Anda di halaman 1dari 5

23 cara nak kurus yang boleh dicuba

Untuk mengurangkan berat badan bukanlah perkara mustahil.


Tetapi anda perlu melakukan penjagaan berat badan dengan
menyingkirkan tabiat harian tidak sihat dan mengubah gaya hidup yang
sihat.
Berikut cara nak kurus semula jadi yang boleh diamalkan:
1. Saiz hidangan
Baca lebih lanjut
Kawal saiz hidangan makanan dapat mengurangkan pengambilan kalori.
Cara ini adalah kaedah terbaik untuk mengurangkan berat. Anda boleh
cuba amalkan diet suku-suku separuh.

2. Makan ikut waktu


Melangkau waktu makan bukan cara nak kurus yang terbaik. Ia hanya akan
mengurangkan metabolisme badan dan cenderung buatkan anda makan
lebih banyak selepas itu.
3. Bersarapan
Ambillah hidangan sarapan pagi yang bagus. Gabungan protein dan
karbohidrat berserat tinggi adalah yang terbaik untuk buatkan anda
kenyang lebih lama.
4. Kuantiti tidur
Untuk langsing anda perlu dapatkan waktu tidur secukupnya. Individu tidur
kurang 8 jam dikaitkan dengan nilai BMI tinggi. Ia berlaku kerana hormon
mengawal selera makan terganggu.
5. Fokus
Sewaktu makan, fokus pada jenis dan jumlah makanan diambil. Elakkan
daripada makan sambil menonton televisyen, laptop atau sebarang gajet
serta nikmati hidangan makanan sebaiknya.
6. Makanan yang sesuai
Selepas melakukan aktiviti fizikal tidak bermakna anda boleh makan sesuka
hati. Jadi pengambilan hidangan sihat dan seimbang adalah antara cara
penjagaan berat badan yang baik.
7. Buat catatan
Sediakan senarai ‘apa perlu dilakukan’ & ‘sudah dilakukan’ untuk
memastikan anda berada di landasan yang betul. Walaupun anda hanya
berjaya kurangkan berat 0.5 kg, catatkannya!
8. Tetap tarikh
Pilih 1 tarikh untuk membantu meningkatkan motivasi anda. Sebagai
contoh, tarikh percutian bersama rakan-rakan sebagai tempoh sasaran
untuk mengurangkan berat anda.
9. Minum teh hijau
Teh hijau sarat dengan antioksidan dipanggil catechin. Ia berfungsi
menyahtoksin badan dengan menyingkirkan radikal bebas dan
mengurangkan keradangan.
10.Tambahkan protein
Cara nak kurus seterusnya dengan menambah protein dalam setiap
hidangan makanan membantu tingkatkan jisim otot tanpa lemak.
Jom cuba mencapai target anda dengan menggunakan kalkulator BMI kami,
di sini.
11.Buah & sayuran
Perbanyakkan pengambilan buah dan sayuran membantu menurunkan
berat dengan cepat. Kelebihannya: tinggi serat, vitamin, mineral, rendah
kalori dan buatkan anda rasa kenyang.
12.Intermittent fasting
Dianggap strategi popular untuk langsing. Anda boleh makan apa yang
anda mahu dalam tempoh masa tertentu dan berpuasa pada waktu
selebihnya.
13.Gula tambahan
Elakkan gula diproses untuk kurangkan berat dengan cepat seperti
minuman soda, kek mahupun pastri.
14.Makanan diproses
Hindari makanan diproses seperti makanan sejuk beku atau dalam tin
kerana ia mengandungi garam, gula, bahan pengawet serta pewarna tiruan
yang tinggi.
15.Elakkan makanan ringan
Kerepek kentang, burger, pizza atau kentang goreng adalah dalam kategori
makanan ringan. Menghindarinya membantu menyingkirkan lemak dan
cegah kenaikan berat.
16.Minum air
Tip penjagaan berat badan mudah adalah dengan memperbanyakkan
minum air. Kekal hidrat adalah kunci untuk berjaya menguruskan badan.
17.Pengambilan probiotik
Ia adalah bakteria usus yang baik untuk bantu pencernaan dan kurangkan
risiko obesiti dan kecacatan metabolik.
18.Makan secara perlahan
Jangan tergesa-gesa pada waktu makan. Sebaiknya, makan dan kunyah
secara perlahan serta nikmatilah rasa hidangan anda. Secara tidak
langsung, ia boleh mencegah anda daripada makan secara berlebihan.
19.Snek sihat
Tidak salah untuk mengambil snek. Tetapi anda perlu berhati-hati dalam
memilih snek yang dapat membantu menghilangkan berat dengan cepat.
Elakkan memakan snek tidak sihat.
20.Waktu makan malam
Makan malam sebelum pukul 7 malam adalah 1 cara nak kurus. Ia
membolehkan anda mempunyai tempoh masa 2-3 jam untuk proses
pencernaan sebelum tidur.
21.Snek lewat makan
Tidur selepas 2-3 jam anda makan malam. Jika tidak, anda akan berasa
lapar dan mengambil snek lewat malam. Ia akan membantutkan proses
mengurangkan berat badan.
22.Pilihlah tangga
Mengubah beberapa tabiat seperti memilih memanjat tangga berbanding
lif adalah cara nak kurus yang boleh diamalkan. Ia akan mempercepatkan
proses penurunan berat badan anda.
23.Kurangkan stres
Pastikan anda mempunyai masa untuk lakukan aktiviti bagi melepaskan
tekanan yang dialami. Melukis, dengar muzik, membaca atau sekadar
berbaring dapat mengurangkan stres dalam diri.
Baik untuk kesihatan keseluruhan
Mengurangkan berat badan bukan sekadar untuk tampak cantik atau lebih
menarik. Tetapi ia juga membantu mengurangkan risiko penyakit
kardiovaskular, diabetes atau sebarang penyakit yang boleh mengancam
nyawa.
Jom mulakan langkah untuk kurus hari ini!

Anda mungkin juga menyukai