Anda di halaman 1dari 5

NOTES UJIAN BERTUTUR

TEMA:FAEDAH2 SUKAN
TIPS:
a)Pada sidang 1, setiap murid perlulah bertutur dalam masa 3-4 minit
mengenai tema soalan diberikan
b)Gunakan teknik Imbakup@DiKeMaSeN + MM
c)Boleh beri pengenalan tentang tema @ berikan isi terus tapi
huraian lebih
d)Pada sidang 2,kurangkan huraian pada isi.Perlu mencelah selepas
Calon habis pendapatnya.

1. Apakah faedah-faedah bersukan kepada masyarakat pada masa kini?


Sidang 1.
Calon A – Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mari kita mulakan
sesi perbincangan kita bertemakan sukan.Aktiviti bersukan dalam
kalangan masyarakat semakin mendapat perhatian.Perkembangan
infrastruktur sukan seperti gelanggang futsal dan badminton
dimanfaatkan sebaiknya oleh masyarakat kita. Aktiviti bersukan
menjadi aktiviti pada waktu siang dan malam.Mengapa aktiviti
bersukan juga menjadi aktiviti pada waktu malam? Jawapannya ialah
ramai orang mencari rezeki pada waktu pagi untuk suapan diri dan
tanggungan masing-masing.Pelbagai faedah yang diperoleh daripada
bersukan kepada masyarakat yang kian kerap melakukan aktiviti
tersebut.
Pada pendapat saya, antara faedah-faedah yang diperoleh
daripada bersukan ialah menjamin kesihatan masyarakat kita kerana
bersukan melibatkan penggunaan fizikal dan juga mental.Aktiviti
bersukan seperti bola sepak,badminton dan bola keranjang dapat
membantu tubuh badan individu mengeluarkan peluh dan
menambahkan stamina.Selain itu, melakukan aktiviti sukan juga dapat
menjauhkan penyakit seperti kencing manis dan penyakit jantung.Oleh
itu,pihak masyarakat hendaklah melibatkan diri dalam aktiviti
bersukan.

Calon B – Terima kasih Calon A atas penerangan dan pendapat


tentang faedah-faedah bersukan.Pada pendapat saya pula,aktiviti
bersukan ini mewujudkan berfikiran positif dalam masyarakat.Dengan
melibatkan diri dalam aktiviti bersukan,individu lebih aktif dan
bermotivasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Hal ini menyebabkan
individu dapat mengawal mental diri dengan menerima kekalahan
dalam pertandingan sukan ataupun mengawal kemarahannya dalam
kehidupan seharian.Oleh itu,pihak masyarakat dapat menguatkan
mental diri dan bersikap toleransi dengan melibatkan diri dalam aktiviti
bersukan.

Calon C- Saya kagum dengan pandangan awak Calon B tetapi


berlainan dengan pendapat saya,sukan juga mampu menjadikan
kerjaya seseorang. Sukan berkemampuan menjadi industri yang
menarik pelaburan dan hiburan kepada masyarakat.Bukan itu sahaja
tetapi sukan juga dapat melahirkan atlet-atlet yang berjaya seperti
Datuk Lee Chong Wei,Dato Pandelela Rinong dan Datuk Nicol
David.Bagaimanakah atlet-atlet ini menjadikan sukan sebagai sebuah
kerjaya?Jawapannya ialah usaha tangga kejayaan dan mempunyai
minat yang mendalam terhadap bidang sukan.Oleh itu,pihak
masyarakat hendaklah mempunyai kemahiran dan minat yang
mendalam agar dapat mencapai impian.

Calon D- Saya berpendapat dengan Calon C tetapi faedah-faedah


sukan yang lain ialah dapat mengisi masa lapang bersama kawan dan
keluarga.Sekiranya seseorang melibatkan aktiviti bersukan, maka
individu tersebut tidak membuang masa dengan perkara-perkara tidak
berfaedah dan mengeratkan sillaturahim bersama rakan dan
keluarga.Hal ini juga menyebabkan lebih ramai orang dapat
mengelakkan diri daripada kes jenayah seperti menghisap dadah dan
aktiviti lumba haram.Oleh itu,pihak masyarakat haruslah bijak mengisi
masa agar mempunyai masa untuk mengisi lapang bersama rakan dan
keluarga.

Calon E- Saya percaya bahawa setiap orang mempunyai pendapat


masing-masing tentang perkara ini. Pada pandangan saya, aktiviti
bersukan dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam masyarakat.Antara
nilai murni yang diperoleh daripada sukan ialah nilai berdikari iaitu
mempunyai keyakinan diri dalam setiap atlet dan nilai
hormatmenghormati iaitu mempunyai kepercayaan dan kerjasama
dalam pasukan seperti sukan bola keranjang.Seterusnya ialah dapat
nilai kesyukuran,berhemah tinggi,baik hati dan sebagainya.Aktiviti
bersukan ini dapat menerapkan pelbagai nilai murni kepada
masyarakat supaya selalu mengamalkan nilai-nilai murni ini.
Pusingan 2(sesi celah):

Calon A- Saya ingin menambahkan isi saya iaitu bukan sahaja dapat
menjamin kesihatan masyarakat tetapi juga dapat meningkatkan
kemahiran fizikal mereka.Contohnya,semakin lama kita bermain sukan
badminton,semakin mahir kita dalam bidang badminton.

Calon B- Maafkan saya, izinkan saya mencelah? Saya berpendapat


dengan Calon A tetapi dengan adanya kemahiran fizikal,kita juga boleh
mengajar generasi muda tentang aktiviti bersukan kerana pemuda
harapan bangsa,pemudi tiang negara.Jika kamu ingin lihat masa depan
negara,lihatlah pemuda-pemudi pada hari ini.

Calon C- Wah,betullah pendapat Calon B.Saya amat setuju dengan


Calon B kerana generasi muda pada masa kini amat penting dalam
masa depan negara.Jika kita menerapkan ilmu-ilmu berkaitan dengan
sukan dalam pemuda-pemudi pada hari ini, negara kita akan dipandang
tinggi oleh negara lain dengan menyertai pertandingan bola sepak
antarabangsa.

Calon D- Izinkan saya menambah isi calon C? Saya percaya bahawa


negara kita akan dipandang tinggi sekiranya kita menunjukkan
semangat perpaduan kita dalam sesebuah pertandingan.Negara kita
yang pelbagai kaum mampu menghadapi pelbagai cabaran kerana
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Calon E- Saya bersetuju dengan pandangan semua orang.Aktiviti
sukan memberikan pelbagai manfaat bukan sahaja kepada masyarakat
tetapi juga kepada negara.Pandangan terakhir saya tentang faedah
aktiviti sukan ini ialah “otak cerdas,badan cergas”. Ini adalah slogan
yang diguna pakai dalam setiap pertandingan ataupun aktiviti sukan
kerana dapat meningkatkan tahap kecerdasan otak kita dan badan
yang cergas ini. Itu sahaja daripada kami.Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai