Anda di halaman 1dari 4

Bongkokkan badan 10 kali

sehari, untuk kekal sihat


Apabila saya diberitahu untuk membongkok dan menyentuh kaki saya
sebanyak 3,650 kali unuk kekal sihat, saya pandang guru yoga saya seakan
kebingungan…tidak mungkin saya dapat melakukan pergerakan itu.

Guru saya, S. Singaram berumur lebih 70 tahun ketika itu, iaitu hampir 30
tahun lalu (1988) tatkala beliau berbual dengan saya mengenai yoga,
senaman dan kesihatan.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai penolong teknikal di Jabatan


Pengairan dan Saliran di Temerloh dan Jerantut mengamalkan gaya hidup
sihat dengan kerap bersenam. Sebenarnya apa yang beliau maksudkanketika
menyuruh saya melakukan pergerakan membongkok dan menyentuh kaki
ialah supaya buat senaman itu sekurang-kurangnya 10 kali sehari dan
jangan culas. Setahun sudah tahu akan jadi 3,650 kali!

Kata Singaram badan kita akan kekal sihat dan tidak mengalami kekejangan
sekiranya kita kerap melakukan senaman menggerakkan otot sendi serta
senaman lain. Senaman itu juga dapat membantu mencegah sembelit.
Jurulatih fizikal juga berkata membongkok juga memberi urutan yang baik
untuk tulang belakang serta otot seluruh badan sekiranya regangan itu
dibuat dengan sempurna.

Meskipun Singaram meninggal dunia beberapa tahun lalu pada usia hampir
90 tahun, beliau kekal sihat sepanjang usianya dengan melakukan senaman
kerap dan yoga.

Beliau melakukan senaman membongkok dan yoga dengan pergerakan yang


perlahan tanpa memberitekanan kepada badan. Saya memang berasa
kagum melihat beliau melakukan senamannya di sebalik usianya yang lanjut.
Meskipun hampir mencapai usia 90 tahun, beliau begitu sihat dan boleh
membaca suratkhabar tanpa menggunakan cermin mata.

Saya dan yoga

Sejak saya mula belajar yoga dari Singaram, saya melakukannya setiap
pagi. Saya akan lakukan apa yang dipanggil “suria namaskarams” iaitu 10
senaman yang kebanyakannya regangan untuk tangan, kaki dan
membongkokkan badan serta dirian kepala serta bahu.
Yoga menjadikan saya sihat dan pada usia 57 tahun sekarang saya masih
boleh aktif berkebun.

Meskipun saya tidak mengsyorkan anda melakukan dirian kepala, yoga


sebenarnya mudah dan semua orang boleh melakukannya. Saya sering
memberitahu rakan-rakan saya supaya bermula dengan membongkokkan
badan – sentuh kaki dan melakukannya 10 kali supaya mereka akan dapat
melakukan sebanyak 3,650 kali setahun.

Cubalah lakukannya dan anda pasti dapat rasa kelainannya. Lagi pun yoga
hanya melibatkan postur membongkok, meregangkan setiap bahagian badan
secara perlahan tetapi ia akan menyegarkan otot, saraf dan kapilari darah.

Bagaimanapun, bagi saya, postur paling seronok saya lalukan ialah dirian
kepala yang saya buat antara kira-kira 2 hingga 7 minit. Ketika itu juga saya
berdoa dan berterima kasih kepada Tuhan kerana memberikan saya sehari
lagi kesihatan yang baik. Dirian kepala dibuat dengan kepala dan kedua
tangan di atas lantai dan perlu dilakukan berhati-hati agar tidak terjatuh ke
belakang.

Kepada sesiapa yang mahu melakukan postur ini mulakan dahulu dengan
senaman biasa. Bila sudah bersedia buatlah secara perlahan dengan kadar
yang mampu. Dirian bahu juga satu lagi senaman yang baik.

Pandangan ahli sukan


K.Palanisamy iaitu jurulatih kabaddi kebangsaan yang banyak melatih
pemain kabaddi pada peringkat antarabangsa juga bersependapat
pergerakan membongkok adalah cara terbaik untuk kekal sihat. Senaman ini
juga mudah dan boleh dilakukan di mana termasuk di bilik tidur.

“Pemain-pemain perlu melakukan senaman membongkokkan badan pada


setiap sesi latihan, “ kata Palani yang kini melatih pemain Persatuan Kabaddi
Malaysia (KAM) bagi persediapan Sukan Asia akan datang. Senaman
membongkokkan badan amat baik untuk pemain berkenaan kerana ia dapat
mengurangkankecederaan badan dan koyakan tisu sewaktu permainan
kabaddi serta meningkatkan kepantasan pergerakan.

“Jika membongkokkan badan membuat atlet kabaddi cergas, bayangkan


betapa besar manfaatnya kepada kita semua, “ kata Palani.

Datuk Mohd Musa Noor Mohd, pengerusi Persatuan Atlet Amatur Temerloh
dan juga pelari jarak jauh turut berkata senaman mebongkokkan badan
adalah cara mudah untuk mencegah pelbagai jenis sakit belakang, kejang
kaki serta kebas kaki.

Musa turut menyatakan ramai orang hari ini tidak melakukan senaman
mudah seperti membongkokkan badan.

Beliau berkata golongan umur pertengahan seharusnya melakukan senaman


mudah setiap hari seperti membongkokkan badan serta menyentuh kaki.
Musa yang berusia 58 tahun aktif bersukan berkata senaman ini bukan
sahaja dapat menjadikan mereka lebih sihat tetapi kurang keperluan
berjumpa doktor.

Beliau sendiri banyak melatih pelari pecut dan berkongsi rahsia kejayaannya
iaitu banyak menyuruh mereka melakukan senaman mudah seperti regangan
dan membongkokkan badan kerana masa itu belum lagi ada gimnasium
untuk mengadakan sesi latihan.

Anda mungkin juga menyukai