Anda di halaman 1dari 3

Sekarang ini ramai orang yang sedang berusaha untuk kurus atau turunkan berat

badan dan sudah semestinya anda ingin dapatkan hasil yang segera iaitu dengan
melakukan pelbagai cara samada membeli produk suplemen untuk kuruskan badan
di pasaran atau mengamalkan pelbagai petua dan program-program latihan seperti
senaman, tahan lapar dan sebagainya. Apa yang mereka harapkan adalah dengan
melakukan semua aktiviti itu dapat turunkan berat badan dalam satu tempoh masa
yang singkat. Kadang-kadang ia juga menyebabkan tekanan kepada individu
tersebut. oleh itu, disini saya ada beberapa cara diet secara sihat. Ini adalah
bertujuan untuk membantu dan membimbing anda diluar sana tentang cara yang
betul untuk turunkan berat badan dengan cepat. Disamping itu, terdapat beberapa
perkara yang anda perlu fahami mengenai penurunan berat badan dengan cepat dan
selamat. Antara amalan yang boleh dilakukan untuk kurangkan berat badan dengan
cara yang sihat dan selamat adalah seperti berikut.

1. Kurangkan berat badan dengan diet yang seimbang.


Apa yang anda boleh lakukan ialah rancang jadual pemakanan dan jangan
melakukan diet tanpa jadual yang betul yang boleh memudaratkan kesihatan anda.
Jika anda ingin menurunkan berat badan, adalah dinasihatkan supaya mencuba diet
sihat yang dapat membantu mencapai matlamat anda tanpa membahayakan
kesihatan.

Tips mudah yang perlu diingat semasa berdiet.

 Jangan melangkau waktu makan


 Banyakkan meminum air kosong
 Makan sedikit tetapi kerap , ini dapat meningkatkan metabolisme.
 Buang semua makanan yang tidak berkhasiat dan mengandungi kandungan gula
yang tinggi.
 Perbanyakan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran , daging tanpa
lemak, ikan, bijiran dan produk tenusu tanpa lemak.
 Catatkan setiap makanan yang anda makan dan bila, dan juga bagaimana anda
rasa setiap kali selepas makan.
2. Perlu Aktif Bergerak.

Untuk langkah awal bagi yang ingin turunkan berat badan, anda tidak perlu
melakukan sukan yang berat seperti olah raga sebagai aktiviti harian anda untuk
buatkan anda rasa segar dan cergas. Tetapi anda boleh melakukan aktiviti yang
anda suka supaya aktiviti itu dapat dilakukan berulang kali dan anda tidak mudah
bosan. Antara aktiviti yang disarankan adalah bermain futsal bersama rakan-rakan
ataupun anda boleh berbasikal bersama keluarga sambil santai bersama orang
tersanyang. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat kurangkan berat badan malah ia
juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim bersama keluarga dan rakan. Aktiviti
ini anda boleh lakukan 3 kali dalam seminggu.

3. Makan Makanan Yang Boleh Mengenyangkan Anda

Memakan makanan yang seimbang bukan sahaja memberikan anda nutrisi rendah
kalori, malah ia juga boleh memberikan anda rasa kenyang dengan cepat. Hal ini
sangat baik kerana boleh menghadkan pengambilan makanan agar tidak berlebihan.
Oleh itu, anda digalakkan untuk memuatkan makanan-makanan berikut ke dalam
menu harian anda:

 Bijian oat
 Epal
 Telur
 Halia
 Kekacang
 Sayuran hijau
 Ubi
 Coklat hitam (dark chocolate)
4. Kira jumlah kalori

Apabila anda mengetahui kadar minimum kalori yang diperlukan oleh badan setiap
hari ia dapat membantu anda untuk merancang pemakanan yang lebih berkesan.
Sepertimana yang kita tahu jumlah kalori individu adalah berbeza dan ia akan
berubah mengikut peningkatan umur. Selain itu anda juga boleh merujuk kepada
pakar pemakanan atau dapatkan nasihat daripada doktor pakar dalam target
penurunan berat badan supaya anda dapat turunkan berat badan dengan cara yang
sihat dan tidak membebankan anda. Anda juga perlu memilih kadar nutrisi sayur-
sayuran, buah-buahan, lemak dan protein yang seimbang supaya

5. Hindari kalori dalam minuman.

Cara ini adalah cara yang paling mudah untuk dilakukan untuk turunkan berat badan.
Anda perlu menggantikan minuman manis seperti tea ais, milo, nescafe dan
minuman ringan yang lain demgan minuman bebas gula. Dengan cara ini anda dapat
kurangkan berat badan anda senayak 10 kg dalam tempoh 2 bulan.

Anda mungkin juga menyukai