Anda di halaman 1dari 9

Azam nak kurus 2020?

Ikut tip wanita ini


berjaya hilang 32 kg dalam masa 4 bulan!
TIDAK lama lagi kita akan melangkah ke tahun 2020 dan ketika ini pasti
ramai memasang azam baharu termasuklah untuk menguruskan badan.
Seperti wanita ini, Wan Nuranis Atirah Wan Mustafa, dia tidak menunggu
kedatangan tahun baharu untuk memulakan azamnya untuk mendapat
bentuk tubuh ideal malah telah memulakan diet dan senaman sejak empat
bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:  Haus, perut kembung antara petanda kandungan


garam dalam badan tinggi!
Malah cerita Wani Nuranis, 22, dia berjaya mengurangkan berat badannya
sebanyak 32 kilogram daripada 78 kilogram dalam tempoh itu.

Anak kelahiran Terengganu ini memberitahu keazaman itu timbul apabila


dia sudah bosan menjadi bahan mulut orang yang mengejekknya ditambah
kesedaran kepentingan menjaga kesihatan memandangkan usianya masih
muda.
Wan Nuranis hilang 28 kilogram hanya dalam tempoh empat bulan.
"Saya mula diet pada 1 Julai lalu dengan berat badan 78 kilogram dan
selepas empat bulan, berat badan saya hanya 46 kilogram.

"Apa yang orang kata selain kesedaran tentang menjaga kesihatan menjadi
motivasi untuk saya perbaiki diri sendiri.

"Pokok pangkalnya semuanya perlu bermula dengan diri sendiri, Insya-Allah


selebihnya akan dipermudahkan," katanya kepada mStar.

Apa sebenarnya yang Wan Nuranis lakukan sehingga berjaya


mengurangkan berat badan 32 kilogram hanya dalam tempoh empat
bulan?
ADVERTISING
X

Wan Nuranis tidak menggunakan jalan mudah untuk mendapatkan bentuk


tubuh idaman. 
Wan Nuranis memberitahu dia tidak melalui jalan mudah dengan
mengambil produk menguruskan badan sebaliknya hanya usaha dan nekad
untuk mengubah dirinya sendiri.

Bagaimanapun katanya, menjaga pemakanan sangat penting sepanjang


journey dalam usahanya itu termasuk senaman secara berkala.

Wan Nuranis turut berkongsi tip dia berjaya hilang 28 kilogram!


1. Tiada lagi gula
Perkara pertama yang dilakukan ketika memulakan diet, Wan Nuranis tidak
lagi menyentuh makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula
serta karbohidrat tinggi dalam pemakanannya.

Selain itu, Wan Nuranis turut mengelak menggunakan bahan perisa, garam,
gula dan minyak dalam masakan.
2. Sarapan
Kebiasaannya kata Wan Nuranis, dia tidak akan bersarapan pagi dengan
makanan berat sebaliknya cukup sekadar telur putih sebanyak dua biji.

3. Makan tengah hari


Wan Nuranis memberitahu untuk makan tengah hari dia biasanya akan
melebihkan sayur-sayuran selain mengurangkan pengambilan nasi kerana
ia mengandungi karbohidrat dan kanji yang tinggi.
4. Makan malam
Untuk makan malam, Wan Nuranis memberitahu dia akan makan sebelum
pukul 7 malam dan menunya adalah buah-buahan seperti kiwi, epal hijau
dan merah.
5. Air lemon
Wan Nuranis memberitahu rutin pemakanannya itu turut disertakan dengan
pengambilan air putih selain mengamalkan air lemon setiap pagi dan
sebelum tidur.

6. Cheat day!
Wan Nuranis memberitahu dalam berdiet dan giat bersenam perlu ada
cheat day bagi mengelakkan rasa bosan dan tertekan dengan rutin sama
setiap hari.

Pun begitu katanya, walaupun ini adalah waktu untuk menikmati makanan
namun sebaiknya biarlah berpada-pada supaya usaha enam hari yang lain
tidak menjadi sia-sia.
7. Senaman
Wan Nuranis memberitahu kesibukan dengan kerja bukan lagi alasan untuk
tidak bersenam kerana ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja apabila
berkesempatan.

Sepertinya, dia memilih untuk melakukan senaman di rumah sebelum ke


tempat kerja dalam tempoh 15 ke 30 minit termasuk plank selama lima ke
10 minit.

Tiada masalah jika tidak berkemampuan menjadi ahli pusat kecergasan


kerana kata Wan Nuranis, dia banyak belajar mengenai teknik dan panduan
tentang senaman yang boleh dilakukan di rumah.

Sementara itu, Wan Nuranis memberitahu seseorang yang berazam untuk


menguruskan badan tidak boleh terlalu memaksa diri sebaliknya tumpukan
kepada rutin ditetapkan.

Katanya, cabaran itu akan ada terutamanya pada permulaan namun ia


memerlukan kekuatan dan keazaman tinggi untuk tidak cepat putus asa.
"Macam saya sendiri pada awalnya memang susah nak kawal nafsu tetapi
sebab saya nekad, Alhamdulillah bulan pertama saya berjaya turun lapan
kilogram.

"Apabila nampak angka itu, ia membuatkan kita lagi bersemangat dan


paling penting jadikan diet dan senaman itu sebagai satu aktiviti
menyeronokkan.

"Biar lambat tetapi selamat. Insya-Allah kalau ikut rutin diet serta lakukan
senaman tiap-tiap hari, percayalah anda akan terkejut dengan hasilnya,"
katanya.

Anda mungkin juga menyukai