
bersifat semasa.
• Animasi dan video membantu para pelajar memahami satu-satu tajuk dengan
lebih lanjut
• Berpeluang bermain permainan maya yang berunsurkan pendidikan -
menjadikan kaedah pembelajaran lebih seronok melalui permainan
pendidikan dalam kompuer
• Menyanyikan lagu yang berunsurkan pendidikan yang bersesuaian dengan mata
pelajaran - memuat turun nada dering atau menggubah lagu supaya supaya
lebih mudah untuk dihafal dan diingati
• Boleh merakam video tentang akademik dan proses eksperimen - Kementerian
Pelajaran dan Pengajian Tinggi boleh memuat naik lebih banyak proses
eksperimen sebagai panduan melalui EduwebTVdan Portal Bahagian
Teknologi Pendidikan (BTP)
• Mengasah minda para pelajar melalui kuiz pendidikan sepert PERMATA
PINTAR dan eduweb games dalam Internet
5. Dapat meningkatkan kadar celik IT
• Taraf hidup masvarakat dapat ditingkatkan - Kementerian Pelajaran dan
Pengajian Tirtggi berusaha meningkatkan status kehidupan masyarakat
dengan memperkenalkan mata pelajaran Teknologi Maklumat pada tahun
1999 bagi pelajar Tingkatan 4
• Memudahkan mahasiswa lepasan universiti yang menganggur mendapat
pekerjaan dan memperolch pendapatan lumayan - golongan penganggur
boleh memulakan kerjaya dengan cara jualan langsung menerusi Internet
• Masyarakat yang celik IT dapat menjalankan aktiviti domestik dengan lehih
efektif - ICT memudahkan urusan seharian seperti pembayaran bil mahupun
saman hanya dengan melalui sistem talian terus
6. Meringankan bebanan pelajar dan tenaga pengajar
• Penggunaan kemudahan ICT menghubungkan para pelajar dengan pensyarah -
sesi pembelajaran antara pelajar dengan pensyarah dapat dihubungkan
walaupun berada di lokasi yang berbeza dengan mengunakan sistem
penyelidikan dunia tanpa wayar (WWRF)
• Nota-nota dapat diperoleh melalui Internet – para pelajar dapat memuat turun
nota mahupun segala perisian yang diberikan oleh pensyarah dengan mudah
melului Internet walaupun mempunyai masa yang sangat terhad. Malah nota-
nota tersebut boleh disimpan dalam bentuk cakera padat atau ‘soft copy’
• Menjimatkan masa pelajar dan tenaga pengajar - penghantaran tesis dan sistem
peperiksaan dapat dilakukan dan dilaksanakan secara sistem talian terus
Ungkapan menarik:
Menurut Dr. Norrizan Razali (Pengurus Kanan lahalan Sekolah Bestari, Multimedia
Development MSC Malaysia), Sekolah Bestari bukan sekadar jargon I-kit, papan putih,
interaktif, layar multimedia, perisian akses kendiri atau rangkaian wayar yang berselirat
di sana dan sini yang menghubungkan satu komputer dengan komputer yang lain.
Seharusnya faktor manusiawi yang penting untuk dibestarikan bukannya perkakasan.

Cabaran keenam dalam Wawasan 2020 adalahm mewujudkan masyarakat saintifik dan
progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan yang bukan
sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik
dan teknologi masa depan.

TEMA: PENDIDIKAN
SOALAN 3
Soalan: Kemajuan dunia hari ini menuntut setiap orang mempelajari ilmu pengetahuan
dalam pelbagai bidang.
Jelaskan kepentingan ilmu pengetahuan.

Tugasan soalan : Kepentingan ilmu pengetahuan.


Cadangan isi :
1. Meningkatkan taraf hidup
2. Menentukan masa depan
3. Melahirkan manusia bertamadun
4. Tidak mudah dieksploitasi
5. Melahirkan masyarakat minda kelas pertama
Ungkapan menarik:
· Umpama patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertelekan-Terus
berusaha
· Umpama patah tongkat berjeremang ,hulubalang habis bersiak–
meneruskan usaha sampai berjaya
· Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
· Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
· Jika sayang hendak basahkan pendayung,perahu hanyut
· Jangan lakukan kerja sekerat jalan
· Sekarang bukanlah masa bertopang dagu atau menunding jari kesalahan
pihak lain
· Jalan penyelesaian secara konkrit dan bijaksana perlu difikirkan
· Usah biarkan masalah ....terus membebani .................
· Usaha secara kolaboratif
· Menuntut sinergi pelbagai pihak
· Janganlah usaha ---umpama mencurahkan garam ke laut

SOALAN 4
Soalan : Kemajuan dunia masa ini memerlukan setiap remaja mempelajari
pelbagai bidang ilmu untuk bersaing dalam dunia global.
Jelaskan kepentingan ilmu pengetahuan kepada generasi muda di negara ini.

Tugasan soalan: Kepentingan ilmu pengetahuan kepada generasi muda di negara ini.

Cadangan isi:
1 Menjamin masa depan yang cemerlang
• Orang yang berilmu pengetahuan mudah untuk mendapat pekerjaan - contoh,
seseorang yang berilmu mudah mendapat kepercayaan orang lain kerana ilmu
yang dimilikinya mampu mempengaruhi orang lain untuk mengambilnya
bekerja - bersungguh-sungguh dalam pekerjaan
• Pandai merealisasikan dan menentukan arah diri - contoh, orang yang berilmu
mengetahui cara-cara untuk mewujudkan dan merealisasikan impian diri
2 Menguasai pelbagai bidang ilmu
• Dapat meningkatkan taraf pemikiran seseorang - contoh, tokoh pemikir yang
terkenal di dunia seperti Aristotle sangat mementingkan ilmu pengetahuan -
mempelajari hamper setiap bidang ilmu di dunia seperti astronomi, penulisan,
psikologi dan sebagainya
• Orang yang menguasai pelbagai bidang ilmu dapat menggunakan ilmu
pengetahuan mereka untuk memajukan kehidupan manusia - contoh,
pencipta-pencipta Barat menghasilkan pelbagai alatan baharu dalam
memudahkan kehidupan manusia seperti penciptaan roda, kapal terbang dan
telefon - Alexander Graham Bell, Wright Bersaudara dan George W. Ferris
3 Mampu menyelesaikan masalah
• Orang yang berilmu mampu menyelesaikan masalah dalam pekerjaan - contoh,
orang yang berilmu akan menggunakan ilmu yang dippelajarinya untuk
dimanfaatkan – mengaplikasikan ilmu untuk menyelesaikan masalah dalam
pekerjaan
• Orang yang berilmu dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan - contoh,
orang yang berilmu dapat mencari jalan penyelesaian yang sempurna -
melakukan setiap tindakan dengan berhemah - membuat pertimbangan
menggunakan akal
• Orang yang berilmu mampu menyelesaikan masalah dalam keluarga - contoh,
ketua keluarga yang berpengetahuan mampu menyelesaikan masalah dalam
rumahtangga - mempunyai tahap pemikiran yang matang – masalah antara
isteri dengan suami dapat diselesaikan dengan sikap toleransi jika seseorang
itu mempunyai ilmu yang tinggi tentang hubungan kekeluargaan.
4. Melahirkan insan yang bermoral
• Orang yang berilmu memiliki keperibadian yang terpuji - menjadi jati diri
seseorang - mampu membimbing keluarga, sahabat handai dan masyarakat
ke arah kebaikan
• Orang yang berilmu tidak akan mudah terpengaruh dengan perkara negatif -
contoh, orang yang berilmu dapat membezakan sesuatu perkara itu baik atau
buruk
5. Memajukan diri dan negara
• Orang yang berilmu penting untuk menjanakan kemajuan negarar - ilmu
pengetahuan yang diperoleh hendaklah dimanfaatkan dalam pembangunan
negara dari segi ekonomi, sosial dan politik
• Golongan berilmu atau cendekiawan layak menjadi pemimpin negara -
pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk
kemajuan rakyat dan Negara
• Pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi diperlukan untul menerajui negara -
dunia pada hari ini penuh dengan cabaran - pemimpin yang mempunyai daya
intelektual mampu menangani setiap rintangan dengan mudah
6. Memperkasakan kosa kata
• Orang yang berilmu dapat meluaskan kosa kata mereka – contoh, seseorang
yang berilmu akan memperoleh ilmu pengetahuan dalam pelbagai bahasa,
oleh itu, mereka dapat mempelajari penggunaan bahasa asing seperti bahasa
Jepun dan Jerman
• Orang yang berilmu juga dapat mengesan kesalahan yang digunakan dalam
percakapan - contoh, orang yang berusaha untuk mencari ilmu akan sedaya
upaya mempelajari ilmu untuk memperbaiki kosa kata dalam kehidupan
mereka
Frasa menarik:
i. Bagai pucuk dilancarkan ( = diluncurkan ) bermaksud amat cepat
ii. Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
iii. Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga

SOALAN 5
Soalan: Setiap tahun kerajaan menghantar pelajar untuk menyambung pelajaran di luar
negara dalam pelbagai jurusan ilmu.
Huraikan kebaikan-kebaikan belajar di luar negara.
Tugasan soalan : Kebaikan-kebaikan belajar di luar negara.
Cadangan isi:

Pendahuluan
• Isu penghantaran pelajar ke luar negara
• Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan besar untuk menampung kos pengajian
pelajar di luar negara
• Pelbagai badan kerajaan dan berkanun bersama-sama membiayai kos pengajian di luar
negara seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA)
• Matlamat penghantaran pelajar adalah untuk memastikan mereka membawa pulang
ilmu pengetahuan untuk pembangunan dan kemajuan negara
• Frasa Menarik: Pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara
Isi-isi Penting
Isi 1 : Dapat menimba ilmu yang bermanfaat yang tidak ditawarkan oleh
universiti tempatan
• Kemajuan dalam pelbagai bidang di universiti luar negara mendahului negara -
terutama dalam jurusan kejuruteraan dan perubatan
• Kecanggihan teknologi luar negara dan falsafah ilmu belum diterokai di
universiti tempatan seperti teknologi angkasa lepas dan penyelidikan
persenjataan
• 60 peratus penduduk Malaysia berumur di bawah 25 tahun yang memerlukan
pendidikan terbaik untuk menjadi satu dasar kepada generasi pekerja terlatih
dan berkemahiran tinggi
• Universiti luar negara mempunyai sumber rujukan yang banyak dan belum
dibawa masuk ke dalam negara
• Pelajar dapat memindahkan teknologi luar ke dalam negara

Isi 2 : Dapat menguasai pelbagai bahasa dunia


• Kebanyakan universiti luar negara menggunakan bahasa kebangsaan negara
masing-masing sebagai bahasa penghantar di univrsiti seperti negara lepun,
Sweden, Ireland, Korea dan Sepanyol
• Tahap penguasaan bahasa Inggeris juga meningkat berbanding pelajar universiti
tempatan
• Penguasaan bahasa dunia mampu menjadikan pelajar universiti sebagai
penyelidik
• Pelajar dapat menghasilkan produk baharu yang diadaptasi dan
diimplementasikan daripada kepakaran teknologi antarabangsa melalui
pembacaan buku-buku ilmiah dalam bahasa asing dunia yang telah bertapak
lama
• Tokoh-tokoh ilmuan dunia juga menghasilkan buku dalam bahasa ibunda
masing-masing
• Peribahasa: Alah bisa tegal biasa

Isi 3: Dapat melahirkan generasi muda yang berani dan yakin serta bersedia
menghadapi cabaran
• Pendedahan dan tunjuk ajar yang diperoleh di luar negara dapat diguna pakai
setelah memasuki alam pekerjaan
• Kesulitan dan kepayahan semasa menuntut di luar negara dijadikan panduan
dalam meneruskan kerjaya berkaitan bidang yang dipelajari
• Keupayaan menghasilkan teknologi baharu dapat memajukan negara dalam
pelbagai bidang seperti bidang bioteknologi, teknologi makanan dan
pengkomputeran
• Kemunculan pelbagai industri berasaskan nuklear dan petrokimia di negara kita
dapat dimanfaatkan dengan bantuan kepakaran pelajaryang mengikuti kursus
berkaitan di luar negara
• Frasa menarik: Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih
baik di negara sendiri

Isi 4: Dapat mengenali budaya asing melalui pertukaran budaya


• Dapat mengenali budaya negara luar
• Boleh mempelajari dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang positif seperti
mencintai kebersihan, budaya kerja yang cekap sama ada dalam keluarga dan
kerjaya
• Pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajar ke luar negara boleh memperkenalkan
keistimewaan budaya negara kita – makanan, pakaian, permainan tradisional,
adat istiadat dan kraf tangan.
• Frasa menarik: Jauh berjalan luas pandangan

Isi 5 : Membawa masuk teknologi baru dari luar negara


· Perkongsian kepakaran luar

Penutup
• Kerajaan perlu memastikan pelajar yang menuntut di luar tanah air setelah tamat
pengajian
• Mereka harus berbakti kepada bangsa dan negara serta mengenang jasa kerajaan
• Kerajaan haruslah menyediakan peluang pekerjaan yang setaraf dengan kepakaran
yang dimiliki
• Kepakaran graduan luar negara mampu melonjakkan nama negara di persada dunia
dalam pelbagai bidang
• Hasrat menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dapat digapai sekiranya semua
graduan luar
negara rela menabur bakti kepada ibu pertiwi
TEMA: KESELAMATAN

SOALAN 6
Soalan: Sejak kebelakangan ini, isu kemalangan jalan raya begitu serius diperkatakan
oleh pelbagai pihak dan mencetuskan pelbagai tanggapan dalam kalangan masyarakat.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya
tersebut.

Tugasan soalan: Usaha-usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya


Cadangan isi:

Pendahuluan
Peningkatan statistik kemalangan jalan raya - heboh diuar-uarkan oleh media massa -
peningkatan secara mendadak - manusia mempunyai keinginan untuk memiliki
kenderaan sendiri - beribu-ribu jenis kenderaan di jalan raya - jalan raya menjadi sesak -
menyumbang kepada kemalangan jalan raya. Mantan Perdana Menteri – menyeru rakyat
Malaysia menggunakan pengangkutan awam moden - satu alternatif agar kemalangan
jalan raya dapat dikurangkan - Malaysia seharusnya mencontohi negara Jepun menangani
dan mengurangkan kemalangan dengan memperbanyak perkhidmatan pengangkutan
awam - Impak yang sangat besar akan dihadapi oleh kerajaan untuk menyelenggara
kerosakan di jalan raya akibat kemalangan - tidak sewajarnya terjadi dalam kalangan
masyarakat yang hidup di bawah satu rumpun dan satu langit yang sama - langkah bijak
seharusnya diambil bagi mengatasi masalah kemalangan jalan raya.
1) Pihak kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-undang dan akta
keselamatan jalan raya
Menguatkuasakan undang-undang dan akta keselamatan jalan raya- memberikan
hukuman yang sangat berat kepada pesalah lalu lintas - kemalangan di jalan raya
semakin meningkat berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab sesetengah
pengguna jalan raya yang melanggar peraturan lalu lintas - masyarakat akan gentar untuk
bersikap acuh tidak acuh dengan peraturan yang telah ditetapkan ketika berada di jalan
raya - contoh, negara Singapura sangat bertegas kepada pesalah jalan raya - memasang
kamera litar tertutup bagi membolehkan pihak polis mengesan individu yang menyalahi
undang-undang lalu lintas - Malaysia sepatutnya mengambil iktibar dan mencontohi
Singapura bagi mengurangkan jumlah peningkatan kemalangan jalan raya - kerajaan
mestilah menguatkuasakan undang-undang lalu lintas dengan lebih ketat bagi
kesejahteraan negara.

2) Membaik pulih kawasan kemalangan dan jalan raya yang telah rosak dengan
segera
Membaik pulih kawasan kemalangan dan jalan raya yang telah rosak dengan segera -
struktur jalan yang berlubang, rosak dan tidak rata punca utama kemalangan jalan raya
diatasi segera bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku - mencegah lebih
baik daripada mengubati - sikap berdiam diri dan tidak mengambil sebarang tindakan
akan menyebabkan kejadian yang sama berulang - pokok-pokok yang mengganggu
penglihatan pengguna jalan raya perlu ditebang dengan segera - papan-papan tanda dan
peringatan hendaklah diletakkan di kawasan-kawasan yang berbahaya dan kawasan yang
kerap kali berlakunya kemalangan – menyediakan prasarana lebih banyak di sepanjang
jalan seperti pondok telefon kecemasan dan juga nombor aduan kerosakan - kemudahan
orang awam membuat aduan kepada pihak berkuasa untuk tindakan segera

3) Kempen-kempen dan ceramah


Kempen-kempen dan ceramah - Kempen Kurangkan Kemalangan di Jalan Raya dan
Kempen Keselamatan Jalan Raya yang dianjurkan oleh Kementerian Kerja Raya – usaha
menarik minat masyarakat agar sentiasa berhati-hati di jalan raya – ibu bapa membawa
anak-anak mendengar ceramah - memberikan pendedahan agar sentiasa berhati-hati
apabila berada di jalan raya - tidak memandu melebihi had yang telah ditetapkan - media
massa mengiklankan bahana sikap individu yang memandu laju boleh menyebabkan
kehilangan nyawa – contoh, televisyen banyak menyiarkan punca kemalangan dan impak
kemalangan - membuka mata pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati di jalan raya
- tidak memandu mengikut hawa nafsu - ikut hati mati, ikut rasa binasa –

4) Berkongsi kenderaan apabila hendak ke suatu destinasi yang sama.


Berkongsi kenderaan apabila hendak ke suatu destinasi yang sama - perkongsian
kenderaan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas - mengeratkan ukhuwah - tiba ke
destinasi yang sama dengan selamat - dapat menurunkan peratusan kemalangan jalan raya
- tidak perlu bersikap individualistik sebaliknya ikhlas apabila menumpangkan jiran
tetangga mahupun rakan-rakan ke tempat kerja - kesesakan jalan raya juga sering terjadi
apabila menjelang musim perayaan - masing-masing berpusu-pusu ingin pulang ke
kampung halaman - kita boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti
bas dan kereta api - orang awam takut untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan
awam seperti bas kerana sikap sesetengah pemandu bas yang lalai dan leka apabila
membawa para penumpang - kerajaan telah mengambil langkah yang drastik -
mementingkan rekod pemandu bas yang bebas daripada sebarang jenayah - menempatkan
pegawai-pegawai berkenaan di setiap kenderaan awam bagi menjamin keselamatan para
penumpang.

Penutup
Semua pihak perlu bekerjasama dalam menurunkan kadar kemalangan jalan raya -
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh - hendaklah mematuhi undang-undang yang
ditetapkan oleh kerajaan - tidak boleh mengikut kata hati dan nafsu semata-mata - sikap
ini boleh meragut nyawa pengguna jalan raya yang lain - jika masalah ini tidak
diselesaikan segera, bilangan rakyat yang terlibat dalam kemalangan jal akan semakin
meningkat - matlamat Wawasan 2020 untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara
yang dan selamat bagi setiap rakyatnya tidak akan terlaksana - perlu menangani masalah
kemalangan jalan raya dengan penuh berhemah – jangan sampai sudah terhantuk baru
tengadah.

TEMA: PATRIOTISME
1. Ada pendapat mengatakan bahawa semangat patriotik semakin kurang dalam
kalangan remaja. Huraikan punca-punca kurangnya semangat patriotik dalam
kalangan remaja.

Tugasan soalan : Punca-punca kurangnya semangat patriotik


Cadangan isi :
- Kurang jati diri
(Kurang mengenali asal usul keturunan sebagai rakyat Malaysia)

- Tidak memahami sejarah perkembangan negara.


(Kurang memahami penderitaan dan pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu)

- Kurang diberi pendedahan tentang kepentingan semangat patriotik.


(Pendidikan awal tentang maksud patriotik kurang ditekankan)

- Tidak pernah merasai kepayahan hidup.


(Dilahirkan dalam suasana moden yang penuh kemewahan)

- Menganggap nilai patriotik tidak penting dalam kehidupan.


(Remaja lebih terdorong dengan hiburan dan kurang berwawasan)

2. Semangat patriotik sangat penting dalam pembinaan sesebuah negara.


Jelaskan kesan-kesannya jika tiada semangat patriotik.
Tugasan soalan : Kesan-kesan tiada semangat patriotik.
Cadangan isi :
- Tidak berbangga dengan negara
(Tidak berasa bertuah menjadi rakyat negara ini)

- Memburuk-burukkan imej negara di mata dunia.


(Menulis artikel, menerbitkan filem yang negatif tentang Malaysia)

- Menimbulkan masalah kepada keamanan negara


(Membesarkan isu sensitif dan isu perkauman)

- Memandang rendah pencapaian negara.


(Membanding-bandingkan Malaysia dengan negara yang lain)

- Tidak setia kepada negara


(Menjadi pembelot kepada negara, memohon suaka politik negara lain)

3. Semangat patriotik wajar dihayati oleh setiap remaja di negara ini.


Bincangkan cara-cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja.

Tugasan soalan : Cara-cara memupuk semangat patriotik


Cadangan isi :
- Menekankan pendidikan sejarah dan kewarganegaraan.
(Diberi perhatian khusus dalam PdP, kelab dan persatuan)

- Kempen cinta akan negara.


(Dilaksanakan di semua peringkat seperti kampung, daerah, negeri, kebangsaan)

- Banyakkan bahan seperti buku, filem, dokumentari tentang kemajuan


negara.
(Buku tentang kemerdekaan, pejuang negara)

- Pelancaran Bulan Patriotisme.


(Mengadakan pelbagai aktiviti yang menbimbulkan kesedaran)
- Peranan media massa
(Sentiasa menayangkan/menerbitkan iklan/ hebahan tentang semangat patriotik)

Peribahasa
· Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di
negeri sendiri.
· Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
· Biar putih tulang jangan putih mata.
· Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
TEMA : SUKAN
SOALAN 1:
Sukan di negara kita berpotensi untuk berkembang maju jika kita dapat mengatasi
pelbagai kekangan yang dihadapi.
Huraikan kekangan-kekangan yang membelenggu bidang sukan di negara kita.

Tugasan soalan : Huraikan kekangan-kekangan dalam bidang sukan


Cadangan Isi :

- Pencapaian atlet kurang menyerlah di peringkat antarabangsa.


(Atlet negara sering tewas dalam kejohanan peringkat Asia, kelayakan Piala Dunia dan
Olimpik)

- Perancangan program sukan yang kurang teliti.


(Perancangan, strategi yang tidak tepat dan berkesan)

- Kurang jurulatih yang berpengalaman.


(Jurulatih yang benar-benar berkualiti, pernah menjadi atlet, menguasai strategi latihan
yang berkesan)

- Kurang kemudahan /kelengkapan sukan.


(Padang, stadium, dan gelanggang yang berkualiti)

- Atlet kurang pendedahan di peringkat antarabangsa.


(Atlet muda kurang diberi peluang bertanding di kejohanan peringkat Asia dan
Eropah)

- Campur tangan pihak berkepentingan dalam pengurusan sukan.


(Pihak yang tidak mengetahui hal ehwal sukan cuba menguasai pengurusan dan
bidang kejurulatihan bagi sesuatu persatuan sukan).

SOALAN 2.
Masalah yang melanda bidang sukan perlu diatasi segera untuk memastikan prestasi
sukan di negara ini setanding dengan negara-negara lain.
Huraikan cara-cara mengatasi masalah yang menyebabkan kemunduran bidang sukan
di negara ini.

Tugasan soalan : Menghuraikan cara-cara mengatasi masalah kemunduran bidang sukan

- Perancangan program jangka pendek dan program jangka panjang.


(Program sukan yang mendatangkan hasil sesuai dengan perbelanjaan kewangan yang
dilaburkan)

- Memperbanyakkan akademi sukan


(Pengkhususan kepada usaha menggilap bakat baru/pelapis dalam sesuatu bidang
sukan)

- Peruntukan kewangan yang mencukupi


(Belanjawan tahunan negara memberi perhatian yang besar kepada kemajuan bidang
sukan)

- Membentuk lembaga pengurusan sukan yang lebih dinamik.


(Menggantikan presiden, pengurus, pegawai, jurulatih yang tidak menunjukkan
prestasi yang dikehendaki)

- Pencarian bakat-bakat baharu.


(Pengurusan persatuan sukan perlu turun padang mencari murid-murid sekolah,
remaja di seluruh ceruk negara)

SOALAN 3.
Penglibatan murid sekolah dalam sukan adalah penting untuk memastikan
pencapaian Malaysia dalam bidang ini sentiasa meningkat.
Terangkan cara-cara menggalakkan penglibatan murid dalam bidang sukan.

Tugasan soalan : Menerangkan cara-cara menggalakkan penglibatan murid.


- Biasiswa sukan
(Murid yang cemerlang dalam bidang sukan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan)

- Penghargaan kepada murid yang aktif


(Diberi anugerah sijil dan sebagainya)

- Memperbanyakkan pertandingan sukan peringkat sekolah


(Kejohanan dan pertandingan sukan berbentuk dalaman)

- Program 1 Murid 1 Sukan


(Memberi peluang kepada semua murid terlibat dalam biadang sukan)

- Mata pelajaran Sains Sukan diperluas/lebih banyak kelas Sains Sukan dibuka.
(Menerangkan potensi dan kebaikan menyertai bidang sukan)

Peribahasa
· Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
· Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
· Badan Cergas Otak Cerdas
· Majulah Sukan untuk Negara (Slogan)

TEMA : PENGANGKUTAN ABAD ke-21


1. Perkhidmatan pengangkutan awam di negara kita sering mendapat rungutan daripada
pengguna. Huraikan punca-punca pengangkutan awam kurang berkesan.

Tugasan Soalan : Menghuraikan punca-punca pengangkutan awam kurang berkesan.


- Pertambahan bilangan pengguna/penumpang kenderaan awam.
(Bilangan kenderaan tidak dapat menampung permintaan pengguna)

- Masyarakat kurang membuat aduan/ laporan .


(menganggap sesuatu yang tidak berfaedah kerana tiada tindak susul daripada pihak
berwajib)

- Pengusaha kurang modal/ sumber kewangan.


(Kos pembelian sesebuah kenderaan baharu sangat mahal)

- Pengusaha ingin mengaut keuntungan yang banyak.


(Pengusaha kurang mempunyai tanggungjawab sosial, mengubah meter teksi)

- Kurang permantauan oleh pihak berkuasa.


(kekurangan kakitangan JPJ, SPAD untuk membuat pemeriksaan, serbuan dan
pemantauan )

2. Sistem pengangkutan awam di negara kita semakin berkembang maju.


Jelaskan pembangunan sistem pengangkutan di negara ini.

Tugasan soalan: Menjelaskan pembangunan sistem pengangkutan


Cadangan isi:
- Pelbagai jenis pengangkutan awam
(Sistem Transit Aliran Ringan, ETS,Monorel, penerbangan tambang murah)
- Mutu perkhidmatan pengangkutan awam meningkat.
(Tempahan tiket secara atas talian, Terminal semakin canggih)
- Layanan mesra pelanggan
(Petugas yang menjaga keselesaan penumpang)
- Laluan perjalanan bertambah
(membina laluan yang lebih banyak)
- Keselamatan pengguna diberi keutamaan.
(insurans,penyelenggaraan, kotak hitam kenderaan awam)

3. Pengangkutan awam semakin popular dalam kalangan penduduk di negara ini


walaupun terdapat beberapa kelemahan yang perlu ditangani segera. Huraikan langkah-
langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kelemahan pengangkutan awam.
Tugasan soalan : Menghuraikan langkah-langkah mengatasi kelemahan pengangkutan
awam

Cadangan isi :
- Membuka lebih banyak stesen pengangkutan awam.
( Stesen besar dan stesen kecil di setiap kawasan)

- Pemantauan dan pemeriksaan JPJ /SPAD lebih kerap.


(Mengeluarkan saman dan kompaun yang berat kepada pengendali
pengangkutan
awam yang melanggar peraturan)

- Memperketat syarat pengambilan lesen memandu kenderaan awam.


( Pemandu mesti sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman memandu selama 5
tahun)

- Pemilihan permandu yang benar-benar layak sahaja.


(Pemandu yang bebas dadah dan rekod jenayah, sesuai dari segi umur)

- Membuka lebih banyak laluan perjalanan.


(Meliputi kawasan bandar dan luar bandar)

- Kursus pemanduan berhemah secara berkala untuk pemandu.


(Pemandu tidak akan lupa undang-undang dan tatasusila di jalan raya)
Peribahasa
· Sudah terhantuk baru tengadah
· Melepaskan batuk/batok di tangga
· Sediakan payung sebelum hujan
· Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

TEMA: NILAI-NILAI MURNI

SOALAN 1
Amalan nilai murni amat penting dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai
rakyat pelbagai kaum dan agama.
Berdasarkan pernyataan tersebut, huraikan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh
rakyat Malaysia bagi memupuk perpaduan.

Tugasan : Nilai-nilai murni yang perlu diamalkan bagi memupuk perpaduan

Cadangan Isi:

1. Mengamalkan nilai hormat-menghormati.


Masyarakat Malaysia berbilang kaum – melahirkan semangat bersatu-padu -
Menghormati budaya dan adat resam semua kaum

2. Mengamalkan nilai toleransi


Bertolak ansur antara kaum – menerima perbezaan adat resam - Tidak
mementingkan diri dalam segala aktiviti kehidupan

3. Mengamalkan nilai kasih-sayang


Menghulurkan bantuan – mengamalkan semangat kejiranan- ziarah menziarahi -
Tidak berprasangka buruk - Cakna dengan jiran

4. Mengamalkan nilai bekerjasama


Bergotong-royong dalam pelbagai aktiviti kehidupan seharian - Bekerjasama dalam
membanteras
gejala sosial di kejiranan

5. Mengamalkan nilai patriotisme


Menyambut Hari Kebangsaan - Mencintai kawasan kejiranan - Tidak mewujudkan
suasana perkauman

Ungkapan Menarik:
· Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
· Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
· Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung
· Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
· Cubit paha kiri paha kanan terasa sakit

SOALAN 2
Amalan nilai murni begitu penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum. Setiap individu wajar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.
Bincangkan kepentingan nilai-nilai murni dalam kehidupan kita.

Tugasan : Kepentingan nilai-nilai murni dalam kehidupan kita

Cadangan Isi:

1. Individu yang berperibadi mulia dan berdisiplin dapat memberi sumbangan


yang lebih bermakna dalam usaha memajukan negara
Mencapai kemajuan dan pembangunan yang pesat.

2. Individu dan masyarakat yang mengamalkan nilai murni akan mempunyai budi
pekerti yang mulia
Dihormati oleh orang lain.

3. Pelbagai gejala sosial akan dapat dibanteras


Masyarakat hidup dalam keadaan aman dan harmonis.

4. Meningkatkan imej negara


Rakyat di negara ini dikagumi oleh pelancong asing dan masyarakat dunia.
5. Dapat membuat pertimbangan yang rasional dalam penyelesaian masalah
Ada sifat tanggungjawab, tolak ansur.

Ungkapan Menarik:
- Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
- Celik akal

SOALAN 3
Ibu bapa memainkan peranan penting menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan ahli
keluarga. Huraikan peranan ibu bapa tersebut.

Tugasan : Peranan ibu bapa menerapkan nilai murni dalam keluarga

Cadangan Isi:

1. Menjadi contoh teladan


Mengamalkan nilai murni dalam kehidupan –semangat kejiranan.

2. Menerapkan pendidikan agama dalam kehidupan keluarga


Sebagai panduan hidup – menerapkan nilai yang baik – melahirkan semangat
hormat- menghormati.

3. Melibatkan keluarga dengan aktiviti masyarakat


Gotong-royong – kenduri – eratkan hubungan silaturahim.

4. Mengisi masa lapang bersama dengan anak-anak


Memupuk nilai kasih sayang – akan terbentuk semangat perpaduan

5. Mengawasi pergaulan dan pergerakan anak-anak


Tidak terjebak dalam gejala sosial – tidak terpengaruh dengan anasir subversif.

Ungkapan Menarik:
- Bagaimana acuan begitulah kuihnya
- Anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya

Anda mungkin juga menyukai