Anda di halaman 1dari 2

CONTOH KARANGAN : FAEDAH BERGOTONG-ROYONG

Menurut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud

amalan saling menolong atau kerja bersama-sama. Masyarakat
Malaysia pada hari ini, kurang mengamalkan gotong-royong oleh
sebab mereka lebih suka duduk di dalam rumah sendiri sambil
menonton rancangan televisyen atau bermain permainan
komputer. Sebenarnya, amalan bergotong-royong merupakan
amalan yang mulia dan harus dipupuk sejak kecil. Amalan
bergotong-royong juga telah banyak membawa kebaikan kepada
kita.
Pertama sekali, bergotong-royong dapat mengeratkan
perpaduan dalam kalangan masyarakat. Masyarakat Malaysia
terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan latar
belakang. Melalui aktiviti gotong-royong, kita dapat memahami
dan menghormati adat istiadat kaum lain tanpa menimbulkan
rasa waswas dan curiga.
Selain itu, aktiviti gotong-royong juga dapat
mempercepat dan mempermudah kerja seharian. Jika semua
orang bersatu padu, tolong-menolong, maka kerja yang sukar
atau berat akan menjadi senang dan ringan. Contohnya,
sekumpulan murid diberi tugasan oleh guru untuk membersihkan
Taman Bunga di kawasan sekolah. Kalau murid-murid
bekerjasama dan tidak malas, aktiviti pembersihan Taman Bunga
dapat disiapkan dalam masa yang singkat.
Amalan gotong-royong juga dapat menperkukuh
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat berbilang ras
dan agama. Dalam satu taman, terdapat jiran tetangga yang
berbilang kaum dan agama. Oleh itu, semangat kejiranan dapat
dipererat melalui aktiviti-aktiviti seperti majlis kenduri-kendara,
musim perayaan utama, kempen yang berkaitan dengan
semangat kejiranan atau aktiviti yang memerlukan kerjasama
semua orang.
Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat
mewujudkan pesekitaran yang bersih dan ceria. Kawasan yang
bersih dan ceria dapat mewujudkan kehidupan yang sihat dan
sejahtera bak kata slogan pihak berkuasa tempatan, yakni
Negara Bersih, Rakyat Sihat.

Secara kesimpulannya, aktiviti gotng-royong banyak

mendatangkan kebaikan kepada penduduk setempat yang ratarata terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan
agama untuk hidup aman makmur, saling menghormati dan
bekerjsama, bak kata peribahasa Melayu, berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing.

Anda mungkin juga menyukai