Anda di halaman 1dari 12

15 tips kurus tanpa ubat kurus.

Tips Kurus 1 : Elakkan Nasi Putih

Elak nasi putih. Ambil beras perang. Alternatif yang lebih baik.

Ada perbezaan antara nasi dahulu dengan nasi sekarang.

Beras putih sekarang melalui proses polishing.


Di mana segala fiber yang baik membekalkan nutrisi yang bergizi seperti
dahulu dilekangkan di beras pada hari ini.

Ianya tidak beri lagi nutrisi seperti mana yang datuk nenek kita dapati pada
zaman dahulu.

Nasi ni apabila kita makan, kajian menunjukkan karbohidrat yang kita


ambil ini apabila masuk ke dalam sistem tubuh badan kita, dia akan
bertukar menjadi gula. Untuk bekalkan tenaga untuk kita bekerja.
Tetapi memandangkan kita tidak bekerja, seperti bersawah dan berkebun,
jadi gula ini akan mula membentuk lapisan-lapisan lemak.
Berlakulah benjolan di sana sini. Mulalah seluar menjadi kecil. Mulalah baju
menjadi kecil.

Sebabnya adalah kerana gula yang terbentuk dari


karbohidrat tidak digunakna dan membentuk lapisan lemak
demi lemak.
Ya, datuk nenek kita makan nasi setiap hari. 

Tetapi mereka mempunyai aktiviti ekonomi yang berbeza dari kita.

Mereka bekerja di ladang, mereka berkebun, mereka bersawah, mereka


menjadi nelayan, dan semua itu memerlukan penggunaan tulang empat
kerat.

Tetapi kita berbeza pada hari ini, kita tidak menggunakan ataupun kita tidak
terlibat dengan aktiviti-aktiviti seperti itu.

Kita hanya berada di pejabat, kita hanya menggunakan jari untuk menaip
ataupun tangan untuk menulis.

Dan kita jarang menggunakan keseluruhan tubuh badan kita untuk


bergerak.

Beras perang adalah alternatif yang lebih baik berbanding beras putih.

Ataupun beras yang ditulis "parboiled" atau beras basmati. 

Tetapi andai kata berat badan menjadi isu utama kita, pastikan kita elak
dulu dari makan nasi sebab walaupun nasi dari beras putih parboiled dan
beras basmati ini umumnya lebih baik opsyennya, tapi ianya akan
tingkatkan berat badan kita.
Selain nasi putih ini, elakkan juga tepung putih. Ganti dengan tepung
unbleached, multigrain atau wholemeal. Kedua-dua nasi putih dan tepung
putih mempunyai kisah yang sama.
Kedua-duanya apabila kita makan, akan terus bertukar menjadi gula
dalam badan, dan gula ini memberi kesan buruk kepada otak, memberi
kesan buruk kepada tubuh badan manusia.
Jom lihat apa tips kurus seterusnya.
Tips Kurus 2 : Elakkan Gula Putih

Gula putih terdapat dalam hampir kesemua makanan proses. Dalam sos,
dalam coklat, kek, minuman berkotak, tin, dan paket dan banyak lagi.

Kita juga tanpa segan silu letak gula putih dalam minuman, pada donut,
pada masakan dan lain-lain.

GULA PUTIH juga BESARkan BADAN. Ikut kajian 62% wanita dan 48%
lelaki di Malaysia jadi obes. Terkena penangan GULA PUTIH. Jangan
masuk dalam statistik itu.
Ikut kajian juga lebih dari 85% lelaki "mengandung".
Penangan GULA PUTIH juga.
GULA PUTIH juga tonik kepada sakit kepala, migraine, cyst, anxiety,
depression.
Oh ya. GULA PUTIH LEMBABKAN OTAK.
Malan malam nanti, semak makanan dan minuman apa kita ambil.

Boleh boleh?
Ikut kajian 40% penyakit kanser boleh dicegah. Caranya MUDAH. JAUHI
gula putih. KANSER memBESAR dengan GULA PUTIH.
Gula putih juga rosakkan kulit. Sudah diterangkan dalam artikel sebelum
ini: 5 Tips Kulit Cantik & Awet Muda 

Jika ingin manis, dapatkan dari sumber semulajadi seperti buah. Atau
madu. Dan alternatif gula yang terbaik adalah gula kelapa.

Tips seterusnya berkaitan sarapan pula.

Tips Kurus 3 : Sarapan Pagi

Mungkin kita pernah dengar pepatah Inggeris menyebut

“Sarapan seperti raja, makan tengahari seperti putera raja. Makan malam
seperti puteri raja.”
Mungkin kita tertanya-tanya kebenarannya?

Kajian saintifik terkini, terNOW dari Journal of Nutrition benarkan pepatah


ini.
Kajian dijalankan ke atas 50,660 orang sepanjang tujuh tahun.
Orang yang ambil sarapan besar dan banyak lebih kurus.
Mereka lebih sihat. Kurang pula penyakit.
Kita biasanya ambil sarapan sedikit. Mungkin tidak ambil langsung.

Makan tengahari lebih banyak. Malamnya kita makan seperti raja.

Akibatnya perut makin berlapis.

Benjolan terbentuk sana sini. Pakaian ‘mengecil‘.

Hasil kajian, apabila mahu kurus, lakukan perkara berikut:

1. 1
Sarapan pagi, makan banyak.
2. 2
Jarakkan antara sarapan dan makan tengahari antara 5-6 jam.
3. 3
Makan malam pada waktu petang. Malamnya seolah berpuasa 12-
13 jam.
Apabila bersarapan maka terbukalah ‘puasa‘ pada malam hari.

Cara di atas adalah RESEPI untuk KURUS dan SIHAT.

Kalau tak MAHU tak perlu AMAL.

Sihat itu jihad.

Boleh boleh?

Dah tahu tips sarapan, tapi nak makan apa?

Tips Kurus 4 :  Tiga Makanan Cepat Kurus


Makanan-makanan berikut secara saintifik dapat kuruskan badan.

1. Epal dan Pear

Keduanya ada fiber yang tinggi. Punya kalori yang rendah. Sarat
dengan Pectin.
Pectin apabila dimakan akan membentuk seperti gel di dalam perut. Punya
kuasa kecilkan rasa lapar.
2.  Cili

Pedas pada cili dapat kurangkan rasa lapar. Dalamnya ada Capsaicin.


Ia tingkatkan kadar metabolisme badan. Apabila metabolisme tinggi, tahap
untuk menjadi JALUR LEBAR menurun.

3. Teh Hijau

Teh Hijau ada flavonoids yang bantu tingkatkan kadar metabolisme. Kita


tidak akan memBESAR sebagai johan.
Amal yang tiga ini dahulu.
Kajian dapati makan 3 biji epal atau pear setiap hari
kecilkan saiz pinggang dan kempiskan perut. Apabila
ditambah dengan teh hijau pasti berganda nikmat turun
berat badan.
Boleh cuba. Semuanya boleh dibeli harga mampu milik.

Seterusnya kita beralih ke makanan kurangkan lapar.

Tips Kurus 5 : Tiga Makanan Kurangkan Lapar


1. Kacang cerdik atau pistachio

Jumlah 43 biji. Kajian oleh In U.S. Agricultural Research Service. Tambah


cerdik bila makan bukan kismis.
2. Minyak zaitun

Campurkan dalam makanan yang telah siap dimasak. Bukan masak


minyak zaitun. Kajian detail di jurnal saintifik American Journal of Clinical
Nutrition.
3. Avokado

Inilah pemenang pertama. Kajian dah berkodi kodi. Tinggal nak buat tak
nak buat jer.

Makan avocado boleh hilang perut mengandung abam


abam. Hakak hakak nak badan lentik pun boleh cuba.
Natural.
Jangan percaya. Buat jer.

Tips kurus seterusnya makanan turunkan berat pula.

Tips Kurus 6 : Lagi Makanan Turunkan Berat Badan


Kurus adalah impian. Ramai damba untuk kurus.

Perkataan yang meniti dibibir.

Harapan yang lama bersarang di hati. Pelbagai cubaan.

Asal ada produk kurus, pasti dicuba.

Mari cuba beberapa makanan berikut. Semuanya hasil dari kajian saintifik.


Dicuba secara klinikal.

Tips kurus seterusnya adalah makanan-makanan sihat yang perlu diambil.

1. Cuba Greek Yogurt.


Setiap cawan ada 23% protein membina otot.

Ditambah dengan kalsium semulajadi dan probiotik.

Cukup alasan untuk hilangkan lemak di perut.

Bacaan lanjut di European Journal of Clinical Nutrition.


2. Makanan whole grains
Ia hilangkan lemak di perut. Kurangkan Hormon Ghrelin – hormone lapar.
Kajian dari Pennsylvania State University dapati,
Diet ini apabila diambil selama 12 minggu berturut-turut turunkan berat
badan sekurang-kurangnya 12kg.

3. Asparagus – Ada fiber prebiotic


Kurangkan kembung perut. Kurang berangin jadinya perut kita.

Dikenali dengan anti oksida yang tinggi terutamanya


berkaitan dengan radang disebabkan meningkatnya berat
badan.
Tak perlu pening tentang makanan.

Ambil makanan yang beri daya kurus yang tinggi.

Ia semulajadi. Mudah hadam.

Tips kurus seterusnya susah sikit nak sebut.

Tips Kurus 7 : Ambil Makanan Yang Ada Butyrate

Perkataan ini asing. Sebutannya sukar. Tujuannya kurang diketahui.

Butyrate penting untuk kuruskan badan.

Ia teman sejati untuk usus. Hadirkan lebih banyak bakteria baik.


Dalam usus ada 100 juta neurotransmitter. Bahasa mudah fahamnya sel
otak.

Faktor ini sebabkan usus dinobat sebagai otak kedua.

Butyrate terlahir dari proses fermentasi makanan tinggi fiber.

Contoh makanan tinggi fiber ialah barli, oat, beras merah dan bran.
Ini yang dilaporkan dalam Journal of Nutrition November 2010.

Mengambil buah buahan juga bantu tinggikan butyrate.

Buahan seperti oren, kiwi, epal. Sayuran berdaun hijau juga masuk dalam


kategori sama.
Pisang yang belum masak ranum, butter dan ghee juga hadirkan butyrate.
Kajian obesiti pada tahun 2007 dapati, apabila butyrate
menjadi sajian utama, berat badan mula menurun.
Sekurangnya 10% dari berat asal.
Kunci utama ialah banyakkan sajian tinggi fiber.
Apabila masuk dalam perut, usus bahagia. Tidak lagi sakit.

Apabila usus bahagia, otak gembira.

Keduanya beri high five. Sakit tidak hampiri.

Anda mungkin juga menyukai