Anda di halaman 1dari 86

www.BahasaInggeris.

com

Page 1 of 86
www.BahasaInggeris.com

ISI KANDUNGAN

DARI MEJA PENULIS 3

MENGENAI BUKU INI 5

BAB 1 - 5 SEBAB KENAPA ANDA MASIH LEMAH DAN

BELUM MENGUASAI BAHASA INGGERIS 7

BAB 2 - Strategi #1: MERANCANG 13

BAB 3 - Strategi #2: MENYERANG 22

BAB 4 - Strategi #3: BERTAHAN 74

PENUTUP 82

Page 2 of 86
www.BahasaInggeris.com

DARI MEJA PENULIS

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi membeli
e-book saya ini. Sebelum kita pergi lebih jauh, eloklah rasanya saya memperkenalkan diri saya
terlebih dahulu. Nama saya Abdul Hafiz bin Lidin @ Khlidin. Saya memperoleh Ijazah Sarjana
Muda Syariah dan Pengurusan dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pernah bekerja sebagai
eksekutif di salah sebuah syarikat GLC dan sebagai Business Development Executive di salah
sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Kini saya merupakan seorang pendidik di salah sebuah
sekolah di Perak.

Mungkin ketika ini anda tertanya-tanya. Apa kelayakan saya untuk menulis ebook
belajar Bahasa Inggeris sedangkan saya tidak memiliki ijazah mahupun masters atau PhD dalam
pengajaran Bahasa Inggeris? Ataupun sekurang-kurangnya saya mestilah merupakan bekas
pelajar Universiti Oxford atau Harvard sebelum berhasrat untuk mengajar bahasa antarabangsa
ini kepada orang lain.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Harap maaf, saya tidak memiliki semua yang disebutkan di atas. Anda berkata, “Jika
begitu anda masih ingin menulis buku mengajar Bahasa Inggeris?” Saya katakan, “Ya!”. Ini
kerana, saya merasakan saya ada pengalaman yang amat berharga dan tidak dimiliki oleh

Page 3 of 86
www.BahasaInggeris.com

individu lain. Oleh yang demikian jika pengalaman yang saya miliki boleh dimanfaatkan, saya
kira tidak salah untuk saya berkongsi dengan orang ramai.

Bagi saya tiada maknanya saya memiliki ijazah sedemikian tetapi tidak memahami
masalah yang melanda pelajar-pelajar sekarang dan tiada apa-apa inovasi dan pembaharuan
dilakukan dalam pembelajaran Bahasa Inggeris agar masyarakat dan generasi sekarang mampu
menguasainya dengan mudah.

Hari ini jika anda merasakan yang diri anda masih lemah berbahasa Inggeris, tidak
mengapa. Jangan rasa malu atau rendah diri. Saya amat memahami anda kerana saya pernah
berada dalam situasi anda suatu ketika dahulu. Saya tidak dilahirkan sebagai seorang yang
genius.

Saya pernah gagal dalam peperiksaan bahasa Inggeris saya selama dua kali berturut-
turut dan mendapat tempat yang terakhir di dalam kelas! Saya juga tidak belajar di sekolah
aliran Inggeris, berdarah kacukan Melayu-Inggeris, mahupun berjiran dengan Sir Alex Fergusen.
Pendek kata saya kurang pendedahan dengan Bahasa Inggeris. Dan untuk pengetahuan anda,
Bahasa Inggeris saya bukan lah terlalu cemerlang! Biarpun begitu saya masih boleh mencapai
impian saya untuk memperoleh pekerjaan. Apa lagi yang kita mahukan selepas menggenggam
segulung dari universiti bukan?

Jadi, bagaimana saya melakukannya? Baca ebook ini sehingga habis. Jika anda sudah
bersedia untuk meneroka ke alam pembelajaran Bahasa Inggeris bersama-sama saya, jom kita
ke garisan permulaan!

Page 4 of 86
www.BahasaInggeris.com

Mengenai buku ini

Sebelum ke garisan permulaan, saya ingin ceritakan sedikit mengenai struktur ebook ini.
Ebook ini amat-amat berbeza dengan buku-buku belajar Bahasa Inggeris yang berlambak-
lambak dipasaran.

Yang pertama, dalam ebook ini saya akan menerangkan tentang Bahasa Inggeris dengan
menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya. Guru-guru Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah
(termasuk guru saya dahulu) biasanya mengajar subjek Bahasa Inggeris menggunakan bahasa
Inggeris.

Ini sebenarnya telah menyukarkan para pelajar kerana belumpun mereka memahami
apa yang diuturkan mereka dipaksa untuk memahami apa yang diajarkan oleh guru tersebut
mereka. Akibatnya, pelajar jadi tidak minat dan cepat berasa bosan dengan subjek Bahasa
Inggeris. Oleh yang demikian saya mengambil inisiatif ini agar anda dapat memahami
penggunaan bahasa Inggeris dengan tepat.

Yang kedua, saya akan menggabungkan unsur-unsur motivasi kepada anda dalam proses
untuk mahir berbahasa Inggeris. Mengapa saya lakukan begini? Ini kerana, terdapat ramai
orang yang ingin menguasai Bahasa Inggeris tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang betul-
betul serius. Yang selebihnya hanya HHTA. Anda tahu apa makna HHTA? Maknanya hangat-
hangat tahi ayam! Bagaimana untuk mengelak daripada berlakunya HHTA? Jawapannya ialah
motivasi.

Page 5 of 86
www.BahasaInggeris.com

Untuk itu anda perlulah sentiasa berfikiran positif terhadap setiap perkataan dan ayat
yang saya gunakan. Jika anda selalu menidak-nidakkan apa yang saya tulis, anda sebenarnya
telah menyukarkan lagi usaha anda untuk mahir berbahasa Inggeris.

Page 6 of 86
www.BahasaInggeris.com

BAB 1

5 SEBAB KENAPA ANDA LEMAH DAN MASIH BELUM MENGUASAI BAHASA


INGGERIS

Masih ingatkah lagi bila kali pertama anda mengenal Bahasa Inggeris? Secara umumnya
kita belajar bahasa Inggeris sedari umur 5 tahun lagi. Di tadika, taska mahupun taski. Terdapat
juga antara kita yang mengenal Bahasa Inggeris seawal 2 tahun! Kita diajar mengenal A, B, C.
Contoh-contoh bagi huruf ini biasanya menggunakan Bahasa Inggeris. Contohnya A untuk
Apple, B untuk Ball, C untuk Cat dan seterusnya.

Jadi, jika dikira pembelajaran anda dari tadika sampai ke tingkatan 5, sudah 13 tahun
anda belajar bahasa Inggeris. Purata setiap tahun kita anda akan mengambil 2 kali peperiksaan
penilaian iaitu pertengahan dan akhir tahun. Oleh yang demikian sudah 26 kali anda
menghadapi peperiksaan bahasa Inggeris. Kepada yang berjaya menguasai Bahasa Inggeris
dalam tempoh ini tahniah diucapkan.

Namun, bagi anda yang masih belum berjaya usah risau dan bimbang kerana hakikatnya
anda masih belum terlambat! Ada bermacam-macam kaedah yang anda boleh gunakan untuk
mempertingkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris anda.

Sebelum itu mari kita lihat terlebih dahulu masalah-masalah yang sebenarnya
membelenggu diri anda.

Page 7 of 86
www.BahasaInggeris.com

1. Bahasa Inggeris tidak penting

Mereka yang lemah berbahasa Inggeris sebenarnya tidak nampak akan kepentingan
Bahasa Inggeris. Akibatnya mereka tiada keinginan untuk belajar bersungguh-sungguh. Mereka
ini belajar Bahasa Inggeris kerana terpaksa. Mereka tiada minat langsung untuk belajar
tentangnya apatah lagi untuk menguasainya.

Bahasa Inggeris bagi mereka adalah satu bahasa yang susah, berbelit-belit dan
memeningkan kepala. Mungkin juga mereka bercita-cita untuk menjadi nelayan satu hari nanti.
Jadi tidak perlulah beria-ia belajar Bahasa Inggeris. Namun begitu saya pasti anda bukan salah
seorang daripadanya. Kalau tidak masakan anda sanggup membeli ebook saya ini. Sekalung
tahniah kepada anda.

2. Mind-set serta cara belajar yang salah

Kesinambungan daripada faktor di atas, sebab-sebab mengapa mereka tidak minat


belajar bahasa Inggeris, menganggap bahasa Inggeris ini sesuatu yang mengerikan dan tidak
nampak kepentingan bahasa Inggeris ialah kerana mereka tidak tahu cara yang betul untuk
belajar dan menguasai bahasa Inggeris.

Di sekolah minda kita tidak diprogram dengan betul sebelum sesuatu pembelajaran
bermula. Sebaliknya kita terus diajar tentang present tense, past tense, past perfect tense dan
sebagainya menggunakan Bahasa Inggeris. Akibat daripadanya pelajar terpinga-pinga
seterusnya tidak minat untuk belajar. Apabila tidak minat belajar maka terdapat pelajar yang
mengambil jalan mudah dengan ponteng kelas dan sebagainya.

Page 8 of 86
www.BahasaInggeris.com

Selain itu, cuba kita fikir-fikirkan setelah berbelas-belas tahun kita belajar Bahasa
Inggeris di sekolah, kita masih tidak dapat berbahasa Inggeris yang baik. Kelemahan
penguasaan Bahasa Inggeris masih lagi perbualan hangat masyarakat Malaysia. Tentu ada
sesuatu yang tidak kena dengan sistem pembelajaran kita. Itulah antara perkara yang akan saya
kupas dalam buku ini. Teruskan membaca sehingga akhir.

3. Malas buka kamus

Salah satu penyakit utama yang membarah dalam diri kita dalam menguasai bahasa
Inggeris ialah malas membuka kamus. Lebih teruk lagi, ada sesetengah orang yang langsung
tidak mempunyai kamus! Mereka hanya meminjam dari kawan-kawan yang baik hati jika
mereka memerlukannya.

Daripada membuka kamus kita lebih gemar untuk bertanya kepada kawan-kawan atau
sesiapa sahaja yang berada berhampiran kita untuk mengetahui maksud sesuatu makna
perkataan.

Page 9 of 86
www.BahasaInggeris.com

Ya! Bertanya merupakan salah satu proses pembelajaran yang baik dan berkesan. Anda
juga berhak untuk bertanya kepada kawan anda yang power dalam Bahasa Inggeris tentang
perkataan yang anda tidak tahu maksudnya. Tetapi harus diingat, mereka juga berhak untuk
tidak memberikan anda jawapan kepada persoalan anda. Ini kerana mungkin mereka
memandang anda sebagai seorang yang tidak bersungguh-sungguh dalam menguasai Bahasa
Inggeris seperti yang pernah dilakukan oleh mereka sebelum ini.

Selain itu, rakan anda juga mempunyai daftar kata yang terhad. Tidak mungkin ia telah
menghafal kamus yang mempunyai sekurang-kurangnya 40,000 perkataan! Mungkin juga
maksud sesuatu perkataan yang anda cari itu berbeza dengan apa yang diberitahu oleh rakan
anda. Oleh itu amat rugilah anda sekiranya tidak mahu menggunakan kamus.

4. Pengaruh Persekitaran

Selain itu, persekitaran juga sebenarnya mempengaruhi tahap penguasaan bahasa


Inggeris seseorang. Kita dilahirkan sebagai Melayu. Kulit kita sawo matang. Bahasa kita Bahasa
Melayu. Di negara kita Bahasa Melayu menjadi bahasa Biasanya kita akan menggunakan bahasa
ibunda kita untuk berkomunikasi dengan keluarga, rakan-rakan, saudara mara dan guru-guru.
Dari awal pagi kita bangun, kita bercakap Bahasa Melayu, jumpa kawan-kawan kita cakap
Bahasa Melayu, dengar radio-radio berbahasa Melayu, menonton filem-filem Melayu dan
sebagainya. Pendek kata kita hanya berada di Zon Melayu sahaja.

Semasa cuti semester ketika belajar dahulu, saya pernah bekerja sebagai juruwang
(cashier) di sebuah stesen minyak di kampung saya. Saya berkenalan dengan seorang mak cik
Melayu dalam lingkungan umur 50-an, saya namakannya Mak Cik Tipah. Mak Cik Tipah yang
memberi tunjuk ajar kepada saya tentang selok-belok kerja saya. Mak Cik Tipah sudah
berpuluh-tahun bekerja di situ.
Page 10 of 86
www.BahasaInggeris.com

Hari pertama saya di situ saya telah dikejutkan oleh mak cik yang hanya mengayuh
basikal tua ke tempat kerja ini. Dia boleh berkomunkasi dalam Bahasa Limau dengan
pelanggan-pelanggan berbangsa Cina! (Maafkan saya, Bahasa Mandarin) Saya cukup kagum.
Malah pelanggan-pelanggan Cina yang pertama kali datang kesitu juga turut kagum. “Waa
pandai cakap Cina aa...”

“Mak cik, apa rahsianya?” tanya saya. “Mak cik dari kecik lagi duduk dekat kampung
Cina, sekolah di sekolah Cina, main dengan orang Cina, semuanya dengan orang Cina. Lama-
lama boleh le cakap Cina...” jawab Mak Cik Tipah dengan loghat Perak yang pekat.

5. Belajar tapi tak gunakan

Satu persoalan penting yang perlu dijawab. Seumur hidup anda, berapa banyakkah ayat
Bahasa Inggeris yang anda pernah ungkapkan? Pernah tak anda bercakap Bahasa Inggeris
sepenuhnya selama 10 minit tanpa henti? Jika tidak pernah, bagaimana anda boleh tiba-tiba
fasih berbahasa Inggeris ketika anda menghadiri temuduga misalnya, sedangkan anda hanya
beberapa kali sahaja anda bercakap dalam bahasa Inggeris? Tidak masuk akal bukan?

Pepatah Arab ada mengatakan, “Ilmu tanpa amal bak buah tanpa rimbun.” Maksudnya
tidak bererti banyak ilmu yang kita ada jika ilmu itu tidak digunakan. Umpama sebuah kereta
yang bernilai ratusan ribu ringgit yang anda beli tetapi anda tidak menggunakannya. Sebaliknya
anda simpan ia didalam garaj. Buat pameran. Lama-kelamaan pasti kereta itu akan rosak.

Saya yakin ramai di antara anda telah mampu sedikit sebanyak untuk membaca,
mendengar dan memahami buku-buku bahasa Inggeris, perbualan Bahasa Inggeris dan
Page 11 of 86
www.BahasaInggeris.com

sebagainya tetapi apabila disuruh berkomunikasi, ramai yang menggeleng-gelengkan kepala


dan tersengih-sengih. Sebabnya ialah kita jarang-jarang sekali menggunakannya.

Baiklah saya tidak mahu berceloteh panjang lagi. Mari kita lihat strategi pertama untuk
menguasai Bahasa Inggeris. Ayuh!

Page 12 of 86
www.BahasaInggeris.com

BAB 2

Strategi #1: MERANCANG

Sebelum memulakan secara serius proses penguasaan Bahasa Inggeris, anda hendaklah
melakukan sedikit perancangan dan persediaan. Gagal merancang, anda sebenarnya telah
merancang untuk gagal.

Secara ringkasnya, untuk menguasai komunikasi dalam Bahasa Inggeris, ada 2 perkara
yang anda perlu kuasai iaitu:

1. Fizikal (tubuh badan)

2. Mental (minda)

Fizikal - Tubuh badan (Gerakan, gerakan tangan, postur badan, senyuman)

'Mens sana in copero sano.' Maksudnya minda yang sihat berada dalam tubuh badan
yang sihat. Untuk mahir berkomunikasi Bahasa Inggeris pertama sekali anda perlu mengawal
tubuh badan dan emosi anda. “Apa maksud anda?” Saya terdengar anda bertanya. “Saya nak
mahir bercakap Bahasa Inggeris. Tapi ini bunyinya macam kelas yoga pula.” Tunggu dulu kawan.
Kejutan akan muncul sebentar lagi. Biar saya terangkan hal ini terlebih dahulu.

Tubuh badan biasanya dikaitkan dengan emosi. Tubuh badan yang sihat akan
meningkatkan tahap emosi. Emosi memberikan kita tenaga dan motivasi untuk belajar setiap
hari. Emosi jugalah yang memberikan kita keyakinan untuk bercakap. Emosi yang positif
membantu kita belajar lebih cepat, manakala emosi yang negatif melambatkan pembelajaran
kita. Dengan menggunakan tubuh badan dan emosi, anda akan belajar Bahasa Inggeris 4-5 kali

Page 13 of 86
www.BahasaInggeris.com

lebih cepat! Kajian pakar-pakar piskologi menunjukkan 80% kejayaan seseorang ditentukan
oleh emosi. Hanya 20% sahaja ditentukan oleh method atau cara yang kita digunakan. Jadi, jaga
kesihatan dan kawal emosi. Kejayaan sudah hampir dengan anda.

Mental - Minda (Kepercayaan, Imaginasi, dan Penambahbaikan berterusan)

Minda dalam konteks pembelajaran Bahasa Inggeris boleh ditamsilkan sebagai


kepercayaan dan fokus. Sungguh menyedihkan di sekolah kebanyakan daripada kita
mempunyai kepercayaan yang amat rendah dan lemah. Kesannya kita tidak mempunyai
keyakinan untuk berbahasa Inggeris. Kita berasa takut dan ngeri apabila bercakap tentang
Bahasa Ingggeris. Kita merasakan kita tidak cukup bagus untuk berbahasa Inggeris. Kita percaya
yang Bahasa Inggeris sangat susah. Padahal tiada satu pun kepercayaan ini yang betul.

Jadi, hapuskan pemikiran negatif, gantikan dengan pemikiran positif, praktikkan


penambahbaikan yang berterusan dan tanpa henti. Pahlawan agung Islam, Salehuddin al-Ayubi
bersama-sama dengan armada tenteranya telah melakukan solat tahajud di malam hari
sebelum berperang dan berdoa kepada Allah agar mendapat kekuatan mental semasa
berperang. Dan dengan kekuatan mental itulah mereka akhirnya dapat menewaskan tentera
Salib seterusnya menakluki Sepanyol biarpun bilangan tenteranya kurang daripada musuh.
Lihatlah betapa hebatnya kuasa mental.

Baiklah tanpa melengahkan masa mari kita selongkar satu persatu persiapan mental yang perlu
anda lakukan.

Page 14 of 86
www.BahasaInggeris.com

Menetapkan matlamat

Setiap kejayaan bermula dengan sebuah keinginan. Keinginan kepada kekayaan


membuatkan seseorang itu bekerja keras setiap hari. Keinginan kepada kecantikan
membuatkan seseorang wanita itu berhabis duit membeli produk-produk kecantikan. Keinginan
kepada gadis cantik molek, comel membuatkan si jejaka tidak pernah berputus asa memikat
hati si dara.

Begitulah juga dalam menguasai bahasa Inggeris. Anda harus ada keinginan untuk
menguasainya sebelum berusaha menguasainya. Namun keinginan yang bagaimana
diperlukan? Jawapannya ialah keinginan yang amat sangat! Sepertimana keinginan anda untuk
mendapatkan wanita/jejaka idaman anda agar menjadi isteri/suami anda satu hari nanti.

Oleh itu, tanyakan kembali kepada diri anda, “Apa sebenarnya tujuan dan matlamat
anda menguasai bahasa antarabangsa ini? Apa yang anda boleh lakukan dengan menguasai
bahasa Inggeris? Dapat A setiap kali peperiksaan bahasa Inggeris? Dapat pekerjaan yang baik?
Dapat membaca buku-buku dan novel-novel berbahasa Inggeris? Menambah kenalan dan
sebagainya. Apabila saya katakan tanya kepada diri anda, anda harus tanya kepada diri anda
sendiri. Jangan tanya kawan-kawan anda. Ini kerana anda sendiri sahaja yang tahu jawapannya.

Anda sendiri yang sedar tentang betapa pentingnya penguasaan bahasa Inggeris itu
kepada anda. Bukan ibu bapa anda, bukan penyarah anda, bukan kawan-kawan yang selalu
mengutuk anda, bukan Menteri Pelajaran dan timbalannya, bukan bos anda dan bukan
semuanya. Anda tidak mendapat paksaan daripada mana-mana pihak untuk menguasai bahasa
Inggeris. Mungkin;

Page 15 of 86
www.BahasaInggeris.com

 Anda ingin memegang jawatan sebagai Penasihat Syariah di bank al-Rajhi misalnya yang
menawarkan gaji belasan ribu setiap bulan.

 Anda ingin melanjutkan pelajaran ke University of Arizona, Amerika Syarikat.

 Anda ingin membaca novel terlaris antarabangsa iaitu Harry Potter.

 Anda ingin meluaskan prospek perniagaan anda ke luar negara yang mempunyai
pasaran yang lebih besar.

 Anda ingin melancong 2 kali setahun ke negara-negara Eropah dan membeli-belah di


bandaraya besar seperti London, Paris dan New York.

 Anda ingin menambah kenalan dari pelbagai bangsa diseluruh dunia.

 Anda ingin join rakan-rakan anda yang lain yang bersembang dalam bahasa Inggeris.

Selepas wujudnya keinginan dan keghairahan untuk menguasai Bahasa Inggeris,


letakkan tekanan yang mendesak kepada diri anda. Katakan kepada diri anda, dengan apa
cara sekalipun anda tetap akan mencapai keinginan anda itu. Sebagai contoh anda tidak
sanggup lagi diperlekehkan oleh rakan-rakan anda kerana kelemahan bahasa Inggeris anda.
Atau anda tidak sanggup lagi menganggur hanya kerana anda tidak mampu berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris dengan baik ketika sesi temuduga. Atau anda tidak sanggup lagi ditipu
dalam perniagaan ketika berurusan dengan bangsa asing.

Page 16 of 86
www.BahasaInggeris.com

Imaginasikan kejayaan anda mahir berbahasa Inggeris

Sekarang anda sudah tahu mengapa anda perlu mahir berbahasa Inggeris. Langkah
seterusnya ialah membayangkan seolah-olah anda sudah mencapai matlamat anda itu.
Programkan minda anda iaitu bayangkan seolah-olah sesuatu itu benar-benar berlaku dan
bukan khayalan biasa.

Misalnya, anda ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara sama ada di peringkat ijazah,
masters atau Phd. Oleh itu anda perlu bayangkan diri anda berpakaian musim salji, menghadiri
kuliah serta berbual-bual dengan rakan-rakan berbangsa Inggeris. Bayangkan pada cuti
semester anda bersama rakan-rakan anda bercuti ke negara-negara Eropah seperti Perancis
dan bergambar di Menara Eifiel dengan wajah yang ceria. Akhirnya dengan girangnya anda
memakai jubah pada hari konvokesyen dan memperoleh segulung ijazah dari universiti
tersebut. Oh seronoknya!

Jadikan ia gambaran terang sebagaimana terang dan jelasnya gambar di televisyen


anda. Bayangkan fantasi anda ini sekerap mungkin. Sebelum tidur, sebelum keluar rumah,
tengah hari, petang dan di mana-mana sahaja. Dengan mengingatinya sekerap mungkin, anda
akan menghidupkan lagi fantasi di dalam minda anda itu supaya ia lebih terdorong untuk
merealitikannya.

Setelah anda berasa sangat teruja dan ghairah, anda harus duduk sebentar.
Berimaginasi agak berbeza dengan berangan-angan atau berkhayal. Seseorang yang berangan-
angan tanpa titik hanya mengikut khayalan mindanya sahaja. Contohnya seorang mat rempit
pada satu ketika berangan-angan untuk menjadi perdana menteri, pada satu ketika yang lain
ingin menjadi seorang ahli perniagaan dan sebagainya. Ini semua tidak memberi apa-apa
makna melainkan hanya angan-angan kosong.
Page 17 of 86
www.BahasaInggeris.com

Berbeza dengan seseorang yang berimaginasi. Setelah ia nampak apa yang perlu dicapai
dan membayangkannya seolah-olah ia benar-benar terjadi, ia telah merangka satu skrip yang
sempurna bagaimana dan apakah perkara-perkara yang ia perlu lakukan, apakah perkara-
perkara yang dia perlu tinggalkan, apakah kemungkinan masalah-masalah yang akan timbul dan
cara mengatasinya dalam usaha untuk mengecapi matlamatnya itu.

Setelah itu terjemahkannya dalam bentuk tulisan. Capai pen dan kertas dan tulis atau
buka komputer peribadi anda dan taip segala matlamat anda beserta tarikh matlamat itu perlu
di capai. Kemudian, tulis apakah yang anda perlu lakukan untuk mencapai matlamat itu.

Mind-set

Perletakan mind-set atau kerangka pemikiran yang betul penting sebelum anda
membuat keputusan untuk memulakan usaha menguasai bahasa Inggeris. Antara mind-set yang
perlu anda letakkan dalam minda anda ialah:

Akui kelemahan anda.

“Hey, saya bukanlah lemah sangat dalam berbahasa Inggeris…”

Kawan-kawan,

Memang anda bukanlah lemah sangat dalam berbahasa Inggeris. Tetapi hakikatnya,
anda harus sedar yang anda masih belum menguasai Bahasa Inggeris sepenuhnya. Setakat
bercakap dengan bahasa rojak dengan menyelitkan satu dua perkataan Bahasa Inggeris dalam
Bahasa Melayu belumlah boleh dikira mahir berbahasa Inggeris!

Page 18 of 86
www.BahasaInggeris.com

Ini penting kerana jika anda merasakan yang anda sudah pandai, adalah sukar untuk
anda menguasainya. Misalnya anda sukar menerima teguran daripada orang lain. Biarkan orang
di sekeliling anda berguling-guling mentertawakan anda kerana kelemahan anda. Cerdik pandai
ada mengatakan, “Menyedari bahawasanya diri anda bodoh adalah perkara penting sebelum
belajar.”

Oleh itu setiap kali terlintas di fikiran anda untuk berlagak bahawa anda sudah pandai
berbahasa Inggeris, cepat-cepatlah padamkan pemikiran itu. Sebaliknya belajarlah bahasa
Inggeris dengan penuh rasa rendah hati.

Kepercayaan yang betul tentang Bahasa Inggeris

Bahasa Inggeris berbeza dengan Bahasa Melayu.

Anda perlu menerima hakikat bahawasanya Bahasa Inggeris berbeza dengan Bahasa
Melayu. Tidak perlu dipening-peningkan kepala kenapa begini dan tidak begitu dalam
mempelajari bahasa Inggeris. Terima sahaja seadanya. Sememangnya terdapat perbezaan yang
besar di antara bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Belajar Bahasa Inggeris adalah proses pembelajaran berterusan.

Selain itu juga anda perlu memprogramkan minda anda dengan mengatakan bahawa
tiada jalan pintas menguasai Bahasa Inggeris. Ia adalah proses pembelajaran berterusan. Bukan
1 hari, 2 hari atau seminggu. Sebaliknya ia tentang usaha tanpa henti dan kesungguhan.
Semakin anda berusaha, semakin anda menapak naik ke tingkat yang seterusnya. Sebaliknya,
jika anda hanya duduk diam dan menunggu bulan jatuh ke riba, anda tidak akan ke mana-mana.

Page 19 of 86
www.BahasaInggeris.com

Mempositifkan yang negatif

Terdapat banyak tanggapan-tanggapan yang negatif terhadap Bahasa Inggeris.


Antaranya Bahasa Inggeris ini bahasa penjajah. Orang yang berbahasa Inggeris tidak patriotik.
Bahasa Inggeris hanya untuk orang-orang kaya. Bahasa Inggeris untuk orang yang hidup di
bandar-bandar besar. Orang yang bercakap Bahasa Inggeris dikatakan nak berlagak.

Inilah antara punca kenapa ramai di antara kita tidak mahu dan tidak mahir bercakap
Bahasa Inggeris. Sebenarnya Bahasa Inggeris itu cuma satu alat perantara. Seperti bahasa-
bahasa lain juga. Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Arab dan sebagainya. Tidak ada apa-
apa yang perlu dihairankan. Jadi, teruskan usaha murni anda untuk menguasai Bahasa Inggeris.

Yakin diri.

Seterusnya anda harus percaya dan yakin kepada diri anda sendiri. Selalu nyatakan
kepada diri anda yang satu hari nanti anda akan dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
Walaupun anda harus mengakui kelemahan anda dalam berbahasa Inggeris, anda harus
tanamkan dalam pemikiran anda bahawasanya kelemahan anda itu hanyalah bersifat
sementara!

Mungkin anda cuma malas sedikit sebelum ini. Mungkin cara anda belajar sebelum ini
tidak betul. Apa yang sudah lepas biarkan ia berlalu. Yang penting, sekarang anda harus yakin
dengan diri anda.

Page 20 of 86
www.BahasaInggeris.com

Katakan kepada diri anda, saya PERCAYA lagi YAKIN, selagi saya berusaha bersungguh-
sungguh saya PASTI berjaya menguasai Bahasa Inggeris.

Hebahkan kepada dunia tentang hasrat anda!

Persediaan terakhir yang anda harus lakukan ialah anda perlu menghebahkan keinginan
anda untuk mahir berbahasa Inggeris kepada semua orang termasuklah ibu bapa anda, kekasih
anda, bekas kekasih anda, kekasih baru kepada bekas kekasih anda, kawan sekelas anda, kawan
sebilik, guru-guru anda, bos anda, atau tuan rumah yang anda sewa.

Biarkan mereka tahu tentang hasrat anda ini. Tulis cantik-cantik dalam satu kertas yang
menyatakan hasrat anda itu dan tampal di tempat-tempat yang mudah dilihat dalam bilik anda.
Dibelakang pintu, di tepi almari dan sebagainya.

“Hafiz! Saya sudah faham. Sekarang cepat tunjukkan saya cara-cara untuk mahir
berbahasa Inggeris!”

Baiklah, jom kita ke bab seterusnya! Oh ya sekali lagi saya ingin mengingatkan anda agar
sentiasa berfikiran positif apabila membaca setiap perkataan yang saya tulis.

TIP: Orang lain boleh, aku pun boleh. Mungkin aku tidak sehebat mereka. Tapi aku
bukanlah selemah yang disangka.

Page 21 of 86
www.BahasaInggeris.com

BAB 3

Strategi #2: MENYERANG

Setelah menyedari kesilapan anda melakukan perancangan yang rapi untuk menguasai
Bahasa Inggeris, kini tibalah masanya untuk anda mengangkat senjata, mara ke medan perang
dan menyerang habis-habisan!

Terdapat 1001 cara sebenarnya untuk mahir berbahasa Inggeris. Namun sebahagian
besar cara yang saya nyatakan di sini adalah cara atau tip yang saya pernah cuba dan ia terbukti
berkesan! Selain itu, saya juga turut memuatkan tip-tip dari orang yang saya kenal dan sangat
menarik untuk dicuba.

Saya pecahkan cara menguasai Bahasa Inggeris kepada tiga bahagian iaitu:

1. Bagaimana nak baca dan faham

2. Bagaimana nak menulis

3. Bagaimana nak berkomunikasi

Oleh itu anda boleh memilih yang mana yang anda perlukan. Jika anda hanya ingin
memperkasa skill berkomunikasi anda dalam Bahasa Inggeris sahaja, dan tidak mahu membaca
kesemuanya tip ini sebaliknya memilih tip untuk berkomunikasi sahaja, silakan! Baiklah tanpa
membuang masa mari kita lihat beberapa tip yang saya syorkan kepada anda.

Page 22 of 86
www.BahasaInggeris.com

1) PEMAHAMAN Bahasa Inggeris.

Jika anda ingin pandai membaca dan memahami tulisan-tulisan Bahasa Inggeris, caranya
bukannya dengan pergi ke kelas bahasa Inggeris setiap malam tetapi;

Baca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris.

Jika selama ini anda membaca suratkhabar Berita Harian, Utusan Malaysia, Metro, apa
kata sekarang anda beralih kepada suratkhabar seperti New Straits Times, The Sun, The Malay
Mail dan sebagainya. Buat permulaan ini saya pasti anda tidak mampu membaca dan faham
kesemuanya dalam tempoh sehari sahaja! Oleh itu sebaik-baiknya cuba beli satu dan
habiskannya dalam masa seminggu. (RM 1.50 saja)

Selepas anda merasakan yang Bahasa Inggeris anda semakin baik dari hari ke hari,
belilah 2 kali seminggu dan seterusnya (RM1.50 x 2 baru RM3.00). Anda juga boleh membeli

Page 23 of 86
www.BahasaInggeris.com

dan membaca 2 buah suratkhabar yang berbeza selama seminggu. Contohnya pada hari Isnin
anda membeli suratkhabar New Straits Times dan pada hari Khamis pula The Sun. Ini kerana
sesetengah suratkhabar menggunakan bahasa yang mudah manakala sesetengah yang lain
bahasa Inggeris menggunakan bahasa yang lebih advance. Jadi anda boleh membandingkan
kedua-duanya.

Untuk akhbar New Straits Times, ada satu cara yang singkat untuk anda memahaminya.
Akhbar New Straits Times dan Berita Harian adalah diterbitkan dari satu syarikat yang sama
iaitu New Straits Times Press (M’sia) Bhd. Jadi sekiranya anda tidak faham berita-berita dalam
New Straits Times anda boleh terus merujuk kepada akhbar Berita Harian untuk versi bahasa
Malaysia. Ini kerana akhbar Berita Harian merupakan terjemahan kepada akhbar New Straits
Times. Mudah bukan? Tidak perlu membuka kamus.

Jika anda mempunyai talian internet, anda boleh membaca suratkhabar ini secara online
di laman web mereka. Caranya ambil satu berita dan fahamkan betul-betul. Setelah faham
baharulah beralih ke berita yang lain.

Apakah kepentingan membaca akhbar atau bahan-bahan dalam bahasa Inggeris?


Jawapannya ialah untuk membiasakan anda dengan perkataan-perkataan dan ayat bahasa
Inggeris yang mana akan membantu anda untuk menulis atau berkomunikasi dengan baik nanti.
Ini kerana, seperti yang saya sebutkan pada awal tadi, Bahasa Melayu memang berbeza dengan
Bahasa Inggeris. Perbezaan itu dapat dikesan dengan jelas apabila membaca bahan-bahan
dalam Bahasa Inggeris.

Page 24 of 86
www.BahasaInggeris.com

Selain suratkhabar, anda juga boleh membeli dan membaca bahan-bahan lain dalam
bahasa Inggeris seperti majalah. Tetapi untuk mengelakkan anda daripada cepat bosan, anda
perlulah membaca majalah yang anda minati. Contohnya jika anda peminat bola sepak, belilah
majalah Football. Jika anda minat menghias rumah, belilah majalah Home Decoration. Jika anda
minat membaca novel-novel seram beli dan bacalah novel-novel seram. Jangan pula beli novel-
novel cinta. Pembacaan bahan-bahan yang anda minati penting kerana ia secara tidak langsung
akan mendorong anda untuk minat dalam pembelajaran dan penguasaan bahasa Inggeris itu
sendiri.

“Tetapi Encik Hafiz…bagaimana saya mahu membaca tapi tidak mengetahui


maksudnya? Sudah pasti membosankan!”

Sila ke tip seterusnya.

Bukalah kamus

Kamus merupakan medium penting dalam pembelajaran dan penguasaan Bahasa


Inggeris. Ada bermacam-macam jenis kamus yang berada di pasaran. Saya pun belum sempat
untuk membeleknya satu-persatu. Tetapi saya syorkan kepada anda supaya menggunakan
sekurang-kurangnya 2 buah kamus yang berbeza (dari sudut konsepnya) untuk mencari makna
sesuatu perkataan.

Dengan adanya 2 kamus ini anda boleh membandingkan terjemahan yang dilakukan
oleh kamus pertama dan kamus yang satu lagi. Jika maksud yang diberikan sama, maka
benarlah terjemahan yang dilakukan. Jika terjemahan yang dilakukan agak berbeza sedikit,
anda boleh memilih maksud yang mana paling sesuai dengan konteks ayat anda.
Page 25 of 86
www.BahasaInggeris.com

Kamus yang selalu saya gunakan ialah Oxford dwibahasa (Malaysia-Inggeris, Inggeris
Malaysia) dan Federal Chambers Junior. Saya menggunakan kamus Oxford sejak sekolah rendah
lagi. Ia jarang mengecewakan saya apabila saya ingin mencari sesuatu perkataan yang saya
tidak tahu maksudnya terutamanya dari perkataan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Ini
kerana daftar katanya (untuk edisi kedua) melebihi 50,000 perkataan iaitu 20,000 untuk kata
dasar dan 30,000 kata terbitan. Pendek kata kamus ini sangat padat dan lengkap. Selain itu
saiznya yang kecil dan comel memudahkan saya untuk mencapainya dan dibawa ke mana-
mana.

Manakala kamus Federal Chambers (kulitnya berwarna merah) pula ada dua jenis. Yang
pertama Federal Chambers Junior dan yang kedua Federal Chambers Advance. Kamus Federal
Chambers Junior lebih sesuai untuk pembelajaran peringkat rendah dan pertengahan. Ini
kerana daftar perkataannya adalah kurang berbanding kamus Federal Chambers Advance yang
lebih lengkap dan padat. Ia sesuai untuk anda yang ingin belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Yang mana satu pilihan kalbu?

Untuk pembelajaran bahasa Inggeris yang lebih menyeronokkan saya syorkan kepada
anda kamus Federal Chamber Junior sahaja walaupun anda sedang belajar di institut pengajian
tinggi. Ini kerana selain saiznya yang lebih kecil berbanding advance, ia juga disertakan dengan
sedikit gambar-gambar dan tulisan berwarna. Ia akan memudahkan lagi anda untuk
membezakan perkataan yang anda cari dan maksudnya. Penerokaan anda untuk mencari
makna bagi perkataan baru akan lebih menyeronokkan!

Page 26 of 86
www.BahasaInggeris.com

Kelebihan kedua-dua kamus ini ialah setiap perkataan yang maksudnya akan disertai
dengan contoh ayat. Jadi anda akan lebih mudah mengingati makna perkataan itu setelah
membaca contoh ayatnya.

Tip melihat kamus: Fahami terlebih dahulu cara-cara menggunakan kamus itu.
Jangan hafal kamus. Sebaliknya fokus kepada perkataan-perkataan yang anda
ingin cari sahaja supaya anda sentiasa ingat dengan maksud perkataan itu.

Selain dari dua kamus ini anda boleh gunakan kamus berbentuk elektronik. Namun
harganya agak mahal iaitu mencecah ratusan ringgit. Jadi saya kira tidak semua mampu
memilikinya. Akan tetapi jika anda mampu ia satu kelebihan bagi anda. Dengan kamus ini anda
hanya perlu menaip perkataan yang anda cari samada Bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, atau
bahasa Melayu ke bahasa Inggeris dan kamus ini akan mencarikannya untuk anda. Selain itu ia
dilengkapkan dengan pelbagai fungsi lain seperti istilah sains dan matematik dan terdapat
fungsi suara yang memberitahu anda cara menyebut sesuatu perkataan dengan sebutan yang
tepat.

Satu lagi kamus yang tidak kurang hebatnya ialah kamus yang diterbitkan oleh alaf teras
iaitu myekamus. Kamus ini mengandungi 18 fungsi berbeza termasuk bahasa Melayu-Inggeris,

Page 27 of 86
www.BahasaInggeris.com

Bahasa Arab, Mandarin, istilah kejuruteraan dan sebagainya. Ia juga membantu anda mencari
makna sesuatu perkataan KURANG DARI SESAAT. Hanya kilk pada perkataan yang anda ingin
cari dan makna perkataan itu akan terpapar di skrin komputer anda. Kerja anda jadi mudah dan
masa anda dapat dijimatkan. Sebagai pembeli e-book ini, anda sangat bertuah kerana layak untuk
mendapat kupon sebanyak RM 5 untuk membeli kamus ini. Harga sebenar ekamus ini RM 85.
Jadi, anda hanya perlu bayar RM 80 sahaja. Anda boleh dapatkan di sini.
http://www.myekamus.com/index.php?ref=kamusonline

Selain daripada itu, jika anda memiliki smartphone, anda boleh download dan install kamus ke
dalam smartphone anda melalui apps kamus secara percuma. Namun begitu, kamus ini ada
kelemahannya. Ia tidaklah lengkap seperti kamus berbayar. Perkataan-perkataan yang advance
mungkin tidak ada dalam kamus ini.

Ada pelbagai pilihan kamus yang percuma. Bahasa Malaysia-Bahasa Inggeris, Bahasa Inggeris-
Bahasa Malaysia, Bahasa Arab, Bahasa Perancis dan sebagainya. Mungkin link ini boleh
membantu anda membuat pilihan.

Page 28 of 86
www.BahasaInggeris.com

 https://play.google.com/store/search?q=kamus&c=apps&hl=en

Namun, jika anda hanya berminat untuk memiliki kamus Bahasa Malaysia-Inggeris sahaja, anda boleh
klik pada link ini dan klik Install.

1. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.akdevelopment.dict.enmalay.free&hl=e
n

2. https://play.google.com/store/apps/details?id=ogle.epal.myen&hl=en

3. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.dictionary.englishmalay&hl=en

Sedikit kaedah mengingat

Saya pasti lagi yakin telah banyak maksud perkataan yang anda cari dengan kamus
tetapi tidak semuanya anda ingat. Benar bukan? Dengan kata lain, anda cari banyak tapi ingat
sedikit. Sebenarnya perkataan itu tidak hilang ke mana-mana. Ia tersimpan rapi dalam otak
anda. Cuma cara anda menyimpan perkataan itu dalam otak anda yang tidak betul. Buktinya
apabila anda merujuk semula kamus dan mencari makna perkataan itu anda akan berkata,

“Haa ini la maksudnya…”

Oleh itu di sini saya kongsikan beberapa kaedah untuk mengingat supaya maksud
perkataan yang anda cari itu tersimpan dalam kepala anda dan anda boleh panggil semula bila-
bila masa yang anda perlukan.

i. Gambarkan makna perkataan

Anda boleh menggambarkan sesuatu perkataan yang anda cari dengan apa sahaja. Ini
kerana ingatan kita terhadap gambar akan lebih kuat berbanding kita menghafal perkataan.
Gunakan imaginasi anda sebaik-baiknya. Salah satu caranya ialah dengan menggambarkan

Page 29 of 86
www.BahasaInggeris.com

sesuatu perkataan itu melalui sesuatu peristiwa. Contohnya anda mencari makna perkataan
shatter. Setelah mencarinya anda dapati maksudnya ialah “hancur, menghancurkan”.

Tip disini ialah jangan menganggap makna shatter itu sebagai “manghancurkan” tetapi
sesuatu peristiwa yang berkaitan dengan shatter, itulah maksudnya. Saya tahu anda pening.
Begini. Satu hari anda mengalami satu peristiwa dimana seorang wanita yang cantik rupawan
menghancurkan cermin sebuah kereta yang menghalang keretanya dengan menggunakan kayu
besbol. Ganas betul wanita tersebut.

Oleh yang demikian, shatter = proses bagaimana wanita tersebut menghancurkan


cermin kereta tersebut. Bukannya “menghancurkan”. Jadi selepas ini setiap kali anda terjumpa
perkataan shatter, anda akan ingat maknanya dengan jelas dan tepat dengan mengingat
peristiwa wanita tadi.

ii. Gunakan emosi

Anda juga boleh mencipta sesuatu emosi untuk sesuatu perkataan supaya dapat
mengingat makna perkataan itu. Ini kerana emosi mempunyai pertalian yang cukup kuat
dengan ingatan. Timbulkanlah apa sahaja emosi yang anda mahu. Benci, gembira, marah,
kelakar, tidak puas hati, menyampah, dan sebagainya. Misalnya, anda mahu mencari makna
bagi perkataan “boast”.

Setelah mencarinya anda dapati jawapannya ialah “bercakap besar”. Oleh itu apa kata
anda cari seorang kawan anda yang selalu cakap besar yang anda memang cukup menyampah
dengannya. Bayangkan perkataan boast itu sentiasa bersama-sama dengannya ke mana sahaja

Page 30 of 86
www.BahasaInggeris.com

dia pergi. Anda boleh juga bayangkan yang dia selalu menyebut perkataan “boast, boast, boast”
dari mulutnya sampai berbuih-buih.

Kesannya, selepas ini jika terlihat saja rakan anda itu, anda akan ingat maksud perkataan
boast iaitu “cakap besar”. Atau jika anda berjumpa saja dengan perkataan boast anda akan
teringat kepada seterusnya makna perkataan itu. Bukankah lebih baik mengeksploitasikan
rakan anda itu untuk kepentingan anda daripada anda terus menyampah dengannya.

Namun itu hanya satu contoh. Rekalah apa sahaja yang dapat membantu anda
mengingat. Anda bebas mereka-reka gambaran yang anda mahu samada positif atau negatif.
Yang penting ianya dapat membantu meningkatkan ingatan anda terhadap sesuatu perkataan.
Berfikir secara kreatif dan optimumkan minda anda.

Selain itu saya juga ingin mengingatkan anda supaya berhati-hati dan memberi
perhatian kepada perkataan yang strukturnya hampir sama tetapi mempunyai perbezaan yang
cukup ketara! Contohnya perkataan respect membawa maksud “hormat” dan “menghormati”.
Tetapi apabila anda bertemu dengan perkataan respective, anda tidak boleh mengatakan “alah
lebih kurang menghormati jugak la ni…”

Anda silap! Makna bagi perkataan respective ialah “masing-masing”. Kan jauh tu. Oleh
itu untuk mengelak daripada berlakunya salah faham makna sesuatu perkataan itu, anda
haruslah mencarinya di dalam... ya, kamus.

Page 31 of 86
www.BahasaInggeris.com

iii. Belajar makna perkataan dan grammar sekaligus

Jika anda terjumpa atau terdengar perkataan-perkataan yang anda tidak tahu
maksudnya, anda jangan ambil satu perkataan sahaja. Sebaliknya ambil frasa atau keseluruhan
ayat itu. Contohnya anda mencari makna hate dalam ayat ini - “Fatin hates ice cream.” Setelah
mencari anda menemui maksudnya iaitu tidak suka/benci. Cara yang kita biasa gunakan ialah
dengan memberi tumpuan kepada perkataan hate sahaja.

Tapi mulai hari ini, tulis keseluruhan ayat tersebut dalam sebuah buku. Apakah
kelebihan belajar sebegini? Kelebihannya ialah anda akan ada lebih maklumat tentang
perkataan tersebut. Anda boleh gambarkan dan boleh ingat kelesuruhan cerita tersebut. Anda
boleh bayangkan wajah Fatin, bayangkan bentuk dan jenama sesuatu aiskrim, dan wajah dia
yang tidak suka makan aiskrim. Dengan cara ini anda akan lebih mengingati perkataan tersebut.

Selain itu, anda juga boleh belajar menggunakan sesuatu perkataan dengan betul tanpa
perlu membuka buku grammar dan mengingati hukum-hukumnya. Inilah cara yang digunakan
oleh orang-orang Amerika untuk belajar grammar. Ulang baca ayat yang anda tulis tadi banyak
kali. Selepas anda baca anda terperasan bahawa anda perlu meletakkan 's' di hujung perkataan
hate. Kalau anda hanya nak ingat perkataan hate, anda hanya belajar perkataan itu sahaja.
Anda mungkin akan cakap Fatin hate (tanpa s) ice cream.

Sekali lagi saya tegaskan dengan cara ini grammar anda akan bertambah baik dengan
cepat, anda dapat mengingat makna perkataan dengan lebih pantas mudah dan
menggunakannya dengan cepat. Ia juga membolehkan anda belajar bercakap dan belajar
grammar 4-5 kali lebih cepat!

Page 32 of 86
www.BahasaInggeris.com

Selepas ini, pergi ke kedai-kedai buku dan alat tulis dan beli sebuah buku tulis samada
yang panjang, pendek, tebal dan sederhana mengikut cita rasa anda. Seelok-eloknya beli buku
tulis berkulit keras (hard cover) supaya ia tahan lama, tidak mudah koyak dan tidak mudah
hilang. Baca setiap hari.

Ulang baca

Kajian menunjukkan sesuatu maklumat yang kita baca dan hafal akan terus tersimpan
kekal dalam ingatan jangka panjang jika kita mengulanginya dalam tempoh 48 jam. Oleh yang
demikian, jika anda menemui sesuatu perkataan pada sebelah pagi, cuba ingatinya semula
ketika anda ingin bermain pada waktu petang. Jika anda membaca pada waktu petang cuba
imbas kembali apa yang anda telah baca ketika anda hendak tidur pada waktu malam.

Page 33 of 86
www.BahasaInggeris.com

Belajar sedikit tentang grammar

Jika anda masih tidak mahir dengan grammar Bahasa Inggeris ada eloknya anda belajar
serba sedikit mengenainya. Walaupun ia bukan satu keutamaan (terutamanya jika anda ingin
menguasai aspek komunikasi), tetapi ia akan memudahkan anda dalam menguasai Bahasa
Inggeris terutamanya dari aspek pemahaman dan penulisan.

“Saya sudah bosan membaca buku-buku grammar yang memeningkan kepala selama
ini. Tiada satu pun yang betul-betul membantu saya.”

Oh jangan khuatir…bersama-sama dengan e-book ini saya telah sertakan satu lagi ebook
percuma khas untuk anda belajar grammar dan faham dengan mudah. Ini kerana ia ditulis
dalam Bahasa Melayu sepenuhnya! Jadi, jangan lupa untuk membacanya selepas ini.

Apa yang perlu anda buat selepas ini?

1. Beli suratkhabar berbahasa Inggeris atau bahan bacaan yang lain yang anda minati.

2. Baca satu berita berulang-ulang kali sehingga faham dari segi makna perkataan,
grammar dan sebagainya.

3. Sediakan satu buku frasa Bahasa Inggeris.

4. Baca setiap hari.

Page 34 of 86
www.BahasaInggeris.com

2) Bagaimana hendak menjadi Penulis Bahasa Inggeris Super!

Jika sebelum ini anda hanya menggunakan mata sahaja iaitu untuk memahami bahan-
bahan dalam Bahasa Inggeris, kali ini anda menggerakkan jari-jemari anda untuk menulis. Ianya
tidaklah sesukar mana jika anda tahu caranya.

Untuk menjadi Penulis Bahasa Inggeris Super, pertama sekali ingat semula Strategi #1,
iaitu matlamat yang anda ingin dengan capai dengan menulis dalam Bahasa Inggeris. Mungkin,

 Anda ingin menjadi penulis buku-buku Bahasa Inggeris dan buku itu laku sehingga
mencapai tahap best-seller! (terjual melebihi 10,000 naskah)

 Anda ingin menulis novel-novel Bahasa Inggeris yang setanding dengan Harry Potter.

 Anda ingin menjadi penterjemah buku-buku Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris.

 Anda ingin meluaskan perniagaan internet anda ke peringkat antarabangsa yang


mempunyai lebih banyak prospek.

 Anda ingin menjadikannya satu hobi yang boleh memberikan pendapatan tambahan
kepada anda.

Sematkan sedalam-dalamnya dalam minda anda bahawasanya, dengan apa cara


sekalipun anda mesti mencapai impian anda ini. Setelah anda sudah meletakkan matlamat
serta mengimaginasikan impian anda itu, ikuti tips ini.

Page 35 of 86
www.BahasaInggeris.com

1. Tulis, tulis, tulis

2. Baca, baca, baca

3. Tulis semula, tulis semula, tulis semula.

Itu sahaja. Nampak mudah dan ia memang mudah! Tapi ramai yang tidak tahu dan tidak
buat. Jika anda minat dengan gajet-gajet seperti telefon bimbit anda tulislah pasal telefon
bimbit. Jika anda minat memancing ikan, anda tulislah pasal memancing ikan.

Ketepikan dahulu soal grammar, kesalahan ayat dan sebagainya. Yang penting anda
tulis. Dengan memulakan penulisan, anda sebenarnya telah memasukkan Bahasa Inggeris ke
dalam otak anda. Secara tidak langsung anda akan sentiasa berfikir dalam bahasa Inggeris dan
sentiasa memperbaiki penulisan anda. Selagi anda tidak mula, maka selama-lamanyalah anda
tidak pandai menulis dalam Bahasa Inggeris.

Dimana hendak menulis?

Medium penulisan paling popular ketika ini sudah pastilah laman blog. Hari ini blog
menjadi satu fenomena. Orang ramai berlumba-lumba untuk menghasilkan blog sendiri. Ini
kerana ianya percuma dan interaktif. Sesiapa sahaja boleh menulis di blog. Asalkan mempunyai
kemahiran menaip, ada talian internet dan ada benda yang nak diceritakan atau dikongsi
dengan orang lain.

Page 36 of 86
www.BahasaInggeris.com

Langkah kedua selepas anda menulis ialah anda pergi jenguk laman-laman blog
berbahasa Inggeris yang lain. Baca dengan teliti penulisan mereka dan buat perbandingan
dengan tulisan anda dari segi grammar, vocab dan gaya penulisan. Ketika ini anda akan sedari
kesilapan-kesilapan yang anda lakukan dalam penulisan anda.

Anda juga akan belajar bagaimana untuk menulis dengan lebih baik, bagaimana
menggunakan ayat yang lebih sedap dan bagaimana menggunakan perkataan yang lebih sesuai.
Kemudian anda kembali semula ke blog anda. Buat pembetulan. Samada pembetulan pada
tulisan yang sebelum ini atau pada tulisan yang akan datang.

Contohnya, anda nak cerita yang semalam anda pergi keluar berjalan-jalan ke
supermarket Jusco dan makan tengah hari di restoran Pizza Hut. Anda berasa kecewa dengan
servis di restoran tersebut kerana terpaksa menunggu selama kira-kira sejam sebelum dapat
makan pizza. Dengan pengetahuan grammar, vocab dan kemahiran pembinaan ayat yang
minimun, anda pun mula menulis.

“Yesterday I with my friends go to supermarket Jusco to shopping. We lunch at Pizza


Hut. We feel frust with their service.”

Selepas anda menjenguk ke blog-blog Bahasa Inggeris yang lain anda perasan beberapa
perkara yang pelik tentang penulisan anda. Rasa macam janggal, pelik dan tak sedap bunyinya.
“Oh biasa orang letak my friends dahulu baru letak I. Oh..kalau yesterday mana boleh tulis go.
Kena tulis went. Oh.. kalau orang Inggeris cakap pergi shopping dia akan cakap go/went
shopping. Mana ada orang cakap 'to shopping'. Oh..kalau nak cakap supermarket Jusco dalam

Page 37 of 86
www.BahasaInggeris.com

Bahasa Inggeris, kena terbalikkan. Jadi Jusco supermarket.” Jadi selepas anda mengenalpasti
kesalahan-kesalahan yang anda lakukan, anda kembali semula ke blog anda dan tulis.

“Yesterday, my friends and I, went shopping at Jusco supermarket.

(Tukar go kepada went. Letakkan shopping di tengah-tengah selepas perkataan went.)

Untuk ayat yang kedua pula, setelah anda baca-baca blog orang lain, anda dapati tidak
ada orang yang tulis We lunch at Pizza Hut jika ingin nyatakan yang kita makan tengah hari di
Pizza Hut. Yang ada, orang selalu letak 'We ate lunch, we have our lunch' atau 'we took lunch.'
Tanpa mengetahui hukum-hukum grammar, anda tulis sahaja mengikut apa yang anda baca di
blog orang lain. Ya, tidak perlu buka buku grammar. Ikut sahaja. Jadi tulisan anda akan bertukar
menjadi begini.

“We have our lunch at Pizza Hut.”

Seterusnya, untuk menyatakan kekecewan kita terhadap sesuatu, anda lihat biasanya
orang akan cakap “We are/were frustrated...” atau “We are so/very frustrated...” tanpa
menggunakan perkataan feel. Jadi sekali lagi anda pulang ke blog anda dan betulkan. Untuk kes
anda, peristiwa itu sudah berlaku. Jadi tukarkan are kepada were.

“We were very frustrated with their service.”

Dan seterusnya.

Page 38 of 86
www.BahasaInggeris.com

Mudah bukan? Jadi selepas ini cuba buat begini. Dalam sebulan ada 4 minggu. Setiap
minggu anda tulis satu topik. Buat satu jadual. Setiap hari Ahad, selepas bangun tidur, anda
tulis dua perenggan ayat Bahasa Inggeris. Dalam satu perenggan anda itu cuba tulis lebih
kurang 5 ayat. Biarkan grammar dan vocab anda tunggang langgang. Biarkan. Biarkan. Pada hari
Isnin hingga Sabtu, anda cuba baca blog-blog atau tulisan Bahasa Inggeris.

Cukup sebulan anda sudah ada 4 post dalam Bahasa Inggeris. 2 bulan, 8 post. 6 bulan,
24. Setahun 48 post bersamaan dengan 480 ayat-ayat Bahasa Inggeris. Wah, sesuatu yang anda
tidak pernah jangkakan sebelum ini. Percayalah jika anda sentiasa konsisten dan disiplin
mengikut jadual ini, penulisan anda bertambah baik dari sehari ke sehari. Dan pada akhirnya,
anda akan jadi Penulis Super! dan mencapai segala impian anda.

Jika anda tidak mahu orang lain membaca post anda, anda boleh menggunakan fungsi
hide untuk menyembunyikan post anda. Ini bermakna hanya anda seorang sahaja yang boleh
membaca blog anda. Jadi tidak perlulah berasa malu jika ayat bahasa Inggeris anda masih
tunggang-langgang. Jika anda ingin belajar membina blog yang professional, kawan saya,
saudara Zulfadli boleh menunjukkan kepada anda cara-caranyal. Anda boleh layari laman web
ini. http://www.bloggingsteps.com

Namun jika anda ingin belajar sendiri-sendiri, anda boleh ikut langkah ini.

1. Pergi ke www.blogger.com, dan pilih CREATE A BLOG.

Page 39 of 86
www.BahasaInggeris.com

Page 40 of 86
www.BahasaInggeris.com

2. Isikan segala maklumat yang diminta seperti alamat email dan sebagainya dan tekan
Continue.

Page 41 of 86
www.BahasaInggeris.com

3. Pilih nama laman blog anda. Contohnya hafizhafizi.blogspot.com.

Page 42 of 86
www.BahasaInggeris.com

4. Pilih template kesukaan anda.

Page 43 of 86
www.BahasaInggeris.com

5. Laman blog anda siap dibina! Klik pada butang START BLOGGING dan anda boleh mula

menulis.

Selain itu, sepertimana yang saya perkatakan di awal tadi, anda juga boleh menjadikan
penulisan blog satu hobi yang boleh menjana pendapatan. Lebih-lebih lagi blog berbahasa
Inggeris!

Page 44 of 86
www.BahasaInggeris.com

Apa yang anda perlu buat selepas ini?

1. Daftar laman blog anda.

2. Mulakan menulis sedikit-sedikit tetapi konsisten. (5 ayat tiap-tiap hari Ahad misalnya)

3. Baca tulisan-tulisan berbahasa Inggeris yang lain.

4. Buat pembetulan dan penambahbaikan. Sekali sekala rujuk buku grammar untuk lebih
kepastian.

Page 45 of 86
www.BahasaInggeris.com

Page 46 of 86
www.BahasaInggeris.com

KOMUNIKASI

Sekarang kita masuk ke bab terakhir iaitu bagaimana hendak berkomunikasi dalam
Bahasa Inggeris. Tip kali ini agak panjang. Ini kerana saya tahu ramai yang daripada anda yang
sangat-sangat berkeinginan untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris dan menjawab sapaan
orang-orang Inggeris atau orang yang bercakap Bahasa Inggeris dengan anda secara spontan.
Perkara pertama yang saya minta anda lakukan ialah hafal mantera ini.

Bahasa Inggeris untuk komunikasi BERBEZA dengan Bahasa Inggeris dalam buku.

Bahasa Inggeris untuk komunikasi BERBEZA dengan Bahasa Inggeris dalam buku.

Antara sebab mengapa Bahasa Inggeris komunikasi berbeza dengan Bahasa Inggeris
dalam buku ialah Bahasa Inggeris untuk komunikasi adalah lebih santai dan tidak formal. Ia
juga menggunakan vocab/perkataan yang berbeza dengan Bahasa Inggeris dalam buku. Selain
itu Bahasa Inggeris untuk komunikasi lebih fokus kepada perbualan sebenar yang selalu kita
dengar.

Bagaimana Berkomunikasi Dalam Bahasa Inggeris Dengan Lancar

Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Anda pasti sukar hendak percaya jika saya
katakan bahawa ketika anda berada di sekolah, guru-guru Bahasa Inggeris telah mengajar
kaedah songsang kepada anda untuk mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris? Sekali
dengar memang tidak masuk akal. Tetapi itulah realitinya. Apakah kaedah songsang yang saya

Page 47 of 86
www.BahasaInggeris.com

maksudkan? Dan bagaimanakah kaedah yang sebenarnya untuk mahir berkomunikasi dalam
Bahasa Inggeris? Teruskan membaca.

5 Syarat Mahir Berkomunikasi Dalam Bahasa Inggeris

Sekarang anda sudah boleh berkomunikasi namun mungkin masih tersangkut-sangkut.


Jadi, matlamat utama anda bercakap Bahasa Inggeris ialah anda dapat bercakap dengan lancar
dan fasih. Fasih bermaksud kemampuan anda untuk bercakap (dan memahami) Bahasa Inggeris
dengan cepat dan mudah... TANPA perlu menterjemah. Ini bermakna anda boleh bercakap
dengan orang-orang Inggeris. Mereka juga dapat memahami percakapan anda, dan pada masa
yang sama anda juga memahami apa yang mereka perkatakan dengan mudah. Dengan kata
lain, anda boleh bercakap dan memahami dengan serta-merta!

Untuk itu, ada beberapa syarat yang anda perlu penuhi yang mana dengan memenuhi
syarat ini anda sudah hampir dapat bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

Syarat #1: JANGAN belajar hukum-hukum GRAMMAR

Anda sebenarnya tidak perlu belajar grammar jika ingin bercakap dalam Bahasa Inggeris.

“Err biar betul tak perlu belajar grammar?”

Betul…anda tak percaya? Mari saya buktikan. Semasa anda atau adik anda baru belajar
hendak bercakap sekitar umur 2 ke 3 tahun, adakah ibu bapa anda membuka buku Tatabahasa

Page 48 of 86
www.BahasaInggeris.com

Melayu dan mengajarnya ketika setiap kali anda mahu tidur? Tidak bukan? Jadi, bagaimana dia
boleh bercakap walaupun tidak belajar grammar? Jawapannya dia mendengar dengan teliti,
ingat dan cakap sahaja walaupun pelat dan selalu menjadi bahan ketawa oleh anda dan ibu
bapa anda.

Setuju? Saya nampak anda mengangguk-anggukan kepala.

Tunggu! Saya belum habis berceloteh lagi. Mulai sekarang jika anda ingin fasih
berbahasa Inggeris, katakan tidak pada buku-buku grammar (termasuk yang diberi percuma
oleh saya...oh!) Ini kerana grammar membunuh kemahiran anda untuk bercakap dalam Bahasa
Inggeris. Tanyakan kepada diri anda, adakah anda sudah boleh bercakap dengan mudah, secara
automatik dan cepat dengan belajar grammar bertahun-tahun? Kenapa jangan belajar
grammar? Sebabnya apabila anda belajar grammar, anda sebenarnya sedang menganalisis
Bahasa Inggeris itu sendiri. Anda akan sentiasa berfikir tentang past-tense, present tense dan
sebagainya semasa hendak bercakap.

Hal ini berbeza jika anda ingin menulis dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana, semasa
menulis anda ada banyak masa untuk berfikir dan menggunakan grammar dengan betul. Anda
boleh tulis perlahan-lahan, fikir, betulkan semula kesalahan jika ada. Tapi untuk bercakap, anda
tiada masa. Jika ada orang bertanya soalan kepada anda, anda wajib jawab serta merta! Anda
tiada masa nak fikir past tense, past perfect dan lain-lain.

Untuk pengetahuan anda juga, orang Amerika/Inggeris tak pernah belajar grammar.
Mereka tidak tahu apa itu past perfect tense. Tapi mereka menggunakan past perfect tense
dengan betul. Mereka hanya belajar grammar apabila ingin menulis dengan lebih baik. Sekali
lagi saya pesan, tinggalkan buku grammar. Saya beritahu anda, grammar Bahasa Inggeris ini

Page 49 of 86
www.BahasaInggeris.com

terlalu banyak yang perlu dipelajari. Anda bukan hendak menjadi pakar bahasa. Apa yang anda
inginkan ialah IMPIAN anda tercapai dengan menguasai Bahasa Inggeris. Titik.

“Jadi apakah kegunaan buku grammar yang anda berikan itu Hafiz?” Anda boleh
gunakan sebagai rujukan selepas anda mengamalkan syarat yang ke-2 dan seterusnya.

Syarat #2: Belajar dengan TELINGA

Banyak kajian telah dijalankan berkenaan cara bagimana hendak belajar cakap Bahasa
Inggeris dengan baik. Anda nak tahu apakah hasil kajian tersebut? Jawapannya ialah terdapat
hanya SATU cara untuk fasih berbahasa Inggeris. Anda tidak akan fasih bercakap dengan
membaca buku teks. Anda tidak akan fasih bercakap dengan menghadiri kelas-kelas Bahasa
Inggeris. Anda tidak akan fasih bercakap dengan belajar hukum-hukum grammar.

Baiklah, anggaplah hari ini hari bertuah anda kerana saya akan beritahu kepada anda
apakah dia satu-satunya cara untuk menguasai komunikasi Bahasa Inggeris itu. Jawapannya
ialah belajar dengan...

Page 50 of 86
www.BahasaInggeris.com

Ya, kunci UTAMA dan paling penting untuk pandai bercakap dalam Bahasa Inggeris ialah
belajar dengan MENDENGAR. Dengan kata lain belajar dengan TELINGA, bukan dengan mata.
Mulai sekarang ucapkan selamat tinggal kepada buku-buku teks, buku grammar, buku Bahasa Inggeris
dan sebagainya sepertimana yang diajar di sekolah-sekolah dan universiti. Ini kerana kita akan terbang
ke planet dan dunia baru iaitu dunia sebenar komunikasi Bahasa Inggeris.

Semasa di sekolah kita telah belajar Bahasa Inggeris yang formal. Kita diajar tentang
hukum-hukum grammar. Bagaimana menggunakan past tense, past perfect tense dan
sebagainya. Kita telah menghabiskan masa bertahun-tahun belajar daripada buku teks,
memperuntukkan banyak masa mengambil ujian itu dan ini serta belajar hukum grammar.
Hasilnya? Kita masih tidak dapat bercakap, tidak dapat memahami pertuturan bahasa Inggeris
serta orang lain juga tidak dapat memahami apa yang anda sampaikan. Sungguh tragis sekali.

Dengar, dengar & dengar!

Page 51 of 86
www.BahasaInggeris.com

Untuk memahami apa yang diajar oleh guru, pensyarah, atau sesiapa sahaja dalam
Bahasa Inggeris anda perlulah membiasakan telinga anda untuk mendengar perbualan atau
percakapan dalam Bahasa Inggeris. Apabila saya katakan dengar, anda harus mendengar
dengan teliti. Selama ini anda sudah menonton drama dan filem berbahasa Inggeris. Anda
dengar perbualan mereka. Namun anda masih tidak faham apa mereka bualkan. Ini kerana
anda tidak mendengar dengan teliti. Anda sebaliknya lebih suka membaca subtitle.

Oleh itu mulai sekarang, peruntukkan masa sebanyak mungkin untuk mendengar
perbualan dalam Bahasa Inggeris dengan teliti. Sekurang-kurangnya masa 1-3 jam sehari.
Dengan melakukan cara ini anda boleh meningkatkan kemahiran bercakap dalam Bahasa
Inggeris dengan cepat.

Dimana anda boleh dengar orang perbualan dalam Bahasa Inggeris setiap hari?

 Radio (Hitz.fm, Mix.fm dan lain-lain)

 Rancangan televisyen berbahasa Inggeris (terutamanya program reality)

 Drama/filem berbahasa Inggeris

 Temuduga tentang kejayaan seseorang dan sebagainya (boleh didapati dengan mudah
di internet beserta transkripnya sekali).

Apa yang penting, perbualan itu biar nampak asli dan bukan direka-reka.

Page 52 of 86
www.BahasaInggeris.com

Syarat #3: DENGAR dan belajar sesuatu PERLAHAN-LAHAN tetapi MENDALAM

Syarat nombor 3 sangat mudah iaitu lakukan syarat nombor 2 dan ulang, ulang, ulang
banyak kali. Semasa di sekolah kita sebenarnya belajar terlalu cepat. Belum pun habis faham
pelajaran yang lepas kita disuruh hafal hukum grammar yang lain pula, perkataan baru yang lain
pula. Akhirnya makin banyak yang kita belajar makin banyak yang kita lupa. Belajar lupa, belajar
lupa.

Kita belajar past tense, selepas itu past participle dan lain-lain lagi. Tapi kita tidak
menguasainya. Oleh itu mulai sekarang anda perlu belajar secara perlahan-lahan. Kemudian
ulang, ulang, ulang dan ulang. Dengar video atau perbualan Bahasa Inggeris yang sama setiap
hari selama 2 minggu. Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Ulang! Kalau masih
tak dapat lagi dalam 2 minggu tambah lagi seminggu. Tak dapat juga, tambah 2 minggu. Biar
anda belajar sedikit tapi mendalam dan yang lebih penting lagi, anda faham.

Belajarlah sesuatu secara mendalam. Sekali tidak cukup. 5 kali pun tidak cukup. 30, 50,
100 kali baru boleh dikatakan cukup. Sampai ia betul-betul melekat dan sebati dengan minda
anda. Walaupun anda sudah tahu banyak tentang grammar, tapi bolehkah anda cakap Bahasa
Inggeris secara spontan? Jika masih tidak boleh, belajar sikit-sikit dan ulang sehingga faham.

Syarat #4: DENGAR dan perhatikan frasa dari sudut MASA yang berbeza

Pembinaan frasa atau ayat dalam Bahasa Inggeris dilakukan mengikut masa dan
keadaan. Hal ini tidak berlaku sama sekali dalam Bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu jika
anda ingin katakan “Saya berlari di padang”, dan “Semalam saya berlari di padang”, ia tetap
sama. Tiada perubahan pada perkataan “berlari” itu. Tetapi berbeza dengan Bahasa Inggeris.
Page 53 of 86
www.BahasaInggeris.com

Contohnya apabila kita menceritakan semalam saya menonton TV, ayat kita akan jadi
begini. “Yesterday I watched television.” Seterusnya jika kita nak nyatakan kita sedang
menonton TV sekarang, kita akan cakap “I am watching television.” Jika kita merancang untuk
menonton TV esok, kita akan cakap, “I will be watching television tomorrow.”

Dengan kata lain, bentuk perkataan kita akan berubah mengikut MASA dan KEADAAN.
Bagaimana anda boleh belajar ini semua dengan cepat? Caranya ialah dengar dengan teliti
perbezaan ini. Ketika mendengar, timbulkanlah persoalan dalam minda anda KENAPA pada
satu ketika dia menyebut ada -ed dibelakang, pada satu ketika ada tambahan been, pada satu
ketika yang lain pula ada tambahan -ing? Selepas anda dapat jawapannya dan faham kenapa ia
digunakan, dengar semula berulang-ulang kali. Satu, dua hingga tiga minggu sehingga ia betul-
betul melekat dalam minda anda.

Syarat #5: DENGAR dan belajar Bahasa Inggeris yang SEBENAR

Sekarang, saya mahu anda tanya diri anda semula. Anda telah berbelas tahun belajar
Bahasa Inggeris. Namun kenapa sehingga ke hari ini anda tidak boleh memahami apa yang
orang-orang Inggeris perkatakan. Tidak mampu lagi memahami cerita dan filem Bahasa Inggeris
tanpa melihat sarikata dibawahnya.

Tidak ada apa-apa yang tidak kena dengan anda sebenarnya kawan. Yang menjadi
masalah ialah cara pembelajaran Bahasa Inggeris anda di sekolah dahulu dan buku-buku yang
anda gunakan. Di sekolah anda tidak belajar Bahasa Inggeris sebenar. Anda hanya belajar buku-
buku teks. Jadi, syarat yang ke-5 yang perlu anda patuhi ialah;

Page 54 of 86
www.BahasaInggeris.com

Belajar Bahasa Inggeris yang sebenar.

Jangan belajar melalui buku teks

Selepas ini anda jangan sekali-kali lagi belajar melalui CD, audio CD dan kaset-kaset
belajar Bahasa Inggeris yang skema. Campakkan kesemuanya ke dalam tong sampah.
Sebaliknya, anda perlu dengar apa yang orang-orang Inggeris dengar. Tonton apa yang mereka
tonton. Baca apa yang mereka baca. Dengar perbualan sebenar Bahasa Inggeris. Dengar
perbualan sebenar Bahasa Inggeris. Baharulah dikatakan betul-betul belajar komunikasi Bahasa
Inggeris. Terdapat banyak peraturan dan hukum yang perlu dipatuhi dalam penulisan Bahasa
Inggeris. Sedangkan hukum-hukum tersebut tidak diendahkan dalam perbualan Bahasa Inggeris
sebenar. Contohnya memulakan perbualan dengan perkataan 'and'.

Filem, drama dan rancangan TV berbahasa Inggeris

Mendengar perbualan melalui filem, frama dan rancangan TV berbahasa Inggeris adalah
salah satu teknik yang sangat bagus TETAPI anda harus menggunakannya DENGAN BETUL.
Jangan tonton keseluruhan filem tersebut. Jika tidak, anda tidak akan memahaminya dan anda
tidak akan belajar apa-apa lepas menontonnya. Hanya tonton satu atau dua babak sahaja
dalam masa seminggu. Sekitar 2-3 minit.

Ini contoh perbualan Bahasa Inggeris yang sebenar yang saya ambil dari filem The
Pursuit Happyness. Mungkin juga boleh dijadikan panduan buat anda yang ingin menghadiri
temuduga.

Page 55 of 86
www.BahasaInggeris.com

Chris Gardner : Chris Gardner, Chris Gardner. How are you? Good morning. Chris Gardner, Chris
Gardner. Good to see you again. Chris Gardner. Pleasure. I've been sitting there
for the last half-hour, trying to come up with a story that would explain my being
here dressed like this. And I wanted to come up with a story that would
demonstrate qualities that I'm sure that you all admire here, like earnestness or
diligence. Team-playing, something. And I couldn't think of anything. So the truth
is I was arrested for failure to pay parking tickets.

Interviewer : Parking tickets? (laughing)

Chris Gardner : And I ran all the way here from the Polk Station, the police station.

Interviewer : What were you doing before you were arrested?

Chris Gardner : I was painting my apartment.

Interviewer : Is it dry now?

Chris Gardner : I hope so.

Interviewer : Jay says you're pretty determined.

Jay : He's been waiting outside the front of the building with some 40-pound gizmo
for over a month.

Interviewer : He said you're smart.

Chris Gardner : Well, I like to think so.

Interviewer : And you want to learn this business?

Chris Gardner : Yes sir, I wanna learn this business.

Interviewer : Have you already started learning on your own?

Chris Gardner : Absolutely.

Page 56 of 86
www.BahasaInggeris.com

Interviewer : Jay how many times have you seen Chris?

Jay : I don't know. One too many, apparently.

Interviewer : Was he ever dressed like this?

Jay : No. Jacket and tie.

Interviewer : First in your class in school. High school? How many in the class.

Chris Gardner : Twelve. It was a small town. But I was also first in my radar class in the Navy,
and that was a class of 20. Can I say something? I'm the type of person, if you
ask me a questions, and I don't know the answer, I'm gonna tell you that I don't
know. But I bet you what, I know how to find the answer and I will find the
answer. Is that fair enough?

Interviewer : Chris, what would you say...if a guy walked in for an interview...without a shirt
on...and I hire him. What would you say?

Chris Gardner : He must've had on some really nice pants.

Interviewer : (laughing)

Lihat betapa santainya perbualan sebenar Bahasa Inggeris. Jika anda ingin menonton
video ini, anda boleh layari laman wen youtube dan pada kotak search taip, 'the pursuit of
happyness, job interview'.

Jika anda masih tidak jelas dengan apa yang anda perlu lakukan, sila ikuti langkah-langkah ini:

5. Cari CD atau DVD drama/filem Bahasa Inggeris kesukaan anda. Contohnya Transformers.
Pastikan ia mempunyai sarikata dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ambil 2-3
Page 57 of 86
www.BahasaInggeris.com

minit babak yang mempunyai perbualan. Tonton dan cuba fahami maksudnya secara
umum.

6. Tonton babak tersebut dengan sarikata Bahasa Inggeris pula. Pause. Ambil kamus dan
cari makna perkataan yang anda tidak tahu. Tulis dialog dalam babak tersebut dalam
buku nota khas anda.

7. Dengar dialog dalam babak tersebut beberapa kali dengan sarikata Bahasa Inggeris.
Hayati.

8. Dengar dialog dalam babak tersebut beberapa kali tanpa sarikata Bahasa Inggeris.
Hayati.

9. Ulang langkah 1-4 setiap hari selama seminggu. 1 babak 1 minggu.

Untuk minggu yang kedua, tonton babak yang lain pula. Ulang langkah yang sama.
Sememangnya ia mengambil masa yang lama untuk menghabiskan satu-satu cerita. Akan tetapi
dengan cara ini, kemahiran mendengar dan berkomunikasi anda akan bertambah baik dengan
begitu pantas sekali.

Senjata Tambahan Yang Mempunyai Kuasa Luar Biasa

Untuk menguasai komunikasi Bahasa Inggeris dengan lebih cepat, anda perlukan
beberapa alatan untuk membantu anda. Pen dan kertas sudah tidak relevan lagi. Zaman kini,
anda perlu lebih daripada itu.

Page 58 of 86
www.BahasaInggeris.com

iPod atau MP3/MP4 player.

iPod adalah senjata yang sangat hebat dalam usaha anda belajar dan menguasai
komunikasi Bahasa Inggeris. Selain iPod anda juga boleh gunakan MP3 atau MP4 player.
Sepertimana yang saya telah jelaskan, hanya terdapat SATU sahaja cara untuk mahir
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris iaitu mendengar.

Sudah pasti anda perlu mengeluarkan sedikit wang untuk membelinya. Namun senjata
ini sangat hebat. Memanglah boleh jika hendak berperang menggunakan pistol dan senapang
sahaja. Namun bukankah lebih baik jika bawa kereta kebal dan jet pejuang bersama.

Ini kerana, dengan iPod anda boleh belajar Bahasa Inggeris di mana-mana sahaja anda
berada. Ketika anda berjalan-jalan, membeli-belah, ketika memasak, ketika menunggu ketibaan
kekasih hati anda datang untuk menonton wayang dan sebagainya. Hanya letakkan dalam
poket seluar anda, cucuk earphone dalam cuping telinga, tekan play dan dengar. Gunakan ia
untuk mendengar lagu-lagu Bahasa Inggeris, perbualan-perbualan sebenar Bahasa Inggeris
yang boleh dimuat turun dari internet seperti rancangan TV, drama, audio-audio dan
sebagainya. Hanya muat turun dan dengar. Mudah sahaja. Tidak perlu lagi CD dan sebagainya.

“Ya! Syarat-syarat ini mudah sahaja. Saya boleh memenuhinya. Tunjukkan jalan
seterusnya Hafiz!”

Jangan bercakap lagi

Pada tahun 1984, pusat bahasa AUA di Bangkok menggunakan kaedah mendengar
dalam kelas Bahasa Thai. Selama setahun pelajar-pelajar hanya mendengar sebanyak mungkin

Page 59 of 86
www.BahasaInggeris.com

perbualan dan ayat Bahasa Inggeris tanpa bercakap. Hasilnya, pelajar-pelajar dapat boleh
memahami perbualan dalam Bahasa Inggeris serta dapat bercakap dengan sebutan yang tepat
secara automatik!

Oleh itu fokuskan usaha anda buat permulaan ini untuk mendengar sahaja. Jangan
bercakap lagi. Ini kerana dengan mendengar perbualan yang menggunakan ayat-ayat yang
betul akan mendorong anda untuk bercakap dengan betul. Sebaliknya, jika anda cuba bercakap
dengan tidak betul, ia akan mendorong anda bercakap tidak betul juga. Kebanyakan guru-guru
menekankan para pelajarnya supaya bercakap dengan banyak dan berfikir dahulu sebelum
bercakap. Namun hakikatnya, cara ini menghalang anda untuk belajar Bahasa Inggeris dengan
baik.

Oleh itu, formulanya di sini, Pasang Telinga (dengar), Tutup Mulut (jangan bercakap)
dan Bersabar. (3-6 bulan)

Cakap...cakap...cakap.. (buat gaya Ahmad Nisfu memberi arahan kepada P.Ramlee dalam cerita
Seniman Bujang Lapok)

Jika selepas 3-6 bulan anda betul-betul mengikuti setiap langkah-langkah yang saya
sarankan, anda sebenarnya sudah memenuhkan minda anda dengan Bahasa Inggeris. Minda
anda kini ibarat gunung berapi yang bersedia untuk melepaskan larvanya pada bila-bila masa.
Untuk itu saya berani bertaruh yang kini anda sudah boleh bercakap Bahasa Inggeris secara
automatik tanpa perlu berfikir terlebih dahulu. Jika anda ingin menguji keupayaan anda itu,
cuba ikuti apa yang saya cadangkan.

Page 60 of 86
www.BahasaInggeris.com

Bertutur seorang diri di hadapan cermin

Ya, saya faham. Jika anda bercakap Inggeris dengan kawan anda secara tiba-tiba,
pastinya kawan anda akan mengerutkan dahi, mencebik atau membaling batu kepada anda.
Oleh itu sebagai persedian untuk anda bercakap Bahasa Inggeris dengan orang lain, anda
digalakkan untuk bercakap Bahasa Inggeris dengan diri anda terlebih dahulu. Cakaplah apa
sahaja yang anda ingin cakap. Anda juga boleh ulang cakap apa yang anda hafal tadi. Tapi anda
harus cakap secara spontan. Cakaplah berdasarkan maklumat yang ada dalam minda anda.

Dari teknik ini anda akan lihat bagaimana orang lain melihat diri anda. Oleh itu anda
boleh menyesuaikan memek muka bagaimana yang anda inginkan ketika bercakap Bahasa
Inggeris di hadapan orang nanti. Mungkin dengan gaya yang macho, ayu, selamba dan
sebagainya.

TIP: Jika anda berasa malu kerana mungkin orang akan berkata anda sudah gila, tutuplah
pintu bilik anda dan kunci. Atau, bercakaplah di hadapan cermin ketika orang lain tiada.

Bercakap dengan rakan

Ajak seorang atau dua orang rakan anda untuk speaking dengan anda sepenuhnya.
Nyatakan kepadanya hasrat anda untuk mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Sebaik-
baiknya cari rakan yang tahap penguasaan Bahasa Inggerisnya lebih baik daripada anda. Ini
kerana jika ayat-ayat yang anda gunakan tidak betul, anda tidak akan berasa malu sangat
kerana sememangnya anda tidak semahir rakan anda itu. Selain itu, rakan anda itu juga dapat
memperbetulkan kesalahan yang anda telah lakukan.

Page 61 of 86
www.BahasaInggeris.com

Jangan terlalu serius. Anda perlu senyum, ketawa dan bergembira ketika bercakap
Inggeris. Anda juga boleh bercakap dengan nada yang gila-gila (bukan gila). Dengan cara begini
orang lain sukar untuk mengejek anda kerana anda bercakap dengan secara santai dan
bersahaja.

Jika anda masih belum yakin lagi untuk bercakap bahasa Inggeris, apa kata anda
mulakan dengan SMS, Emel, Chatting menggunakan Bahasa Inggeris. Dengan melakukan cara
ini anda telah melatih minda anda untuk berfikir dalam Bahasa Inggeris. Abaikan kesalahan-
kesalahan grammar. Pendek kata, hentam saja. Anda akan merasai kelainannya selepas anda
biasa menggunakannya. Cubalah.

Tetapi perhatian. Anda perlu berbahasa Inggeris sepenuhnya. Paksa diri anda! Jangan
rojak-rojakkan dengan Bahasa Melayu dan lain-lain. Ini kerana jika anda menghadiri temuduga,
anda tiada pilihan lain selain menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya. Jika anda
mencampuradukkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, penemuduga tersebut awal-awal lagi
akan meletakkan pen dan bersandar pada kerusinya sambil berkata ”Baiklah itu sahaja yang
saya ingin tanya. Awak boleh tunggu di luar.”

Bercakap mengenai paksaan, saya teringat satu kisah ketika saya berada di bangku
sekolah. Semasa di tingkatan 4, kami telah dibahagikan kepada empat kelas yang berbeza.
Daripada set satu (kelas satu) hinggalah set empat. Set satu untuk mereka yang paling pandai
dan set empat untuk yang paling lemah. Ketika itu saya berada di set tiga. Apa yang ingin saya
ceritakan ini ialah tentang kawan saya yang berada di set empat.

Page 62 of 86
www.BahasaInggeris.com

Satu hari kami bergurau-gurau dengan bercakap dalam Bahasa Inggeris. Dalam
perbualan kami, saya dapati tutur katanya sangat lancar. Perkataan-perkataan yang
digunakannya pun saya tidak pernah tahu dan dengar sebelum ini. Pening kepala saya
memikirkannya. Sedangkan saya yang berada di set tiga ini pun masih terkial-kial lagi ketika itu
untuk berbahasa Inggeris, dia yang berada di set empat sudah boleh speaking. Saya memang
tercabar.

Setelah melakukan siasatan saya mendapat tahu bahawa guru Bahasa Inggeris di set
empat itu seorang yang ganas dan brutal. Beliau telah mewajibkan pelajar-pelajarnya agar
berkomunikasi dengan beliau HANYA dalam bahasa Inggeris. Barangsiapa yang ingkar mereka
layak untuk didenda dengan sejumlah wang.

Satu perkataan bahasa Malaysia yang terkeluar dari mulut mereka, mereka akan
didenda 20 sen. Aduh banyaknya 20 sen ketika itu. Maklumlah pelajar sekolah. Itu baru satu.
Kalau 5 perkataan sudah seringgit! Terpaksa berpuasalah nampak gayanya pada hari itu.

Nah! Lihatlah betapa hebatnya kuasa paksaan dalam bercakap Bahasa Inggeris!

Berbalas-balas soalan

Teknik ini sangat penting. Anda bersama rakan anda tadi boleh berbalas-balas soalan
berbahasa Inggeris. Teknik ini penting bagi menggerakkan minda anda agar berfikir dalam
Bahasa Inggeris dan seterusnya menjawab soalan berbahasa Inggeris yang ditanyakan kepada
anda secara automatik. Tanya soalan-soalan mudah sahaja. Tidak perlu yang susah-susah.

Page 63 of 86
www.BahasaInggeris.com

Saya ambil contoh perbualan interview dari filem tadi. Soalan-soalan yang boleh
ditanya. “Kenapa Chris berpakaian sedemikian? Apa yang dia buat sebelum dia ditahan?
Adakah dia selalu berpakaian sebegitu?” Dan anda pun jawab dengan PANTAS dan
menggunakan suara yang kuat. Tidak perlu ayat lengkap. Jawab dengan satu dua perkataan
sudah memadai. Ini cuma hendak melatih anda supaya menjawab secara automatik tanpa perlu
berfikir terlebih dahulu. Sekali lagi, ulang teknik ini banyak kali.

Bimbang telinga anda menjadi merah.

Perasaan malu adalah perkara biasa. Jika anda ada perasaan malu anda sebenarnya
masih lagi seorang manusia normal. Malu jika tersalah cakap, tersalah grammar, malu diejek,
diketawakan oleh kawan-kawan dan sebagainya.

Apabila bercakap soal Bahasa Inggeris, lutut anda mula menggeletar. Peluh bermanik-
manik keluar dari dahi anda. Muka anda bertukar menjadi pucat lesi. Suara anda yang garau
tiba-tiba bertukar menjadi begitu halus sekali. Begitu ngeri Bahasa Inggeris ini bagi anda.
Sebabnya tak lain tak bukan anda tiada keyakinan diri. Anda takut buat salah. Takut
ditertawakan oleh rakan-rakan. Takut orang mencebik bila anda cakap Bahasa Inggeris dengan
mereka.

Sebenarnya bukanlah susah sangat untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Ia


seperti bercakap dalam Bahasa Melayu juga. Akan tetapi keyakinan anda untuk mengeluarkan
ayat-ayat bahasa Inggeris itu sahaja yang membezakannya. Ini kerana, anda juga tidak boleh
bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik jika anda tidak betul-betul yakin. Jadi untuk
mendapatkan keyakinan yang tinggi, ikuti langkah berikut;

Page 64 of 86
www.BahasaInggeris.com

1. Betulkan kedudukan tubuh badan anda

Kedudukan tubuh badan anda mampu mempengaruhi emosi anda. Jika anda sedang
duduk diatas kerusi, jangan bersandar dengan relaks. Jangan menongkat dagu. Jangan
melentokkan kepala. Sebaliknya, duduk separuh kerusi dengan badan ditegakkan. Tolak bahu
ke belakang. Dongakkan dagu sedikit ke atas begitu juga dengan mata. Senyum selebar
mungkin dan mula bercakap. Setelah melakukan ini anda pasti akan terasa kelainannya
berbanding anda bercakap dalam keadaan bongkok, melentok dan sebagainya.

2. Sertakan dengan pergerakan

Setelah kedudukan badan anda dibetulkan, apa yang perlu anda lakukan kini ialah
menyertakan perkara yang anda luahkan dengan pergerakan. Pergerakan disini termasuklah
memek muka, mata, kening, mulut, tangan, kepala, kaki dan kesemua sekali. Gabungkan
kesemuanya untuk meluahkan perkara yang anda ingin lafazkan. Jika anda rasa anda perlu
menjegilkan mata, jegilkan. Jika anda rasa anda perlu anggukkan kepala, anggukkan. Jika perlu
mengangkat tangan, angkat jangan tak angkat.

Misalnya jika anda ingin menyatakan nombor satu, anda boleh menunjukkan jari
telunjuk sambil berkata, ”Number one!”. Jika anda ingin ungkapkan perkataan never, anda
ucapkannya sambil menggeleng-gelengkan kepala dan mengerutkan dahi sedikit. ”Never do
this!”

Selain mampu mempositifkan diri anda, cara ini juga membolehkan anda belajar Bahasa
Inggeris dengan lebih pantas.

Page 65 of 86
www.BahasaInggeris.com

3. Cakap dengan suara yang lantang, penuh emosi serta ada intonasi.

Pernah tak anda mengalami situasi dimana pada satu masa anda begitu lancang
berkata-kata sedangkan pada ketika yang lain suara anda jadi sangat perlahan? Anda ada
maklumat yang ingin disampaikan tetapi tidak yakin. Oleh yang demikian perkara seterusnya
yang harus anda lakukan untuk membina keyakinan diri adalah dengan meluahkan atau
bercakap dengan suara yang lantang, padu dan bertenaga.

Bercakap dengan penuh emosi.

Anda perlu bercakap dengan penuh yakin seperti anda marahkan seseorang. Adakah
anda memarahi seseorang dengan suara yang perlahan dan takut-takut? Bukanlah saya
menyuruh anda bercakap kasar. Tapi kuatkan suara anda sahaja. Walaupun anda hanya tahu
perkataan “Yes, No, Alright, Thank You, Good Morning” selama anda hidup, katakannya dengan
penuh yakin dan suara yang kuat. Tarik nafas dan katakan, “Yes! No! Alright! Thank You! Good
Morning!”. Biarkan orang sekeliling anda mendengar apa yang anda katakan. Tetapi jangan pula
sampai menjerit-jerit sehingga mengganggu urusan orang ramai.

Bercakap dengan mood gembira (Senyum, ketawa)

Senyum, ketawa dan bergembiralah ketika bercakap-cakap dalam Bahasa Inggeris. Ini
kerana keceriaan boleh menjana keyakinan. Anda juga perlu jadi sedikit gila-gila ketika
bercakap Bahasa Inggeris. Jika ada orang mentertawakan anda, anda hanya perlu teruskan
senyuman. Bukankah anda dalam mood gila-gila. Jadi, peduli apa!

Page 66 of 86
www.BahasaInggeris.com

Lihat bagaimana Saiful Apek mahupun Nabil ketika dia membuat lawak. Adakah dia
membuat lawak dengan rasa takut-takut dan tidak yakin? Jika ya, pasti tiada seorang pun yang
akan ketawa dengan lawaknya. Lihat juga bagaimana pengacara-pengacara radio (DJ),
pengacara rancangan hiburan, kuiz, forum dan sebagainya. Mereka berkata-kata dengan penuh
ceria sekali untuk menarik perhatian pendengar.

Bertutur dalam slanga London! (Intonasi)

Kalau tadi saya menceritakan kisah mak cik Melayu yang pandai berbahasa Cina, kini
kisahnya terbalik pula. Kisah ini berlaku ketika cuti semester juga. Saya bekerja sambilan
sebagai seorang pelayan restoran di salah sebuah restoran di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala
Lumpur. Saya berkenalan dengan seorang kawan berbangsa Cina. Pertama kali saya berjumpa
dengannya saya terasa seperti ada yang tidak kena dengan dia. Kulitnya putih, matanya sepet,
tapi bila bercakap...bunyi macam orang Melayu! Tiada kedengaran pelat Cina yang kita biasa
dengar.

Perbualan dia dengan saya yang saya masih ingat. Ketika itu kami sedang rehat dan
menikmati makan tengah hari yang disediakan. “Aku tak tahan makan pedas. Tapi aku suke
betol makan makanan pedas. Kalau hari raye tu, seronok gile aku pegi rumah kawan-kawan
aku. Dapat makan rendang. Fuh sedap betol.” kata Byron.

Selalunya orang Cina apabila menyebut sesuatu perkataan contohnya suka akan
menyebut 'suka'. Tapi kawan saya ini menyebut seperti orang Melayu sebut. Suke, Hari Raye,
gile. Tidak sekadar itu, intonasi serta slangnyanya juga berbunyi Melayu. Memang seronok

Page 67 of 86
www.BahasaInggeris.com

rasanya bersembang dengan dia. Bagaimana dia boleh jadi begitu? Ya, persekitaran sekali lagi
membantu. Dia bersekolah di sekolah Melayu dan bercampur-gaul dengan orang-orang
Melayu.

Jadi, slanga (yang kita biasa sebut sebagai slang) memainkan peranan penting untuk kita
mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Bertutur tanpa slanga ibarat membaca lirik lagu
tanpa melodinya. Sudah pasti tidak seronok bukan?

Setiap bahasa mempunyai slanganya yang tertentu. Kita dapat mengenal ketulenan asal
usul seseorang itu dengan slanga bahasanya. Ini kerana orang-orang Perak sahaja mampu
bercakap dalam bahasa Perak dengan betul. Hanya orang-orang Kelantan sahaja yang mampu
bercakap bahasa Kelantan dengan loghat yang betul. Begitu juga dengan bahasa-bahasa negeri
lain. Anda pasti dapat mengagak seseorang itu bukan berasal dari KL jika bahasa KL yang
digunakannya berbunyi Kelantan. Anda juga pasti dapat mengagak seseorang itu bukan berasal
daripada Terengganu jika bahasa Terengganu yang digunakannya berbunyi Kedah. Bukan?

Oleh yang demikian, jika anda ingin menguasai komunikasi Bahasa Inggeris, anda perlu
meniru slanga orang-orang Inggeris. Walaupun banyak kesalahan grammar pada apa yang anda
ucapkan itu, orang tidak akan perasan sangat sebenarnya kerana slanga yang anda ucapkan
sedap didengar. Seperti kisah kawan saya tadi.

Tapi bagaimana caranya untuk bercakap dengan slanga Inggeris? Jawapannya saya telah
berikan terlebih dahulu tadi iaitu dengan mendengar perbualan-perbualan Bahasa Inggeris
samada di kaca TV, DVD, internet dan sebagainya. Contohnya anda minat dengan rancangan The
Apperentice. Selebriti terkenal dalam rancangan tersebut tak lain dan tak bukan ialah Donald Trump.

Page 68 of 86
www.BahasaInggeris.com

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengar dengan teliti cara Donald Trump bercakap. Perhatikan
bagaimana dia menyoal dan mengkritik calon-calon apperentice. Bagaimana dia menyebut “You
are fired!”. Dengar dengan teliti bagaimana dia menyebut perkataan 'not' misalnya. Adakah
berbunyi 'not' seperti yang biasa kita sebut atau berbunyi seakan-akan 'nat'? Semasa dia
menyebut perkataan 'connect', adakah dia menyebut 'con' dengan bunyi 'kon' atau 'ken' ('ken-
tal'). Jadi, ikut sahaja bunyi yang disebutkan kerana itulah sebutan yang paling tepat bagi
perkataan tersebut.

Dengan menggunakan cara ini, ada sebenarnya menolak diri anda untuk masuk ke dunia
baru iaitu dunia sebenar komunikasi Bahasa Inggeris. Kesan daripada itu, anda akan lebih
mudah memahami apa yang mereka perkatakan dan tidak perlu lagi membaca sarikata apabila
menonton filem-filem Hollywood.

Sekali lagi saya tekankan teknik pengulangan. Ambil satu bahagian video dan dengar
banyak kali. Seminggu, dua minggu, dengar video atau audio yang sama. Teliti betul-betul
perkataan manakah yang selalu ditinggikan suara, perkataan mana yang direndahkan,
perkataan mana yang diucap dengan laju dan sebagainya. Paraktikkan.

Pengalaman saya

Pada bulan Februari 2008, saya bersama dua orang rakan saya mendapat panggilan
temuduga di Syarikat V. Setelah melakukan sedikit persiapan tentang soalan-soalan yang bakal
ditanya oleh penemuduga nanti, kami pun bertolak ke Syarikat V untuk ditemuduga. Tiba di
sana kelihatan calon-calon lain berbaris untuk sesi temuduga. Oleh kerana jumlah yang hadir
agak ramai, maka kami dipecahkan kepada tiga kumpulan. Temuduga dijalankan secara

Page 69 of 86
www.BahasaInggeris.com

berkumpulan. Kami diminta memperkenalkan diri dan ditanya beberapa soalan yang berkaitan
dengan syarikat. Sudah tentu ianya dalam Bahasa Inggeris.

Selepas ditanya seorang demi seorang, tibalah giliran saya untuk ditemuduga. Entah
mengapa saya berasa agak gugup dan gementar. Mungkin disebabkan temuduga ini dijalankan
secara berkumpulan. Ketika bercakap suara saya menjadi perlahan. Bahasa Inggeris saya
berterabur sehingga penemuduga agak kurang faham dengan apa yang saya perkatakan.
Akhirnya, seperti yang dijangka keputusan yang diterima ialah...negatif. Hanya seorang sahaja
daripada kami bertiga yang berjaya ditawarkan bekerja di situ.

Kemudian saya mendapat pekerjaan ditempat lain. Namun, gaji yang ditawarkan agak
rendah sedikit berbanding gaji yang ditawarkan oleh Syarikat V selain kerjanya yang sedikit
leceh. Oleh kerana tiada lagi tawaran temuduga lain pada masa itu, saya pun meneruskan kerja
saya di situ.

Selepas kira-kira tiga bulan, kawan saya (yang bekerja disitu) memaklumkan kepada
saya tentang kekosongan jawatan. Saya sekali lagi dipanggil temuduga oleh Syarikat V. Dalam
hati saya berkata, “Kali ini aku takkan lepaskan. Aku akan buat yang terbaik sehingga berjaya.”
Saya pun membuat persediaan secukupnya. Latihan bercakap seorang diri dan sebagainya.

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Saya pergi ke syarikat tersebut dengan semangat
yang berkobar-kobar. Dalam hati saya sentiasa sematkan, “Aku akan buat yang terbaik! Aku
akan buat yang terbaik! Aku mesti dapatkan jawatan tersebut.” Setelah melalui beberapa
peringkat penapisan, akhirnya sampailah ke peringkat terakhir iaitu temuduga secara
berkumpulan. Saya duduk dibarisan hadapan sekali.

Page 70 of 86
www.BahasaInggeris.com

Selepas seorang demi seorang, akhirnya tiba giliran saya ditemuduga. Tidak seperti
temuduga sebelum ini, kali ini saya bercakap menggunakan suara yang lantang, padu dan
bertenaga sekali. Saya menjawab segala soalan yang diberikan kepada saya dengan penuh
yakin. Walaupun adakalanya jawapan yang saya berikan tidak menepati apa yang diinginkan
oleh penemuduga, saya tetap mempertahankannya. Tiada lagi rasa gugup dan gementar. Saya
puas bercakap dalam Bahasa Inggeris hari ini dan saya teramat yakin yang saya akan berjaya.

Seperti sebelum ini, keputusan diberitahu melalui talian telefon. Agak lewat juga kira-
kira pukul 8 malam, wakil dari Syarikat V menelefon saya dan memberitahu,

”Congratulations, you've been selected to join our company.”

Pelan Tindakan 6 Bulan Mahir Komunikasi Bahasa Inggeris.

Sekarang anda telah faham bagaimana untuk mahir berkomunikasi dalam Bahasa
Inggeris. Anda juga telah tahu serba sedikit pengalaman saya. Apa pula langkah seterusnya?
Bagaimana anda boleh gunakan cara ini untuk bercakap Inggeris secara automatik?

Mulakan dengan perubahan-perubahan kecil yang berterusan. Dalam Bahasa Inggeris


disebut CANI iaitu Constant And Never-ending Improvement. Dalam Bahasa Jepun pula ada
satu istilah yang disebut sebagai Kaizen yang membawa maksud yang sama. Selain itu teknik ini
sangat bertepatan dengan hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi:

Page 71 of 86
www.BahasaInggeris.com

“Sebaik-baik amalan adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”

Mahu tidak mahu, setiap hari anda mesti lakukan sesuatu untuk meningkatkan
penguasaan Bahasa Inggeris anda walaupun perkara kecil. Sebelum tidur, tanya diri anda
kembali, apakah yang anda telah lakukan hari ini?

Untuk lebih tersusun lagi, buat satu pelan tindakan, langkah-langkah yang mesti anda
lakukan untuk menguasai Bahasa Inggeris. Disiplinkan diri anda. Percayalah. Pada permulaan,
langkah anda mungkin agak perlahan. Bagaimanapun selepas 6 bulan anda pasti mampu
bertutur lebih pantas dan baik.

Berikan masa kepada diri anda. Rileks. Seminggu tidak mencukupi. Begitu juga sebulan.
Sekurang-kurangnya 3 bulan. Jika selepas sebulan anda tidak mahir lagi, katakan kepada diri
anda, “Bukankah ada dua bulan lagi?” Dalam tempoh 3 bulan ini, pulun habis-habisan. 3 bulan
sahaja! 3 bulan yang menentukan masa depan anda. Cemerlang atau sebaliknya.

Berikut merupakan contoh pelan tindakan mudah untuk anda gunakan setiap hari dan
setiap minggu selama 6 bulan.

Pagi

 Bangun pagi, dengar lagu Inggeris yang rancak. Berdiri tegak, bidangkan dada, senyum.
(5 minit)

Page 72 of 86
www.BahasaInggeris.com

 Katakan atau jerit, “Aku boleh bercakap-cakap dalam Bahasa Inggeris!” “Bahasa Inggeris
senang!” sambil memetik jari. (1 minit)

 Dalam perjalanan ke kelas/tempat kerja, dengar perbualan Bahasa Inggeris melalui


pemain MP3 anda. Kalau anda menggunakan kereta, buka siaran radio berbahasa
Inggeris. Jika sebelum ini anda selalu mendengar siaran radio Hotfm atau Era, kali ini
cuba dengar siaran radio Hitz.fm, Mix.fm, atau Fly.fm. Dengar celoteh DJ radio tersebut.
(contoh percakapan Bahasa Inggeris SEBENAR!)

 Sambil anda menikmati sarapan pagi, cucuk earphone iPod/MP3 player ke dalam cuping
telinga anda. Dengar lagi. Sambil dengar ukirkan senyuman. (10 minit)

Tengah Hari

Selepas anda makan tengah hari, dengar perbualan Bahasa Inggeris yang anda muat
turun dari internet dan sebagainya. (10 minit)

Malam sebelum tidur

 Tonton dan dengar perbualan pada babak filem kegemaran anda dengan teliti. Ulang
dengar berkali-kali. (10 minit)

 Ulang baca buku frasa Bahasa Inggeris. (5 minit)

“Jangan putus asa jika otak anda tumpul dan kurang cemerlang.

Kadang-kadang seseorang yang tumpul otaknya tetapi tidak

putus asa lebih mampu daripada seorang yang cemerlang tapi pemalas.”

Page 73 of 86
www.BahasaInggeris.com

BAB 4

Strategi #3: BERTAHAN

Baiklah, kita sudah sampai ke peringkat terakhir dalam penguasaan Bahasa Inggeris.
Anda peminat bola sepak? Jika ya, anda pasti pernah menyaksikan sebuah perlawanan akhir.
Tidak seperti perlawanan liga, dalam perlawanan ini salah satu pasukan tidak dapat tidak perlu
mencipta kemenangan untuk menentukan juara. Tiada seri. Satu gol sudah memadai.

Jika pasukan Harimau Malaya mendahului pasukan Singapura pada separuh masa
pertama, anda akan dapat saksikan pasukan Singapura akan menyerang habis-habisan pada
separuh masa kedua untuk menyamakan kedudukan. Dan pada masa yang sama pasukan
Harimau Malaya akan mengubah taktik mereka dengan berkampung di halaman sendiri untuk
bertahan termasuklah pemain penyerangnya.

Akibat pertahanan yang yang ampuh serta kukuh pasukan Harimau Malaya berjaya
mengekalkan kedudukan sehingga wisel yang terakhir dan memenangi perlawanan akhir
tersebut. Pasukan Harimau Malaya berjaya!

Begitu juga halnya dalam menguasai Bahasa Inggeris. Semasa dan selepas anda
berusaha dan bekerja keras untuk menguasai Bahasa Inggeris, anda perlulah bertahan sekuat-
kuatnya dari halangan yang wujud dalam diri anda mahupun dari orang lain.

Page 74 of 86
www.BahasaInggeris.com

Jaga kesihatan anda

Baiklah, apabila anda berkata “mengantuknya aku baca buku bahasa Inggeris ni…”, anda
harus bertanya kepada diri anda semula apa yang anda belum atau telah anda lakukan.
Mungkin anda masih belum makan, mungkin baru sahaja melantak sehingga 5 pinggan nasi,
mungkin anda terpaksa tidur lewat malam tadi kerana rakan anda menelefon anda di tengah-
tengah malam menceritakan masalah peribadinya sehingga jam 4 pagi dan lain-lain.

Jadi sebab-sebab inilah yang membuatkan anda mengantuk sebenarnya. Bukan Bahasa
Inggeris itu. Justeru anda perlu elakkan perkara-perkara yang boleh membuatkan anda
mengantuk terlebih dahulu. Makanlah sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Ikut
sunnah Nabi. Dapatkan tidur yang cukup. Dan yang paling penting, sediakan diri anda dengan
mood yang tenang sebelum membaca dan sebagainya.

Tip mudah menghilangkan rasa ngantuk: Ngantuk terjadi kerana otak kita kekurangan
oksigen dan darah. Jadi untuk menghilangkannya cuba tarik nafas menggunakan
teknik 888. 8 saat tarik perlahan-lahan, 8 saat tahan, dan 8 saat lagi hembus perlahan-
lahan. Lakukannya sekurang-kurangnya 3 kali. Jika masih tidak hilang, lakukannya lagi
berkali-kali. Dengan cara ini jantung kita akan mengepam darah dan oksigen ke otak
dengan cepat.

Selain itu, banyakkan minum air suam, air bertapis atau air kosong.

Page 75 of 86
www.BahasaInggeris.com

Jangan mengeluh

Jika anda berasa menghadapi banyak cabaran, dugaan, berasa sukar, hampir putus asa
dan sebagainya, anda jangan sekali-kali mengeluh. Ingat, suara mempunyai kuasa mengutakan
anda dan melemahkan anda. Jika tiba-tiba anda rasa nak mengeluh juga, berhenti! Tahan suara
keluhan yang anda ingin keluarkan. Simpankan sahaja. Contohnya apabila anda terpaksa
membaca sesuatu, tapi dalam Bahasa Inggeris, anda biasanya akan berkata, ”Aduh Bahasa
Inggeris pula...” Opp..tahan dulu! Tutup semula mulut anda dan jangan keluarkannya.

Jika anda tidak percayakan kuasa suara ini, anda boleh buat eksperimen sendiri dengan
kawan-kawan anda. Caranya, anda depakan tangan. Kemudian, dengan menggunakan dua jari
suruh kawan anda tolak tangan anda ke bawah. Ketika kawan anda menolak, anda tahan dan
cakap, ”Lemah...lemah...lemah...” dengan menggunakan suara yang lemah longlai dan tidak
bermaya.

Kemudian, dengan menggunakan teknik yang sama, ulang semula. Tetapi kali ini, anda
sebut ”Aku kuat! Aku kuat! Aku kuat!” Dengan penuh perasaan. Keputusan eksperimen yang
anda peroleh ialah kawan anda akan sukar menolak tangan anda kebawah ketika anda
bercakap ”Aku kuat!” manakala ia akan menolak ke bawah dengan mudah ketika anda berkata
”Aku lemah...”. Anda boleh cuba jika anda tidak percaya.

Jadi kesimpulannya, tahan suara-suara negatif daripada keluar dari mulut anda.
Sebaliknya ucapkanlah kata-kata yang positif, yang bertenaga dan mampu merangsang diri
anda untuk menjadi hebat.

Page 76 of 86
www.BahasaInggeris.com

Sabar dan Bertenang

Selain itu, anda harus bersedia dari segi mental dengan kata-kata yang berbunyi seperti ini,

“huh poyo lah engkau. Muka tak hensem ada hati nak mahir berbahasa Inggeris??”

“Sudahlah Mat…kamu tu dah semulajadi bodoh…belajar macam mana pun takkan


pandai punya…”

“Eleh nak berlagak la tu si Adi Putra tu…asyik nak speaking je bila jumpa orang…sedar la
diri tu sikit…”

Saya pasti suara-suara sumbang seperti ini akan wujud di mana-mana. Ini kerana apabila
mereka ragu-ragu dengan kemampuan anda, mereka sebenarnya ragu-ragu dengan
kemampuan mereka sendiri.

Mereka ini juga bukan sahaja berasa cemburu, malah tersangat-sangat cemburu
sekiranya anda akan lebih pandai daripada mereka, lebih cepat naik pangkat daripada mereka,
lebih berpeluang melanjutkan pelajaran di universiti-universiti terkemuka di luar negara, lebih
mudah diterima bekerja dengan syarikat-syarikat gergasi di Malaysia satu hari nanti!

Oleh kerana mereka ini malas, tiada matlamat hidup, dan tidak mahu berusaha, apa
yang boleh mereka lakukan ialah melemahkan semangat anda supaya anda sentiasa duduk
sama rendah dengan mereka.

Namun anda tidak perlu berasa marah, putus asa, berdendam, membalas kata-kata
mereka, menarik rambut, mahupun melayangkan penampar sulung anda kepada mereka.
Perkara yang harus anda lakukan hanyalah senyum, bersabar , fokus kepada matlamat anda
dan teruskan usaha. Ingatlah, orang yang selalu mengata di belakang anda, mereka akan
sentiasa di belakang anda.

Page 77 of 86
www.BahasaInggeris.com

Cerita binatang

Anda tentu pernah dengar cerita arnab dan kura-kura bukan? Bagaimana angkuhnya
arnab yang laju berlari namun dikalahkan oleh kura-kura yang berjalan merangkak-rangkak.
Tapi hari ini saya bukan nak bercerita berkenaan arnab dan kura-kura tapi pasal...

Arakian tersebut alkisah di sebuah perkampungan katak, telah berlangsungnya satu


pertandingan terbuka memanjat menara kepada semua katak-katak di perkampungan tersebut.
Maka, banyaklah katak-katak yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut tidak
mengira kecil atau besar, tua atau muda. Semuanya berbondong-bondong mengambil bahagian
dalam pertandingan tersebut kerana tertarik hati dengan hadiahnya yang sungguh lumayan.

Dijadikan cerita, tibalah saat yang ditunggu. Semua katak-katak yang mengambil
bahagian terkejut kerana menara yang perlu mereka panjat terlalu tinggi. Maka adalah
beberapa ekor katak yang mula menarik diri sebelum pertandingan tersebut berlangsung.

Page 78 of 86
www.BahasaInggeris.com

Apabila pertandingan telah dimulakan, para penonton mula bercakap-cakap. Ada yang
mengejek-ejek, ada yang mengata, pendek kata semua katak-katak yang menonton
mengeluarkan kata-kata negatif.

Maka, seekor demi seekor katak-katak yang sedang memanjat menara tersebut jatuh
hingga tinggal beberapa ekor sahaja katak yang masih meneruskan perjuangan untuk memanjat
menara tersebut.

Akhirnya setelah menunggu agak lama, seekor katak kecil telah berjaya sampai ke
puncak menara. Semakin diejek, dikata semakin laju pula katak itu memanjat ke atas. Semua
katak-katak di perkampungan tersebut sangat hairan dan terkejut. Apabila katak kecil tersebut
turun dari menara, masing-masing bertanya bagaimana katak tersebut boleh sampai ke puncak.
Jawapannya adalah kerana katak kecil tersebut…

PEKAK!!!

Jadi, disebabkan katak kecil tersebut pekak, dia tak dapat mendengar segala tohmahan dan
kata-kata negatif yang dilemparkan oleh katak-katak yang menonton. Dan disebabkan
kepekakan katak kecil itu jugalah, dia berjaya muncul sebagai juara pertandingan memanjat…

Jadi sebagai kesimpulannya, jadilah seperti katak yang pekak. Jika anda asyik mendengar
dan mengambil kira apa yang orang di sekeliling anda kata, pastinya anda akan jadi seperti
katak-katak lain yang jatuh sebelum sampai ke puncak menara. Selain itu, jadikan ejekan atau
kata-kata negatif mereka sebagai satu cabaran atau booster untuk anda memacu perjalanan

Page 79 of 86
www.BahasaInggeris.com

anda. Bukankah pokok akan lebih subur jika dilemparkan dengan najis? Bukankah baja tahi
ayam itu terkenal sebagai baja yang telah digunakan sejak zaman berzaman?

Disebalik malam yang gelap akan ada bintang-bintang yang begemerlapan. Andalah
bintang itu. Anda hero!

Berkawan dengan orang yang pandai Bahasa Inggeris

Daripada mendekati kawan-kawan yang selalu melemahkan dan memperleceh anda


lebih baik cari kawan yang boleh membantu anda dan memberi inspirasi kepada anda. Terdapat
sepotong hadis berkenaan kawan yang ditekankan oleh Rasulullah S.A.W.

"Perumpamaan berkawan dengan orang baik dan berkawan dengan orang


jahat tak ubahnya seperti berkawan dengan penjual minyak wangi atau
dengan tukang tiup api di bengkel tukang besi. Jika berkawan dengan penjual
minyak wangi, adakalanya engkau terkena minyak wangi atau engkau

Page 80 of 86
www.BahasaInggeris.com

membeli daripadanya atau setidak-tidaknya engkau dapat tercium bau


harumnya. Dan jika berkawan dengan peniup api di bengkel tukang besi,
adakalanya pakaianmu boleh terbakar atau setidak-tidaknya engkau tercium
bau busuk."(Hadith Riwayat Muslim)

Dalam menguasai Bahasa Inggeris juga perkara ini tidak terkecuali. Anda perlu berkawan
dengan orang-orang positif. Jika tiada, carilah seorang. Kawan yang positif adalah kawan yang
baik dalam usaha anda mahir berbahasa Inggeris. Anda juga boleh mencari kawan yang
'sekepala' dengan anda iaitu kawan-kawan yang turut mempunyai keinginan yang sama dengan
anda untuk mahir berbahasa Inggeris atau yang mempunyai impian yang sama dengan anda.

Doa

Pertahanan terakhir yang anda harus lakukan ialah dengan berdoa kepada Allah. Ini
kerana setiap usaha-usaha kita, akhirnya haruslah disandarkan kepada Allah.

“Selepas kamu berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka
kepada orang yang bertawakkal.” (Surah Ali-Imran: 159).

Terdapat banyak doa-doa khusus untuk berjaya dalam pelajaran. Namun sekiranya anda
tidak menghafal doa-doa tersebut, anda boleh berdoa dengan menggunakan bahasa anda
sendiri. Asalkan ia lahir ikhlas dari hati anda. Sebutlah dengan terperinci dalam doa anda itu.
Contohnya begini.

Page 81 of 86
www.BahasaInggeris.com

“Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Aku
bermohon kepada-Mu agar segala usaha-usahaku ini akan membuahkan hasil. Mudah-
mudahan satu hari nanti aku dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan dapat
melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kuatkanlah semangatku, azamku, mental dan
fizikalku dalam mengharungi segala ujian yang datang kepadaku dalam usaha-usahaku
mengejar impianku. Rahmatilah hidupku supaya aku sentiasa beroleh keberkatan dari-
Mu sepanjang masa. Amin.”

Doa sebegini akan menjadikan anda kuat dari sudut mental. Anda tidak akan hairan lagi
dengan apa yang dikatakan oleh rakan anda. Ini kerana anda yakin, walau apa pun yang terjadi,
Allah sentiasa bersama-sama dengan anda.

Tips ketika berdoa: Susun ayat anda sebelum berdoa. Berdoa dalam nada yang merintih
kepada yang Maha Kuasa. Jangan putus asa walau sekali dengan rahmat Allah.

Bagi yang bukan Islam, anda boleh berdoa mengikut kepercayaan agama yang anda
anuti.

Page 82 of 86
www.BahasaInggeris.com

PENUTUP

Akhir sekali, ingin saya ingatkan sekali lagi, untuk menguasai bahasa Inggeris, letakkan
terlebih dahulu keinginan dan minat yang mendalam untuk menguasai bahasa Inggeris.
Seterusnya berusaha keraslah untuk mencapainya berdasarkan tip-tip yang saya telah berikan.
Anda juga perlukan pertahanan yang kuat. Usah berkecil hati dengan kata-kata orang
disekeliling yang mengejek dan mempersendakan anda. Sebaliknya jadikan ia sebagai satu
penguat semangat untuk kejayaan anda kelak.

”Bertindaklah, bertindaklah, bertindaklah!”

”Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-


orang yang beramal soleh serta yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan
berpesan-pesan dengan kesabaran.”

Surah al-Asr ayat 1-3

Imbas kembali sudah berapa tahun lamanya anda belajar Bahasa Inggeris namun hingga
kini masih belum menguasainya. Namun, anda tidak punyai kuasa untuk mengundurkan waktu.
Sebagaimana anda akan menyesal pada masa ini jika mensia-siakan masa lalu, maka suatu hari
nanti, di masa akan datang, anda pasti akan menyesal dan berangan-angan agar dunia boleh
berpusing kembali.

Ingatlah – masa adalah percuma. Sebagaimana lazimnya, perkara atau produk percuma,
kurang atau tidak dihargai. Dan lebih malang lagi, semasa ada, kita manusia kurang memberi

Page 83 of 86
www.BahasaInggeris.com

perhatian, hanya setelah tiada barulah kita tercari-cari dan menyesali. Barulah kita
mengatakan, ”Kalaulah dulu... kalaulah dulu...” Apa lagi yang boleh dilakukan selain penyesalan.

Kerana itu orang yang bijak akan menggunakan masa sepenuh-penuhnya. Walaupun
mungkin pencapaiannya tidak 100% sebagaimana yang dihajati, tetapi ia tidak menyesal kerana
telah menggunakan waktu dengan sebaik-baiknya.

Kerana beranggapan masa yang ditangan masih banyak lagi, selalunya manusia suka
menyebut, ”Nantilah, saya akan lakukan selepas...” Nanti, nanti, nanti... berterusan nanti.
Begitu seronok mengatakan ”nantilah...” hingga sampai satu peringkat menyesal kerana
menyedari masa ditangan hanya tertinggal sedikit sahaja. Oleh yang demikian, sebelum tiba
masa yang penuh penyesalan itu, adalah lebih baik berhenti mengatakan ”Nanti” yang mana
merupakan racun yang membunuh anda secara perlahan-lahan.

Setiap orang diberikan masa yang sama setiap hari. 24 jam sehari, 365 hari setahun.
Tiada seorang pun yang dapat lebih. Oleh yang demikian, mulai sekarang gunakan serta uruskan
masa yang ada dengan baik. Sebelum tidur, cuba semak kembali 24 jam yang anda lalui. Apakah
yang anda telah lakukan untuk mencapai matlamat anda untuk menguasai bahasa Inggeris?
Seterusnya rancang apakah yang boleh dilakukan 24 jam berikut untuk mencapai matlamat
anda itu. Ingat, tiada lagi perkataan ”nanti”. Lakukan ini setiap hari. InsyaAllah kejayaan akan
bersama dengan anda satu hari nanti.

Takut sudah terlalu tua untuk berjaya?

Jika anda sudah sedikit berusia (30-an atau 40-an atau lebih), anda mungkin berkata,
”Saya sudah berumur. Mana ada masa nak lakukan semua ini dan tidak mungkin saya boleh
Page 84 of 86
www.BahasaInggeris.com

berbahasa Inggeris dengan baik. Ingatan saya sudah lemah. Saya tidak mampu capai capai apa
yang saya impikan.”

Hei kawan, tahukah anda fakta ini.

 Pablo Piccasso masih melukis mahkaryanya pada usia 90 tahun.

 Ray Croc, pengasas francais Mcdonald Hamburger, adalah seorang jurujual cawan kertas
sebelum dia memulakan francais Macdonald pada usia 53 tahun!

 Pada usia 66 tahun, Harland Sanders menggunakan resipi rahsianya bagi masakan ayam
segera dan memulakan syarikat Kentucky Fried Chicken, KFC.

 Nelson Mandela, setelah dipenjara selama lebih daripada suku abad, akhirnya menjadi
Presiden Afrika ketika berusia 76 tahun.

Namun apakah yang mereka lakukan sebelum sampai ke tahap itu? Adakah mereka
hanya bergoyang kaki? Tidak. Adakah mereka berangan-angan setiap hari? Mungkin juga.
Namun tidak sekadar angan-angan, mereka sulaminya dengan tindakan dan tidak sekali-kali
berhenti. Mereka menetapkan sebuah impian dan bekerja keras mencapainya.

Akhir kata, anda telah baca buku teks Bahasa Inggeris. Anda telah bertahun-tahun
belajar Bahasa Inggeris di sekolah. Anda telah baca banyak buku grammar. Tapi anda masih
seperti dulu. Jadi, sekarang masanya untuk anda dengar cakap saya dan praktikkan.

Saya hanya berkongsi tips dan pengalaman saya dengan anda. Selebihnya terpulang
kepada diri anda. Kejayaan yang bakal anda peroleh ialah kejayaan anda. Kegagalan yang bakal
anda peroleh juga merupakan kegagalan anda. Jadi buatlah pilihan anda sekarang. Suka saya

Page 85 of 86
www.BahasaInggeris.com

untuk memetik kata-kata bekas Setiausaha Agung Amerika Syarikat, Collin Powell yang
berbunyi,

“Tiada rahsia untuk berjaya melainkan jangan membuang masa melihat


kejayaan orang lain. Kejayaan adalah hasil kesempurnaan, kerja keras, belajar dari
kegagalan dan menuntut ilmu dari yang lebih tahu.”

Jika tulisan saya ini ada manfaatnya gunakanlah. Namun jika terdapat kecacatan dan
kekurangan, saya dengan ini menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf. Saya mendoakan
agar anda dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dan mencapai segala impian anda.
Ingat, impian anda adalah hak mutlak anda.

Saya juga amat berharap anda dapat hubungi saya semula untuk menceritakan kisah
kejayaan anda mahir berbahasa inggeris selepas mengikuti strategi, teknik, serta tips yang saya
beri. Kejayaan anda, kegembiraan bagi saya.

Salam kejayaan!

Email: abdulhafizlidin@gmail.com

Page 86 of 86

Anda mungkin juga menyukai