Anda di halaman 1dari 5

TEKNIK –TEKNIK BELAJAR BAHASA INGGERIS

Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang sangat penting dipelajari dan individu yang menguasai dan
belajar Bahasa Inggeris adalah individu yang setapak ke hadapan berbanding orang lain. Hal ini kerana
belajar Bahasa Inggeris sangat penting untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian yang lebih tinggi
malahan dalam bidang pekerjaan sekalipun terutama untuk temuduga dan urusan kenaikan pangkat,
calon yang menguasai bahasa inggeris diberi keutamaan.

Penting sekali untuk kita mengetahui fakta-fakta berikut:

Bahasa Inggeris diiktiraf sebagai bahasa ilmu dan bahasa ekonomi yakni mempunyai
penggunaan yang paling meluas di serata dunia.

Di negara kita sudah termaktub di perlembagaan negara bahawa Bahasa Melayu merupakan
bahasa rasmi negara tetapi jika tidak, maka Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang kedua
paling penting dalam negara.

Bahan-bahan ilmuan versi Bahasa Inggeris tiga kali ganda lebih banyak merangkumi prospek
kajian di universiti dan internet.

Anda mampu hidup di mana-mana di dunia ini kerana mampu berkomunikasi menggunakan
bahasa inggeris dengan pelbagai bangsa utama dunia.

Kajian mendapati bahawa individu yang menguasai Bahasa Inggeris mempunyai tahap
kemahiran berfikir yang tinggi berbanding dengan individu yang tidak menguasai bahasa
tersebut.

Ada beberapa cara sebagai panduan belajar Bahasa Inggeris dengan mudah dan betul.

-Antaranya ialah dengan mengikuti kursus belajar bahasa inggeris. Namun demikian, yuran
kursus agak mahal dan mencecah beratus-ratus ringgit bergantung pada pusat belajar bahasa
inggeris. Ini kerana perisian-perisian yang digunakan memerlukan kos yang tinggi. Ada juga
yang cuba belajar bahasa inggeris dengan sendiri dengan menggunakan buku dan kamus bahasa
inggeris online tetapi masih juga tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan.

Sebenarnya, untuk belajar Bahasa Inggeris dan menguasainya memerlukan strategi yang betul
dan tidak bersandarkan pada kursus dan buku semata-mata. Ya, anda memerlukan strategi yang
berkesan untuk menguasai Bahasa Inggeris.
PERSOALAN

Susah sangatkah belajar Bahasa Inggeris? Siapa yang seharusnya dipersalahkan? Adakah guru-
guru bahasa Inggeris? Kementerian Pelajaran Malaysia? Atau pelajar itu sendiri??

join me in poker game nw baby..


CARA-CARA BELAJAR BAHASA INGGERIS

Cara 1 : Belajar melalui kartun

Ok, selain daripada berhibur dengan kartun, anda juga boleh pelajari sedikit bahasa percakapan
yang digunakan. Ini sangat berkesan bagi mereka yang tidak tau bertutur dalam bahasa inggeris.
Antara kartun yang memperbaiki percakapan Inggeris saya seperti SpongeBob , Pokemon dan
juga digimon. Hehe mungkin agak ragu-ragu sikit pada permulaan tapi lama kelamaan memang
seronok

Cara 2 : Belajar melalui Surat Khabar

Selain daripada dapat info semasa, Anda juga boleh memperbaiki kebolehan penulisan dalam
bahasa Inggeris. Yela, kekadang kita boleh silap guna grammar kan. Jadi dengan melalui ini, kita
akan mengetahui bila present tense dan past tense digunakan. Antara surat khabar yang boleh
digunakan adalah The Sun.

Cara 3: Belajar melalui Komik

Yang ini paling- paling saya sukakan. Antara komik yang jadi pilihan saya adalah Naruto dan
juga Bleach. yang ini, saya selalu baca di mangastream.com . Apa yang boleh dipelajari disini
adalah cara percakapan antara satu sama lain.
Tonton filem dengan sari kata Bahasa Inggeris

Bagi anda yang selalu menonton filem-filem atau cerita animasi, anda digalakkan untuk
menonton filem/dokumentari yang menggunakan Bahasa Inggeris atau filem-filem luar negara
yang menggunakan sari kata Bahasa Inggeris. Elakkan daripada menggunakan sari kata Bahasa
Melayu. Ini bertujuan agar anda dapat menambahkan vocabulary anda seterusnya berupaya
membina tatabahasa. Namun, jangan pula terikut-ikut dengan ciri-ciri negatif yang ditayangkan
oleh filem-filem ini. Cari filem yang sesuai dengan anda.

Games yang menggunakan Bahasa Inggeris

Jika anda merupakan gamers tegar, dalam konteks ini, permainan seperti DotA atau Pro
Evolution Soccer mungkin tidak banyak membantu dalam meningkatkan penguasaan Bahasa
Inggeris anda. Carilah permainan yang banyak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai satu
daripada ciri-ciri permainan itu sendiri. Dengan ini, akan akan selalu membelek kamus bagi
mengetahui maksud perkataan yang anda kurang fahami.

Salin perkataan beserta maksud

Salin perkataan dan maksud yang anda baru perolehi dan letakkannya di tempat yang selalu anda
kunjungi. Jika di asrama, mungkin meja belajar anda adalah tempat yang paling sesuai. Di rumah
pula, anda boleh tulis pada sticky notes, kemudian letakkannya di pintu peti sejuk atau meja
komputer anda. Ini bertujuan agar anda sentiasa melihat perkataan tersebut dan proses ini akan
lebih menguatkan daya ingatan anda terhadap Bahasa Inggeris.

Membuat latihan di hadapan cermin

Jika anda malu untuk menggunakan Bahasa Inggeris di hadapan orang ramai, anda boleh
menggunakan cermin sebagai refleksi bagi menggambarkan anda sedang berkomunikasi dengan
orang lain. Dengan menggunakan cermin sebagai refleksi orang lain, anda dapat menghilangkan
perasaan gemuruh anda, seterusnya membina keyakinan anda dalam berbahasa Inggeris.

Akan tetapi, jangan terlalu bergantung kepada cermin untuk membina keyakinan diri. Keyakinan
daripada hasil latihan ini hanya berguna untuk anda mula berkomunikasi dengan orang lain dan
ia tidak dapat membantu selamanya. Anda perlu juga sekali-sekali berhadapan dengan manusia
sebenar yang boleh diajak berkomunikasi dalam bahasa ini.
Ubah Gaya Pemikiran Anda

Sebenarnya tip terakhir bagi artikel ’6 cara mudah menguasai bahasa inggeris’ ini merupakan
kunci yang paling penting untuk anda menguasai Bahasa Inggeris. Anda perlu ubah dahulu
pemikiran anda yang mengatakan bahawa, “Saya lemah/tidak boleh berbahasa inggeris“.
Sekiranya anda dapat mengubah mind set ini, anda pasti dapat menguasai Bahasa Inggeris,
percayalah.

Jika anda dapat menguasai tip ke-6 ini, 5 tips terdahulu akan menjadi semakin mudah dan anda
akan mula berasa seronok dalam mempelajari apa jua bahasa, terutamanya Bahasa Inggeris.

Anda mungkin juga menyukai