Anda di halaman 1dari 59

www.BahasaInggeris.

com

PEMBONGKARAN STRATEGI RAHSIA

KUASAI BAHASA
INGGERIS

praktikal,

bermotivasi,

berkesan!

oleh: hafiz lidin

Page 1 of 59
www.BahasaInggeris.com

ISI KANDUNGAN

DARI MEJA PENULIS

MENGENAI BUKU INI

SEPINTAS LALU

BAB 1 - 5 SEBAB KENAPA ANDA MASIH LEMAH DAN


BELUM MENGUASAI BAHASA INGGERIS

BAB 2 - STRATEGI #1: MERANCANG

BAB 3 - STRATEGI #2: MENYERANG

BAB 4 - STRATEGI #3: BERTAHAN

PENUTUP

Page 2 of 59
www.BahasaInggeris.com

DARI MEJA PENULIS

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana
sudi membeli e-book saya ini. Sebelum kita pergi lebih jauh, eloklah rasanya
saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Abdul Hafiz bin
Lidin @ Khlidin. Saya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah dan
Pengurusan dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pernah bekerja sebagai
Customer Service Executive salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
dan sebagai Business Development Executive di salah sebuah syarikat di
Kuala Lumpur yang berpangkalan di Hong Kong. Kini saya merupakan
seorang pendidik di salah sebuah sekolah di Perak.

Mungkin ketika ini anda tertanya-tanya. Apa kelayakan saya untuk menulis
ebook belajar Bahasa Inggeris sedangkan saya tidak memiliki ijazah
mahupun masters atau PhD dalam pengajaran Bahasa Inggeris? Ataupun
sekurang-kurangnya saya mestilah merupakan bekas pelajar Universiti
Oxford atau Harvard sebelum berhasrat untuk mengajar bahasa
antarabangsa ini kepada orang lain.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Page 3 of 59
www.BahasaInggeris.com

Harap maaf, saya tidak memiliki semua yang disebutkan di atas. Anda
berkata, Jika begitu anda masih ingin menulis buku mengajar Bahasa
Inggeris?? Saya katakan, Ya!. Ini kerana, saya merasakan saya ada
pengalaman yang amat berharga dan tidak dimiliki oleh individu lain. Oleh
yang demikian jika pengalaman yang saya miliki boleh dimanfaatkan, saya
kira tidak salah untuk saya berkongsi dengan orang ramai.

Bagi saya semua ini tidaklah begitu penting kerana apalah gunanya ijazah
sedemikian jika tidak memahami masalah yang melanda pelajar-pelajar
sekarang dan tiada apa-apa inovasi dan pembaharuan dilakukan dalam
pembelajaran bahasa Inggeris agar masyarakat dan generasi sekarang
mampu menguasainya dengan mudah.

Hari ini jika anda merasakan yang diri anda masih lemah berbahasa
Inggeris, tidak mengapa. Jangan rasa malu atau rendah diri. Saya amat
memahami anda kerana saya pernah berada dalam situasi anda suatu ketika
dahulu. Saya tidak dilahirkan sebagai seorang yang genius.

Saya pernah gagal dalam peperiksaan bahasa Inggeris saya selama dua kali
berturut-turut dan mendapat tempat yang terakhir di dalam kelas! Saya juga
tidak belajar di sekolah aliran Inggeris, mahupun berdarah kacukan Melayu-
Inggeris, mahupun berjiran dengan David Beckham! Pendek kata saya
kurang pendedahan dengan bahasa Inggeris. Biarpun begitu saya masih

Page 4 of 59
www.BahasaInggeris.com

boleh menguasai Bahasa Inggeris setelah menggunakan strategi yang akan


saya bongkarkan dalam buku ini.

Oleh yang demikian, saya berharap tulisan saya ini dapat kalau bukan
sedikit pun banyaklah yang dapat membantu anda untuk menguasai Bahasa
Inggeris. Baiklah, adakah anda sudah bersedia untuk meneroka ke alam
pembelajaran Bahasa Inggeris bersama-sama saya? Jika ya, jom kita ke
garisan permulaan!

Page 5 of 59
www.BahasaInggeris.com

Mengenai buku ini

Ops sebelum ke garisan permulaan, saya ingin ceritakan sedikit mengenai


struktur buku ini. Buku ini amat-amat berbeza dengan buku-buku belajar
bahasa Inggeris yang berlambak berada dipasaran.

Yang pertama, dalam buku ini saya akan menerangkan tentang bahasa
Inggeris dengan menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya. Guru-guru
bahasa Inggeris di sekolah-sekolah biasanya mengajar subjek bahasa
Inggeris menggunakan bahasa Inggeris.

Ini sebenarnya telah menyukarkan para pelajar kerana belumpun mereka


memahami apa yang diuturkan mereka dipaksa untuk memahami apa yang
di ajarkan oleh guru tersebut mereka. Akibatnya, pelajar tidak minat dan
cepat berasa bosan dengan subjek bahasa Inggeris. Oleh yang demikian
saya mengambil inisiatif ini agar anda dapat memahami penggunaan bahasa
Inggeris dengan tepat.

Yang kedua, saya akan menggabungkan unsur-unsur motivasi kepada anda


dalam proses untuk mahir berbahasa Inggeris. Mengapa saya lakukan
begini? Ini kerana, terdapat ramai orang yang ingin menguasai bahasa

Page 6 of 59
www.BahasaInggeris.com

Inggeris tetapi hanya sebilangan kecil sahaja yang betul-betul serius. Yang
selebihnya hanya HHTA. Anda tahu apa makna HHTA? Maknanya hangat-
hangat tahi ayam! Bagaimana untuk mengelak daripada berlakunya HHTA?
Jawapannya ialah motivasi.

Untuk itu anda perlulah sentiasa berfikiran positif terhadap setiap perkataan
dan ayat yang saya gunakan. Jika anda selalu menidak-nidakkan apa yang
saya tulis, anda sebenarnya telah menyukarkan lagi usaha anda untuk mahir
berbahasa Inggeris.

Page 7 of 59
www.BahasaInggeris.com

BAB 1
5 SEBAB KENAPA ANDA LEMAH DAN MASIH BELUM
MENGUASAI BAHASA INGGERIS

Masih ingatkah lagi bila kali pertama anda mengenal bahasa Inggeris?
Secara umumnya kita belajar bahasa Inggeris sedari umur 5 tahun lagi. Di
tadika, taska mahupun taski. Terdapat juga antara kita yang mengenal
bahasa Inggeris seawal 2 tahun! Kita diajar mengenal A B C. Contoh-contoh
bagi huruf ini biasanya menggunakan bahasa Inggeris. Contohnya A untuk
Apple, B untuk Ball, C untuk Cat dan seterusnya.

Jadi, jika dikira pembelajaran anda dari tadika sampai ke tingkatan 5, sudah
13 tahun anda belajar bahasa Inggeris. Purata setiap tahun kita anda akan
mengambil 2 kali peperiksaan penilaian iaitu pertengahan dan akhir tahun.
Oleh yang demikian sudah 26 kali anda menghadapi peperiksaan bahasa
Inggeris. Kepada yang berjaya menguasai bahasa Inggeris dalam tempoh ini
tahniah diucapkan.

Namun, bagi anda yang masih belum berjaya usah risau dan bimbang
kerana hakikatnya anda masih belum terlambat! Ada bermacam-macam
kaedah yang anda boleh gunakan untuk mempertingkatkan tahap
penguasaan bahasa Inggeris anda.

Page 8 of 59
www.BahasaInggeris.com

Sebelum itu mari kita lihat terlebih dahulu masalah-masalah yang


sebenarnya melanda anda.

1. Bahasa Inggeris tidak penting

Mereka yang lemah berbahasa Inggeris sebenarnya tidak nampak akan


kepentingan bahasa Inggeris. Akibatnya mereka tiada keinginan untuk
belajar bersungguh-sungguh. Mereka ini belajar bahasa Inggeris kerana
terpaksa. Mereka tiada minat langsung untuk belajar tentangnya apatah lagi
untuk menguasainya.

Bahasa Inggeris bagi mereka adalah satu bahasa yang susah, berbelit-belit
dan memeningkan kepala. Mungkin juga mereka bercita-cita untuk menjadi
nelayan satu hari nanti. Jadi tidak perlulah beriya-iya belajar bahasa
Inggeris.

Namun begitu saya pasti anda bukan salah seorang daripadanya. Kalau tidak
masakan ada sanggup membeli ebook saya ini. Sekalung tahniah kepada
anda.

2. Mind-set serta cara belajar yang salah

Page 9 of 59
www.BahasaInggeris.com

Kesinambungan daripada faktor di atas, sebab-sebab mengapa mereka tidak


minat belajar bahasa Inggeris, menganggap bahasa Inggeris ini sesuatu
yang mengerikan dan tidak nampak kepentingan bahasa Inggeris ialah
kerana mereka tidak tahu cara yang betul untuk belajar dan
menguasai bahasa Inggeris.

Kesilapan yang dilakukan oleh guru-guru bahasa Inggeris di sekolah ialah


mereka tidak memprogram minda pelajar-pelajar mereka dengan betul
sebelum sesuatu pembelajaran bermula. Sebaliknya mereka terus kepada
grammar,bla bla bla dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Akibat daripadanya pelajar terpinga-pinga seterusnya tidak minat untuk


belajar. Apabila tidak minat belajar maka terdapat pelajar yang mengambil
jalan mudah dengan ponteng kelas dan sebagainya.

Bagaimana untuk meletakkan mindset yang betul ke dalam minda? Kita


akan kupas sebentar lagi.

3. Malas buka kamus

Page 10 of 59
www.BahasaInggeris.com

Salah satu penyakit utama yang membarah dalam diri kita dalam menguasai
bahasa Inggeris ialah malas membuka kamus. Lebih teruk lagi, ada
sesetengah orang yang langsung tidak mempunyai kamus! Mereka hanya
meminjam dari kawan-kawan yang baik hati jika mereka memerlukannya.

Daripada membuka kamus kita lebih gemar untuk bertanya kepada kawan-
kawan atau sesiapa sahaja yang berada berhampiran kita untuk mengetahui
maksud sesuatu makna perkataan.

Ya! Bertanya merupakan salah satu proses pembelajaran yang baik dan
berkesan. Anda juga berhak untuk bertanya kepada kawan anda yang power
dalam bahasa Inggeris tentang perkataan yang anda tidak tahu maksudnya.
Tetapi harus diingat, mereka juga berhak untuk tidak memberikan anda
jawapan kepada persoalan anda. Ini kerana mungkin mereka memandang
anda sebagai seorang yang tidak bersungguh-sungguh dalam menguasai
bahasa Inggeris seperti yang pernah dilakukan oleh mereka sebelum ini.

Page 11 of 59
www.BahasaInggeris.com

Selain itu, mereka juga mempunyai daftar kata yang terhad. Tidak mungkin
kawan anda itu telah menghafal kamus yang mempunyai sekurang-
kurangnya 40,000 perkataan! Mungkin juga maksud sesuatu perkataan yang
anda cari itu berbeza dengan apa yang diberitahu oleh rakan anda. Oleh itu
amat rugilah anda sekiranya tidak mahu menggunakan kamus.

4. Persekitaran

Selain itu, persekitaran juga sebenarnya mempengaruhi tahap penguasaan


bahasa Inggeris seseorang. Biasanya kita akan menggunakan bahasa ibunda
kita untuk berkomunikasi dengan keluarga, rakan-rakan, saudara mara dan
guru-guru.

Seorang warga Nepal yang datang bekerja di Malaysia akan menghadapi


masalah komunikasi hanya untuk dua hingga tiga bulan sahaja. Selepas itu
mereka dengan selambanya akan dapat memahami bahasa Malaysia
seterusnya menggunakannya dalam perbualan.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa walaupun kita duduk dalam


persekitaran yang menggunakan bukan bahasa kita, kita akan mudah untuk
menguasainya.

5. Penyakit utama apa-apa bahasa sekalipun TIDAK


MENGGUNAKANNYA!

Page 12 of 59
www.BahasaInggeris.com

Pepatah Arab ada mengatakan, Ilmu tanpa amal bak buah tanpa rimbun.
Ertinya tidak berguna ilmu yang kita ada jika ilmu itu tidak digunakan. Saya
yakin ramai di antara anda telah mampu sedikit sebanyak untuk membaca,
mendengar dan memahami buku-buku bahasa Inggeris, perbualan bahasa
Inggeris dan sebagainya tetapi tidak dapat berkomunikasi dengan baik
dalam bahasa Inggeris. Sebabnya ialah kita jarang-jarang
menggunakannya.

BAB 2
STRATEGI PERTAMA: MERANCANG

Page 13 of 59
www.BahasaInggeris.com

Sebelum memulakan secara serius proses penguasaan bahasa Inggeris,


anda hendaklah melakukan sedikit perancangan dan persediaan. Jika anda
gagal merancang, anda sebenarnya telah merancang untuk gagal.
Perancangan dan persiapan yang dimaksudkan di sini lebih kepada persiapan
dari sudut mental.

Pahlawan agung Islam, Salehuddin al-Ayubi bersama-sama dengan bala


tenteranya telah melakukan solat tahujjud di malam hari sebelum berperang
dan berdoa kepada Allah agar mendapat kekuatan mental semasa
berperang.

Dan dengan kekuatan mental itulah mereka akhirnya dapat menewaskan


tentera Kristian seterusnya menakluki Sepanyol biarpun bilangan tentaranya
kurang daripada musuh. Lihatlah betapa hebatnya kuasa mental.

Baiklah tanpa melengahkan masa mari kita selongkar satu persatu persiapan
mental yang perlu anda lakukan.

1. Keinginan dan keghairahan untuk belajar Bahasa Inggeris

Setiap kejayaan bermula dengan sebuah keinginan. Keinginan kepada


kekayaan membuatkan seseorang itu bekerja keras setiap hari. Keinginan
kepada kecantikan membuatkan seseorang wanita itu berhabis duit membeli
produk-produk kecantikan. Keinginan kepada gadis cantik molek comel
membuatkan si jejaka tidak pernah berputus asa memikat hati si dara.

Begitulah juga dalam menguasai bahasa Inggeris. Anda harus ada keinginan
untuk menguasainya sebelum berusaha menguasainya. Namun keinginan

Page 14 of 59
www.BahasaInggeris.com

yang bagaimana diperlukan? Jawapannya ialah keinginan yang amat


sangat! Sepertimana keinginan anda untuk mendapatkan wanita/jejaka
idaman anda agar menjadi isteri/suami anda satu hari nanti!

Oleh itu, tanyakan kembali kepada diri anda, Apa sebenarnya tujuan anda
menguasai bahasa Inggeris ini? Apa yang anda inginkan dengan menguasai
bahasa Inggeris? Dapat A setiap kali peperiksaan bahasa Inggeris? Dapat
pekerjaan yang baik? Dapat membaca buku-buku dan novel-novel
berbahasa Inggeris? Dan sebagainya. Apabila saya katakan tanya kepada
diri anda, anda harus tanya kepada diri anda sendiri. Jangan tanya kawan-
kawan anda. Ini kerana anda sendiri sahaja yang tahu jawapannya.

Anda sendiri yang sedar tentang betapa pentingnya penguasaan bahasa


Inggeris itu kepada anda. Bukan ibu bapa anda, bukan guru bahasa Inggeris
anda yang garang, bukan kawan-kawan yang selalu mengutuk anda, bukan
Menteri Pelajaran dan timbalannya, bukan bos anda dan bukan semuanya.
Anda tidak mendapat paksaan daripada mana-mana pihak untuk menguasai
bahasa Inggeris.

Mungkin anda ingin melancong ke luar negara dan dengan menguasai


bahasa Inggeris anda dapat berkomunikasi dengan sesiapa sahaja. Mungkin
anda ingin membaca buku-buku tulisan penulis luar atau anda ingin
meluaskan pasaran perniagaan anda ke luar negara atau anda ingin
mengurat sepupu kepada anak jiran anda yang bermata biru yang berasal
dari Australia! Siapa tahu?

Page 15 of 59
www.BahasaInggeris.com

Selepas wujudnya keinginan dan keghairahan untuk menguasai bahasa


Inggeris, letakkan tekanan kepada diri anda iaitu dengan apa cara
sekalipun anda tetap akan mencapai keinginan anda itu. Sebagai contoh
anda tidak sanggup lagi diperlekehkan oleh rakan-rakan anda kerana
kelemahan bahasa Inggeris anda.

Atau anda tidak sanggup lagi menganggur hanya kerana anda tidak mampu
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik ketika sesi temuduga.
Atau anda tidak sanggup lagi ditipu dalam perniagaan apabila berususan
dengan bangsa asing.

2. Tetapkan matlamat

Setelah anda berasa sungguh teruja dan ghairah untuk belajar bahasa
Inggeris, anda harus duduk sebentar. Tetapkan matlamat. Rangka strategi
untuk mencapainya. Capai pen dan kertas dan tulis atau buka komputer
peribadi anda, dengan menggunakan perisian Word 2007 atau 97-2003, taip
segala matlamat anda beserta tarikh matlamat itu perlu di capai.

Selepas siap, cetakkanya dan tampal. Baca setiap kali sebelum tidur. Jika
anda sudah menutup lampu sebelum sempat membacanya, buka semula
lampu tersebut dan baca!

3. Mind-set
Page 16 of 59
www.BahasaInggeris.com

Perletakan mind-set atau kerangka pemikiran yang betul penting sebelum


anda membuat keputusan untuk memulakan usaha menguasai bahasa
Inggeris. Antara mind-set yang perlu anda letakkan dalam minda anda ialah:

Akui kelemahan anda.

Hey, saya bukanlah lemah sangat dalam berbahasa Inggeris

Kawan-kawan,

Memang anda bukanlah lemah sangat dalam berbahasa Inggeris. Tetapi


hakikatnya, anda harus sedar yang anda masih belum menguasai bahasa
Inggeris sepenuhnya. Setakat bercakap dengan bahasa rojak dengan
menyelitkan satu dua perkataan bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu
belumlah boleh dikira mahir berbahasa Inggeris!

Ini penting kerana jika anda merasakan yang anda pandai, adalah sukar
untuk anda menguasainya. Biarkan orang di sekeliling anda berguling-guling
mentertawakan anda kerana kelemahan anda. Cerdik pandai ada
mengatakan, Menyedari bahawasanya diri anda bodoh adalah perkara
penting sebelum belajar

Oleh itu setiap kali terlintas di fikiran anda untuk berlagak bahawa anda
sudah pandai berbahasa Inggeris, cepat-cepatlah padamkan pemikiran itu.

Bahasa Inggeris berbeza dengan Bahasa Melayu.

Page 17 of 59
www.BahasaInggeris.com

Anda perlu menerima hakikat bahawasanya Bahasa Inggeris berbeza dengan


Bahasa Melayu. Tidak perlu dipening-peningkan kepala kenapa begini dan
tidak begitu dalam mempelajari bahasa Inggeris. Terima sahaja seadanya.
Sememangnya terdapat perbezaan yang besar di antara bahasa Inggeris dan
bahasa Melayu.

Belajar Bahasa Inggeris adalah proses pembelajaran berterusan.

Selain itu juga anda perlu memprogramkan minda anda dengan mengatakan
bahawa belajar bahasa Inggeris adalah proses pembelajaran berterusan.
Bukan 1 hari 2 hari atau seminggu. Disamping itu anda harus akui yang
pembelajaran bahasa Inggeris semakin hari ia menjadi semakin mudah
kerana sedikit demi sedikit anda masalah yang anda bingung dan peningkan
semakin berkurangan.

Buat guru-guru bahasa Inggeris, buat permulaan anda sepatutnya mengajar


anak murid anda tentang bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu. Anda
berkata, Tapi kita mesti berbahasa Inggeris supaya pelajar akan terbiasa
dengan ayat-ayat dan perkataan dalam bahasa Inggeris wahai Encik Hafiz!

Wahai guru-guru bahasa Inggeris sekalian,

Anda benar. Tetapi tidak 100%. Saya berpendapat asas yang kukuh amat
penting dalam apa jua yang kita lakukan. Sebuah bangunan tanpa rangka
yang kukuh akan mudah rebah menyembah bumi. Begitu juga dengan
bahasa Inggeris. Membiasakan para pelajar dengan ayat-ayat dan

Page 18 of 59
www.BahasaInggeris.com

perkataan-perkataan Inggeris sepatutnya dilakukan setelah pelajar itu


mendapat asas yang kukuh dalam bahasa Inggeris.

4. Mempositifkan yang negatif

Dalam usaha anda untuk berjaya menguasai bahasa Inggeris saya pasti
anda akan melalui banyak halangan, tekanan, cemuhan, makian dan
sebagainya. Ini kerana sifat semulajadi manusia akan cemburu dengan
perubahan yang akan kita lakukan. Namun begitu anda harus sentiasa
berfikiran positif walaupun sesuatu perkara itu memang negatif. Anggap
segala ujian yang anda hadapi nanti sebagai aset kepada kejayaan anda.

5. Yakin diri.

Seterusnya anda harus percaya dan yakin kepada diri anda sendiri. Selalu
nyatakan kepada diri anda yang satu hari nanti anda akan dapat menguasai
bahasa Inggeris dengan baik. Walaupun anda harus mengakui kelemahan
anda dalam berbahasa Inggeris, anda harus tanamkan dalam pemikiran
anda bahawasanya kelemahan anda itu hanyalah bersifat sementara!

Mungkin anda cuma malas sedikit sebelum ini. Mungkin cara anda belajar
sebelum ini tidak betul. Mungkin juga guru yang mengajar anda sebelum ini
menghembuskan nafas terakhirnya sebelum sempat dia menurunkan segala
ilmunya kepada anda. Apa yang sudah lepas biarkan ia berlalu. Yang
penting, sekarang anda harus yakin dengan diri anda.

Page 19 of 59
www.BahasaInggeris.com

6. Hebahkan kepada dunia tentang hasrat anda!

Persediaan terakhir yang anda harus lakukan ialah anda perlu


menghebahkan keinginan anda untuk mahir berbahasa Inggeris kepada
semua orang termasuklah ibu bapa anda, kekasih anda, bekas kekasih anda,
kekasih baru kepada bekas kekasih anda, kawan sekelas anda, kawan
sebilik, guru-guru anda, bos anda, atau tuan rumah yang anda sewa.

Biarkan mereka tahu tentang hasrat murni anda ini! Tulis cantik-cantik
dalam satu kertas yang menyatakan hasrat anda itu dan tampal di tempat-
tempat yang mudah dilihat dalam bilik anda.

Hafiz! Saya sudah faham. Sekarang cepat tunjukkan saya cara-cara


untuk mahir berbahasa Inggeris!

Baiklah, jom kita ke bab seterusnya! Oh ya sekali lagi saya ingin


mengingatkan anda agar sentiasa berfikiran positif apabila membaca setiap
perkataan yang saya tulis ok?

TIP: Orang lain boleh, aku pun boleh. Mungkin aku tidak sehebat
mereka. Tapi aku bukanlah lemah yang disangka.

Page 20 of 59
www.BahasaInggeris.com

BAB 3
STRATEGI #2: MENYERANG

Setelah menyedari kesilapan anda kenapa anda lemah selama ini dalam
bahasa Inggeris, mempunyai keghairahan untuk menguasai bahasa Inggeris,
menetapkan matlamat, memprogramkan minda anda dengan betul,
berfikiran positif, yakin dan telah menghebahkan kepada seluruh dunia
tentang hasrat anda untuk menguasai bahasa Inggeris, kini tibalah masanya
untuk anda ke medan perang dan menyerang habis-habisan!

Terdapat 1001 cara sebenarnya untuk mahir berbahasa Inggeris. Namun apa
yang saya nyatakan di sini adalah cara atau tip yang saya pernah cuba dan
ia terbukti berkesan! Justeru itu juga tidak adillah bagi saya jika saya

Page 21 of 59
www.BahasaInggeris.com

menyatakan tip yang saya sendiri tidak tahu sejauh mana keberkesanannya.
Anda juga mungkin berkata yang tip-tip yang saya berikan ini sebagai biasa
saje dan anda pernah dengar sebelum ini.

Tetapi tunggu! Semasa anda membaca salesletter saya, anda pasti ingat
yang saya ada menyatakan rahsia 3 strategi berkesan untuk mahir
berbahasa Inggeris. Ini bermakna anda harus mengikut dan melaksanakan
kesemua strategi pertama (yang telah anda baca), strategi kedua dan
strategi ketiga!

Tip-tip dibawah dikategorikan kepada tip untuk penguasaan dari sudut


pemahaman, penulisan dan komunikasi. Oleh itu anda boleh memilih yang
mana yang anda perlukan. Jika anda hanya ingin memperkasa skill
berkomunikasi anda dalam bahasa Inggeris sahaja, dan tidak mahu
membaca kesemuanya tip ini sebaliknya memilih tip untuk berkomunikasi
sahaja, silakan! Baiklah tanpa membuang masa mari kita lihat beberapa tip
yang saya syorkan kepada anda.

Pemahaman melalui Pembacaan & Pendengaran, Penulisan,


Komunikasi

1. Belajar sedikit tentang seni dan gaya bahasa Inggeris (grammar)


terlebih dahulu. (pemahaman/pembacaan/penulisan)

Jika anda masih terkial-kial dengan grammar bahasa Inggeris ada eloknya
anda belajar serba sedikit mengenainya. Walaupun ia bukan satu kewajipan,
di ulang bukan satu kewajipan (terutamanya jika anda ingin menguasai
aspek komunikasi), tetapi ia akan memudahkan anda dalam menguasai
bahasa Inggeris terutamanya dari aspek pembacaan, pemahaman dan
penulisan.

Page 22 of 59
www.BahasaInggeris.com

Saya sudah bosan membaca buku-buku grammar yang memeningkan


kepala selama ini. Tiada satu pun yang betul-betul membantu saya.

Oh jangan khuatirbersama-sama dengan ebook ini saya telah sertakan satu


lagi ebook percuma khas untuk anda belajar grammar dan faham dengan
mudah. Ini kerana ia ditulis dalam bahasa Malaysia sepenuhnya! Jadi,
jangan lupa untuk membacanya selepas ini ye

2. Baca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris.

(pemahaman pembacaan/penulisan/komunikasi)

Jika selama ini anda membaca suratkhabar Berita Harian, Utusan Malaysia,
Metro, apa kata sekarang anda beralih kepada suratkhabar seperti New
Straits Times, The Sun, The Malay Mail dan sebagainya. Buat permulaan ini
saya pasti anda tidak mampu membaca dan faham kesemuanya dalam
tempoh sehari sahaja! Oleh itu sebaik-baiknya cuba beli satu dan
habiskannya dalam masa seminggu.

Page 23 of 59
www.BahasaInggeris.com

Selepas anda merasakan yang bahasa Inggeris anda semakin baik dari hari
ke hari, belilah 2 kali seminggu dan seterusnya. Anda juga boleh membeli
dan membaca 2 buah suratkhabar yang berbeza selama seminggu.
Contohnya pada hari Isnin anda membeli suratkhabar New Straits Times dan
pada hari Khamis pula The Sun. Ini kerana sesetengah suratkhabar
menggunakan bahasa yang mudah manakala sesetengah yang lain bahasa
Inggeris menggunakan bahasa yang lebih advance. Jadi anda boleh
membandingkan kedua-duanya.

Untuk akhbar New Straits Times, ada satu cara yang singkat untuk anda
memahaminya. Akhbar New Straits Times dan Berita Harian adalah
diterbitkan dari satu syarikat yang sama iaitu New Straits Times Press
(Msia) Bhd. Jadi sekiranya anda tidak faham berita-berita dalam New Straits
Times anda boleh terus merujuk kepada akhbar Berita Harian untuk versi
bahasa Malaysia.

Apakah kepentingan membaca akhbar atau bahan-bahan dalam bahasa


Inggeris? Jawapannya ialah untuk membiasakan anda dengan perkataan-
perkataan dan ayat bahasa Inggeris yang mana akan membantu anda untuk
menulis dan berkomunikasi dengan baik nanti. Ini kerana, seperti yang saya

Page 24 of 59
www.BahasaInggeris.com

sebutkan pada awal tadi, bahasa Melayu memang berbeza dengan bahasa
Inggeris.

Jika anda ingin membina ayat bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu,
anda tidak boleh mencapai kamus dan menterjemahnya satu persatu ke
dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya ia perlu mengikut seni dan gaya bahasa
Inggeris itu sendiri. Katakan anda ingin membina ayat bahasa Inggeris
daripada bahasa Melayu yang berbunyi bergini. saya nak pergi tengok
bola. Jika anda menterjemahnya satu demi satu anda akan dapat hasilnya
seperti ini. I want to see football.

Sebaliknya terjemahan yang paling tepat ialah I am going to watch football


games. Iaitu I am=saya (pada masa sekarang), going to=hendak pergi,
watch=tengok/menyaksikan, football games=perlawanan bola sepak. Inilah
bahasa Inggeris. Ia memerlukan ketepatan dan kesesuaian dalam setiap
satu perkataan yang ingin diterjemah. Oleh itu, cara yang paling mudah
untuk mendapatkan ketepatan dan kesesuaian ayat-ayat bahasa Inggeris
ialah dengan membaca bahan-bahan dalam bahasa Inggeris terlebih dahulu.

Selain suratkhabar, anda juga boleh membeli dan membaca bahan-bahan


lain dalam bahasa Inggeris seperti majalah. Tetapi untuk mengelakkan anda
daripada cepat bosan, anda perlulah membaca majalah yang anda
minati. Contohnya jika anda peminat kereta, belilah majalah Motor Trader.
Jika anda minat menghias rumah, belilah majalah Home Decoration.

Page 25 of 59
www.BahasaInggeris.com

Jika anda minat membaca novel-novel seram beli dan bacalah novel-novel
seram. Jangan pula beli novel-novel cinta. Pembacaan bahan-bahan yang
anda minati penting kerana ia secara tidak langsung akan mendorong anda
untuk minat dalam pembelajaran dan penguasaan bahasa Inggeris itu
sendiri.

Tetapi Encik Hafizbagaimana saya mahu membaca tapi tidak mengetahui


maksudnya? Sudah pasti membosankan!

Sila ke tip seterusnya.

3. Bukalah kamus

(pemahaman pembacaan & pendengaran/penulisan/komunikasi)

Kamus merupakan medium penting dalam pembelajaran dan penguasaan


bahasa Inggeris.

Penggunaan kamus yang baik penting untuk anda mahir berbahasa Inggeris.
Ada bermacam-macam jenis kamus yang berada di pasaran. Saya pun
belum sempat untuk membeleknya satu-persatu. Tetapi saya syorkan
kepada anda supaya menggunakan sekurang-kurangnya 2 buah kamus yang
berbeza (dari sudut konsepnya) untuk mencari makna sesuatu perkataan.

Page 26 of 59
www.BahasaInggeris.com

Dengan adanya 2 kamus ini anda boleh membandingkan terjemahan yang


dilakukan oleh kamus pertama dan kamus yang satu lagi. Jika maksud yang
diberikan sama, maka betullah terjemahan yang dilakukan. Jika terjemahan
yang dilakukan agak berbeza sedikit, anda boleh memilih maksud yang
mana paling sesuai dengan konteks ayat anda.

Kamus yang selalu saya gunakan ialah Oxford dwibahasa (Malaysia-Inggeris,


Inggeris Malaysia) dan Federal Chambers Junior. Saya menggunakan kamus
Oxford sejak sekolah rendah lagi. Ia jarang mengecewakan saya apabila
saya ingin mencari sesuatu perkataan yang saya tidak tahu maksudnya
terutamanya dari perkataan bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia. Ini kerana
daftar katanya (untuk edisi kedua) melebihi 50,000 perkataan iaitu 20,000
untuk kata dasar dan 30,000 kata terbitan. Pendek kata kamus ini sangat
padat dan lengkap. Selain itu saiznya yang kecil dan comel memudahkan
saya untuk mencapainya dan dibawa ke mana-mana.

Manakala kamus Federal Chambers pula ada 2 jenis. Yang pertama Federal
Chambers Junior dan yang kedua. Kamus Federal Chambers Junior lebih
sesuai untuk pembelajaran peringkat rendah dan pertengahan. Ini kerana
daftar perkataannya adalah kurang berbanding kamus Federal Chambers
Advance yang lebih lengkap dan padat. Ia sesuai untuk anda yang ingin
belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Yang mana satu pilihan kalbu?

Page 27 of 59
www.BahasaInggeris.com

Untuk pembelajaran bahasa Inggeris yang lebih menyeronokkan saya


syorkan kepada anda kamus Federal Chamber Junior sahaja walaupun anda
sedang belajar di institut pengajian tinggi. Ini kerana selain saiznya yang
lebih kecil berbanding advance, ia juga disertakan dengan sedikit gambar-
gambar dan tulisan berwarna. Ia akan memudahkan lagi anda untuk
membezakan perkataan yang anda cari dan maksudnya. Penerokaan anda
untuk mencari makna bagi perkataan baru akan lebih menyeronokkan!

Kelebihan kedua-dua kamus ini ialah setiap perkataan yang maksudnya akan
disertai dengan contoh ayat. Jadi anda akan lebih mudah mengingati makna
perkataan itu setelah membaca contoh ayatnya.

Tip melihat kamus: Fahami terlebih dahulu cara-cara


menggunakan kamus itu. Jangan hafal kamus. Sebaliknya fokus
kepada perkataan-perkataan yang anda ingin cari sahaja supaya
anda sentiasa ingat dengan maksud perkataan itu.

Selain dari dua kamus ini anda boleh gunakan kamus berbentuk elektronik.
Namun harganya agak mahal iaitu mencecah ratusan ringgit. Jadi saya kira
tidak semua mampu memilikinya. Akan tetapi jika anda mampu ia satu
kelebihan bagi anda. Dengan kamus ini anda hanya perlu menaip perkataan
yang anda cari samada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, atau bahasa
Melayu ke bahasa Inggeris dan kamus ini akan mencarikannya untuk anda.
Selain itu ia dilengkapkan dengan pelbagai fungsi lain seperti istilah sains
dan matematik.

Page 28 of 59
www.BahasaInggeris.com

Satu lagi kamus yang tidak kurang hebatnya ialah kamus yang diterbitkan
oleh alaf teras iaitu myekamus. Kamus ini mengandungi 18 fungsi berbeza
termasuk bahasa Melayu-Inggeris, Bahasa Arab, Mandarin, istilah
kejuruteraan dan sebagainya. Sebagai pembeli e-book ini, anda layak untuk
mendapat kupon sebanyak RM 5 untuk membeli kamus ini. Anda boleh
dapatkan di sini. http://www.myekamus.com/index.php?ref=kamusonline

Page 29 of 59
www.BahasaInggeris.com

Sedikit kaedah mengingat

Saya pasti lagi yakin telah banyak maksud perkataan yang anda cari dengan
kamus tetapi tidak semuanya anda ingat. Benar bukan? Sebenarnya
perkataan itu tidak hilang ke mana-mana. Ia tersimpan rapi dalam otak
anda. Cuma cara anda menyimpan perkataan itu dalam otak anda
yang tidak betul. Buktinya apabila anda merujuk semula kamus dan
mencari makna perkataan itu anda akan berkata, Haa ini la maksudnya

Oleh itu di sini saya akan kongsikan beberapa kaedah untuk mengingat
supaya maksud perkataan yang anda cari itu tersimpan dalam kepala anda
dan anda boleh panggil semula bila-bila masa yang anda perlukan.

i. Gambarkan makna perkataan

Anda boleh menggambarkan sesuatu perkataan yang anda cari dengan apa
sahaja. Ini kerana ingatan kita terhadap gambar akan lebih kuat berbanding
kita menghafal perkataan. Gunakan imaginasi anda sebaik-baiknya. Salah
satu caranya ialah dengan menggambarkan sesuatu perkataan itu melalui
sesuatu peristiwa. Contohnya anda mencari makna perkataan shatter.
Setelah mencarinya anda dapati maksudnya ialah menghancurkan.

Page 30 of 59
www.BahasaInggeris.com

Tip disini ialah jangan menganggap makna shatter itu sebagai


manghancurkan tetapi sesuatu peristiwa yang berkaitan dengan shatter,
itulah maksudnya. Saya tahu anda pening. Begini. Satu hari anda
mengalami satu peristiwa dimana seorang wanita yang cantik rupawan
menghancurkan cermin sebuah kereta yang menghalang keretanya dengan
menggunakan kayu besbol. Ganas betul wanita tersebut.

Oleh yang demikian, shatter = proses bagaimana wanita tersebut


menghancurkan cermin kereta tersebut. Bukannya menghancurkan. Jadi
selepas ini setiap kali anda terjumpa perkataan shatter, anda akan ingat
maknanya dengan jelas dan tepat dengan mengingat peristiwa wanita tadi.

Page 31 of 59
www.BahasaInggeris.com

ii. Gunakan emosi

Anda juga boleh mencipta sesuatu emosi untuk sesuatu perkataan supaya
dapat mengingat makna perkataan itu. Ini kerana emosi mempunyai
pertalian yang cukup kuat dengan ingatan. Timbulkanlah apa sahaja emosi
yang anda mahu. Benci, gembira, marah, kelakar, tidak puas hati,
menyampah, dan sebagainya. Misalnya, anda mahu mencari makna bagi
perkataan boast.

Setelah mencarinya anda dapati jawapannya ialah bercakap besar. Oleh itu
apa kata anda cari seorang kawan anda yang selalu cakap besar yang anda
memang cukup menyampah dengannya. Bayangkan perkataan boast itu
sentiasa bersama-sama dengannya ke mana sahaja dia pergi. Anda boleh
juga bayangkan yang dia selalu menyebut perkataan boast, boast, boast
dari mulutnya sampai berbuih-buih.

Kesannya, selepas ini jika terlihat saja rakan anda itu, anda akan ingat
maksud perkataan boast iaitu cakap besar. Atau jika anda berjumpa saja
dengan perkataan boast anda akan teringat kepada seterusnya makna
perkataan itu. Bukankah lebih baik mengeksploitasikan rakan anda itu untuk
kepentingan anda daripada anda terus menyampah dengannya.

Namun itu hanya satu contoh. Rekalah apa sahaja yang dapat membantu
anda mengingat. Selain daripada contoh ini ada bermacam-macam lagi
kaedah untuk mengingat. Yang penting anda perlu kreatif dan optimumkan
minda anda.

Page 32 of 59
www.BahasaInggeris.com

Selain itu saya juga ingin mengingatkan anda supaya berhati-hati dan
memberi perhatian kepada perkataan yang strukturnya hampir sama tetapi
mempunyai perbezaan yang cukup ketara! Contohnya perkataan respect
membawa maksud hormat dan menghormati. Tetapi apabila anda
bertemu dengan perkataan respective, anda tidak boleh mengatakan alah
lebih kurang menghormati jugak la ni

Anda silap! Makna bagi perkataan respective ialah masing-masing. Kan


jauh tu. Oleh itu untuk mengelak daripada berlakunya salah faham makna
sesuatu perkataan itu, anda haruslah mencarinya di dalam kamus.

4. Sediakan buku perbendaharaan kata (vocab) anda sendiri.


(pemahaman penglihatan & pendengaran /penulisan/komunikasi)

Jika anda masih sukar untuk mengaplikasikan kaedah mengingat yang saya
sarankan tadi, maka saya mengesyorkan anda supaya mencipta sebuah
buku vocab anda sendiri. Ini kerana, anda pastinya sedikit sukar untuk
mengingat perkataan yang mempunyai lebih dari satu makna.

Pergi ke kedai-kedai buku dan alat tulis dan beli sebuah buku tulis samada
yang panjang, pendek, tebal dan sederhana mengikut cita rasa anda.
Seelok-eloknya beli buku tulis berkulit keras (hard cover) supaya ia tahan
lama, tidak mudah koyak dan tidak mudah hilang.

Page 33 of 59
www.BahasaInggeris.com

Untuk mengingat makna-makna perkataan yang anda tulis ini, anda


haruslah membaca dan merujuknya semula dalam tempoh 48 jam. Ini
kerana mengikut kajian, dalam tempoh 48 jam, jika tidak merujuk semula
apa yang kita baca, kita pasti akan lupa. Bagaimana membuat buku vocab
anda sendiri? Mudah saja. Anda hanya perlu menulis perkataan-perkataan
yang anda tidak tahu beserta maknanya sekali. Selepas itu, anda tulis pula
contoh ayat dibawahnya.

Disamping itu juga, anda boleh membuat keratan akhbar dan menampalnya
dalam buku vocab anda ini. Jika anda lakukan tip ini secara konsisten, satu
hari nanti anda tidak lagi memerlukannya dan dia akan tinggal sejarah saja.

Pemahaman melalui pendengaran

Untuk memahami apa yang diajar oleh guru, pensyarah, atau sesiapa sahaja
dalam bahasa Inggeris anda perlulah membiasakan telinga anda untuk
mendengar perbualan atau percakapan dalam bahasa Inggeris. Ia juga
dapat membantu anda mengetahui ayat-ayat yang biasa digunakan dalam
bahasa Inggeris untuk digunakan dalam perbualan.

Antara perkara yang anda boleh lakukan termasuklah menonton rancangan-


rancangan Inggeris. Jika anda sukar untuk memahami loghat yang
dituturkan oleh dituturkan oleh orang-orang Inggeris atau percakapannya
terlalu laju sehingga sukar untuk anda menangkapnya, anda boleh melatih
Page 34 of 59
www.BahasaInggeris.com

pendengaran anda dengan mendengar perbualan yang dilakukan oleh


penduduk tempatan atau selain daripada orang-orang Inggeris. Ini kerana
percakapan yang ditutur oleh penduduk tempatan lebih mudah difahami
kerana dia menggunakan loghat tempatan.

Sekali lagi, dengar dan tonton rancangan yang anda minati. Contohnya jika
setiap hari anda menonton Berita Perdana atau Buletin Utama, apa salahnya
sekali sekala anda tonton berita di TV7 yang disiarkan dalam bahasa
Inggeris. Bagi yang sering tidur lewat malam, anda boleh menonton
Nightline di TV3 pada pukul 12 malam.

Penulisan

1. Diari

Anda ada diari peribadi? Jika tiada belilah satu. Apa? Kejantananmu
tercabar?

Wahai kaum lelaki sekalian,

Ramai orang-orang berjaya mempunyai diari mereka sendiri. Ini kerana diari
membolehkan mereka merancang aktiviti meraka. Bukan setakat meluahkan
perasaan sahaja. Anda tidak mahukah jadi seperti mereka? Sudah tentu
mahu bukan? Akan tetapi sebenarnya anda boleh jadi lebih berjaya daripada
mereka dengan menulis diari dalam bahasa Inggeris.

Page 35 of 59
www.BahasaInggeris.com

2. Blog

Sebagai alternatif kepada diari, anda juga boleh menulis apa sahaja
berkaitan diri anda di blog dalam bahasa Inggeris. Hari ini blog menjadi satu
fenomena. Orang ramai berlumba-lumba untuk menghasilkan blog sendiri.
Ini kerana ianya percuma dan interaktif. Anda boleh post apa sahaja ke
dalam blog anda.

Ada yang menjadikan blog sebagai medium untuk menambahkan prospek


perniagaan, ada yang menggunakan blog untuk meluaskan pengaruh politik,
ada yang menggunakannya untuk meluahkan perasaan dan ada juga yang
membina blog sekadar suka-suka sahaja. Sudah pasti penyedia blog yang
paling popular buat masa ini ialah blogger.com yang menggunakan nama
blogspot.com. Selain itu penyedia blog yang tak kurang popularnya juga
ialah wordpress.com.

Page 36 of 59
www.BahasaInggeris.com

Jika anda tidak mahu orang lain membaca post anda, anda boleh
menggunakan fungsi hide untuk menyembunyikan post anda. Ini bermakna
hanya anda seorang sahaja yang boleh membaca blog anda. Jadi tidak
perlulah berasa malu jika ayat bahasa Inggeris anda masih tunggang-
langgang.

Komunikasi

Sekarang kita masuk ke bab terakhir untuk menguasai bahasa Inggeris iaitu
tip bagaimana hendak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Komunikasi
bahasa Inggeris merupakan aspek yang paling kritikal antara pemahaman
pembacaan, pendengaran, dan penulisan. Ini kerana komunikasi melibatkan
lebih dari satu pihak.

Seorang yang mahir dalam pembacaan dan penulisan belum tentu dapat
berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris. Komunikasi dengan baik
dapat dilakukan dengan cepat dengan adanya persekitaran yang baik.
Memandangkan persekitaran yang kita diami tidak menggalakkan kita untuk
bercakap bahasa Inggeris, kita perlu mencipta persekitaran kita sendiri.

Salah satu perbezaan jelas yang saya lihat diantara bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris ialah tatabahasa Melayu hanya digunakan ketika menulis,
bercakap perkara-perkara yang serius dan formal sahaja seperti ketika
member ucapan dan sebagainya. Ketika penulisan dan perbualan biasa,
tatabahasa Melayu akan jadi tunggang langgang. (termasuklah saya ) Tapi
Page 37 of 59
www.BahasaInggeris.com

apakan daya. Sudah memang adat dan kebiasaannya begitu sejak dari dulu
lagi.

Tetapi tidak untuk bahasa Inggeris. Dalam penulisan dan perbualan serius
mahupun tidak, mereka tetap akan menggunakan tatabahasanya (grammar)
dengan baik. Mungkin juga ia menjadi punca mengapa pelajar-pelajar
Melayu lemah berbahasa Inggeris.

Sebagai contoh bagaimana anda menyatakan hasrat untuk meminjam motor


daripada rakan anda. Boleh aku pinjam motor kau tak?. Dalam bahasa
Inggeris berbunyi, May I borrow your motorcycle?. Jika diterjemah kembali
ke bahasa Melayu ia akan berbunyi begini. Boleh aku pinjam kau punya
motor? Bukankah lebih sedap begitu?

Oleh sebab itu, anda tidak boleh buat bahasa Inggeris ini seperti bahasa
Melayu.

1. Berfikir dalam bahasa Inggeris.

Pernah tak anda berada dalam situasi dimana


anda terpaksa untuk bercakap bahasa Inggeris
tetapi anda masih terpinga-pinga dan sedang
menyusun ayat yang cantik untuk dituturkan.
Contohnya seorang pelancong dari United
Kingdom tiba-tiba bertanyakan anda jalan
bagaimana hendak ke stesen bas.

Page 38 of 59
www.BahasaInggeris.com

Dicampur dengan perasaan terkejut dan tidak bersedia anda pun menyusun
ayat anda untuk menunjukkan jalan ke stesen bas tersebut. Tetapi
belumpun sempat anda mengeluarkannya pelancong tersebut mengatakan,
oh its okthank you. Ini kerana baginya anda tidak tahu berbahasa
Inggeris.

Justeru itu, mulai hari ini anda perlu berfikir dalam bahasa Inggeris. Fikirlah
apa sahaja tentang persekitaran anda, rancangan anda hari ini, tentang
kata-kata seseorang dan sebagainya. Ini dapat menjimatkan masa anda
ketika tiba-tiba dipaksa bercakap dalam bahasa Inggeris.

2. Baca dengan kuat dan rakam

Anda mempunyai perakam suara atau telefon yang mempunyai fungsi


merakam? Jika ada gunakanlah sebaik mungkin untuk memantapkan bahasa
Inggeris anda. Caranya mudah sahaja. Anda cuma membaca apa-apa bahan
bacaan dan membacanya dengan kuat dan rakam.

Misalnya jika anda membaca laporan kemenangan pasukan pilihan anda


dalam bola sepak, anda bayangkanlah yang anda seperti seorang pembaca
berita di kaca televisyen dan membacanya dengan gaya pembaca berita
yang penuh semangat dan emosi dengan slanganya. Selepas merakamnya,
anda ulang dengarnya berulang-ulang kali. Disini anda pasti akan dapat
mengenalpasti dimana kelemahan anda yang boleh diperbaiki.

Page 39 of 59
www.BahasaInggeris.com

3. Hafal ayat-ayat yang biasa dalam perbualan

Sebagai permulaan untuk mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, anda


perlu membaca atau mendengar ayat-ayat bahasa Inggeris yang boleh
digunakan dalam urusan harian.

Sebagai contoh bagaimana nak sebut betul tak? dalam bahasa Inggeris?
Jawapannya ialah isnt it? atau Am I right? bagaimana nak cakap awak
dah makan malam ke? jawapannya have you taken your dinner already?
bagaimana nak cakap

Dan bermacam-macam lagi. Paling menarik anda sebenarnya tidak perlu


belajar grammar pun untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris!

Eh biar betul tak perlu belajar grammar?

Betulanda tak percaya? Mari saya buktikan. Semasa adik anda baru belajar
hendak bercakap sekitar umur 2 ke 3 tahun, adakah ibu bapa anda
membuka buku tatabahasa Melayu dan mengajarnya ketika setiap kali anda
mahu tidur? Tidak bukan? Jadi, bagaimana dia boleh bercakap walaupun
tidak belajar grammar? Jawapannya dia mendengar dengan teliti, ingat dan
cakap sahaja walaupun pelat dan selalu menjadi bahan ketawa oleh anda
dan ibu bapa anda.

Page 40 of 59
www.BahasaInggeris.com

4. Bertutur seorang diri di hadapan cermin

Sebagai persedian terakhir untuk anda bercakap bahasa Inggeris dengan


orang lain, anda digalakkan untuk bercakap bahasa Inggeris dengan diri
anda terlebih dahulu. Cakaplah apa sahaja yang anda ingin cakap. Dari
teknik ini anda akan lihat diri anda sendiri bagaimana orang lain melihat diri
anda.

Oleh itu anda boleh menyesuaikan memek muka bagaimana yang anda
inginkan ketika bercakap bahasa Inggeris di hadapan orang nanti. Mungkin
dengan gaya yang macho, ayu, selamba dan sebagainya. Sebagai
contoh,Jika anda tidak ada idea sangat untuk bercakap dihadapan anda,
bercakaplah tentang wajah anda. Mungkin wajah anda banyak jerawat. Jadi
timbulkan persoalan-persoalan dengan jerawat anda itu atau apa sahaja
tentangnya. Contohnya begini.

I got too many acnes on my face. How can I remove it? Hmm maybe I
should use cooking oil to remove it. I want to look beautiful to my
boyfriend. As the result, he will love me forever hehehe

TIP: Jika anda berasa malu kerana mungkin orang akan berkata anda
sudah gila, tutuplah pintu bilik anda dan kunci. Atau, bercakaplah
dihadapan cermin ketika orang lain tiada.

5. Jom speaking! (komunikasi)

Page 41 of 59
www.BahasaInggeris.com

Baiklah sekarang anda sudah faham serba sedikit ayat-ayat bahasa Inggeris
serta cara dan bagaimana menggunakannya. Dan kini tibalah masanya
untuk anda meluahkannya. Oh sebelum itu, saya ingin jelaskan bahawa
perkataan yang sebenarnya bagi speaking yang kita selalu sebut-sebutkan
ialah spoken English, bukan speaking. Namun untuk meraikan budaya dan
kebiasaan masyarakat kita, saya menggunakan perkataan speaking.

Satu persoalan penting yang perlu dijawab. Daripada beratus-ratus atau


beribu-ribu orang yang pernah anda jumpa dalam hidup anda, berapa
orangkah yang anda berbual dalam bahasa Inggeris dengan mereka? 20
orang? 300 orang? 1000 orang? Mungkin dalam 10 orang sahaja. Mungkin
juga tidak sampai. Jadi bagaimana anda boleh tiba-tiba fasih berbahasa
Inggeris ketika anda menghadiri temuduga misalnya, sedangkan dalam
hidup anda hanya beberapa kali sahaja anda bercakap dalam bahasa
Inggeris? Tidak masuk akal bukan?

Oleh itu mulai sekarang, biasakan mulut anda untuk bercakap bahasa
Inggeris. Caranya ajak seorang atau dua orang rakan anda untuk speaking
dengan anda sepenuhnya. Nyatakan kepadanya hasrat anda untuk mahir
berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Page 42 of 59
www.BahasaInggeris.com

Sebaik-baiknya cari rakan


yang tahap penguasaan
bahasa Inggerisnya lebih
baik daripada anda. Ini
kerana jika ayat-ayat yang
anda gunakan tidak betul,
anda tidak akan berasa
malu sangat kerana
sememangnya anda tidak
semahir rakan anda itu.
Selain itu, rakan anda itu
juga dapat
memperbetulkan
kesalahan yang anda telah
lakukan.

Jika anda masih belum yakin lagi untuk bercakap bahasa Inggeris, apa kata
anda mulakan dengan SMS, Emel, Chatting menggunakan bahasa Inggeris.
Abaikan kesalahan-kesalahan grammar. Pendek kata, hantam saja. Anda
akan merasai kelainannya selepas anda biasa menggunakannya. Cubalah!

Tetapi perhatian. Anda perlu berbahasa Inggeris sepenuhnya. Paksa diri


anda! Jangan rojak-rojakkan dengan bahasa Malaysia dan lain-lain.
Sayangilah bahasa ibunda anda dan jangan sampai merosakkannya dengan
merojak-rojakkannya.

Page 43 of 59
www.BahasaInggeris.com

Bercakap mengenai paksaan, saya teringat satu kisah ketika saya berada di
bangku sekolah. Semasa di tingkatan 5, kami telah dibahagikan kepada
empat kelas yang berbeza. Daripada set satu (kelas satu) hinggalah set
empat. Set satu untuk mereka yang paling pandai dan set empat untuk yang
paling lemah. Ketika itu saya berada di set tiga. Apa yang ingin saya
ceritakan ini ialah tentang kawan saya yang berada di set empat.

Satu hari kami bergurau-gurau dengan bercakap dalam bahasa Inggeris.


Dalam perbualan kami, saya dapati tutur katanya sangat lancar. Perkataan-
perkataan yang digunakannya pun saya tidak pernah tahu dan dengar
sebelum ini. Pening kepala saya memikirkannya. Sedangkan saya yang
berada di set tiga ini pun masih terkial-kial lagi ketika itu untuk berbahasa
Inggeris, dia yang berada di set empat sudah boleh speaking! Saya memang
tercabar.

Setelah melakukan siasatan saya mendapat tahu bahawa guru bahasa


Inggeris di set empat itu seorang yang ganas dan brutal. Beliau telah
mewajibkan pelajar-pelajarnya agar berkomunikasi dengan beliau hanya
dalam bahasa Inggeris. Barangsiapa yang ingkar mereka layak untuk
didenda dengan sejumlah wang.

Satu perkataan bahasa Malaysia yang terkeluar dari mulut mereka, mereka
akan didenda 20 sen. Aduh banyaknya 20 sen ketika itu. Maklumlah pelajar

Page 44 of 59
www.BahasaInggeris.com

sekolah. Itu baru satu. Kalau 5 perkataan sudah seringgit! Terpaksa


berpuasalah nampak gayanya pada hari itu.

Nah! Lihatlah betapa hebatnya kuasa paksaan dalam belajar bahasa


Inggeris!

6. Bercakap dengan penuh emosi.

Sebenarnya bukanlah susah sangat untuk berkomunikasi dalam bahasa


Inggeris. Ia seperti bercakap dalam bahasa Melayu juga. Akan tetapi
keyakinan anda untuk mengeluarkan ayat-ayat bahasa Inggeris itu sahaja
yang membezakannya. Ini kerana, kita juga tidak boleh bertutur dalam
bahasa Melayu dengan baik jika kita tidak yakin. Betul tak?

Bagaimana cara untuk yakin apabila bercakap dalam bahasa Inggeris?

Cakap dengan suara yang lantang

Anda perlu bercakap dengan penuh yakin seperti anda marahkan seseorang.
Adakah anda memarahi seseorang dengan suara yang perlahan dan takut-
takut? Walaupun anda hanya tahu perkataan Yes, No, Alright, Thank You
selama anda hidup, katakannya dengan penuh yakin dan suara yang kuat.
Tarik nafas dan katakan, Yes! No! Alright! Thank You!. Biarkan orang lain
mendengar apa yang anda katakan. Tetapi jangan pula sampai menjerit-jerit
sehingga mengganggu urusan orang ramai.

Page 45 of 59
www.BahasaInggeris.com

Bercakap dengan mood gembira (Senyum, ketawa)

Sebelum bercakap, apa kata anda senyum terlebih dahulu. Semasa


bercakap juga kekalkan senyuman itu. Kekalkan mood ceria dan gembira
ketika bercakap. Ini kerana keceriaan boleh menjana keyakinan.

Jika ada orang mentertawakan anda, anda hanya perlu teruskan senyuman.
Dan saya pasti orang itu akan menjeling tidak berpuas hati kerana dia gagal
untuk melemahkan anda dan terus senyap selepas melihat senyuman anda.

Sebagai contoh lihat bagaimana Nabil ketika dia membuat lawak. Adakah dia
membuat lawak dengan rasa takut-takut dan tidak yakin? Jika ya, pasti tiada
seorang pun yang akan ketawa dengan lawaknya.

7. Bertutur dalam slanga London!

Slanga (yang kita biasa sebut sebagai slang) memainkan peranan penting
untuk kita mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Bertutur tanpa
slanga ibarat membaca lirik lagu tanpa melodinya. Sudah pasti tidak seronok
bukan?

Setiap bahasa mempunyai slanganya yang tertentu. Kita dapat mengenal


ketulenan asal usul seseorang itu dengan slanga bahasanya. Ini kerana

Page 46 of 59
www.BahasaInggeris.com

orang-orang Perak sahaja mampu bercakap dalam bahasa Perak dengan


betul. Begitu juga Kelantan, Terengganu, Sabah dan lain-lain. Anda pasti
dapat mengagak seseorang itu bukan berasal dari KL jika bahasa KL yang
digunakannya berbunyi Kelantan. (ini tidak mengira sekiranya selepas dia
dilahirkan, dia terus diterbangkan ke KL dan menetap di sana) Bukan?

Oleh yang demikian, jika anda ingin menguasai komunikasi bahasa Inggeris,
anda perlu meniru slanga orang-orang Inggeris. Walaupun banyak kesalahan
grammar pada apa yang anda ucapkan itu, orang tidak akan perasan sangat
sebenarnya kerana slanga yang anda ucapkan sedap didengar. Percaya lah.

Tapi bagaimana caranya untuk bercakap dengan slanga Inggeris?


Jawapannya mudah sahaja. Adakah anda mempunyai selebriti Inggeris yang
anda minati? Jika anda minat dengan Donald Trump misalnya, anda
hendaklah meniru sebijik-sebijik gaya dan cara percakapan Donald Trump.

Contohnya bagaimana Donald Trump menyebut You are fired!. Bagaimana


dia memarahi calon-calon apperentice. Bagaimana bagaimana dan
bagaimana.

Page 47 of 59
www.BahasaInggeris.com

BAB 4

STRATEGI #3: BERTAHAN

Baiklah, sekarang kita sudah sampai ke peringkat terakhir dalam


pembelajaran bahasa Inggeris. Anda peminat bola sepak? Jika ya, anda pasti
pernah menyaksikan sebuah perlawanan akhir. Tidak seperti perlawanan
liga, dalam perlawanan ini salah satu pasukan tidak dapat tidak perlu
mencipta kemenangan untuk menentukan juara. Tiada seri. Satu gol sudah
memadai.

Page 48 of 59
www.BahasaInggeris.com

Jika pasukan P mendahului pasukan S pada separuh masa pertama, anda


akan dapat saksikan pasukan S akan menyerang habis-habisan pada
separuh masa kedua untuk menyamakan kedudukan. Dan pada masa yang
sama pasukan P akan mengubah taktik mereka dengan berkampung di
halaman sendiri untuk bertahan termasuklah pemain penyerangnya.

Akibat pertahanan yang yang ampuh serta kukuh pasukan P berjaya


mengekalkan kedudukan sehingga wisel yang terakhir dan memenangi
perlawanan akhir tersebut. Pasukan P berjaya!

Begitu juga halnya dalam menguasai bahasa Inggeris. Semasa dan selepas
anda berusaha dan bekerja keras untuk menguasai bahasa Inggeris, anda
perlulah bertahan sekuat-kuatnya dari halangan yang wujud dalam diri anda
mahupun dari orang lain.

1. Mengantuknya

Saya percaya yang sifat malas ada kaitan dengan mengantuk. Lihat rakan-
rakan disekeliling anda yang malas.
Apakah hobi utama mereka? Sudah pasti
tidur tidur dan tidur. Dan sudah pasti
anda tidak mahu jadi seperti mereka
bukan?

Baiklah, apabila anda berkata


mengantuknya aku baca buku bahasa
Inggeris ni, anda harus bertanya
kepada diri anda semula apa yang anda
belum atau telah lakukan. Mungkin anda
masih belum makan, mungkin baru sahaja melantak sehingga 5 pinggan

Page 49 of 59
www.BahasaInggeris.com

nasi, mungkin anda terpaksa tidur lewat malam tadi kerana rakan anda
menelefon anda di tengah-tengah malam menceritakan masalah peribadinya
sehingga jam 5 pagi dan lain-lain.

Jadi sebab-sebab inilah yang membuatkan anda mengantuk sebenarnya.


Bukan bahasa Inggeris tu. Justeru anda perlu elakkan perkara-perkara yang
boleh membuatkan anda mengantuk terlebih dahulu. Makanlah sebelum
lapar dan berhenti sebelum kenyang. Dapatkan tidur yang cukup. Dan yang
paling penting, sedikan diri anda dengan mood yang tenang sebelum
membaca dan sebagainya.

Kesimpulannya, jaga kesihatan anda!

Tip mudah menghilangkan rasa ngantuk: Ngantuk terjadi


kerana otak kita kekurangan oksigen dan darah. Jadi untuk
menghilangkannya cuba tarik nafas menggunakan teknik 888. 8
saat tarik perlahan-lahan, 8 saat tahan, dan 8 saat lagi hembus
perlahan-lahan. Lakukannya sekurang-kurangnya 3 kali. Jika
masih tidak hilang, lakukannya lagi. Dengan cara ini jantung
kita akan mengepam darah dan oksigen ke otak dengan cepat.
Selain itu, banyakkan minum air kosong.

2. Bertenang

Selain itu, anda harus bersedia dari segi mental dengan kata-kata yang
berbunyi seperti ini,

hah poyo lah engkau. Muka tak hensem ada hati nak mahir
berbahasa Inggeris??

Hentikanlah Matkamu tu dah semulajadi bodohbelajar macam


mana pun takkan pandai punya
Page 50 of 59
www.BahasaInggeris.com

Eleh nak berlagak la tu si Badiuzzaman tuasyik nak speaking je bila


jumpa orangsedar la diri tu sikit

Saya pasti suara-suara sumbang seperti ini akan wujud di mana-mana. Ini
kerana apabila mereka ragu-ragu dengan kemampuan anda, mereka
sebenarnya ragu-ragu dengan kemampuan mereka sendiri.

Mereka ini juga bukan sahaja berasa cemburu, malah tersangat-sangat


cemburu sekiranya anda akan lebih pandai daripada mereka, lebih cepat
naik pangkat daripada mereka, lebih berpeluang melanjutkan pelajaran di
universiti-universiti terkemuka di luar negara, lebih mudah diterima bekerja
dengan syarikat-syarikat gergasi di Malaysia satu hari nanti!

Oleh kerana mereka ini malas, tiada matlamat hidup, dan tidak mahu
berusaha, apa yang boleh mereka lakukan ialah melemahkan semangat
anda supaya anda sentiasa duduk sama rendah dengan mereka.

Namun anda tidak perlu berasa marah, putus asa, berdendam, membalas
kata-kata mereka, menarik rambut, mahupun melayangkan penampar
sulung anda kepada mereka! Perkara yang harus anda lakukan hanyalah
senyum dan bersabar. Selain itu, fokus kepada matlamat anda dan teruskan
usaha.

Page 51 of 59
www.BahasaInggeris.com

Anda tentu pernah dengar cerita arnab dan kura-kura bukan? Tapi hari ini
saya bukan nak bercerita berkenaan arnab dan kura-kura tapi pasal... (lihat
gambar)

Arakian tersebut alkisah di sebuah perkampungan katak, telah


berlangsungnya satu pertandingan terbuka memanjat menara kepada semua
katak-katak di perkampungan tersebut. Maka, banyaklah katak-katak yang
mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut tidak mengira kecil atau
besar, tua atau muda. Semuanya berbondong-bondong mengambil bahagian
dalam pertandingan tersebut kerana tertarik hati dengan hadiahnya yang
sungguh lumayan.

Dijadikan cerita, tibalah saat yang ditunggu. Semua katak-katak yang


mengambil bahagian terkejut kerana menara yang perlu mereka panjat
terlalu tinggi. Maka adalah beberapa ekor katak yang mula menarik diri
sebelum pertandingan tersebut berlangsung.

Apabila pertandingan telah dimulakan, para penonton mula bercakap-cakap.


Ada yang mengejek-ejek, ada yang mengata, pendek kata semua katak-
katak yang menonton mengeluarkan kata-kata negatif. Maka, seekor demi
Page 52 of 59
www.BahasaInggeris.com

seekor katak-katak yang sedang memanjat menara tersebut jatuh hingga


tinggal beberapa ekor sahaja katak yang masih meneruskan perjuangan
untuk memanjat menara tersebut.

Akhirnya setelah menunggu agak lama, seekor katak kecil telah berjaya
sampai ke puncak menara. Semua katak-katak di perkampungan tersebut
sangat hairan dan terkejut. Apabila katak kecil tersebut turun dari menara,
masing-masing bertanya bagaimana katak tersebut boleh sampai ke puncak.
Jawapannya adalah kerana katak kecil tersebut

PEKAK!!!

Jadi, disebabkan katak kecil tersebut pekak, dia tak dapat mendengar segala
tohmahan dan kata-kata negatif yang dilemparkan oleh katak-katak yang
menonton. Dan disebabkan kepekakan katak kecil itu jugalah, dia berjaya
muncul sebagai juara pertandingan memanjat

Jadi sebagai kesimpulannya jadilah seperti katak yang pekak. Jika anda
asyik mendengar dan mengambil kira apa yang orang di sekeliling anda
kata, pastinya anda akan jadi seperti katak-katak lain yang jatuh sebelum
sampai ke puncak menara. Selain itu, jadikan ejekan atau kata-kata negatif
mereka sebagai satu cabaran atau booster untuk anda memacu perjalanan
anda.

Page 53 of 59
www.BahasaInggeris.com

3. Berkawan dengan orang yang pandai Bahasa Inggeris

Saya kira cukuplah saya memberikan sepotong hadis berkenaan kawan yang
ditekankan oleh Rasulullah S.A.W.

"Perumpamaan berkawan dengan orang baik dan berkawan


dengan orang jahat tak ubahnya seperti berkawan dengan
penjual minyak wangi atau dengan tukang tiup api di bengkel
tukang besi. Jika berkawan dengan penjual minyak wangi,
adakalanya engkau terkena minyak wangi atau engkau
membeli daripadanya atau setidak-tidaknya engkau dapat
tercium bau harumnya. Dan jika berkawan dengan peniup api
di bengkel tukang besi, adakalanya pakaianmu boleh terbakar
atau setidak-tidaknya engkau tercium bau busuk."(HR
Muslim)

Lihat betapa besarnya peranan kawan untuk berjaya dalam apa jua bidang
yang kita ceburi termasuklah untuk menguasai bahasa Inggeris.

Page 54 of 59
www.BahasaInggeris.com

4. Doa

Pertahanan terakhir yang anda harus lakukan ialah dengan berdoa kepada
Allah. Ini kerana setiap usaha-usaha kita, akhirnya haruslah disandarkan
kepada Allah.

Selepas kamu berazam, maka bertawakkallah kepada Allah.


Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bertawakkal. hadis.

Terdapat banyak doa-doa khusus untuk berjaya dalam pelajaran. Namun


sekiranya anda tidak menghafal doa-doa tersebut, anda boleh berdoa
dengan menggunakan bahasa anda sendiri. Asalkan ia lahir ikhlas dari hati
anda. Sebutlah dengan terperinci dalam doa anda itu. Contohnya begini.

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha


Mengasihani. Aku bermohon kepada-Mu agar segala usaha-usahaku
ini akan membuahkan hasil. Mudah-mudahan satu hari nanti aku
dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan dapat melanjutkan
pelajaran ke luar negara. Kuatkanlah semangatku, azamku, mental
dan fizikalku dalam mengharungi segala ujian yang datang kepadaku
dalam usaha-usahaku mengejar impianku. Rahmatilah hidupku supaya
aku sentiasa beroleh keberkatan dari-Mu sepanjang masa. Amin.

Doa sebegini akan menjadikan anda kuat dari sudut mental. Anda tidak akan
hairan lagi dengan apa yang dikatakan oleh rakan anda. Ini kerana anda
yakin, walau apa pun yang terjadi, Allah sentiasa bersama-sama dengan
anda.

Tips ketika berdoa: Susun ayat anda sebelum berdoa. Berdoa dalam
nada yang merintih kepada yang Maha Kuasa. Jangan putus asa walau
sekali dengan rahmat Allah.

Page 55 of 59
www.BahasaInggeris.com

PENUTUP

Akhir sekali, ingin saya tekankan sekali lagi, untuk menguasai bahasa
Inggeris, letakkan terlebih dahulu keinginan dan minat yang mendalam
untuk menguasai bahasa Inggeris. Seterusnya berusaha keraslah untuk
mencapainya berdasarkan tip-tip yang saya telah berikan. Anda juga
perlukan pertahanan yang kuat. Usah berkecil hati dengan kata-kata orang
disekeliling yang mengejek dan mempersendakan anda. Sebaliknya jadikan
ia sebagai satu penguat semangat untuk kejayaan anda kelak.

Bertindaklah, bertindaklah, bertindaklah!

Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.


Kecuali orang-orang yang beramal soleh serta yang berpesan-
pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan
kesabaran.

Page 56 of 59
www.BahasaInggeris.com

Surah al-Asr ayat 1-3

Kenang kembali sudah berapa tahun lamanya anda belajar bahasa Inggeris
namun hingga kini masih belum menguasainya. Namun, anda tidak punyai
kuasa untuk mengundurkan waktu. Sebagaimana anda akan menyesal pada
masa ini jika mensia-siakan masa lalu, maka suatu hari nanti, di masa akan
datang, anda pasti akan menyesal dan berangan-angan agar dunia boleh
berpusing kembali.

Ingatlah masa adalah percuma. Sebagaimana lazimnya, perkara atau


produk percuma, kurang atau tidak dihargai. Dan lebih malang lagi, semasa
ada, kita manusia kurang memberi perhatian, hanya setelah tiada barulah
kita tercari-cari dan menyesali. Barulah kita mengatakan, Kalaulah dulu...
kalaulah dulu... Apa lagi yang boleh dilakukan selain penyesalan.

Kerana itu orang yang bijak akan menggunakan masa sepenuh-penuhnya.


Walaupun mungkin pencapaiannya tidak 100% sebagaimana yang dihajati,
tetapi ia tidak menyesal kerana telah menggunakan waktu dengan sebaik-
baiknya.

Kerana beranggapan masa yang ditangan masih banyak lagi, selalunya


manusia suka menyebut, Nantilah, saya akan lakukan selepas... Nanti,
nanti, nanti... berterusan nanti. Begitu seronok mengatakan
Nantilah... hingga sampai satu peringkat menyesal kerana menyedari masa
ditangan hanya tertinggal sedikit sahaja. Oleh yang demikian, sebelum tiba
Page 57 of 59
www.BahasaInggeris.com

masa yang penuh penyesalan itu, adalah lebih baik berhenti mengatakan
Nanti yang mana merupakan racun yang membunuh anda secara
perlahan-lahan.

Setiap orang diberikan masa yang sama setiap hari. 24 jam sehari, 365 hari
setahun. Tiada seorang pun yang dapat lebih. Oleh yang demikian, mulai
sekarang gunakan serta uruskan masa yang ada dengan baik. Sebelum
tidur, cuba semak kembali 24 jam yang anda lalui. Apakah yang anda telah
lakukan untuk mencapai matlamat anda untuk menguasai bahasa Inggeris?
Seterusnya rancang apakah yang boleh dilakukan 24 jam berikut untuk
mencapai matlamat anda itu. Ingat, tiada lagi perkataan nanti. Lakukan ini
setiap hari. InsyaAllah kejayaan akan bersama dengan anda satu hari nanti.

Saya hanya berkongsi tips dan pengalaman saya dengan anda. Selebihnya
terpulang kepada diri anda. Kejayaan yang bakal anda peroleh ialah
kejayaan anda. Kegagalan yang bakal anda peroleh juga merupakan
kegagalan anda. Jadi buatlah pilihan anda sekarang.

Akhir kata, suka saya untuk memetik kata-kata bekas Setiausaha Agung
Amerika Syarikat, Collin Powell yang berbunyi,

Tiada rahsia untuk berjaya melainkan jangan membuang masa


melihat kejayaan orang lain. Kejayaan adalah hasil kesempurnaan,
kerja keras, belajar dari kegagalan dan menuntut ilmu dari yang lebih
tahu.

Page 58 of 59
www.BahasaInggeris.com

Jika tulisan saya ini ada manfaatnya gunakanlah. Namun jika terdapat
kecacatan dan kekurangan, saya dengan ini menyusun 10 jari memohon
ampun dan maaf. Saya mendoakan agar anda dapat menguasai bahasa
Inggeris dengan baik dan mencapai segala impian anda.

Salam kejayaan!

Page 59 of 59

Anda mungkin juga menyukai