Anda di halaman 1dari 4

Intermittent fasting merupakan tempoh berpuasa pada masa yang

sama setiap hari ataupun minggu. Ada beberapa pendekatan


yang popular untuk diet jenis ini, antaranya adalah:

1. Berpuasa selang sehari. Makan secara normal pada satu hari dan berpuasa
sepenuhnya pada hari seterusnya.
2. Puasa 5:2. Makan secara normal 5 kali seminggu dan berpuasa 2 hari
kemudiannya.
3. Makan dalam masa terhad. Makan secara normal, namun hanya dalam jangka
masa 8 jam setiap hari. Sebagai contoh, tidak mengambil sarapan dan makan
tengah hari, tetapi makan malam seperti biasa.

Intermittent fasting bukanlah satu diet yang boleh diikuti oleh


semua orang. Ia mungkin sukar pada mulanya.

Tetapi, apabila badan telah menyesuaikan diri, anda akan kurang


rasa lapar dan lebih mudah mengawal nafsu makan.

Selain itu, ada juga individu yang tidak digalakkan untuk melakukan intermittent
fasting. Amalan mengurangkan makan tidak baik untuk ibu mengandung ataupun
mereka yang mempunyai masalah batu karang, gastrik atau diabetes.

Untuk pengetahuan anda, diet ini amat berkesan jika anda berhenti makan pada
siang hari dan elakkan mengambil apa-apa makanan pada waktu malam,
termasuklah snek.

Kebanyakan mereka yang berjaya menurunkan berat badan selalunya hanya akan
makan di antara pukul 10 pagi hinggalah 6 petang.

Bagaimana cara diet ini menurunkan berat badan?


Kebanyakan orang faham tentang konsep makan sedikit untuk menurunkan berat
badan.

Makan sedikit bermaksud kalori yang diambil juga berjumlah sedikit. Oleh sebab itu,
badan akan membakar lebih banyak lemak untuk membekalkan tenaga kepada
badan.

Makanan yang kita ambil akan dipecahkan oleh enzim di dalam perut dan berakhir
sebagai molekul kecil di dalam saluran darah.

Kemudiannya, semua molekul ini akan dipecahkan menjadi gula dan ditukarkan pula
kepada tenaga untuk digunakan sepanjang hari.
Walau bagaimanapun, jika gula ini tidak digunakan, ia akan disimpan di dalam badan
sebagai lemak. Tetapi, untuk disimpan sebagai lemak, badan memerlukan hormon
insulin untuk membawa molekul gula tersebut untuk disimpan.

Jika kita tidak mengambil sebarang makanan dalam satu jangka masa yang panjang,
tahap insulin dalam badan akan menurun. Disebabkan ini, sel lemak akan mula
melepaskan gula dalam simpanan untuk digunakan sebagai tenaga.

Apabila tahap insulin kekal rendah, lebih banyaklah lemak yang dapat dibakar oleh
badan. Proses ini jika berlaku berulang kali akan menyebabkan penurunan berat
badan.

Bolehkah intermittent fasting buatkan kesihatan jadi


lebih baik?

Menurunkan berat badan dan aktif bersenam dapat merendahkan risiko anda untuk
menghidap sebarang penyakit yang berkaitan dengan obesiti seperti diabetes,
apnea tidur, dan beberapa jenis kanser.

Diet ini bukan sahaja dapat menurunkan berat badan, malah, mereka yang
melakukan intermittent fasting juga boleh merendahkan kolesterol, mengurangkan
lemak pada organ hati dan memperbaiki tekanan darah.

Intermittent fasting berkesan untuk mereka yang ingin berdiet tanpa mengira kalori.
Ketika berpuasa, anda masih boleh minum air kosong untuk mengalas perut.
Namun, berbeza dengan diet lain, ketika tempoh 8 jam yang dikhaskan untuk
makan, anda boleh makan apa sahaja yang disukai.

Tapi, pastikan anda sentiasa bersederhana dan makan seperti normal dan bukannya
‘balas dendam’ pula, ya!

Cara diet yang lebih sihat dan berkesan

Sekarang, anda sudah tahu serba sedikit tentang intermittent fasting. Jika dilakukan
dengan betul, cara diet ini boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan
dengan lebih sihat dan berkesan.

Selain itu, ada beberapa informasi tambahan yang mungkin dapat membantu jika
anda berminat untuk melakukan intermittent fasting:

1. Elakkan pengambilan makanan bergula. Sebaiknya, makan lebih banyak


buah-buahan dan sayur-sayuran.
2. Biarkan badan anda membakar lemak di antara dua masa makan. Jangan
sesekali makan snek. Jika anda ingin membakar lemak dengan lebih pantas,
lakukan senaman dan kekal aktif sepanjang hari.
3. Tidak perlu berpuasa secara ekstrem. Jangan berlebihan jika ingin berpuasa.
Sebagai manusia, kita perlu makan untuk kekal bertenaga. Intermittent fasting
akan jadi lebih berkesan jika anda mula berpuasa pada awal pagi (7 pagi – 3
petang).
4. Elakkan makan snek pada waktu malam.

Anda mungkin juga menyukai