Anda di halaman 1dari 7

Tips Elak Sakit Dan Kekal Sihat

Sesibuk mana pun kita, penjagaan kesihatan sepatutnya menjadi keutamaan. Namun,
dengan jadual tugas yang padat menyebabkan ramai yang kurang mengambil berat akan
kesihatan diri. Yelah, mana sempat kan. Lepastu, bila dah jatuh sakit, nak buat apa je tak
larat, Badan lemau, mula lah nak moody. Tak best betul!

Ha, lima tips mudah yang kami berikan di bawah ini boleh bantu korang untuk sentiasa
kekal sihat dan cergas. Simple je, tapi berapa ramai yang buat?

1.Bersenam

Sebut sahaja senaman mesti ramai yang rasa malas. Betul tak? Tapi jika korang buat,
tenaga harian dan stamina korang akan meningkat. Bayangkan, korang sibuk sepanjang
hari sekalipun badan masih kekal fit dan rasa bertenaga je tau. Tapi nak curi masa buat
senaman dalam jadual waktu yang ketat tu macam mana? Mudah je.

Sebagai contoh, cuba korang elak guna lif dan naik tangga ke pejabat. Kalau ada urusan
dengan rakan sekerja, korang jalan je ke meja diorang dari gunakan email. Ikut je pelbagai
senaman ringkas di Youtube yang boleh buat di meja pejabat korang. Nampak kecil tapi 
mampu mengubah tahap kesihatan korang jika buat setiap hari ye!

2. Jaga Pemakanan

Susah sebenarnya kan untuk amalkan pemakanan yang seimbang. Ditambah pula dengan
restoran makanan segera yang ada kat mana-mana, memang itu lah yang menjadi pilihan
utama. Nampak mudah dan jimatkan masa tetapi bila dah kena penyakit darah tinggi,
kencing manis atau buah pinggang, ha masa tu sesal pun dah tak guna!

Jadi, pastikan korang pilih makanan yang sihat dan tak penuh dengan kalori. Elakkan
minuman berkarbonat dan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Nak jaga kesihatan,
masak je bekal yang dibawa dari rumah. Bukan je badan sihat, poket pun tak kering!

3. Dapatkan tidur yang cukup

Proses baik pulih badan akan berlaku setiap kali kita tidur pada waktu malam hari. Setelah
menjalani hari yang sibuk, korang wajib dapatkan tidur yang cukup sekitar 7-8 jam sehari
supaya otot badan dan minda korang yang dah banyak berfungsi dapat berehat.
Bila bangun, korang bukan sahaja akan rasa segar dan bertenaga malah tak mudah untuk
jatuh sakit. Sebab apa? Ini kerana tidur yang cukup boleh meningkatkan sistem kekebalan
tubuh badan tau. Kalau sibuk sekalipun, jangan lupa tidur yang cukup paling penting!

4. Kawal tekanan

Tekanan selalunya menjadi punca kepada penyakit. Jadi, elakkan perkara yang boleh
membuat korang stress dengan mencari keseimbangan masa untuk kerja, keluarga
mahupun diri sendiri. Sebagai contoh, korang cari masa pada hujung minggu untuk buat
aktiviti santai kegemaran korang. Sekurangnya seminggu sekali pun dah cukup.
Percaya atau tak, korang mesti rasa lebih bersemangat selepas cuti untuk melakukan kerja
pada keesokkan harinya. Ha, lepas ni dah tak ada lagi ‘Monday Blues’ korang tu. Bila
korang happy, badan pun akan sihat tau!

5. Tahu Dan Ukur tahap kesihatan Diri Setiap Masa

Ini yang paling penting tapi ramai yang abaikan. Korang kena tahu dan ukur tahap
kesihatan diri setiap masa. Tapi nak curi masa untuk buat pemeriksaan kesihatan secara
kerap dengan pegawai perubatan agak leceh. Disebabkan itu, adanya teknologi terkini
iaitu aplikasi di telefon bimbit bagi membantu korang mengukur tahap kesihatan secara
harian.

Antara aplikasi terbaik terkini adalah ‘Pulse‘, sebuah aplikasi canggih yang menggunakan
teknologi artificial intelligence (AI) yang sentiasa menjaga, mengukur dan melaporkan
tahap kesihatan pengguna tanpa mengira waktu di mana sahaja pengguna berada.
Pulse yang dilancarkan oleh syarikat insurans terbesar dan terkenal dunia, Prudential,
boleh menilai tahap kesihatan semasa pengguna termasuk gaya hidup, kesihatan mental,
kesihatan organ dalaman, risiko penyakit pada masa akan datang dan juga memberi
amaran denggi. Wow, semua dalam satu!
Sebagai contoh, melalui fungsi ‘Symptom Checker’ yang terdapat di dalam Pulse,
pengguna akan melalui sesi soal jawab yang membawa kepada kemungkinan diagnosis
atau penyebab kepada gejala yang dihadapi oleh mereka. Jadi pengguna boleh
mengambil langkah awal pencegahan dengan mendapatkan rawatan awal di pusat
perubatan.

Anda mungkin juga menyukai