Anda di halaman 1dari 5

7 petua kurus dalam masa seminggu yang

berkesan
Terdapat pelbagai kaedah atau pelan diet yang mungkin pernah anda
dengari untuk menurunkan berat badan.
Ini termasuklah diet paleo, diet Mediterranean, diet rendah karbo atau
diet DASH.
Berdasarkan kepada jenis-jenis pelan diet ini, kami rumuskan 7 cara
untuk kurus dalam masa seminggu yang boleh membantu anda
menurunkan berat badan.
#1. Kurangkan karbohidrat, lebihkan protein

Salah satu cara yang paling berkesan sebagai tip kuruskan badan
adalah dengan cara mengurangkan pengambilan karbohidrat untuk
beberapa hari.
Kajian juga telah membuktikan bahawa pelan diet yang mengurangkan
pengambilan karbohidrat adalah pelan terbaik untuk menurunkan
berat badan seseorang.
Pengurangan pengambilan karbohidrat dalam tempoh beberapa hari
juga boleh mengurangkan berat air dalam tubuh.
Namun, untuk menggalakkan anda berasa kenyang dan kurang berasa
lapar, banyakkan pengambilan protein tanpa lemak sebagai ganti
kepada karbohidrat tersebut.
#2. Makan makanan sebenar, bukan makanan
yang diproses
Maksud makanan sebenar di sini ialah makanan yang tidak diproses.
Makanan sebenar boleh membantu mengenyangkan perut berbanding
makanan diproses yang ternyata tidak mengenyangkan dan tinggi
kalori.
Anda boleh mengambil sumber protein tanpa lemak seperti ayam dan
ikan, selain sayur-sayuran yang rendah kandungan karbohidrat.
Jenis makanan seperti ini sangat mengenyangkan dan tidak
mengandungi kandungan kalori yang tinggi.
#3. Petua kurus – Kurangkan pengambilan
kalori harian

Antara salah satu cara untuk kurus dalam masa seminggu yang paling
berkesan adalah dengan langkah mengurangkan pengambilan kalori
harian.
Semakin berkurang kalori yang diambil setiap hari, maka semakin
mudahlah berat anda untuk menurun.

Kalkulator BMR
Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian
yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Apakah jantina anda?

Lelaki

Wanita

Berapa umur anda? (tahun)

Berapa ketinggian anda? (cm)

Berapakah berat badan anda? (kg)

Kira

Berikut adalah antara petua kurus melalui pengiraan pengambilan


kalori harian:
 Kira pengambilan kalori: Untuk memudahkan pengiraan kalori
harian, muat turun sebarang aplikasi pengiraan kalori di telefon
pintar anda. Dengan cara ini, anda akan dapat mengira
pengambilan kalori selain jumlah nutrien daripada makanan yang
anda makan
 Elakkan pengambilan snek: Pengambilan snek antara waktu
makan hanya akan meningkatkan jumlah kalori harian tanpa
anda sedari. Oleh itu, kurangkan atau elakkan sebarang
pengambilan snek antara waktu makan. Jangan sesekali makan
selepas anda menikmati makan malam anda
 Kurangkan sebarang sos: Salah satu cara mudah lain untuk
mengurangkan kalori adalah dengan mengurangkan
pengambilan sos pencicah makanan seperti sos cili, mayones dan
juga kicap
 Banyakkan makan sayur: Tingkatkan pengambilan sayur-
sayuran dan kurangkan pengambilan karbohidrat dan makanan
berkanji
 Elak minuman manis: Cuba banyakkan pengambilan air
kosong dan kurangkan pengambilan minuman bergula
#4. Bersenam dan bersukan
Bagi membakar kalori dan juga lemak badan dengan lebih cepat,
kerapkan bersenam dan bersukan setiap hari selama sekurang-
kurangnya 30 minit.
Anda juga boleh mencuba sebarang aktiviti dengan intensiti tinggi
seperti angkat berat, berjoging dan berlari.
#5. Teruskan aktif walaupun bukan pada
waktu bersukan

Jika anda tidak mempunyai masa untuk bersenam dan bersukan secara
khusus, anda masih boleh membakar lebih kalori dalam tubuh anda
melalui peningkatan aktiviti harian yang lebih aktif.
Ubah gaya hidup anda kepada cara hidup yang melibatkan lebih
banyak pergerakan seperti menaiki pengangkutan awam ke tempat
kerja.
Jika pejabat anda tidak berada di tingkat yang terlalu tinggi, gunakan
tangga berbanding lif.
Jika anda berada di rumah, anda boleh terus kekal aktif dengan cara
melakukan pelbagai aktiviti lain seperti mencuci dan membersihkan
kawasan rumah.
#6. Petua kurus – Intermittent fasting atau
berpuasa sekejap
Salah satu petua kurus untuk membakar lemak badan yang tersimpan
sejak sekian lama adalah melalui intermittent fasting.
Apabila menggunakan kaedah ini, ia secara tidak langsung akan
memaksa anda mengurangkan pengambilan kalori harian.
Semak cara mengira kalori menggunakan kalkulator BMR kami di sini.
Ada yang mengamalkan 16 jam puasa dan 8 jam waktu makan.
Ada juga yang mengamalkan 20 jam berpuasa dan hanya 4 jam waktu
makan.
#7. Petua kurus – Kurangkan berat air dalam
tubuh
Terdapat beberapa kaedah untuk kurangkan berat air dalam tubuh
anda yang boleh membuatkan anda lebih kurus dan ramping.
Salah satunya adalah dengan cara meminum kopi.
Kopi adalah salah satu minuman yang dikenali mengandungi
kandungan kafein.
Kafein boleh membantu anda membakar lebih banyak lemak dan
menghilangkan lebihan air dalam tubuh.
Kesimpulan
Jika anda dapat mengikuti dengan baik 7 petua kurus dalam masa
seminggu ini, maka anda akan dapat melihat kesan seperti yang
diharapkan.
Tip kuruskan badan ini bukan sahaja berkesan untuk diamalkan, malah
selamat kepada tubuh anda.

Anda mungkin juga menyukai