Anda di halaman 1dari 99

 

 

 

Login or Register

 VIDEO
 RESIPI
 PETUA DAPUR
 WHATS NEW!
Search her Search

 AYAM 
 DAGING 
 IKAN 
 KERABU
Sangat Sedap. 30 Menu
Harian Masakan Kampung
Kena Cuba.

Sedapnya aneka sajian menu harian inspirasi masakan kampung ni. Makan

bersama nasi panas dan ulam-ulaman, memang membuka selera. Terdapat

pelbagai masakan lauk pauk kampung yang boleh dicuba dan dijadikan panduan

untuk ibu-ibu. Pasti puas hati.

KOLEKSI MENU HARIAN MASAKAN KAMPUNG

ADVERTISEMENT

1. SINGGANG PEDAS IKAN KERISI


BAHAN-BAHAN:

 4 ekor ikan kerisi


 5 biji cili padi
 4 biji bawang merah
 3 ulas bawang putih
 1 inci lengkuas
 1/2 inci kunyit
 3 cawan air
 5 keping asam gelugur
 Garam secukup rasa
 2 kuntum bunga kantan | belah 2
 8 tangkai daun kesum
CARA MEMASAK:

1. Siang ikan kerisi dengan membuang sisik. Basuh bersih dan kelar.

2. Masukkan cili padi, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit dan 1

cawan air ke dalam pengisar. Kisar halus.

2. Masukkan bahan kisar, asam gelugur, 2 cawan air dan garam ke dalam periuk

dan masak sehingga mendidih.


3. Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum ke dalam periuk.

4. Biarkan mendidih lagi dengan perlahan-lahan selama 5 minit. Hidangkan.

Kredit resipi & foto: FB Hanieliza Kamarudin

2. KERABU TEMBIKAI UTARA

BAHAN-BAHAN:
 Lebihan isi tembikai yang lepas dipotong ( masih di kulit)
 1 biji bawang merah
 5-6 biji cili padi hijau
 Belacan secukupnya
 Sedikit garam
CARA MEMASAK:

1. Kikis lebihan isi tembikai yang masih ada di kulit hingga ke lapisan putih.

Masukkan ke dalam mangkuk.


2. Picit belacan dan cili padi. Kemudian hiris bawang merah halus-halus.
3. Gaul semua bahan dan sebatikan. Tambah secubit garam untuk menyedapkan
rasa.

4. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.

NOTA: Kerabu Tembikai ni kalau lebih pedas, lagi sedap rasanya.

Kredit resipi & foto: Misbahul Munirah

3. TELUR AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:
 4 biji telur
 Cili padi secukupnya – lebihkan jika suka pedas
 1/2 biji bawang besar – hiris @ cincang
 1-2 biji tomato – hiris @ cincang
BAHAN AIR ASAM:

 Asam jawa
 Garam secukup rasa
 Aji secukupnya – jika suka
 Air suam secukupnya
CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan-bahan air asam. Kacau sebati dan pastikan cukup rasa.

Ketepikan.

2. Basuh telur dan masukkan ke dalam periuk. Pastikan periuk tidak terlalu

besar. Jika sepadan dengan telur, lagi baik.

3. Masukkan air sama paras dengan telur. Rebus guna api paling besar selama 7

minit. Masa penting untuk dapatkan tekstur kuning telur yang cantik.

4. Bila cukup masa merebus, kupas telur di bawah air mengalir bagi

mendapatkan telur yang licin dan tidak terkoyak. Toskan.

5. Belah telur dan letak dalam mangkuk.


6. Masukkan hirisan bawang dan tomato. Tuang juga air asam tadi. Biarkan

selama 15 minit sebelum dinikmati kerana rasanya akan lebih sedap.


7. Hidangan ini mempunyai rasa masam, masin dan pedas. Memang sedap

dimakan bersama nasi putih panas.

Kredit resipi & foto: Norul Haisyu

4. GULAI LEMAK IKAN KERING VERSI KELANTAN


BAHAN-BAHAN:

 3-4 ekor ikan kering | dibasuh


 Timun | dibelah kecil
 5-6 biji cili hijau
 1 -2 keping nanas | dipotong dadu
 Santan secukupnya – ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang
digunakan
 Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:

 1 biji bawang besar


 4 ulas bawang putih
 3-4 tangkai cili kering
 1 biji cili merah
 2-3 biji cili padi – jika nak rasa pedas
 2 inci kunyit segar
 Sedikit lengkuas
CARA MEMASAK:

1. Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan

mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.


2. Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/cili hijau dan timun.

3. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak

garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.
4. Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa

masam pada kuah.


5. Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.
6. Sedia untuk dinikmati.
Video Player
00:00
01:00

Kredit resipi & foto: Zat Hernani

5. DAGING ASAM KUNYIT


BAHAN-BAHAN:

 1/2 kg daging  – rebus hingga empuk (kalau tak mahu rebus pun boleh.
cuma kena masak lebih lama supaya lembut.) 
 1 biji bawang – besar hiris
5 ulas bawang – putih hiris
 1 inci halia – hiris
 10 biji cili padi – hiris (potong tengah jangan putus)
 1 kuntum bunga kantan
 2 batang serai – diketuk
 1/2 cawan air asam jawa sederhana cair
 1/4 sudu makan garam
 1 sudu teh gula
 Sedikit bahan perasa jika suka
 1 sudu makan serbuk kunyit
 2 cawan air rebusan daging
 2 1/2 senduk minyak masak
 Sedikit cili padi (untuk hiasan)
CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan serai. Tumis hingga wangi.

2. Bila serai sudah keperangan, masukkan bahan hiris. Tumis lagi hingga naik

bau.
3. Masukkan serbuk kunyit, air asam jawa dan air rebusan daging. Masak

hingga mendidihh
4. Bila dah mendidih ganas, masukkan daging. Gaul seketika.

5. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Biarkan sehingga kuah

kering.
6. Akhir sekali, masukkan cili padi dan bunga kantan. Kacau sebati dan

sesuaikan rasa. Siap untuk dihidang.


 

Kongsi resipi & foto: Mariana Zainal

6. AYAM GORENG SEDAP TANPA SERBUK KUNYIT


BAHAN-BAHAN:
 Ayam – potong kecil dan bersihkan
 5-6 ulas bawang putih – tumbuk halus
 5 biji bawang merah kecil – tumbuk halus
 2 inci halia – tumbuk halus
 1 sudu makan serbuk cili
 Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Tumbuk semua bahan hingga lumat. Kemudian masukkan garam serta serbuk
cili. Gaul rata.
2. Lumurkan ayam dengan bahan tumbuk tadi hingga rata. Perap selama 10
minit.
3. Panaskan minyak dan goreng hingga garing dan ayam masak sepenuhnya.
4. Toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mleisya Scaft Comey Sokmo
 

7. ASAM REBUS KELADI IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:

 300gm batang keladi


 2 keping asam gelugur
 5 ulas bawang merah | dikisar halus
 2 ulas bawang putih | dikisar halus
 2 biji cili padi | dikisar halus
 2sm belacan | dikisar halus
2sm kunyit hidup | dikisar halus
 30gm ikan bilis | dikisar halus
 2 sudu makan cili kisar
 1 tangkai daun kesum
 1 kuntum bunga kantan | dihiris
 3 keping asam gelugur
 800ml air
 Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:

1. Kupas kulit batang keladi dan potong anggaran 4cm, cuci hingga bersih.

2. Celur batang keladi bersama dua keping asam hingga empuk. Angkat dan

tos. Ketepikan.
3. Di dalam periuk berasingan, reneh bahan yang telah dikisar bersama cili

kisar sehingga mendidih.


4. Kemudian masukkan keladi yang telah dicelur, daun kesum,bunga kantan

dan asam gelugur.


5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, biarkan didih.

6. Hidangkan bersama nasi putih dan sedia dinikmati.


Info chef: Cuci batang keladi dengan bersih bagi mengelakkan rasa gatal

8. GULAI LEMAK PISANG IKAN BILIS


BAHAN-BAHAN:

 8 biji pisang muda | dibuang kulit dan dihiris


 1 biji kelapa | diambil santannya
 40gm ikan bilis
 3Sm kunyit hidup | dikisar
 10 biji cili padi | dikisar
 1 batang serai | diketuk
 3 helai daun kunyit
 Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam larutan santan pekat.

2. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih.

3. Masukkan pisang muda dan perasakan dengan garam secukup rasa.

4. Angkat dan hidangkan.


Info chef: Pastikan pisang muda dibuang kulitnya sehingga serat-serat yang

melekat pada kulit dibuang kemas.

9.  GULAI TETEL KENTANG

BAHAN-BAHAN:

 500gm tetel lembu


 300gm ubi kentang | dibelah empat
 3 batang serai | dititik
 3 sudu makan serbuk kari
 500ml air
 500ml santan
 1 tangkai daun kari
 1 sudu makan serbuk perasa
Sedikit air asam jawa
 Garam dan gula secukup rasa
 Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:

5 biji bawang merah


 5 ulas bawang putih
 5gm halia
CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai dan daun kari

sehingga naik bau.


2. Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis sehingga garing.

3. Seterusnya masukkan sedikit air ke dalam tumisan tadi.

4. Masukkan pula tetel lembu bersama ubi kentang dan santan. Kacau sebati.

5. Akhir sekali, masukkan air asam jawa dan perasakan secukupnya. Renihkan

bahan-bahan tadi sehingga mendidih.


6. Sedia dihidangkan.
Info chef: Pastikan rempah ditumis sehingga pecah minyak bagi mendapatkan

rasa kari yang enak.

10. SAMBAL IKAN KEMBUNG REBUS GORENG CILI PADI &

TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:

 2 ekor ikan kembung | direbus


 30gm terung pipit
 1 biji bawang besar | dikisar
 3 ulas bawang putih | dikisar
 10 biji cili padi | dikisar
 1 keping asam keping
 Garam, gula dan serbuk perasa
 Minyak secukupnya | untuk menumis
CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan goreng ikan kembung rebus hingga separuh garing.

Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyaknya.
3. Masukkan ikan bersama terung pipit, asam keping dan gaulkan rata.

Letakkan sedikit air jika suka.


4. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.

5. Angkat dan hidangkan.


Info chef: Pastikan bahan kisar dibiarkan masak sehingga pecah minyaknya

kemudian barulah dimasukkan ikan bersama sedikit air.

11. UDANG PETAI TEMPOYAK BERCILI

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

 200gm petai | dibuang kulit


300gm udang | dibuang kulit
 2 sudu makan tempoyak
 2 helai daun kunyit | dihiris halus
 1 keping asam gelugur
 125ml air
 Garam dan gula secukup rasa
 Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:

5 ulas bawang merah


 1 ulas bawang putih
 2sm kunyit
 15 biji cili padi
 2 biji cili merah
 1 batang serai
CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.

2. Kemudian masukkan tempoyak, asam gelugur dan juga air. Gaul hingga

sebati dan biarkan mendidih.

3. Seterusnya masukkan petai, udang dan daun kunyit yang telah dimayang

halus. Masak sehingga pekat.

4. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.

5. Sedia untuk dinikmati.

Info chef: Kurangkan jumlah cili untuk mengurangkan rasa pedas.

12. GULAI IKAN KERING DENGAN BETIK


BAHAN-BAHAN:

 1 biji betik mengkal


 8 ekor ikan masin cencaru| dipotong empat
 8 ulas bawang merah | dikisar
 3 ulas bawang putih | dikisar
 3 sudu makan rempah kari ikan
 1kg santan
 Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:

1. Kupas kulit betik dan potong mengikut saiz bersesuaian. Celur sebentar dan

toskan airnya.

2. Menggunakan periuk berasingan, satukan santan bersama bahan kisar serta

rempah kari ikan. Kacau sebati.


3. Masukkan betik dan ikan masin. Biarkan sehingga mendidih.

4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.

5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Info chef: Rasa kuah terlebih dahulu sebelum memasukkan garam kerana ikan

masin telah memberikan rasa pada masakan.

13. KULIT TEMBIKAI TUMIS AIR

BAHAN-BAHAN:

 1 biji buah tembikai | diambil kulit putihnya


 2 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
1 biji bawang besar kuning | dimayang
 2 biji cili merah | dihiris
 100gm udang segar
 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
 10gm suhun
 500ml air
 Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
 Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama serbuk lada hitam

hingga garing.
2. Masukkan udang dan kacau sehingga setengah masak.

3. Kemudian masukkan air diikuti kulit tembikai. Biarkan mendidih seketika.

4. Masukkan suhun,, cili merah dan hirisan bawang besar. Perasakan

secukupnya.
5. Apabila kulit tembikai telah lembut, padamkan api dan sedia untuk

dinikmati.
Info chef: Enak dinikmati bersama ikan masin goreng dan nasi panas.

14. GULAI DAGING CINCANG BERSAMA REBUNG VERSI UTARA


BAHAN-BAHAN:

 Daging cincang ( anggaran harga RM10)


 2 batang rebung ( warna kuning)
 Santan secukupnya ( anggaran RM2)
 1 paket rempah kari pedas Babas
 Garam & serbuk perasa secukupnya
 

BAHAN KISAR:

 3 biji bawang besar


 5 ulas bawang putih
 4 sudu makan cili boh
 Sedikit belacan
 

BAHAN TUMIS:

 4 sudu makan minyak masak


 2 kuntum bunga lawang
 2 batang kulit kayu manis
 4 tangkai daun kari
 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau rata anggaran 5 minit.

3. Seterusnya masukkan rempah kari.


4. Bila rempah dah naik bau, masukkan daging cincang bersama 1 garpu.

( penggunaan garpu bertujuan untuk cepatkan daging empuk)


5. Biarkan daging masak dalam 45 minit atau hingga lembut. Semasa proses

ini, tutup penutup periuk.


6. Bila dah lembut, masukkan santan dan tambah air secukupnya. Biar hingga

mendidih seketika.
7. Seterusnya masukkan rebung, garam dan perasa mengikut citarasa masing-

masing.
8. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
 
Kredit resipi & foto: Mama Ayu Kitchen ( FB: Ayu Ariana Erika Farisha)

15. SAMBAL TEMPE SEDAP


BAHAN-BAHAN:

4 paket tempe – hiris nipis & goreng garing


 4 biji ubi kentang – potong nipis & goreng
 2 genggam ikan bilis – goreng garing
 2 ½ sudu makan gula
 1 sudu teh garam
 Sedikit bahan perasa
 1 keping asam gelugur
 1/2 cawan air – sebaiknya guna air panas
 Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:

25 tangkai cili kering


 1 biji bawang besar – jika saiz kecil, tambahkan 1 biji lagi
 5 ulas bawang putih
 1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar.

2. Tambahkan gula, garam, bahan perasa dan asam gelugur. Masak lagi hingga

pecah minyak dan sambal garing.

3. Tambahkan air. Biarkan sambal mendidih dan menjadi pekat.

4. Masukkan tempe dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.

5. Seterusnya masukkan ikan bilis yang digoreng garing. Gaul lagi hingga

semua bahan sekata.

6. Siap dan sedia untuk dinikmati. Jika suka, boleh buang lebihan minyak dalam

kuali.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 
 

16. SAMBAL TUMBUK BERAPI

BAHAN-BAHAN:
 Ikan bilis
 Udang kering
 20 biji cili api
 2 biji bawang besar
 3 ulas bawang putih
 1 keping asam gelugur
 Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK:

1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili api. Jangan tumbuk terlalu

halus.
2. Masukkan ikan bilis dan udang kering. Pecah-pecahkan.
3. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak kemudian tumis bahan tumbuk

tadi hingga betul-betul garing.


4. Tambahkan garam secukup rasa dan juga 1 sudu gula. Sederhanakan api dan

masak sambal hingga betul-betul kering.


5. Angkat dan tapis minyaknya. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan

dalam bekas.
6. Siap dan sedia untuk dinikmati.

 
Kredit resipi & foto: Aisha Shukor

17. IKAN SELAR MASAK RENDANG PADANG

IKLAN
 

BAHAN-BAHAN:

 20 biji cili padi


 1 biji bawang merah besar
 3-4 ekor ikan selar – lumur sedikit garam & kunyit
 1 keping asam gelugur @ keping
CARA MEMASAK:

1. Mula mula goreng ikan selar sehingga garing.


2. Tumbuk cili padi dengan sebiji bawang sehingga separa lumat
3. Panaskan minyak. Lebih sedikit tak mengapa untuk elakkan sambal hangus.

Bila minyak sudah panas, masukkan cili padi yang ditumbuk tadi.
4. Masukkan asam keping.
5. Masukkan garam ikut suka hati dan penyedap makanan.
6. Selepas sambal tadi separa masak, masukkan ikan selar yang di goreng tadi.
7. Biarkan sebentar ikan itu sebati di dalam sambal. Agak agak dah masak tu

boleh la angkat. Siap !


 

Kredit resipi & foto: Nor Shafinaz Radzuan


 
18. PAIS IKAN
BAHAN-BAHAN:
 Ikan – boleh guna ikan patin, terubuk, kembung, pari. terpulang ikut
citarasa.
 2-3 helai daun kunyit – untuk balut. Jika ada daun pisang, lebih baik.
 1 helai daun kunyit – hiris nipis
 1 sudu makan pes asam jawa
 2-3 sudu makan minyak masak

BAHAN TUMBUK ( GUNA LESUNG BATU):


 8-10 biji cili padi
 1 biji bawang besar
 1/2 sudu makan serbuk kunyit
 5 ulas bawang putih
 2 batang serai – hiris dulu untuk senang tumbuk
 1 genggam(lebih kurang 1/2 cawan) kelapa parut
 1 sudu teh gula
 1 sudu teh garam

CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas. Masukkan pes asam jawa. Gaul
rata. ( jangan masukkan air).
2. Kemudian masukkan minyak masak serta daun kunyit. Gaul sebati bersama
bahan tumbuk tadi.
3. Sumbat bahan ke dalam ikan dan lumur hingga sebati. Balut ikan
menggunakan daun kunyit atau daun pisang.
4. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak anggaran 3-4 sudu makan.
Masukkan ikan. Tutup kuali menggunakan tudung periuk.
5. Biarkan ikan selama 15 minit dan masak menggunakan api sederhana.
6. Kemudian terbalikkan ikan dan tutup kembali tudung periuk. Masak lagi
selama 10 minit.
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
 

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal


 

19. SAMBAL SOTONG KEMBANG


BAHAN-BAHAN:
 1 ekor sotong kembang
 8-9 biji cili kering besar
 4 biji bawang merah – kisar
 1/2 biji bawang holland – kisar
 4 ulas bawang putih – kisar
 1/2 inci halia – kisar
 1/2 inci belacan bakar – kisar
 Garam dan gula secukup rasa
 Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Satukan bawang merah, bawang holland, bawang putih, halia dan belacan.
Kisar halus. Ketepikan.
2. Gunting cili kering, basuh dan rebus hingga lembut. Toskan airnya. Buang
biji dan kisar hingga halus.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang kisar hingga kering airnya. Kemudian
barulah dimasukkan kisaran cili kering.
4. Kacau sebati dan masak sehingga pecah minyak dan garing.
5. Masukkan garam dan gula dengan secukup rasa.
6. Bersihkan dan potong sotong kembang ikut saiz yang digemari.
7. Masukkan ke dalam kuali dan gaul sebati.
8. Tutup kuali seketika supaya sotong menjadi lembut dan menyerap sambal.
9. Buka penutup bila sotong kelihatan mesra. Angkat dan sedia untuk
dihidangkan.
 
IKLAN

Kredit resipi & foto: Bahiah Saripuddin (Dapur Cheyah)


 
 

20. KERABU PUCUK PAKU KAMPUNG

BAHAN-BAHAN:

2 ikat pucuk paku.


 1 biji santan – bahagi dua ; separuh goreng, separuh diperah ambil santan.
 4 ulas bawang merah
 1 sudu kecil lada hitam
 3 ekor ikan selayang rebus
 1/2 sudu makan garam
 1 1/2 sudu makan gula
 Sedikit air untuk merebus pucuk paku
CARA MEMASAK:

1. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan pucuk paku. Kacau sehingga ia

bertukar warna dan toskan.


2. Kelapa bahagikan dua. Separuh dikisar dengan 1 gelas air masak. Separuh

lagi goreng tanpa minyak hingga kekuningan ( jadikan kelapa goreng).

3. Tumbuk lada hitam, bawang merah dan isi ikan selayang rebus. Ketepikan.

4. Masukkan kelapa tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama bahan yang

ditumbuk. Selepas itu, boleh masukkan bahan perasa, garam dan gula.

5. Masukkan pucuk paku tadi. Gaul sebati sebelum masukkan santan. Santan tu

agak agak ye. Bukan semua dimasukkan. Ikut selera memasing. Enak jika

keranu tersebut sedikit basah.

Kredit resipi & foto: Bahiah Sarifuddin

21. KERABU BELIMBING BULUH


BAHAN-BAHAN:

 Belimbing buluh
 Bunga kantan
 Cili merah
Cili padi
 Belacan
 Bawang merah @ besar
 Isi ikan sardin@ temenung
 Kelapa parut
 Gula & garam secukup rasa
CARA MEMASAK:

1. Belimbing buluh dihiris kemudian direndam sekejap dengan air garam.

2. Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan hingga lumat. Masukkan bahan

tumbuk tadi dalam mangkuk.

3. Seterusnya tumbuk pulak isi ikan yang direbus. Kemudian tumbuk pula

kelapa parut.

4. Satukan semua bahan tumbuk tadi bersama belimbing buluh yang telah

dibasuh dan toskan airnya.

5. Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi bahan tumbuk bersama dengan

bunga kantan yang dihiris halus. Gaul sebati.

6. Masuk gula dan garam secukupnya serta gaul lagi. Bila dah agak mesra,

masukkan bawang yang dihiris. Sedia dihidangkan. Jika mahukan kerabu yang

sediit berkuah, boleh letak sedikit santan.

Kredit resipi & foto: Mariana Abd Majid

22. KERABU KAKI AYAM


BAHAN-BAHAN:

 Kaki ayam
 Bawang merah – hiris nipis
Serai – hiris nipis
 Bunga kantan – hiris nipis
 Daun limau purut – hiris nipis
 Cili merah – hiris nipis
 Cili hijau – hiris nipis
 Tomato – hiris nipis
 Limau nipis
 Kicap sotong secukup rasa
CARA MEMASAK:

1. Bersihkan kaki ayam dan rebus hingga empuk. Masukkan ke dalam mangkuk

bersesuaian.

2. Masukkan juga semua bahan-bahan yang dihiris halus. Gaul rata.

3. Perahkan jus limau nipis dengan secukupnya dan tambahkan kicap sotong

untuk menyedapkan rasa.

4. Gaul sebati. Lebih sedap jika letak sos sweet thai chili sauce mae pranom.

Cukup rasa masam manisnya.

Kredit resipi & foto: Norhamidah Abdul Hamid

23. KERABU JANTUNG PISANG & TAUGE


BAHAN-BAHAN:

 1kg kerang
 Jantung pisang
 Tauge
 Cili padi
 Cili merah
 Belacan secukupnya
 Sedikit kerisik
 Santan pekat
 Gula & garam secukup rasa
 Bawang merah kecil
 Beras yang digoreng tanpa minyak – tumbuk halus
 Limau kasturi secukupnya
CARA MEMASAK:

1. Kerang dicuci bersih dan direbus. Jantung pisang juga direbus lembut dan

tauge dicelur hingga agak lembut. Angkat dan toskan.

2. Tumbuk cili padi, cili merah dan belacan hingga lumat.

3. Sediakan mangkuk. Masukkan jantung pisang yang dihiris,tauge, bahan

tumbuk, santan pekat, kerisik, gula dan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati.

4. Masukkan kerang, bawang merah kecil yang dihiris dan juga beras goreng.

Gaul lagi.

5. Perah sedikit limau kasturi untuk kerabu tahan lama dan tidak basi.

Kredit resipi & foto: Mariana Abd Majid

24. KERABU PEGAGA & ULAM RAJA


BAHAN-BAHAN:

 1 ikat pegaga (lebih kurang segengam) – hiris


 1 ikat ulam raja – hiris
 4 ulas bawang merah – tumbuk
 1/2 sudu makan lada hitam biji – tumbuk
 Cili padi (ikut tahap kepedasan sendiri kalau taknak buh pun takpe) –
tumbuk
 Santan pekat (lebih kurang dlm sebiji kelapa)
 3-4 sudu makan kelapa parut goreng
 3-4 ekor isi ikan selayang (bakar atau rebus)
 3-4 biji limau nipis (perah ambil jus)
 Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:

1. Panaskan santan dengan bahan tumbuk sampai mengelegak. Tambah sedikit

air tapi jangan sampai berkuah. Padamkan api.(panaskan santan bagi tujuan

untuk kerabu tahan lama dan tak cepat basi.


2. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata. Tambahkan santan yang

dimasak tadi juga.

3. Kerabu ni mesti rasa lemak, masin, manis dan masam. Biar seimbang rasa

baru sedap.

Kredit resipi & foto: Anna N Zara

25. KERABU TELUR MASIN


BAHAN A:

 3-4 biji telur masin – rebus


BAHAN B:

 Gula
 Garam
Ajinomoto
 Cuka
BAHAN C ( HIRIS HALUS / POTONG DADU):

Bawang merah
 Cili kecil / cili padi
 Serai
 Kacang panjang
 Tomato ceri / besar
 Bunga kantan
CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan B. Larutkan. Kalau nak masam dan berkuah, lebihkan cuka

dan tambahkan lebih gula.

2. Masukkan bahan C. Gaul hingga sebati. (rasa ikut citarasa sendiri. Empunya

resipi buat manis sedikit kerana telur telah masin.) .

3. Masukkan telur masin yang telah direbus dan dipotong. Korek telur

menggunakan sudu dan gaul perlahan supaya telur tidak hancur.

4. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mimi Zubir

26. KERABU DAUN PUCUK GAJUS & SARDIN


BAHAN-BAHAN:

1 tin besar ikan sardin sebarang jenama (saya guna ayam brand) – ambil
ikan sahaja & lecek hancur
 Daun pucuk janggus/gajus – hiris halus
 10 biji limau kasturi – ambik jus
 2 biji bawang besar – hiris
 10-15 biji cili padi (boleh tambah kalau mahu lebih pedas)
 Gula, garam & serbuk perasa secukupnya
 Air jika perlu
CARA MEMASAK:

1. Campur semua bahan-bahan dalam mangkuk bersesuaian. Gaul.

2. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa dengan secukupnya.

3. Gaul sebati sekali lagi dan sesuaikan rasa. Sedia untuk dihidang.

Kredit resipi & foto: Eila Rustam

27. KERABU NANGKA MUDA STAIL KENDURI


BAHAN-BAHAN:

1kg isi nangka muda – potong, basuh bersih & rebus hingga lembut.
BAHAN TUMBUK LUMAT:

3 biji cili besar merah


 15 biji cili api – ikut kepedasan digemari
 2 inci lengkuas
 2 inci halia
 5 batang serai – ambil bahagian lembut saja
 1 inci belacan bakar
 1 genggam ikan bilis – basuh bersih
BAHAN LAIN:

1 biji bawang besar saiz besar – potong nipis


 2 biji limau nipis – tambah jika kurang rasa masam
 Sikit gula, garam & perasa
 Sedikit pati ikan bilis – jika suka
 1 biji kelapa parut – kisar bersama sedikit air untuk ambil santan pekat.
CARA MEMASAK:

1. Leraikan nangka muda yang direbus supaya lebih halus. Letak dalam bekas

besar.

2. Masukkan bahan-bahan tumbuk dan juga bahan-bahan lain. Gaul rata.

3. Perasakan dengan limau nipis. Rasa terlebih dahulu supaya cukup masin,

masam dan manisnya.

4. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Rosma Ros

28. KERABU KACANG BOTOL


BAHAN-BAHAN:

 Kacang botol/ kacang kelisa – cuci bersih & hiris nipis


 4 biji bawang merah – mayang @ hiris nipis
 2 ekor ikan rebus – ambil isi sahaja
1/2 biji kelapa parut – disangai hingga perang
 Sedikit kelapa parut putih
 Kerisik secukupnya
 1-2 biji limau nipis
 Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:

1. Dalam bekas bersesuaian, satukan semua bahan dan gaul hingga mesra.

2. Rasa kerabu supaya cukup rasa masam, masin dan manisnya.

3. Jika suka pedas dan bawang, boleh tambah ikut cita rasa masing-masing.

Kredit resipi & foto: Siti Zubaidah Embong

29. KERABU DAUN KADUK


BAHAN-BAHAN ( HIRIS HALUS):

1 ikat daun kaduk – cuci bersih & toskan


 Bawang besar
 Serai
 Bunga kantan
 Halia muda (boleh guna halia tua, cuma rasanya kuat sikit)
 Tauge – celur seketika
BAHAN TUMBUK LUMAT:

Kelapa parut
 1 biji cili merah besar
 Cili padi (sesuaikan ikut kepedasan yang dikehendaki)
 Cili kering yang telah direndam (empunya resipi letak sedikit sahaja)
 Belacan – sebesar ibu jari
 Sedikit gula
 Garam secukup rasa
 Sedikit air asam jawa
CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan tumbuk dan lumatkan. Masukkan dalam bekas.

2. Tambah air asam jawa dan sebatikan.

3. Masukkan bahan hiris dan tauge. Gaul lagi hingga sebati dan cukup rasanya.

Lagi sedap jika ada penambahan daun cekur.

Kredit resipi & foto: Siti Khairiyah

30. KERABU TELUR DADAR


BAHAN TELUR:

 3 biji telur
 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
 Secubit garam
1 sudu teh tepung jagung
(Satukan dan kacau sebati. Dadarkan guna kuali non-stick. Dadar nipis-
nipis. Gulung kemudian hiris nipis.)
BAHAN KERABU:

1 biji bawang besar – hiris nipis


 1 kuntum bunga kantan – mayang halus
 1 genggam daun kesom atau daun selom -mayang halus
 1 biji tomato – buang biji & potong kecil
 1 genggam ikan bilis goreng
 Sedikit sos ikan
 2-3 biji limau kasturi – ambil jusnya
 Sedikit gula
BAHAN TUMBUK:

1 biji cili merah


 10 biji cili padi
 1 ulas bwang putih dibakar
 1/2 inci belacan
CARA MEMASAK:

1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk kecuali ikan bilis. Gaul hingga rata.

2. Renjiskan sedikit sos ikan. Masukkan sedikit gula, jus limau kasturi dan akhir

sekali ikan bilis goreng. Gaul rata dan sesuaikan rasa.

3. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Razainiza Saad

Lauk pauk ni kalau makan dengan nasi putih, memang padu. Nak cari RICE

COOKER baru yang lebih besar? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun

murah.

 
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba

resipi di bawah ni:

Resipi Puding Roti Keju Chocolate Chip. Sedap & Memang Mudah.
Kompilasi Resipi Lauk Masak Lemak. Sedap, Mudah & Buka Selera.
Cara Buat Udang Kering Homemade Tanpa Perlu Jemur
Petua Simpan Lengkuas Agar Tahan Lama, Lembut & Mudah Dipotong.
 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah

Rasa Official

Advertisement
Advertisement

Baca artikel penuh 

Hilangkan segala kesakitan di seluruh badan tanpa


sebarang rawatan!BERITA & SAINS MALAYSIA|
Sponsored

15 makanan yang membunuh anda secara perlahan-


lahanStory To Hear|
Sponsored

15 pantai paling cantik di atas muka bumiThe Travel Breeze|


Sponsored

Anda mungkin juga menyukai