Anda di halaman 1dari 2

Karangan : Manfaat /kebaikan aktiviti bergotong-royong.

Menurut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud amalan


saling menolong atau kerja bersama-sama. Masyarakat Malaysia pada
hari ini, kurang mengamalkan gotong-royong oleh sebab mereka lebih
suka duduk di dalam rumah sendiri sambil menonton rancangan
televisyen atau bermain permainan komputer. Amalan bergotong-
royong sebenarnya banyak membawa kebaikan kepada kita.
Antaranya, bergotong-royong dapat mengeratkan perpaduan
dalam kalangan masyarakat. Masyarakat Malaysia terdiri daripada
masyarakat yang berbilang kaum dan latar belakang. Melalui aktiviti
gotong-royong, kita dapat memahami dan menghormati adat istiadat
kaum lain tanpa menimbulkan rasa was-was dan curiga.
Selain itu, aktiviti gotong-royong juga dapat mempercepat dan
mempermudah kerja seharian. Jika semua orang bersatu padu,
tolong-menolong, maka kerja yang sukar akan menjadi senang dan
ringan. Contohnya, murid-murid diberi tugasan oleh guru untuk
membersihkan Taman Bunga di kawasan sekolah. Sekiranya mereka
bekerjasama, aktiviti pembersihan Taman Bunga dapat disiapkan
dalam masa yang singkat.
Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan
persekitaran yang bersih dan ceria. Kawasan yang bersih dan ceria
dapat mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera bak kata
slogan pihak berkuasa tempatan, yakni ‘Negara Bersih, Rakyat Sihat’.

      Kesimpulannya, aktiviti gotong-royong banyak mendatangkan


kebaikan kepada penduduk setempat yang rata-rata terdiri daripada
masyarakat yang berbilang kaum dan agama untuk hidup aman
makmur, saling menghormati dan bekerjsama, bak kata peribahasa
Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Anda mungkin juga menyukai