Anda di halaman 1dari 4

Qawiyyul Jism: Tubuh badan yang kuat

26 03 2008

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih
dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada
kebaikan.”

Menjadi muslim yang kuat tidak semestinya bererti mempunyai badan yang sasa
dan berotot berketul-ketul tapi adalah lebih kepada mempunyai kesihatan yang
optimum, stamina yang tinggi, berdaya tahan, dan bebas dari penyakit fizikal
mahupun penyakit mental. Rasulullah SAW sendiri menganjurkan kita untuk
menguasai ilmu berkuda, berenang, dan memanah, yang mana ketiga-tiga
aktiviti ini sangat membina kekuatan jasmani.

Sebagai seorang yang menyeru manusia kepada Allah SWT, kita sedar bahawa
kerja ini bukanlah suatu kerja yang ringan. Sebaliknya ia adalah kerja yang berat
seperti yang disebutkan dalam surah al-Muzammil, ayat 5: “ Sesungguhnya,
Kami akan menurunkan perkataan yang berat (qaulan thaqiila) kepadamu. Kita
memerlukan stamina yang kuat dan hela nafas yang panjang untuk memastikan
kita sentiasa tetap di atas jalan ini hingga ke akhir hayat kita. Jalan ini seperti
yang telah dirakam oleh sejarah Rasulullah SAW, adalah jalan yang panjang,
sukar, penuh berliku dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk
menempuhinya. Jadi, masakan kita dapat terus berjuang di jalan ini andainya
kita terlantar di hospital kerana sakit, ataupun tidak dapat keluar untuk
menghadiri usrah dan program-program tarbiyah kerana keletihan dan
sebagainya. Jalan ini menuntut kita untuk sehat, cergas, bersemangat dan
sentiasa bersedia untuk menyahut panggilan untuk berjuang.

Bermula dari bangun malam untuk qiamullail, solat subuh, berangkat ke


universiti/kerja, menghadiri mensyuarat, usrah dan urusan seharian yang lain
tentu memerlukan stamina yang tinggi. Berat badan yang kurang mahupun
berlebihan akan mempengaruhi kesihatan dan keupayaan kita untuk bertahan.

Tips untuk meraih Qawiyyul Jism


Pertama,kita mestilah mempunyai niat dan kesedaran akan pentingnya kesihatan jasad
bagi diri kita yang tidak mustahil untuk kita perolehi dengan ikhtiar dan izin Allah SWT.

Kedua, tentunya Gaya Hidup Sihat!!! Ramai di antara kita menyangka bahawa
kita telahpun mengikuti gaya hidup yang sihat, namun hakikatnya kita masih sulit
untuk bangun pagi untuk solat Subuh berjemaah di masjid, kita masih bangun
lewat pagi dengan alasan penat dan mengantuk. Itu semua menggambarkan
lemahnya jasad kita.

Gaya hidup sihat bukan sehaja merangkumi pemakanan yang sihat, tapi juga
senaman yang teratur, dan rehat yang mencukupi.

Menjaga Pemakanan (Diet)

Ramai di antara kita mempunyai fahaman yang salah terhadap “diet”. Ia


bukanlah bermaksud mengurangkan makan, tetapi ia adalah mengatur makan
agar memenuhi keperluan badan kita sehari-hari. Apa yang kita makan sangat
mempengaruhi tahap kesihatan tubuh badan dan juga fikiran kita.

Rasulullah SAW mengajar kita untuk “Makan sebelum lapar, dan berhenti
sebelum kenyang.”

Berikut adalah nasihat yang disarankan oleh pakar pemakanan:

1. Segera makan sejurus bangun tidur malam (dalam 30 minit yang


pertama). Ini kerana badan menyerap nutrisi sewaktu tidur. Oleh itu ia
memerlukan nutrisi yang lebih saat bangun dari tidur. Jika keperluan ini
tidak dipenuhi, proses katabolik akan berlaku di mana otot akan
dipecahkan untuk mendapatkan tenaga. Ini tidak baik untuk badan. Bagi
orang yang gemuk, ia akan menambahkan komposisi lemak tubuh dan
bagi orang yang kurus, ia akan mengurangkan lagi otot badan lantas
mengurangkan stamina.

1. Makan lebih kurang setiap 4 jam. Setelah 4 jam, perut biasanya akan
kosong sedangkan badan sentiasa memerlukan nutrisi. Makan dengan
lebih kerap namun dengan jumlah yang sedikit. Ini akan menjamin
tubuh memperoleh nutrisi utnuk mengekalkan stamina dan juga
mencegah rasa lapar. Mereka yang kurus akan memperoleh manfaat
penambahan berat badan dan mereka yang gemuk akan dapat
mengurangkan berat badan insyaAllah. Namun, jangan lupa untuk
bersenam juga.
2. Pastikan kita memakan makanan yang seimbang. Tiga nutrisi utama
yang diperlukan ialah karbohidrat (50%), protein (30%) dan lemak (20%).
Juga, banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-
buahan.”….makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.”
(QS Al A’raaf:31)

Senaman yang Teratur

Senaman yang baik dan teratur diperlukan untuk memastikan badan sentiasa sihat dan
cergas. Ia hendaklah dilakukan secukupnya, tidak berlebihan dan tidak pula berkurangan,
tetapi cukup untuk menjadikan tubuh semakin kuat, sihat dan berstamina.

Bersenam memberi manfaat baik bagi mereka mempunyai berat badan yang
berlebihan mahupun yang kekurangan kerana bersenam dapat mempengaruhi
pemakanan. Bagi mereka yang kurus, bersenam dapat meningkatkan
penghasilan insulin yang akan menggalakkan penyerapan nutrisi sehingga
mampu menambahkan berat badan dan komposisi otot. Bagi yang berlebihan
berat badan pula, bersenam mampu membakar lemak dan menambah
komposisi otot.

Bersenam boleh dibahagikan kepada senaman aerobik dan anaerobik. Senaman


aerobik menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga contohnya “jogging”
manakala senaman anaerobik menggunakan kurang atau sedikit sahaja oksigen
contohnya “weight lifting”. Senaman anaerobik cenderung membakar karbohidrat
untuk menghasilkan tenaga, sedangkan senaman aerobik membakar lemak.

”Jogging” setelah bangun tidur sangat baik untuk membakar lemak berlebihan. Ia baik
dilakukan dalam keadaan belum makan melainkan air supaya tubuh dapat membakar
lemak. Bagi orang yang berlebihan berat badan, “jogging” hendaklah dilakukan lebih
kurang 3 kali sebulan selama 30-45 minit atau 5-6 kali sebulan selama 10-15 minit. Bagi
mereka yang kurus, hendaklah “jogging” 3 kali sebulan selama 10-15 minit. Pemakanan
juga hendaklah dijaga agar tidak berlebihan.

”Jogging” hanyalah satu contoh. Banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan seperti
permainan bola keranjang, bola sepak, “martial arts” dan sebagainya. Kekuatan
tubuh dan stamina dapat dipertingkatkan dengan “wieght lifting” yang boleh
dilakukan dengan menggunakan alat seperti “dumbell” dan juga latihan “push-
up”, “sit-up” dan lain-lain.

Paling penting adalah untuk cuba istiqamah dalam melakukan senaman


walaupun sedikit tetapi berterusan.

Rehat yang Mencukupi

Rehat yang cukup diperlukan agar tubuh dapat pulih setelah digunakan untuk
bekerja. Rehat yang terbaik adalah tidur. Tidur 4-6 jam sehari sudah lebih dari
cukup. Tidur terlalu lama akan cenderung mengganggu kesihatan. Sebagaimana
dijelaskan di atas, tubuh kita masih memerlukan nutrisi. Bila kita tidur terlalu
lama, tubuh akan mengalami proses katabolik. Akibatnya, kita akan merasa
makin malas, tidak bertenaga, dan membazir waktu.

Berikut adalah beberapa tips tidur :


- Tidur dalam cahaya seredup/segelap mungkin
- Tidak tidur dengan keadaan perut kenyang, beri waktu 2 jam untuk makanan
dihadam
- Tidur dalam keadaan gangguan bunyi yang minimal
- Lakukan regangan ringan sebelum tidur
- Berdoa

Semoga tips di atas dapat kita sama-sama amalkan ke arah mencapai qawiyyul jism.
Mudah-mudahan Allah SWT memberi kita keazaman dan disiplin yang tinggi serta
istiqamah dalam mencapai kesihatan dan kekuatan tubuh badan agar kita dapat terus
bekerja untuk memperjuangkan agama Nya. Ameen.

Rujukan: Panduan Praktis Gaya Hidup Sehat bagi Aktifis (Tulisan Andika Putra

Anda mungkin juga menyukai