Anda di halaman 1dari 4

CONTOH KARANGAN

Soalan
Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat hari ini dikatakan kian luntur.
Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk
memupuk semangat kejiranan.
Aforisme kuat tunjang kerana akar, kuat akar kerana tunjang dan kuat tiang
maka kuatlah bangunannya jelas mencerminkan kepentingan semangat altruisme
dan kejiranan dalam sesebuah masyarakat. Apatah lagi apabila rakyat Malaysia
hidup dalam sesebuah komuniti yang terdiri daripada pelbagai ras dan etnik. Dato
Dr. Fadzilah Kamsah juga pernah mengatakan bahawa semangat altruisme ini
perlulah diwujudkan dalam kamus kehidupan masyarakat kita. Ironinya, seribu kali
sayang, masyarakat kontemperori menjadi semakin individualistik dan meterialistik
sehingga semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat hari ini dikatakan kian
luntur bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Oleh hal yang
demikian, pelbagai langkah yang pragmatik perlulah diimplementasikan untuk
memupuk semangat kejiranan sebelum nasi menjadi bubur. Persoalan yang akan
dikupas sebentar lagi apakah langkah-langkah tersebut?
Lampu Aladdin tidak akan bersinar selagi Aladdin tidak pergi menggosoknya
terlebih dahulu. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak
mereka sejak kecil tentang kepentingan memupuk semangat kejiranan kerana
meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan
orang yang paling dekat dan berpengaruh dengan anak-anak mereka. Bukan
setakat itu sahaja, ibu bapa boleh mendidik anak-anak mereka tentang agama
kerana setiap agama mendorong pengamalnya agar hidup bersatu padu demi
kesejahteraan hidup. Akan tetapi, ibu bapa perlulah mengajar agama yang betul
haluannya kerana Albert Einstein pernah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu
adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Sebagai misalnya, ibu bapa perlulah
bermesra dengan jiran mereka seperti dakwat dengan kertas kerana kelakuan ini
dapat mempengaruhi anak-anak mereka seperti kata-kata orang tua iaitu bapak
borek anak rintik. Jelaslah bahawa ibu bapa memainkan peranan dominan dalam
memupuk semangat kejiranan.

Langkah yang ditelusuri seterusnya ialah peranan media massa dalam


memupuk semangat kejiranan. Tak tumbuh tak melata, tak sunggung tak kata! Hal
ini demikian kerana pada zaman tanpa sempadan ini, media massa sangat
berpengaruh kerana mata pena adalah lebih tajam daripada mata pedang. Hal ini
boleh dilakukan apabila pihak media massa memaparkan artikel dan menyiarkan
dokumentari tentang kepentingan semangat kejiranan pada hari ini. Pihak media
massa bukan sahaja memaparkan artikelnya pada surat khabar malah di internet
juga kerana kini setiap rakyat Malaysia mempunyai peluang melayari internet.
Sebagai tamsilan, pihak media massa bolehlah memaparkan berita masyarakat
yang bersikap mementingkan diri sendiri supaya dapat menyedarkan masyarakat
dan menghindari sikap negatif tersebut. Tegal itu, semangat kejiranan dapat disemai
dalam kalangan masyarakat dengan peranan media massa.
Di samping itu, masyarakat di kawasan setempat perlulah meraikan majlis
perayaan dengan konsep Rumah Terbuka agar semangat kejiranan dapat dipupuk.
Mengapakah dikatakan begitu? Hal in demikian kerana hubungan masyarakat
setempat yang berbilang kaum, adat resam dan budaya dapat dirapatkan bagai
beliung dengan asahan dengan usaha tersebut. Jika ditinjau dengan lebih
mendalam, masyarakat setempat juga akan lebih memahami adat resam, agama
dan budaya etnik lain dan menjadi semakin bertolak ansur dan menghormati etnik
tersebut.
Dengan itu, secara tidak langsung, semangat perpaduan akan disemai dalam
kalangan masyarakat setempat yang seterusnya membawa kepada semangat
kejiranan. Biar kita ambil contoh, majlis perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun
Baru Cina dan Hari Deepavali boleh diraikan oleh orang Melayu, Cina dan India
dengan mengundnag ramai orang yang berbeza kaum datang. Ijmaknya, konsep
Rumah Terbuka ini dapat memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat.
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Sehubungan
dengan itu, langkah seterusnya yang boleh memupuk semangat kejiranan ialah
masyarakat bergiat aktif dalam menyokong gotong royong. Asal ditugal adalah
benihnya? Hal ini bukan sahaja dapat merapatkan tali persahabatan dalam kalangan
2

masyarakat, malah melahirkan persekitaran kawasan setempat yang indah, bersih


dan cantik selain menjimatkan tenaga manusia. Hal ini demikian kerana apabila
masyarakat setempat terlibat dalam aktiviti gotong-royong, mereka berpeluang
bersemuka dengan orang lain yang tidak berkenalan dan berbual-bual dengannya
sehingga menjadi rakan karib kerana tak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh,
aktiviti gotong-royong boleh dilakukan semasa pembersihan kawasan persekitaran,
rondaan keselamatan pada waktu malam dan penyediaan kenduri. Justifikasinya,
aktiviti gotong-royong yang dijalankan oleh masyarakat dapat memupuk semangat
kejiranan.
Selain itu, modus operandi yang boleh dijalankan oleh kerajaan untuk
memupuk semangat kejiranan adalah dengan mengadakan kempen kesedaran
kepentingan semangat kejiranan. Hal ini demikian kerana semua lapisan masyarakat
di Malaysia amat menyokong kempen yang diuar-uarkan oleh kerajaan Malaysia.
Tambahan lagi, kerajaan sememangnya perlulah memainkan peranannya dalam
menyemai semangat kejiranan kerana ekonomi Malaysia akan menurun dengan
mendadak jika suasana harmoni dan damai tidak dapat diwujudkan. Sebagai
anologinya, kerajaan seyogianya mengadakan kempen tersebut di setiap daerah
dengan bantuan Jabatan Perpaduan Negeri. Bulan sudah terang, baying sudah
jelas, kerajaan telah memainkan peranan yang signifikan dalam memupuk semangat
kejiranan.
Yang pekak membakar meriam,
Yang buta menghembus lesung,
Yang kerdil memetik ladu,
Yang tinggi memetik betik.
Yang gemuk mangimbang perahu,
Yang kurus menjaga lauk.
Begitulah bidalan lama yang menyeru setiap lapisan masyarakat agar
memupuk

semangat

kejiranan

kerana

jiran

sepakat

membawa

berkat.

Sesungguhnya, pelbagai pihak ini janganlah menunding jari menuduh kesalahan


orang lain sahaja dalam usaha memupuk semangat kejiranan sedangkan kesalahan
sendiri tidak dihiraukan seperti kuman di seberang huran Nampak, gajah di pelupuk
mata tiada tampak. Pada hemat saya, semangat kejiranan ini penting bagi menjaga
3

keamanan dan kedaulatan Negara kerana pihak musuh akan mudah menjajah
Negara kita jika masyarakat tidak bersatu padu kerana jong perah, yu kenyang.
Dengan semangat kejiranan, peristiwa 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi dalam
sejarah Malaysia.

KAMUS DEWAN
1. Aforisme Ungkapan yang tepat, ringkas, dan jelas yg mengandungi atau
melahirkan

suatu kebenaran, pepatah, bidalan, peribahasa ( spt bersatu

teguh bercerai roboh).


2. Altruisme Sifat atau prinsip suka mengutamakan kebajikan atau kebahagian
orang lain drpd diri sendiri.
3. Tamsilan Contoh, ibarat, persamaan, perumpamaan.
4. Tegal Kerana, oleh sebab: ~ itulah oleh sebab itulah, kerana itulah.
5. Ijmak 1. Sumber ketiga dlm perundangan Isla selepas al-Quran dan hadis:
kadi-kadi menjalankan tugas mereka dengan berdasarkan Quran, hadis, ~
dan kias: 2. = ~ ulama kesepakatan pendapat para ulama yg berijtihad
mengenai sesuatu hokum
6. Tugal Batang kayu dll yang tajam hujungnya utk melubangi tanah utk
titanam (padi dll)
7. Seyogia sepatutnya, selayaknya, semestinya.

Anda mungkin juga menyukai