Anda di halaman 1dari 8

Cara Diet Yang Berkesan (Panduan Yang

Betul, Mudah & Sihat)


Pilihan cara diet yang berkesan dan tepat adalah amat penting bagi
memastikan proses turunkan berat badan berjalan dengan lancar.

Bagi memastikan anda membuat pilihan diet yang betul, lakukan


sedikit kaji selidik untuk mendapatkan informasi berkaitan senarai
makan diet yang ada. Izinkan kami berkongsi cara diet yang berkesan
yang bukan sahaja sihat, tetapi baik untuk kesihatan.

Elakkan dari terpedaya dengan cara cepat turunkan berat badan jika ia
hanya akan menyeksa diri sendiri. Kami senaraikan di sini, anda
pilihlah sendiri mana yang bersesuaian.

Jangan lupa cari lagi info tambahan yang ada di Internet.

Jenis-jenis diet yang berkesan


Sebelum mula berdiet, kenalah tahu apa jenis diet yang orang selalu
buat, dan terbukti keberkesanannya.

ADVERTISEMENT

Kena tahu juga, apakah konsep diet? Bagaimanakah cara


pengaplikasiannya? Apakah makanan yang boleh dan tidak boleh
diambil sepanjang berdiet?

Itu antara persoalan yang perlu anda fikirkan sebelum memilih diet
yang berkesan dan bersesuaian dengan diri.

Antara senarai diet berkesan yang boleh dijadikan pilihan untuk


diamalkan adalah:
Cuba diet Atkins
Bersifat anti karbohidrat, diet Atkins menghalang pengamalnya
daripada mengambil makanan berasaskan karbohidrat seperti nasi,
roti dan pasta dengan melebihkan pengambilan makanan kaya
protein seperti daging, telur  dan keju.

Pengambilan makanan berprotein tinggi dan pengurangan


karbohidrat dipercayai dapat mengubah metabolism tubuh yang
membawa kepada penurunan berat badan.

Cuba diet Vegetarian


Diet vegetarian akan menjadikan anda seorang lacto-ovovegetarians
iaitu tidak memakan makanan berasaskan haiwan kecuali telur, susu
dan madu.

Amalan memakan sayur-sayuran ini membuatkan tubuh lebih sihat.

Lebih-lebih lagi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kajian


menunjukkan bahawa golongan vegetarian mempunyai berat badan
ideal, kurang diserang penyakit dan memiliki usia yang lebih panjang
berbanding individu yang makan daging.

Cuba diet Paleo


Turut dikenali sebagai diet orang zaman batu, teori diet Paleo
menyatakan bahawa penyakit moden yang menyerang masyarakat
masa kini berpunca daripada pengambilan bijirin, tenusu dan
makanan yang telah diproses.
Justeru, diet Paleo mengutamakan pengambilan makanan semula jadi
seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang yang lebih
berkhasiat serta mengelakkan makanan yang diproses, gula, tenusu
dan bijirin.

Diet makanan mentah


Pengamal diet makanan mentah raw foodism  tidakmengambil
sebarang makanan berasaskan haiwan atau makanan yang telah
diproses.

Mereka hanya memakan makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan dan


bahan organik. Malah tiga perempat daripada pengambilan makanan
perlu terdiri daripada makanan yang belum dimasak.

Cuba intermittent fasting
Intermittent fasting adalah diet yang semakin popular di negara kita,
Malaysia.

Menerusi diet ini, anda perlu berpuasa atau mengosongkan perut bagi
tempoh tertentu. Diet ini tidak menyekat anda daripada makan.
Sebaliknya, ia menentukan masa makan anda.

Puasa secara berselang-seli ini diamalkan untuk menurunkan berat


badan kerana membantu memudahkan proses penyekatan kalori.

 
Cara diet yang betul
Setelah memilih diet yang bersesuaian dengan diri, anda perlu
melakukan beberapa perubahan dalam gaya hidup bagi memastikan
hasrat untuk mencapai berat badan ideal berjaya direalisasi. Bukan
mudah untuk kurus.

Pastinya cara diet yang berkesan itu perlu diikuti selalu, bukan main
hentam keromo.

Cabarannya sentiasa ada. Apa yang penting, anda perlu berusaha


secara berterusan bagi memastikan diet yang diamalkan berjaya
mencapai matlamat yang diimpikan.

Cara diet yang betul, mesti ada azam yang konsisten


Dalam apa jua perkara yang kita lakukan, jangan bersikap hangat-
hangat tahi ayam, yang hanya ghairah pada peringkat permulaan dan
mulai berasa bosan di pertengahan jalan. Anda perlu sentiasa berazam
untuk kekal konsisten dalam melalui proses diet.

ADVERTISEMENT

Bagi memastikan azam kekal konsisten, anda boleh membayangkan


kehidupan yang lebih menyihatkan dan penampilan yang lebih
menarik apabila diet anda berjaya mencapai matlamatnya.

Impian itu bukan sahaja menguatkan azam tetapi juga membuatkan


anda kekal positif dan semakin bermotivasi.

 
Cara diet yang berkesan, perlu belajar ilmu nutrisi
Pengetahuan tentang nutrisi makanan sangat penting buat anda yang
sedang berdiet.

Anda perlu tahu kandungan zat dalam semua menu yang diambil dan
nisbah bagi setiap satu nutrisi untuk memastikan makanan yang
diambil benar-benar berkhasiat serta sesuai dengan diet yang
diamalkan.

Kalau kalori pun tak tahu, macam mana nak kurangkan berat badan?

Jangan hanya ikut-ikut orang makan chia seed. Kena tahu kenapa kita
makan.

Cara diet yang betul, mesti ada disiplin


Lumrah manusia, sering tergoda dengan keenakan makanan. Apa lagi,
jika hidangan tersebut adalah menu kegemaran.

Ketika inilah pentingnya disiplin saat berdiet. Anda perlu disiplinkan


diri agar tidak mengambil hidangan yang tersedia di depan mata atau
terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan untuk menikmati makanan
tidak sihat.

Tanpa disiplin yang kuat segala perancangan dan usaha diet anda
pasti tidak akan berhasil.

 
Cara diet yang betul, jangan terlalu drastik
Jangan drastik dalam melakukan perubahan yang melibatkan sistem
tubuh. Anda perlu mengubah diet harian secara perlahan-lahan dan
berikan masa kepada badan untuk menerimanya.

Sistem tubuh manusia dicipta untuk mengimbangi input dan output


menerusi otak secara semula jadi mengikut kondisi badan.

Perubahan yang drastik hanya akan membebankan tubuh dan


membuatkan diri lesu dan tidak bertenaga.

Cara diet yang sihat, mesti bersenam


Janga percaya kalau boleh turunkan berat badan tanpa bersenam.
Mungkin boleh turun, tetapi tidak lama. Berat badan akan naik semula.

Amalan diet yang berkesan tidak tertumpu pada aspek pemakanan


semata-mata. Sebaliknya, anda juga perlu menitikberatkan senaman
dan aktiviti fizikal yang juga merupakan sebahagian daripada diet.

Senaman adalah cara paling efektif untuk membakar kalori,


meningkatkan imbangan dan koordinasi tubuh selain berupaya
mengurangkan stres.

Cuma, janganlah pula membuat aktiviti fizikal pada bulan Ramadhan.


Cara diet di bulan puasa tidak sama dengan bulan-bulan lain.

 
Sedikit pesanan

Walau bagaimanapun, ada satu petikan dari Huffpost yang


menyatakan kajian pada tahun 2014 oleh penyelidik University of
Toronto.

Saintis ini mengkaji 59 artikel penurunan berat badan secara saintifik.


Apa yang menarik, mereka membuat kesimpulan bahawa diet terbaik
ialah diet yang boleh dibuat secara konsisten dan bertahan lama.
Bukan yang jenis sekejap-sekejap.

Menurut saintis lagi, sesiapa yang masih lagi dalam diet mereka secara
berterusan, tidak pernah berhenti dan tidak kira jenisnya –  seperti diet
atkins, diet kalori, diet keto, diet eat clean; mereka inilah orang yang
kehilangan berat badan yang lebih banyak.

Menurut para penyelidik itu juga, keupayaan anda untuk mengikut


diet adalah lebih penting dari dari kejayaan menurunkan berat badan
anda dengan diet yang anda pilih.

Akhir kalam

Janganlah diet semata-mata untuk nampak cantik. Lebih baik tukarkan


niat itu agar diet untuk sihat tubuh badan dan fizikal. Ikuti cara diet
yang berkesan ini betul-betul, bukan sekadar baca dan selepas itu
lupa.

Bukannya apa, sudah banyak cerita kita dengar tentang kematian


secara tiba-tiba. Contohnya, ramai orang yang tiada apa-apa tanda
sakit jantung, tetapi meninggal secara mengejut.

Semoga kita semua sentiasa sihat dan dilindungi Allah.

Semoga bermanfaat.

Anda mungkin juga menyukai