Anda di halaman 1dari 2

Faedah Bergotong-royong

Menurut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud amalan saling menolong atau


kerja bersama-sama. Masyarakat Malaysia pada hari ini, kurang mengamalkan
gotong-royong oleh sebab mereka lebih suka duduk di dalam rumah sendiri sambil
menonton rancangan televisyen atau bermain permainan komputer. Sebenarnya,
amalan bergotong-royong merupakan amalan yang mulia dan harus dipupuk sejak
kecil. Amalan bergotong-royong juga telah banyak membawa kebaikan kepada kita.
Pertama sekali, bergotong-royong dapat mengeratkan perpaduan dalam
kalangan masyarakat. Masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang
berbilang kaum dan latar belakang. Melalui aktiviti gotong-royong, kita dapat
memahami dan menghormati adat istiadat kaum lain tanpa menimbulkan rasa
waswas dan curiga.
Selain itu, aktiviti gotong-royong juga dapat mempercepat dan
mempermudah kerja seharian. Jika semua orang bersatu padu, tolong-menolong,
maka kerja yang sukar atau berat akan menjadi senang dan ringan. Contohnya,
sekumpulan murid diberi tugasan oleh guru untuk membersihkan Taman Bunga di
kawasan sekolah. Kalau murid-murid bekerjasama dan tidak malas, aktiviti
pembersihan Taman Bunga dapat disiapkan dalam masa yang singkat.
Amalan gotong-royong juga dapat menperkukuh semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat berbilang ras dan agama. Dalam satu taman, terdapat
jiran tetangga yang berbilang kaum dan agama. Oleh itu, semangat kejiranan dapat
dipererat melalui aktiviti-aktiviti seperti majlis kenduri-kendara, musim perayaan
utama, kempen yang berkaitan dengan semangat kejiranan atau aktiviti yang
memerlukan kerjasama semua orang.
Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan
pesekitaran yang bersih dan ceria. Kawasan yang bersih dan ceria dapat
mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera bak kata slogan pihak berkuasa
tempatan, yakni Negara Bersih, Rakyat Sihat.
Secara kesimpulannya, aktiviti gotng-royong banyak mendatangkan
kebaikan kepada penduduk setempat yang rata-rata terdiri daripada masyarakat
yang berbilang kaum dan agama untuk hidup aman makmur, saling menghormati
dan bekerjsama, bak kata peribahasa Melayu, berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing.

Cara-cara untuk memupuk semangat kejiranan ialah penduduk seharusnya


mengadakan aktiviti gotong-royong. Hal ini dapat mengeratkan hubungan
silaturahim dan membolehkan mereka berkenal-kenalan sesama penduduk. Sebagai
contoh, semua penduduk bekerjasama menyapu sampah, memotong rumput dan
mencuci longkang. Selain itu, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjungmengunjungi dalam kalangan rakyat. Hal ini membolehkan kita mengetahui
masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai tamsilan, kita perlu
berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke
hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau ditimpa kemalangan.

Anda mungkin juga menyukai