Anda di halaman 1dari 2

Cara Untuk Kekalkan Kesihatan Tubuh

Badan
Bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan, kita mestilah melakukan
beberapa perkara yang sebenarnya tidak sukar untuk dilakukan. Dari
mulalah mengubah gaya hidup dengan memilih makanan yang betul.

Berikut adalah cara-cara untuk anda memulakan gaya hidup yang


sihat supaya badan sentiasa bertenaga, tidak lesu dan penuh
semangat.

Pola pemakanan
Bagi anda yang bekerja sepanjang hari dan kerap lupa makan, ini
adalah perkara yang tidak sukar dilakukan. Pastikan jenis makanan
anda ke dalam badan anda. Bukan itu sahaja, pemilihan masa makan
juga penting. Cuba jangan makan apabila anda sudah mahu tidur.
Begitu juga untuk anda yang sedang diet. Ketahulah, diet yang betul
adalah untuk mengawal pengambilan makanan, bukan masa makan
ya.

Tidur mencukupi
Ini adalah salah satu perkara yang kelihatan sukar tetapi sebenarnya
mudah. Ramai yang mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu
malam, walaupun badan rasa letih setelah sibuk di siang hari, atau
gaya hidup yang kurang tepat.

Salah satu cara yang paling mudah untuk mendapatkan kualiti tidur
yang baik adalah dengan menjauhkan diri dari tv dan telefon pintar
anda sewaktu anda tidur. Sekiranya sukar untuk mendapatkan
tempoh lapan jam sehari, sekurang-kurangnya anda masih ada tidur
berkualiti dengan tempoh semaksimum yang mungkin.
Fikiran positif
Berbunyi remeh, tetapi sangat berpengaruh terhadap kesihatan.
Banyak kajian mengatakan bahawa beberapa penyakit timbul
daripada pemikiran berlebihan. Inilah yang anda harus elakkan.

Berkumpul bersama orang yang mempunyai pengaruh yang baik dan


boleh membuat anda terus berfikir secara positif. Oleh itu, risiko
penyakit yang timbul dari pemikiran negatif dapat dikurangkan

Anda mungkin juga menyukai