Anda di halaman 1dari 4

Nyatakan Aktiviti-Aktiviti Harian Yang Boleh Kita Lakukan Supaya Badan

Kekal Sihat Dan Ceria. / Cara Menjaga Kesihatan Diri

Rangka Karangan :

Pendahuluan :

🡪 amat penting

🡪 aktiviti harian - rintangan

🡪 menjaga kesihatan

🡪 menjamin masa depan

🡪 boleh kita lakukan

Isi Pertama :

🡪 amalan makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang

🡪 tabiat makan dengan gelojoh

🡪 makan dengan perlahan-lahan - berasa kenyang & memudahkan sistem


penghadaman

🡪 makan lima hingga tujuh kali - kuantiti yang sedikit

🡪 tahap metabolisme badan

Isi Kedua :

🡪 rehat dan tidur yang mencukupi dan berkualiti

🡪 merehatkan minda & menyegarkan badan

🡪 memperbaiki tisu-tisu badan yang rosak

🡪 bersemangat & ceria

Isi Ketiga :

🡪 bersenam & beriadah


🡪 membakar kalori , meningkatkan metabolisme badan & membuang sisa-sisa
toksin badan

🡪 “badan cergas, otak cerdas”

🡪 bersenam dan beriadah - menjana -

Penutup :

🡪 mengamalkan - kehidupan yang bahagia

🡪 “ hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”

🡪 Jadikan “ulangi isi penting” sebagai amalan

🡪 memantau tahap kesihatan diri


Contoh Karangan :

Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita. Dengan adanya kesihatan, kita
dapat melakukan pelbagai aktiviti harian tanpa sebarang rintangan. Oleh sebab
itu, kita perlu menjaga kesihatan sejak kecil lagi kerana “melentur buluh biarlah
dari rebungnya”. Hal ini dikatakan demikian kerana kesihatan yang baik dapat
menjamin masa depan kita. Sebenarnya, banyak aktiviti harian yang boleh kita
lakukan supaya sentiasa sihat dan ceria.

Untuk mengekalkan kesihatan, kita perlu mengamalkan amalan makan sebelum


lapar, berhenti sebelum kenyang dalam kehidupan. Selain itu, elakkanlah tabiat
makan dengan gelojoh. Sebaliknya, kita perlu makan dengan perlahan-lahan dalam
anggaran 15 hingga 20 minit agar berasa kenyang di samping memudahkan sistem
penghadaman kita. Tambahan pula, kita juga boleh makan lima hingga tujuh kali
dalam kuantiti yang sedikit. Dengan cara ini, kita dapat meningkatkan dan
mengekalkan tahap metabolisme badan kita supaya kesihatan terjamin.

Sebagai cetusan idea yang seterusnya, rehat dan tidur yang mencukupi dan
berkualiti juga sangat mustahak untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Sebagai
contoh, kita wajarlah tidur selama tujuh hingga lapan jam sehari supaya dapat
merehatkan minda dan menyegarkan badan kita. Hal ini amat penting kerana
apabila kita mendapatkan tidur yang mencukupi, tisu-tisu yang rosak dalam badan
kita akan dapat diperbaiki. Lebih-lebih lagi, kita juga akan berasa lebih
bersemangat dan ceria dengan rehat yang mencukupi.

Dalam membincangkan hal yang sama, kita juga perlu bersenam dan beriadah
demi mengekalkan kesihatan yang baik. Misalnya, kita boleh berjoging,
berbasikal, berenang dan melakukan senaman yang lain sekurang-kurangnya tiga
kali seminggu. Hal ini bukan sahaja dapat membakar kalori dan meningkatkan
metabolisme badan kita malah juga dapat membuang sisa-sisa toksin dalam badan
kita. Bak kata pepatah, “badan cergas, otak cerdas.” Memang tidak dapat
dinafikan bahawa bersenam dan beriadah mampu menjana kehidupan yang sihat
dan ceria.
Akhirulkalam, kita perlu mengamalkan semua aktiviti harian yang sihat dan
berfaedah demi kehidupan yang bahagia. Ingatilah bahawa “ hendak seribu daya,
tak hendak seribu dalih.” Jadikanlah tabiat pemakanan yang baik, tabiat tidur
dan rehat yang mencukupi dan bersukan sebagai amalan demi kesihatan.
Janganlah kita lupa untuk sayang akan diri sendiri dengan memantau tahap
kesihatan diri dari semasa ke semasa supaya kita kekal sihat dan ceria.

Anda mungkin juga menyukai